CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, December 27, 2009

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... syukran jazilan ‘alaikum. Subhanallah... dalam kesedihan ujian yang Allah berikan, Dia x lupa untuk datangkan kegembiraan. Terima kasih kepada anda yang sentiasa ada d cc saya. Menyokong tanpa mengharapkan balasan.

Kak qilah, thahar, nedd, ejat, wanpis, dayah my beloved n yang lain2 jugak. Sayang korang semua!! Andai diri ini pergi dulu, halalkan dan maafkan la kalo ade benda yang x setel antara kita. Sesungguhnya aku mendoakan kesejahteraan kita bersama. Duhai teman, jangan bersedih. Jangan bersedih. Jangan bersedih. Anda ada Dia yang Maha Mendengar segalanya. Anda ada Dia sebaik2 tempat mengadu. Anda ade Dia sebaik2 tempat meminta pertolongan. Alhamdulillah... Allah itu dekat dengan kita. Jangan riso. Pernah x korang alami perkara2 pelik yang membuatkan korang sedar kehadiran rahmat Allah?? Mungkin aku boleh kongsikan d cni. Berkongsi tandanya sayang. Berkongsi tandanya mencintai. Berkongsi tandanya saya bertanggungjawab ke atas anda sebagai saudara seIslam saya. InsyaAllah, sama2 kita cari redhaNya. InsyaAllah.

Sebelum tu, aku nak mintak maaf kalo seandainya tulisan aku mengandungi unsur2 rekaan. Sekali lagi saya tegaskan, aku hanya menulis apa yang tersirat d hati. Tiada sebarang rekaan dan kepura-puraan. Dan sekali lagi saya tegaskan, ini blog saya. Minta undur diri kalo x ske.

Ceritanya bermula begini...

Pada suatu petang tu, kak long datang hantar kamera abang ngoh. Suruh bawak balik Kelantan. Kebetulan aku balik dengan bas malam tu.. afiah, dalam kelam kabutnya, kemas barang lambat, telah memasukkan kamera ke dalam beg besar untuk d masukkan ke dalam tempat penyimpanan barang bawah bas. Masa masukkan tu x ingat langsung. Bila bas dah mula bergerak keluar dari uia, aku dah mula kelam kabut. Memikirkan perjalanan ke Kelantan selama 8 jam, rosak la kamera tu nnti. Aduhai.. perasaan cemas xtau la masa tu. Kol dayah. Xtau nk wat pe. Aku berkira2. Otak ligat memikir mcmna nak ambik. Aku berkira2 untuk ambik masa bas berhenti kat perhentian jam 0200 nnti. Sekarang jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Lagi 4 jam. Dalam masa yang sama, aku x henti2 berzikir dengan harapan kamera tu x rosak. Ku letak sepenuh harapan padaNya. Anda tau pe yang terjadi?? Tiba2 pak cik bas tu berhenti. Aku tengok die turun beli makanan. Masa tu berkira2 nak turun sebenarnya. Tapi dalam hati memikirkan “afiah, Allah dah kasi peluang untuk ko. Kenapa nak sia2kan lagi??” sesungguhnya aku rasa sangat bersyukur waktu tu. Allah Maha Mendengar. Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahuakbar! Pintalah padaNya. Xde apa yang mustahil dengan izinNya=). kamera tu sampai ke kelantan dengan selamatnya=)

Cerita seterusnya...

Aku biasa mainkan bacaan Al-Quran d playlist hp. Dan m’shufflekan surah2 tu. Malangnya, surah yasin aku versi cut. D cut kepada 3 bahagian. Kalo kita shufflekan, biasanya die play randomly. Hari tu, Allah nak tunjukkan kekuasaan Dia, Allah nak buktikan Allah menjaga ayat2Nya. Surah Yasin yang d alunkan, kedengaran lengkap. Seumpama surah tu x d cut kepada beberapa bahagian. Subhanallah.. Allahukabar.. betapa hebatnya kekuasaan Allah. Sejak dari hari tu, aku masukkan surah yasin yang lengkap. Dan sempurna pada pendengaran. Alhamdulillah...

Selesai sudah citenya.. pengajaran dari cite tu?? Fikir la sendiri... semoga kita sama2 membaiki diri ke arah yang lebih baik. Kurangkan sikap mazmumah dalam diri. Ikhlaskan hati. Jangan simpan marah atau dendam pada sesape kerana sapelah kita untuk memusuhi saudara sendiri. Bukankah kita d jadikan bersaudara?? Sama2 la kita bersatu tegakkan syiar Islam d bumi Allah ni. Ingat peribahasa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Maaf. Saya nak pergi interview nak masuk maktab nnti, jadi kena praktis dari awal lagi untuk guna peribahasa2 ni. Hehe.. doakan kejayaanku. Doakan kejayaan agama kita. Doakan kejayaan saudara2 kita. Doakan kesejahteraan semua. Amin3.

p/s: fakta yang mungkin anda nak tahu: aku xtau la entah berapa banyak entri yang aku tulis, aku tulis sambil air mata berguguran d pipi. Hahaha... maaf. Afiah agak sensitive kalo berbicara pasal keluarga. Saya rindu abang ih! Rindu ummi!! Rindu ayah!! Rindu adik!! Rindu kak nurul!! Nak peluk ayah!!! Abang ih pesan, “yah, belajar rajin2. Jangan malas2. Jaga diri molek2. Walaupun bz, jangan lupa belajar ilmu agama.”. uhuk2. Syahdu kalo cium tangan die. Boleh x nak peluk die?? Kalo die peluk aku, sambil nasihat, pasti air mata ni berguguran. Hahahha... nasib baik die x pernah peluk. Lol~ rindu abe ih!! Sayang semuanya=).

2 comments:

Thahar said...

Yup! Ko pernah cerita kat aku..
Bila aku dangar, meremang gak..
Dan terharu, nk nangis, takut, berasa rahmat..

ALhamdulillah, Allah sygkn ko..
Subhanallah.. Kuasa Dia POWER..
Huhu..

A.F.I.A.H said...

em=). alhamdulillah.. saya bersyukur dengan diri saya dan kehidupan saya=). glad 2 hv me as myself=). alhamdulillah..