CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, December 19, 2011

Penyakit Rohani

Bismillah..

Apa khabar? *sambil bulatkan mata senyum ceria
hari ni jejak lagi ke sini :D

semalam semak-semak 'news feed' di laman facebook, lalu, terjumpalah 'status update' dari laman Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkenaan sakit rohani. jom usha apa sebenarnya intipati status tersebut... 


untuk memudahkan lagi anda, saya dah keluarkan siap-siap dari status tu.

tadaaaaa *effect bunyi



dalam status tersebut, Dr ada meneyebutkan perihal petanda kita menghidapi penyakit rohani. antara tanda-tandanya adalah seperti yang berikut :





1.
Malas beribadat
2. Malas bekerja
3. Tumpul daya fikiran
4. Kurang peka tentang kesusahan orang lain
5. Gelisah dan risau
6. Liar terhadap kebenaran
7. Sering bersangka buruk
8. Suka mengadu domba
9. Suka isteri atau tunang orang
10. Malas atau lupa berdoa
11. Tak rasa bersalah bila buat dosa
12. Sukar untuk buat kebaikan.

ok sekarang cek sama ada kita ada penyakit rohani atau tidak. Dr ada selitkan juga bahawa semua masalah di dunia bermula dari penyakit rohani. jadi... apa perlu kita buat?? pada status seterusnya, Dr berkongsi pula cara merawat penyakit rohani ini.. check it out~

1.Jaga solat 5 waktu 
2. Solat taubat dan istighfar 70X sehari 
3.Qada' solat yang tertinggal 
4.Baca Quran 
5.Maafkan orang dan mohon maaf 
6.Cari ilmu berterusan dan cari guru yang mursyid 
7. Berkawan dengan orang-orang yang psoitif
8. Sedekah kepada yang memerlukan 
9.Beri binatang makan 
10. Beri khidmat kepada yang perlu bantuan 
11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya 
12.Kekalkan wudu' 
13. Puasa sunat 
14. Sentiasa ingat mati 
15. Hidupkan sunnah harian 
16. Seru orang ke arah kebaikan 
17. Tunaikan haji dan umrah.

ok sekarang kita dah tahu cara untuk merawat penyakit rohani.. maka, selalulah muhasabah diri, periksa sama ada kita ada penyakit rohani atau tidak, dan seterusnya merawat penyakit tersebut dengan cara-cara yang telah dicadangkan oleh Dr..

sekian sahaja perkongsian untuk hari ini.. ceria-ceria selalu!


fi amaanillah, Assalamu'alaikum :)

No comments: