CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, December 5, 2009

Al-Quran:Harta Utama

bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah... berkesempatan aku post entri ni. sama2 kita hayati tulisan d bawah ini. semoga tiap2 hati yang membaca, mendapat rahmatNya... amiin3x...

Manusia macam kita...
Memang pandai bercakap,
Menyalahkan orang lain,
Mengutuk orang lain,
Perlekeh orang lain,
Merendahkan orang lain.

Orang macam kita...
Di mana-mana pun ada,
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain,
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri,
Tengok pada diri sendiri dahulu!

Jangan...
Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berceramah sana sini, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca!

Kenapa tak baca..?
Tak sempat..?
Busy..?
Tak faham..?
Tak reti..?
Malas..?

Dapat surat dari pejabat tanah..
Dalam bahasa melayu kamu boleh baca!
Dapat surat lawyer dalam bahasa inggeris kamu boleh baca!
Dapat surat daripada Allah dalam bahasa Arab kamu tak boleh baca!!
Apa nak jadi?

Rugi rugi rugi

Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan! hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu ke sana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
Hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

astaghfirullahal'adzim... dalam kita sibuk dengan urusan dunia, selalu sahaja kita lupa akan harta kita nan satu: Al-Quran. inginku di sini mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 semua. sama2 kita perbanyakkan bacaan Al-Quran. sesungguhnya d sisi Al-Quran itu penawar untuk kita. sama2 kita istighfar d kala terleka. sama2 kita ingatkan antara 1 sama lain d kala ada antara kita terleka. sama2 kita pegang sahabat2 kita agar semuanya berada dalam kesejahteraan.

nota untuk teman2:
aku manusia biasa. macam kamu gak. tapi dalam biasa pasti ada yang membezakan kan? kita semua biasa tapi iman dan amal lah yang membezakan kita semua. dalam sehari-hari aku, pasti ada surut naiknya iman d dada. semalam aku menangis keinsafan, hari ini aku ketawa tanpa sedar. tanpa peringatan dari orang2 sekeliling, aku juga mampu terus tersungkur. kita hidup untuk menyokong antara satu sama lain. tambah2 lagi dari segi agama. kita bersaudara. jangan bersahabat untuk dunia sahaja, tetapi bersahabatlah sama demi mencari akhirat yakni nasihatilah kawan2 selagi termampu. aku mengingatkan diri sendiri jua. seandainya aku leka, terus hanyut dengan perkara2 yang melalaikan, aku pinta pada kamu, untuk menyedarkan aku kembali. wassalam..

No comments: