CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Tuesday, March 26, 2013

[Monolog]

Bsimillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk bermuhasabah diri lagi.

aku perasan sekarang, aku sentiasa dalam satu situasi di luar, dimana tiap kali aku jumpa orang yang aku kenal, maka aku terfikir semula apa status di Facebook yang telah aku tulis.

adakah ia merupakan satu status di mana aku memburukkan orang lain?

adakah ia merupakan satu status di mana aku meluahkan perasaan marah aku?

adakah ia merupakan satu status yang sia-sia? tidak bermanfaat?

aku jadi terfikir. berfikir.

adakah ini dinamakan juga seperti aku melihat bagaimana orang melihat aku?? seperti aku mengambilkira perkiraan orang lain terhadap aku.

Astaghfirullah.

aku jadi resah dengan status-status aku di Facebook. aku jadi tidak berapa menentu. tiapkali begitu. aku takut. aku takut. Malaikat tidak penat sesaat sekalipun berehat daripada mencatat segala perkara yang aku lakukan.

Allah Maha Kuasa. Allah Maha Besar. segala apa yang aku lakukan hatta mengelipkan mata sekalipun dapat dirakam.

bayangkan, nanti semua rakaman aku ditayangkan.

Astaghfirullah.

di mana lagi mulut yang petah berbicara? di mana lagi kaki yang laju melangkah? di mana lagi telinga yang sedia menadah bunyi? di mana lagi mata yang liar melihat? 

di mana?????

kosong. tiada. rakaman berputar ditayangkan.

rasa mahu menyorokkan muka sahaja.

ah. tidak betah begitu.

----------------------------------------------------------------------------------------------

aku cuba tahan airmata daripada jatuh tatkala melihat satu persatu ulama'-ulama' meninggal dunia. mereka yang soleh solehah.

tapi airmata ini mahu tumpah juga. Subhanallah... siapa lagi yang harus bergerak bangun jika bukan aku? siapa lagi?

sudah habis usaha ke aku untuk kehidupan aku di sana?

sudah habis daya ke?

Astaghfirullah...

aku berserah pada-Mu ya Allah....

janganlah Engkau bolak-balikkan hatiku setelah Engkau berikan cahaya-Mu sebagai isian di dalamnya....

No comments: