Thursday, January 20, 2011
Sekadar Nasihat Buat Ingatan Kepada Diri Sendiri Jua
Alhamdulillah. masih lagi diberi ruang masa dan ilham dariNya untuk berkongsi di sini. walaupun semuanya kebanyakan omongan kosong dari aku. *untuk diri sendiri
adakah aku cemburu dengan mereka sehingga mendorong aku menulis entri ini? adakah aku merasa resah kerana bukan aku yang dimaksudkan? adakah aku juga menginginkan begitu setelah lama bersepi sahaja? jawapannya pasti tidak.
inilah soal hati dan perasaan. soal yang merumitkan apabila ia melibatkan hati dua orang atau lebih. apabila segala faktor perlu diambil kira dengan terperinci. inilah dia SOAL HATI.
hati melahirkan seribu persoalan, tetapi tak semua soalan itu mampu dijawab oleh sang pemilik hati tersebut. ah. rumit benar keadaannya.
ini adalah sekadar nasihat atau pandangan dari aku yang pernah merasai pengalaman dimana tak semua orang rasai. pengalaman BERCINTA. *eleh kau bajet baik padahal pernah kapel* aku tak kisah apa persepsi orang lain tentang diri aku. mereka punya hak untuk melahirkan kritikan kerana kadang-kadang kritikan itu mampu memandu kita ke arah memperbaiki diri kita. *siyes kau membebel banyak afiah.
KEPADA MEREKA YANG MULA MERASAKAN ADA PERASAAN SUKA DAN CINTA KEPADA SESEORANG, MAKA DI SINI, PADA SAAT INI, AKU MENASIHATKAN AGAR SEBELUM KAU LUAHKAN PERASAAN KAU PADA DIA ATAU KAU MULA HANYUT DENGAN PERASAAN KAU, LEBIH BAIK KALAU KAU BUAT SOLAT ISTIKHARAH DAHULU. MOHON AGAR ALLAH BERIKAN PETUNJUK ADAKAH DIA JODOH KAU YANG SEBENARNYA.
KENAPA PERLU BUAT MACAM TU? KERANA.. DIA MAHA MENGETAHUI. DIA TAHU YANG MANA SEBAIKNYA UNTUK KAU. MINTA SUPAYA ALLAH HILANGKAN PERASAAN YANG KAU ADA SEKARANG SEKIRANYA DIA BUKAN JODOH KAU. JIKA BENAR DIA JODOH KAU, MAKA MOHONLAH SUPAYA ALLAH MEMELIHARA KEDUANYA DARI PERKARA-PERKARA YANG MELALAIKAN. BUANG MASA JE KAU SUKA KAT ORANG SAMPAI NAK BEREBUT DENGAN ORANG LAIN, SAMPAI NAK GADUH-GADUH TAPI SEBENARNYA DIA BUKAN JODOH KAU PUN. SIMPLE BUKAN? JADI, INGIN AKU TEGASKAN LAGI SEKALI DI SINI, ELAKKANLAH DIRI KITA DARI BERLEBIH-LEBIHAN DALAM SOAL HATI. PELIHARA HATI SEBAIKNYA AGAR CAHAYA HIDAYAH MUDAH MASUK. JANGAN KOTORKAN HATI. OLEH ITU, SEBELUM INGIN MULA SERIUS ATAU MENYIMPAN PERASAAN TERHADAP SESEORANG, MOHONLAH PETUNJUK DARINYA DULU ADAKAH ITU YANG TERBAIK UNTUK KAU.
kat sini tiada penujuan pada sesiapa. hanya ingin highlightkan pada yang terasa. sekian. wassalam.
Friday, November 26, 2010
I Kaler Rambut You...
ada apa dengan tajuk? kontroversi? tidak2. semuanya perihal entri kali ni. terlalu ramai sangat manusia yang kaler rambut ni. jadi, jom kita semak apa orang JAKIM cakap perihal pewarna rambut ni.
Suatu masa dahulu timbul persoalan tentang pewarna rambut yang ada logo halal. Berdasarkan dari logo halal itu ramai pengguna yang beranggapan, pewarna rambut halal dari segi hukumnya. Sebenarnya JAKIM tidak pernah mengeluarkan persijilan halal untuk pewarna rambut.
kenapa??
menurut Mohd Fakarudin Masod, Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM, JAKIM tidak memberikan persijilan halal kepada pewarna rambut kerana timbul isu dari segi pemakainnya. Katanya, memang benar dari segi kandungan pewarna rambut itu halal iaitu tidak bersumberkan haiwan atau selamat digunakan, namun timbul kekeliruan dari segi hukum pemakaiannya.
"Pemakaian pewarna rambut itu, apa tujuannya. Adakah untuk perhiasan, menunjuk-nunjuk atau sebagainya. Yang kedua, samaada pewarna rambut itu telap air atau tidak untuk ambil wudhuk. dari segi aspek pemakaiannya memang ada hadis yang jelas mengatakan tentang hukumnya. JAKIM hanya boleh beri pengesahan halal dari segi ramuan saja tapi tidak kepada pemakaiannya. Jika diberi persijilan halal, pengguna akan beranggapan, pemakaian pewarna rambut turut halal walaupun untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh syarak."
"untuk mengelakkan timbul kekeliruan di kalangan pengguna dari aspek pemakaiannya, JAKIM mengambil jalan selamat dengan tidak memberikan persijilan halal kepada semua pewarna rambut. memang ada kekeliruan apabila ada yang mengatakan, ada pewarna rambut yang terdapat logo halal JAKIM. sebenarnya logo halal itu bukan dari JAKIM tetapi dari pihak swasta ataupun badan halal luar negara. jangan terpengaruh dengan pewarna rambut yang terdapat logo halal"
dah baca? Alhamdulillah. dah faham? Alhamdulillah. jadi, fikir-fikirkanlah ye.
sampai ketemu di lain entri.
jaga diri, jaga hati, sentiasalah tingkatkan iman.
Wassalam.^_^
Oh Babi!
Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, umat Islam mula sibuk mencari yang halal. tidak kira samaada dari segi produk pemakanan mahupun produk kecantikan. telah ramai juga yang sedar akan kesan mudarat produk kecantikan ke atas diri mereka.
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah kosmetik? menurut Mohd Fakarudin Masod, Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM, produk kosmetik termasuk semua bahan yang digunakan di bahagian luaran seperti pada kuku, gigi, rambut, kulit dan mulut. Ia termasuklah losyen, syampu, ubat kumur, ubat gigi, bedak, mekap, deodoran, sabun mandi dan minyak rambut. Menurutnya lagi, kosmetik fungsinya bukan untuk membaikkan, memulihkan atau mengubah wajah sebaliknya hanya untuk menambahbaikkan dan mencantikkan muka atau kulit sahaja.
Menurut Dr Mahvash Hussain-Gambles, pengasas dan pencipta Saaf Pure Skincare, setiap wanita dianggarkan makan beberapa tan lipstik sepanjang hidupnya. Lebih daripada dua kilogram bahan kimia akan meresap masuk ke dalam badan melalui penggunaan kosmetik. Ini berlaku kerana 60 peratus dari apa sahaja yang disapukan pada kulit akan meresap ke dalam badan. Sebab itulah kita dapat lihat produk-produk mencerahkan kulit yang berada di pasaran sekarang. anda fikir bagaimana proses pemutihan itu berlaku? dengan sekadar berlaku di permukaan kulit sahaja? anda silap. proses berlaku di bawah lapisan kulit. selain itu, kita juga dapat lihat bagaimana proses pemutihan kulit membuatkan kulit kita semakin nipis dan tegang. semuanya kerana bahan kimia yang telah bertindak ke atas kulit kita.
tanpa kandungan babi di dalam produk kosmetik tersebut bukan membawa kepada makna halal. sekiranya haiwan lain yang digunakan seperti lembu, kita perlu melihat pula bagaimana cara ia di sembelih dan sebagainya. selain itu, adakah produk tersebut mempunyai bahan kimia yang merbahaya serta logam-logam berat yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan. sesungguhnya yang halal itu adalah padanya suci, bermutu dan selamat.
kebanyakan produk kosmteik menggunakan babi sebagai sumber utama. kenapa? kerana hampir 90 peratus bahagian dari babi sesuai untuk manusia dan boleh dikomersialkan. Industri penternakan babi juga adalah yang paling murah dan amat menguntungkan. mari kita lihat beberapa fakta tentang babi.
1) dari segi genetik, babi mempunyai persamaan DNA yang hampir serupa dengan manusia. Sebab itulah banyak ujian perubatan dijalankan ke atas babi sebelum digunakan oleh manusia.
2) jantung babi pernah digunakan untuk menggantikan jantung manusia sementara menunggu penderma yang sesuai. Insulin juga diambil dari pankreas babi kerana ia lebih hampir dengan struktur kimia manusia.
3) genetik babi menyerupai genetik manusia yang boleh menyebabkan penularan penyakit antara spesies (cross species). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru
4) wabak virus nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. hasilnya, kesemua ternakan babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.
5) babi menjadi hos bagi cicang pita dan manusia adalah sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. selain itu, kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi membolehkan cacing pita merebak.
6) Sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2 peratus dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98 peratus lagi sisanya tersimpan dalam tubuh, menyebabkan ia adalah haiwan yang sangat kotor.
sumber:wikipedia
anda telah lihat fakta-fakta yang di atas? marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. carilah yang halal. tidak semestinya yang baik itu halal. suka saya kongsikan cerita di sini. kejadian ini berlaku sendiri kepada seorang makcik di kelantan. dia merupakan seorang pengamal perubatan. semasa pulang bercuti di kampung, anaknya telah membawa pulang produk kosmetik SKII dan menyuruh makcik tersebut mencubanya. pada malam tersebut, sebelum tidur, makcik tersebut telah menggunakan produk tersebut. semasa tidur, dia telah bermimpi di mana terdapat babi yang berada di atas mukanya. mungkin Allah ingin memberi petunjuk kepadanya tentang produk tersebut. tidak ragu-ragu juga saya mengatakan seorang dewasa berumur 40 tahun telah ada pada dirinya seekor babi. siapa tahu bukan?
jadi, suka saya mengingatkan sekali lagi, gelatin dan kolagen yang mampu menghilangkan garis kedut di muka itu, sumbernya dari mana? mari sama-sama kita fikirkan. oleh itu, saya menyeru kepada anda semua, marilah kita menyokong produk Islam, yang pasti halal dan terjamin mutunya.
jom klik sini untuk produk kosmetik halal.
sebarang keraguan atau persoalan, boleh kemukakan pada saya. saya adalah antara pengguna HPA tegar ^_^.
p/s: untuk baca lebih lanjut tentang isu ini, anda bolehlah mendapatkan majalah Al-Islam edisi Disember 2010 dengan harga RM4.50 di pasaran^_^.
Antara isu-isu yang menarik ialah:
-Bunuh diri:Benarkah Roh Terawang-awang?
-Pembongkaran khurafat di sebalik letusan merapi
-Penderitaan Gaza dorong Lauren peluk Islam
-jangan periksa dara sebelum nikah!
*mulanya niat nak gunakan khinzir tapi memandangkan penggunaan babi sudah lazim dalam masyarakat, maka saya melazimkannya ke dalam bahasa saya juga. harap maklum. sesiapa yang terasa kekok menyebut babi, gantikan sahaja perkataan tersebut dengan khinzir^_^
Thursday, November 25, 2010
p/s : i love you
Alhamdulillah. akhirnya! buat kesekian kalinya, ana berniat nak updatekan blog ni secara serius. bukan main sekerat jalan je. hoho.. maaf. antum pernah baca kan post ana pasal penggunaan ana enti? mungkin pada saat tu, ana masih lagi berjiwa remaja. maksud ana, jiwa budak sekolah. apa2pon, sekarang, ana rasa penggunaan ni kadang2 lebih serasi dengan jiwa ana. haha.. maaf2. apapon, ana masih lagi diri ana yang sebelum ni.
hadirnya ana dalam entri kali ni adalah untuk berbicara pasal soal ber'couple'. hati ana resah sejak kebelakangan ni memikirkan isu kapel ni. di mana sahaja kita akan dapat lihat isu berkapel di sentuh. apatah lagi di facebook. Golongan remaja sekarang nampaknya hanyut di buai ombak dunia. ana bukan ingin menunding jari kepada sesiapa, tetapi ana rasa tanggungjawab untuk membanteras isu kapel ni tergalang pada bahu ana juga.
ana ada adik perempuan. umur adik ana akan menginjak kepada 14 tahun pada 2011. ana agak resah memikirkan tentang dirinya. walaupun ana tahu perangai dia lebih kurang sama dengan ana masa muda-muda dulu, yakni tidak suka bergaul dengan lelaki, ana sedikit tergugat apabila dia meng'like' komen-komen, status, mahupun gambar rakan2 dia di fb yang sesungguhnya apa yang di 'like' itu adalah perkara-perkara yang berunsur cinta, 'couple' mahupun gambar yang tidak menutup aurat. ok. kita tutup perkara itu di situ.
masalah 'couple' atau berpasangan ini merupakan masalah yang perlu dititikberatkan dalam masyarakat. namun, apa yang ana lihat, sebahagian daripada ibubapa tidak menghalang bahkan membiarkan sahaja anak-anak mereka. ada juga yang berkata "biarlah dia.". apa maksud 'biarlah' itu? membiarkan anak-anak mereka memadu kasih? ibu bapa yang sayangkan anaknya tidak akan membiarkan anak-anak mereka berada jauh dari landasan Islam kerana mereka tahu, Islam adalah sebaik2 jalan yang lurus dan betul untuk di amalkan.
ana bukan menyekat sesiapa untuk ber'couple' tapi perlu ana katakan di sini, ber'couple' menghampiri kepada pengzinaan. Antum tak setuju dengan ana? Kalau lelaki dan perempuan bercinta, apa yang mereka rasa? tak tahu? tak pernah bercinta? meh ana nak story. apabila mereka mula bercinta, maka perasaan mula terusik. gara-gara bisikian syaitan yang makin syok menghasut. rindu mula bertamu. itu zina apa? zina hati.. Maka mereka mula mengatur pertemuan. Mula-mula jeling-jeling, lepas tu tenung-tenung. itu zina mata.. Maka sepanjang pertemuan itu, mereka berbual panjang. melepaskan rindu dendam. mengucapkan kata-kata cinta. itu dah zina mulut namanya. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan. duduk pun makin lama makin dekat dan seterusnya? Maka berlakulah pekara yang amat kita takuti..
ok. nak guna teori lain? kenapa? sebab mereka masih lagi bawah umur? tak advance macam tu sekali? Antum jangan lupa..dalam surat khabar melaporkan remaja yang berusia 14 tahun curi-curi keluar malam berzina dengan teman lelakinya yang berumur 17tahun kalau ana tak silap. siapa yang tak advance ni.. taknak terima jugak? ok. ana kemukakan lagi bukti yang ingin menunjukkan remaja zaman sekarang advance. kalau pelajar lelaki tingkatan 3 dalam kelas sudah pandai pegang tangan dan peluk pinggang pasangannya, dekat luar, apa yang boleh kita jangkakan?
Salah siapa? salah ibubapa? salah guru-guru? salah masyarakat? salah pemimpin negara?
ana tinggalkan persoalan ini kepada antum semua.
Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. "Kami tahan diuji." Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
Ana ingin mengingatkan diri ana dan antum semua, bahawasanya cinta manusia tidak akan membawa anda ke mana-mana. serahkanlah cinta anda kepada Yang Maha Esa, kerana Dia tidak akan pernah membuat anda kecewa. Kenali diri kita, cintai Rasulullah, cintai Allah, dan seterusnya cintailah mereka yang mencintai syahid di jalan Allah.
p/s: ana tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa. hanya sebagai perkongsian di sini.
Tuesday, July 13, 2010
iklan dan promosi : jom makan ikan!

"Maaf bukan cerewet tapi saya hanya makan ikan. Sudah setahun saya mengamalkan pescetarianisme iaitu makan sayur-sayuran dan ikan sahaja. Langkah drastik ini saya praktikkan bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat.
"Sebelum ini rejim kesihatan saya lebih cenderung pada amalan bersenam di gim dan aktiviti yoga berbanding terlalu memikirkan aspek pemakanan. Meskipun jarang makan makanan yang berkalori tinggi tetapi badan saya masih belum cergas dan bertenaga khususnya untuk bangun pada waktu pagi," kata Sazzy sambil menjamu ikan kembung dan kerabu sayur.
Sejak mengamalkan rutin pemakanan tersebut dia dapat merasakan perubahan positif pada dirinya. Dia tidak menyangka pengambilan ikan dalam menu harian dapat membantu meningkatkan stamina, sekali gus mengurangkan keletihan walaupun bekerja sejak awal pagi hingga lewat malam.

Malah, anak kelahiran Kuala Lumpur itu juga mendapati kulit wajah dan badannya semakin cerah. Akui Sazzy: "Minda semakin cerdas dan pergerakan badan bertambah cergas. Bayangkan pada sebelah pagi saya sibuk dengan tugasan menguruskan syarikat dan memenuhi sesi fotografi pada sebelah petang, namun pada sebelah malam saya masih bertenaga menjalani penggambaran drama.
"Bukan itu sahaja, badan terasa lebih ringan dan saya mampu menikmati tidur nyenyak. Barangkali, protein dan zat yang terkandung dalam ikan membantu menjadikan saya individu yang sihat.
IKAN mengandungi vitamin D dan K yang tinggi.

