CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, January 23, 2016

we're meant to be

Bismillahirrahmaanirrahim.

Sudah lama aku skip menulis. Kenapa???

Life after married change me. Ceh. Itu semua alasan. Yang ada cuma sebab aku ignorance pada blog ini sahaja. InshaaAllah aku akan update from time to time next timw.

We're meant to be. Kenapa tajuk ini?

Sebab aku baru tonton video perkahwinan Takahara Suiko dan Anwar Hadi. LOL. Siapa Takahara ni? Jadi aku do some googling. Youtubing. Dan aku macam, " oh they are really meant to be together"

Why???

Sebab aku tahu mereka berdua sepadan bersama. They will work out things together perfectly.

Bila aku tengok pada orang sekeliling yang sudah berkahwin, mereka memang serasi bersama. Dan pada aku yang sudah berkahwin, aku rasa suami aku memang ditakdirkan untuk jadi suami aku.

Why???

Aku rasa jarang suami yang redha je bila isteri go crazy like,

"Abang ni comel laaaa" sambil cubit pipi dia sepuas hati.

"Geram laa abang niiii" sambil cubit badan dia. Dia memang redha sangat-sangat walaupun sebenarnya sakit. Hehehe.

You know like seeing him totally makes me feels so in love. dia comel dengan perangai ignorance dia dengan sikap aku yang suka buli dia. Kalau boleh memang 24jam dia nak senyum je. Alahai suami, you make me loves you more.

Dialah yang melayan perangai gila-gila aku. Aku boleh jadi diri sendiri. Selama ni adik aku yang melayan perangai gila-gila aku.

Ya, itu kata kuncinya. Kita boleh jadi diri sendiri bila bersama pasangan yang sudah ditakdirkan untuk kita :)

Just be yourself and try to not thinking about marriage, inshaaAllah your time will come sooner or later.

Pray for our neverending happiness.

Ameen.



Saturday, August 15, 2015

RTJ 42days left: Katering

Bismillahirrahmaanirrahim

Update terkini.

Atas sebab-sebab tertentu, maka keluarga aku bersetuju untuk guna khidmat katering.

Mula-mula nak deal dengan EmbunBridal tapi kuota dah penuh untuk tarikh 26/9. Jadi cari punya cari, jumpa Dapur Nenek Katering. Yang bestnya Dapur Nenek, dia akan bagi kita rasa dulu makanan dia. Alhamdulillah, pakcik aku yang rasa kata sedap. Pakej yang aku ambil adalah pakej laris, RM10.90. Dia ada bagi 50triffle percuma >_<. Aku buat tempahan termasuk makanan pengantin di mana kosnya cecah RM200.

Boleh tengok instagram Dapur Nenek :)

Friday, July 24, 2015

RTJ 64 days left

Bismillahirrahmaanirrahim.

Tekanan mula dirasai apabila perlu berkejar dengan kajian tindakan, 3 tugasan projek dan peperiksaan yang berterusan sehingga 18 September 2015.

Update setakat ini,

1) Ujian Darah

Buat ujian darah di hospital kerajaan. Sekejap sahaja. Pergi kaunter pendaftaran, cakap nak buat ujian HIV, bayar RM1 dan terus ke bilik rawatan. Semua ni ambil masa dalam 10minit sahaja since pergi pun dalam pukul 3.30petang.

2) Borang Pengakuan Bujang

Hal yang paling leceh adalah nak uruskan borang ni. Rumah penghulu kampung dilanda banjir, jadi contoh borang pengesahan atau pengakuan bujang tak ada. Dia suruh reka sendiri. Aku ikut sahaja yang encik tunang punya, tapi rupanya tak lengkap. Kena tambah no kad pengenalan dan alamat. Dua kali pergi Kafe Siber nak taip dan cetak borang. Aku punya lebih kurang macam ni...

"Kepada
Pendaftar
Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam
Kelantan

 Surat Pengakuan Bujang

Bahawasanya saya NUR AFIAH BINTI AB RAHMAN

No. kad pengenalan ******-**-****

Beralamat di *********

mengaku bahawa saya adalah bujang dan belum berkahwin.

Tandatangan:

Tarikh: "

Jadi ketua kampung akan cop borang tu.

3) Gambar pasport

4) Untuk borang nikah, aku rasa senang sangat sebab dia dah attached siap-siap borang senarai semak. Lega. Bila dah siap, tanda sahaja pada borang tersebut.

5) Bila dah siap semua, hantar borang kepada imam masjid. Aku dah hantar, tetapi disebabkan aku nak kahwin dengan orang luar negeri, aku kena serah borang terlebih dahulu kepada Pejabat Agama Islam. Lepas dah setel baru hantar semula ke masjid. Yang ini aku tak sempat setel sebab malam tu dah naik bas. InshaaAllah abang aku ambil alih untuk setel borang.

6) Pengumuman di FB

Aku taknak buat jemputan event, jadi aku umum pada Facebook personal sahaja. Kenapa awal sangat? Bulan 8 sahaja tinggal untuk aku uruskan segala macam hal. Bulan 9 memang dah tak ada masa. Kena tumpukan pada viva, kajian tindakan dan peperiksaan akhir semester 3 subjek dalam masa seminggu sahaja. Tujuan pengumuman di FB adalah untuk dapat alamat rakan-rakan yang nak kad. Senang aku setel sekali harung nanti. Taknak bazir banyak masa ulang alik pejabat pos. Huuu.

