CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Showing posts with label persahabatan. Show all posts
Showing posts with label persahabatan. Show all posts

Monday, November 16, 2009

menangislah d bahuku

kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)

dedikasi untuk sahabat2 tersayang=)

Friday, October 2, 2009

insan bergelar sahabat

perjalanan hidup kita ni mustahil tidak ditemani dengan sahabat atau teman atau kawan......
tapi apa sebenarnya niat kita bersahabat???
cuba tanya diri anda....mungkin anda tidak mahu keseorangan...ya!!mungkin itu salah satu darinya....

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

Alangkah manisnya hidup dalam dunia ini bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah
dan sanggup berkorban demi sahabat yang lain.....

salam ukhwah..

Saturday, July 18, 2009

si cantik, hargai diri anda=). anda istimewa.

ketika sedang menghadam fizik semalam, satu perasaan rindu menerpa ke dalam jiwaku. ah. rindu benar akan sahabat2 ku. terasa ingin ku peluk satu2. genggam erat tangan mereka. lantas, ku menekan keypad henponku. mesej d forward kepada semua. ucapan selamat maju jaya untuk mereka dalam ujian pertengahan semester ini. aku terfikir untuk mendail no amirah. ya. sahabatku. aku tahu dia belum tidur lagi. pasti sama sahaja dengan aku. menumpukan diri dan pandangan ke arah buku fizik. aku yakin. khabar d tanya. tiba2 terpacul soalan darinya " birthday piah ke hari ni??" owh. aku terkesima. tidak ku jawab. ku sambung, " xkan la nak tnggu brthdy bru nak kol kawan. hehe... piah saje2 je kol.." . bagiku, sahabat merupakan insan yang aku sayang. jadi, mengapa harus berkira dengan mereka?? setiap apa jua yang d lakukan untuk mereka, aku lakukannya dengan ikhlas hati. sesungguhnya membuat orang rasa gembira menjadikan aku lebih gembira. talian d tamatkan setelah selesai agenda. aku sambung lagi perkara yang tergendala tadi. sedang asyik sahaja, henponku vibrate. satu mesej menerjah ke inboxku. buat pengetahuan semua, aku suka letakkan henpon dalam mode silent. supaya aku tidak terganggu dengan mesej yang kunjung tiba. owh. amirah rupanya. mesej ku buka. mms. canggih sungguh teknologi sekarang. alhamdulillah. bukan pasal teknologi yang ingin aku bicarakan d sini tapi isi mesej tu. sangat menyentuh perasaan. dengan background song yang syahdu, sangat2 terkesan dekat hati ini. sungguh. mesejnya berbunyi...



perempuan yang suci adalah perempuan yang d jaga oleh Allah,
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya.

tetapi,

andai kat bergelumang dengan cinta lelaki,
d mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita.
jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk d jagaNya...

mengapa masih ragu2??

kekuatan usah d tunggu tapi harus d cari..
hargailah d atas kesempatan yang Allah berikan.

sebesar2 dosa itu adalah dosa yang d lakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya, (imam ghazali)

saudariku,

aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
dari melihatmu gembira dalam kelalaian..

saudariku,

aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbananmu,
dari melihat tawamu dalam pengkhianatn.

aku bangga andai dikau mati dalam kebenaran,
dari hidup dalam kesesatan, kerana jangan lupa saudariku..

muliamu bukan pada pangkat atau harta, tapi kerana ISLAM agamamu...

saudari kesayanganku,

carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan,
supaya timbul rasa kesabaran dan kejujuran.

setiap yang payah itu ada kesenangan
dan setiap kesabaran itu ada ganjaran.

jika sesuatu itu d takdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh menghalangnya...

namun,

jika sesuatu itu bukan d takdirkan untuk kita,
pasti tidak dapat d capai walaupon sudah dalam genggaman...

yakin dan percayalah,
Allah telah tuliskan apa yang terbaik untuk hamba2Nya..


kadang2 Allah hilangkan mentari,
kemudian Dia datangkan guruh.
puas kita menangis mencari d mana mentari kita..
rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...

sabarlah duhai insan,
ada kemanisan d sebalik setiap kepahitan...

p/s : sape2 yang nak mesej tu, leh hit balik yep. sy sngt berbesar hati untk share ngan si cantik semua=).

salam ukhwah fillah=).

Tuesday, July 14, 2009

ali dan kuiz fizik

ali dapat 30/30 untuk kuiz fizik!! wow!! die sorang je yang dapat dalam kalangan 3 group yang madam aku ajar. well, what goes around comes around. mebi die nye effort tu banyak. indeed, he's a hrdwrkng guy.
well done ali.

Tuesday, June 30, 2009

sesi tazkirah=)

Assalamualaikum…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Kepada semua sahabat-sahabat yang ku kasihi kerana Allah…
Amalan apakah yang sahabat-sahabat merasakan amat payah dan sukar untuk melakukannya?mungkin solat tahajjud diantaranya…Insya Allah sama-sama kita mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi membaiki diri kita….
Kita biasa mendengar ungkapan-ungkapan ini :
“saya nak bangun tahajjud tapi saya tidur lewat kerana study so mcm xlarat la nak bangun”
“saya dah kunci jam, bila jam bunyi saya bangun tapi saya tutup jam balik,dan saya pun tidur balik”
“saya nak bangun tapi tak terjaga langsung”
Banyak lagi alasan-alasan yang kita utarakan apabila tak bangun Tahajjud…mungkin tahajjud dah bertukar nama menjadi solat terkejut.

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah,
Sekadar renungan kita bersama, marilah kita menyingkap kembali lembaran sejarah para sahabat, mereka ini amat hebat ketika berdakwah dan berperang di siang hari namun amat juga hebat di malam hari beribadat, tapi kita hebat di siang hari dengan gerak kerja, meeting, kelas,dan lain-lain lagi namun malam kita pula tidak sehebat siang kita, malam kita dihabiskan di atas tilam empuk di bawah hawa dingin yang mendamaikan…

Para sahabat dahulu kala apabila mereka tertinggal solat Tahajjud satu malam,rasa bersalah menyesal mereka seumpama melakukan dosa besar, tapi hakikatnya kalau tertinggal pun tak mengapa dalam erti kata tidak berdosa tapi mereka mengi’qabkan diri mereka..namun selepas itu mereka tidak pernah tinggal atau terlepas solat tahajjud…Kita pulak membiarkan malam berlalu begitu sahaja tanpa sedikit pun perasaan bersalah ataupun menyesal…

Banyak lagi cite-cite para sahabat kalau nak dibandingkan dengan kita. Patutlah Islam boleh menang di tangan mereka kerana kekuatan Umat Islam sebenarnya bergantung pada qiamualai…iaitu sejauh mana keutuhan hubungan kita dengan Allah…adakah umpama sekukuh tali guni yang mudah putus atau…sahabat-sahabat jawab la sendiri, tepuk dada tanya iman.

Ada seorang Tok Guru di Kelantan telah berpesan kepada seorang pimpinan,“ semakin tinggi jawatan yang kita pegang, semakin banyak amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita, maka sudah sewajarnya makin banyak kita kena bersujud kepadaNya…”Masya Allah, adakah kita dari golongan pimpinan yang banyak bersujud seperti yang dikatakan oleh Tok Guru ini?renung-renungkanlah…

Kalau kita pernah dengar radio Ikim, dekat-dekat pukul 12,sebelum Sheikh Said Ghamidi mendendangkan bacaan ayat Al-Quran,pasti kita akan terdengar mafhum ayat ini…“sesungguhnya Allah amat berbangga dengan hamba-hambanya yang bangun di tengah malam…”tapi sejauh mana kita merasa sensatif dengan mafhum ayat ini…tak nakkah kita digolong dalam golongan yang menjadi kebanggan Allah,Pencipta sekelian alam...Tuan empunya diri kita..

Semoga tazkirah ini memberi kesan kepada diri sahabat-sahabat sekalian,dan seterusnya kita dapat menghidupkan malam-malam kita dengan qiamualai dan munajat kepadaNya..Insya Allah, kita akan merasakan hidup kita lebih bermakna dan lebih berharga…

Sunday, June 21, 2009

persahabatan itu indah dlm lindunganNYA=)

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia dan kelemahanmu
Tetap kau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Angannya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua saling mengejar cita
Tak pernah ku lupakan detik yang indah bersamamu
Temanku
Pasti suatu masa engkau dan aku
Kan bertemu semula
Bagi menjalinkan detik nan indah dan kenangan bersama

dedicated to dayah=). who is dayah?? dayah atau nama sebenarnya nur hidayah binti abdul razak merupakan sahabat baik aku kat cfs uia ni.. kiteorg kenal mase taaruf week aka mggu orientasi... tp kiteorg knal melalui kwn la. coot nama die. dayah ngan coot ni kwn mase skolah dulu.. mse mggu tu mmg dua org ni bsng sngt2. ckp dh la kuat. hehe. laz2 dpt kenal ngan coot mse brtur nk g group dscussion. mula la bertukar2 snyuman..lol~ pastu dr situ gak la jmpa dayah n bbrpa org lg yg mmg bsng gk. ngee~ sy pn bsng jgk!! mmg meriah la taaruf week kiteorg. dpt kenal ngan kwn pastu smpi skrg jd 1 geng. sy sngt gembira!! tp yg plng rapat ngan aku dayah la. die slalu ade untk aku. teman aku mkn. tngk muvi. jalan2. borak2. pendek kata mmg kbnykan msa aku kat cni, aku hbskan dgn santai2 dgn dayah. die sempoi... hehehe.. pastu die pndgr yg baik. almaklumlah aku ni mmg seorg yg ske meluahkan prsaan. ekekeke. tp die x prnh mrungut. cma kdg2 je die ckp " ha! ko ni mmg cm nenek!" .hehe.. aku ske complain mcm2. mebi agk cerewet kot aku ni. huhu.. x kire la die pggl aku nenek ke.. aku ttp syg die. die ambik aed(architecture n envrmntl dsgn). nnti die smbg kat main gombak. aku lak kat main kuantan. nnti terpisah la kiteorg.. huhuhu~ jd smntra ade 2 sem akhr ni, aku seboleh2nye ambk ksmptn kngsi pe yg aku leh kngsi ngan die. msg2 agk sibuk sem ni. die dgn projek die, aku ngan tutor bertimbun. cm bukit cma x rntuh2 je. asal runtuh trus gah berdiri balik. x putus2 dpt tutor.jd msa kiteorg terhad. asal de msa je, d manfaatkan sepenuhnye. die mmg best!! leh nangis ngan die, leh gelak ngan die, leh tension2 ngan die=). sy syg dayah!! fren 4 eva dear.

. ni ha die=)