Jelas anak sulung daripada tiga adik-beradik itu, biasanya dia mengelakkan ikan goreng kerana lebih gemar ikan yang dikukus atau dibakar. Semasa mengukus Sazzy tidak lupa mencampurkan sayur-sayuran dan rempah ratus agar semua ramuan sebati bersama ikan.
Menyedari kehilangan zat dan nutrisi yang terdapat dalam ayam dan daging, Sazzy yang ditemui di restoran Theborama Chocolate, The Curve, Petaling Jaya memberitahu, dia menggantikan produk tenusu dan serat yang memberi tenaga.
Dalam pada itu penyelidik dari Klinik Mayo Rochester, Minnesota, Amerika Syarikat (AS), Prof. Virend Somers mendedahkan, kajian mendapati diet berasaskan ikan merupakan rutin pemakanan yang sihat.
Buktinya rejim diet itu membantu mengurangkan kadar hormon leptin yang mempengaruhi nafsu makan secara berlebihan.

Berat ideal
"Hormon leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.
"Selain itu berat badan ideal juga boleh dicapai dengan mengamalkan diet ikan. Ini bermakna individu yang hanya makan ikan dapat merendahkan risiko obesiti berbanding golongan yang obses makan ayam atau daging," ulas Somers yang turut memberitahu diet ikan masih berada di tahap rendah di kalangan rakyat AS.
Sementara itu, Nur Aina Najha Ahmad Mukhtar, 26, yang tidak gemar makan ikan sejak berusia tujuh tahun menjelaskan: "Tidak dinafikan jika terlalu banyak makan ayam atau daging ia boleh menyebabkan penambahan berat badan, tetapi masalah kegemukan dapat diatasi sekiranya individu bijak memilih makanan yang ideal dan sihat.

"Saya lebih cenderung makan ayam dan daging, jadi sewaktu memasak atau membeli makanan saya pastikan makanan tersebut kurang berminyak dan berlemak. Kaedah ini dapat mengelakkan berat badan meningkat mendadak. Paling menggembirakan sehingga kini berat badan saya tidak pernah melebihi 48 kilogram (kg)," katanya yang geli pada ikan.
Berbicara mengenai kekurangan protein dalam dietnya, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu menjelaskan, dia menggantikannya makanan berprotein yang lain seperti kacang soya, susu, keju dan tauhu.
Selain itu Nur Aina turut menyatakan dia tidak pernah mengalami sebarang penyakit atau kurang bermaya gara-gara kehilangan protein ikan. Saban hari sebelum memulakan aktiviti harian dia meminum segelas susu dan melebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan.
Menurut pakar diet dari Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Nor Lizawati Che 'Lah, selain masalah obes, pengambilan ayam dan daging yang tidak terkawal juga mengakibatkan penyakit jantung dan masalah kolesterol tinggi. Memandangkan ayam dan daging mempunyai kadar nutrisi, jumlah lemak tepu dan kolesterol yang berbeza daripada ikan.
SAZZY mengakui tubuhnya semakin cergas sejak mengamalkan makan ikan.

Menguatkan tulang
Sehubungan itu, Nor Lizawati menyarankan supaya makan lebih banyak ikan berbanding ayam dan daging.
Ikan merupakan salah satu sumber protein yang penting. Badan memerlukan protein untuk proses pertumbuhan, perkembangan dan pembaikan tisu, enzim dan hormon. Pada masa yang sama, ia membekalkan vitamin dan mineral untuk pembentukan tulang.
"Malangnya saya dapati kebanyakan masyarakat tempatan berpendapat kekuatan tulang hanya terbentuk dengan pengambilan kalsium dalam susu. Sedangkan, vitamin D dan vitamin K yang terdapat dalam ikan turut membantu menguatkan tulang.

"Misalnya, vitamin D dalam ikan air masin, ikan halibut, ikan tuna dan minyak hati ikan. Pengambilan vitamin D secara berterusan amat digalakkan bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus. Ia juga penting untuk tumbesaran tulang dan gigi kanak-kanak. Ia juga mencegah otot lemah dan ritma denyutan jantung dengan lebih baik," terang Nor Lizawati ketika ditemui Kosmo!.
Tegas Nor Lizawati individu tidak digalakkan mengehadkan satu-satu jenis ikan saja kerana setiap ikan itu mempunyai kandungan zat yang berbeza-beza untuk kesihatan tubuh .
Pengambilan ikan dalam sehari pula perlu bergantung kepada keperluan dan gaya hidup seseorang.