7) Inai

Dah booked. Tapi belum bayar lagi. Sikit masa lagi deh. Semput rasa. Phewww. *Kikis-kikis duit.

Setakat ini itu sahaja lah kot update yang terkini. Fuh. Lelah. Ya Allah Ya Baari', permudahkanlah urusan perkahwinan ini Ya Allah...

Thursday, June 4, 2015

RTJ 114days left: Kad Jemputan Perkahwinan

Bismillahirrahmaanirrahim.

Alhamdulillah, kad jemputan majlis kesyukuran yang akan diadakan sudah siap ditempah dan bakal diposkan pada esok hari, InshaaAllah.

Tuan Izzat dah salah cetak kad jemputan sebanyak 1000keping. Awalnya minta 500keping. Tapi bukan satu kerugian pun, beza bayaran hanyalah RM10 sahaja... RM180 termasuk pos bagi 1000 keping, RM170 termasuk pos untuk 500keping.

Nak berurusan dengan beliau? InshaaAllah boleh tengok hasil kerja beliau di laman FB Kad Kahwin Terlajak Murah.

Boleh juga terus whatsapp beliau di talian 017-666 7637.

Kita boleh minta beliau cadangkan design ikut keperluan yang kita nak Dia akan hantar gambar-gambar design terus ke dalam hp untuk kita pilih.

Saya beri 4/5 bintang untuk servis beliau ;)
FB Kad Kahwin Terlajak Murah

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Saturday, May 23, 2015

RTJ 124days left: Baju Nikah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Fuh... Dua hari lepas sempat sembang-sembang dengan Kak Alia, nak pastikan sama ada sempat atau tidak dia jahit baju kawen kita :D

Jadi....

Keputusannya.... buat masa sekarang Kak Alia rasa tak sempat. Sekarang dia tengah touch up baju yang nak kahwin bulan 5 dan 6. Untuk yang tempah bulan 9 pula Kak Alia dah siap jahit, tinggal nak touch up juga nanti.

Kak Alia tengah mengandung. Jadi selepas raya dia bimbang dah tak boleh menjahit sebab dah sarat. Oleh kerana aku memikirkan beberapa risiko, maka inshaaAllah aku akan teruskan tempahan dengan Kak Iman :)

Aku dah tanya Kak Iman bila paling akhir tempah kalau nak pakai bulan 9, katanya bulan 7 sebab dah ada dua orang yang lain tempah untuk bulan 9 :) Oklah. Takpelah kan. Jadi aku tengah fikir-fikir nak pakai warna apa. Nak kekalkan lace warna emas ke tidak.

Untuk Kak Alia, aku ada tanya kot-kot boleh teruskan tempahan baju untuk majlis bertandang ;)

InshaaAllah, rezeki kenal dengan tuannya, tidak pernah tersilap tarikh, tempat dan masa :)

Wednesday, May 20, 2015

RTJ 127days left: Merealisasikan Perkahwinan Kos Bawah 10K

Bismillahirrahmaanirrahim.

Masih ingat aku pernah menulis tentang Angan Tak Sudah iaitu ingin mengadakan perkahwinan dengan kos bawah RM10k? Haaa mari kita buat catatan sedikit jumlah perbelanjaan setakat ini. Adakah aku sudah melebihi bajet atau sebaliknya ;)

Mini Pelamin : 250
Mekap : 200 (anggaran)
Baju Bertandang : 269
Kek : 110
Buku Set Hadiah Dari Syurga, Mudahnya Berpantang dan Mudahnya Bersalin : 195
Baju Harash Collection : 95
Set Baju Nikah dan Sanding(Veil, shawl, baju): 280
Kad Kahwin : 180
Inai : 26
Homestay pihak lelaki : 320
Jurugambar : 330

Total : RM2255

Errr banyak~~~~ Korek-korek duit. Haha... Ada yang aku dah setelkan bayaran dan ada juga belum. Dannnn masih ada lagi yang tak masuk senarai lagi. Pengsan~~~ Mampu ke tak mampu?

Pheww~~~

RTJ 127days left: Baju Nikah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Masa ada lebih kurang 4 bulan lagi sebelum majlis berlangsung. Aku dah risik-risik kak Alia, pemilik Aliana Style Collections untuk baju nikah. Aku dah bagi semua details pasal baju. Aku dah letak bajet berapa untuk satu set halfmoon, veil dan baju. Cuma masih belum dapat pengesahan daripada Kak Alia adakah tempahan aku diterima. Hari-hari aku cek baca mesej aku dengan Kak Alia, cek FB Kak Alia iaitu Ukhty Aleya Muslimah untuk tengok komen-komen pada baju, usha baju. Haha nampak sangat aku takde kerja lain. Nampak tak betapa aku obsesssssnya nak baju nikah aku dijahit oleh Kak Alia~~~~~~

Disebabkan kerisauan aku, sebab tempahan Kak Alia ni dah sampai akhir tahun sebenarnya, aku cuma sedia plan B sahaja. Aku usha-usha FB anak didik Kak Alia, iaitu FB Musafir Iman Ilahi untuk tempahan baju. Aku dah tanya siap-siap quotation harga 1 set pengantin dan Alhamdulillah harga yang diberikan juga berpatutan ^_^. Jika(aku harap taklah kan) Kak Alia tak dapat terima tempahan aku, aku akan meneruskan tempahan dengan Kak Iman pula.... Tapi aku harap perkara ni tak perlu terjadi :D

Doakan aku :)