Makan ikan secara berterusan sama sekali tidak memudaratkan kesihatan. Cuma terdapat beberapa jenis ikan yang mungkin pengambilannya perlu dihadkan khususnya kanak-kanak dan wanita hamil.
NUR AINA tidak menggemari ikan sejak umurnya tujuh tahun.

--------------------------------------------------------------------------------
Kumpulan pakar Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) dan Agensi Alam Sekitar AS menyatakan ikan yang tinggi paras merkuri harus dielakkan sama sekali kerana ia memberi kesan kepada tumbesaran kanak-kanak dan boleh perkembangan otak bayi dalam kandungan.
"Ikan todak, yu, salmon, tuna dan tenggiri antara ikan yang mempunyai paras merkuri yang tinggi. Walaupun rasanya enak dan isinya lembut tetapi semua ikan tersebut mengandungi sejenis logam cecair berbahaya yang memudaratkan kesihatan ibu dan kandungan melalui keracunan darah," kata Nor Lizawati yang menyarankan golongan vegetarian dan individu yang tidak menggemari ikan supaya menggantikannya dengan protein daripada produk-produk soya.
Kepada Pengurus Perundingan Perhubungan Awam di salah sebuah agensi pengiklanan, Subashini Rajandra, 30, yang mengamalkan makan sayur-sayuran (vegetarian) selama sedekad mengakui tidak memberi apa-apa kesan pada kesihatan tubuhnya.

Dia yang tidak makan makanan yang berasaskan haiwan termasuklah telur menggantikannya dengan sumber protein daripada vitamin dan makanan berasaskan soya.
"Kebanyakan sayur-sayuran hijau mempunyai kandungan protein walaupun kadar proteinnya tidak setinggi seperti ikan atau ayam. Bagi meningkatkan tenaga saya banyakkan makan kentang, labu dan soya," tambah Subashini yang memilih beras perang kerana proteinnya lebih tinggi berbanding beras biasa.
Selain menambah tenaga dan protein, beras perang juga membantu mengurangkan gula dalam badan
Friday, June 25, 2010
Highlight ke Institut Pendidikan Guru Kampus Islam, Bangi
No K.P : 901109-03-****
Kursus : S011M0000P-Matematik Pendidikan Rendah (SK)
Tempat : IPGM Kampus Islam,
Jln Sg Merab, Seksyen 12, B.B. Bangi,
43000 Kajang, Selangor.
Lapor diri : Tarikh : 28 Jun 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 – 10.30 pagi
Program Pengurusan Pelajar Baru : 28 Jun hingga 2 Julai 2010
Pakaian semasa mendaftar : Berbaju kurung putih berkain warna hitam/gelap, bertudung labuh warna putih/”cream”
Pakaian semasa berada di dewan makan : berpakaian kemas. Sebarang jenis selipar tidak boleh digunakan.
Senarai item yang perlu di bawa untuk program pengurusan pelajar baru:
a.Baju kurung putih dan kain hitam (sekurang-kurangnya 2 pasang)
b.Kasut berwarna hitam atau gelap - jenis “Court Shoes” (bukan daripada
c.jenis selipar atau selipar/sandel yang bertali)
d.Kasut sukan
e.Baju T lengan panjang berwarna putih – kosong (2 helai)
f.Seluar panjang sukan berwarna hitam/gelap (Track Bottom)
g.Tudung labuh berwarna putih /cream .
Dokumen yang diperlukan pada masa mendaftar/melapor diri:
1.6 salinan fotostat Kad Pengenalan Depan Belakang (KPLSPM)
(Gunakan kertas saiz A4)
2.2 salinan Surat Tawaran Kursus BPG (melalui internet)
3.6 salinan fotostat Sijil Kerakyatan (jika ada) (KPLSPM)
4.6 salinan fotostat Sijil Beranak (KPLSPM)
5.15 keping gambar berwarna berukuran pasport (tulis nama, No. KP dan
kursus di belakang setiap keping gambar.) (Masukkan dalam sampul kecil)
6.Borang-Borang Melapor Diri yang disertakan dalam internet (Isikan/lengkapkan
sebelum masa pendaftaran).
7.Setem Hasil RM10.00 x 5 keping (Borang perjanjian akan diberikan pada masa taklimat perjanjian semasa di kampus)
8.1 naskah asal dan 1 salinan naskah Surat Pengesahan Kelulusan Pemeriksaan
Doktor yang ditandatangani oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta yang berdaftar dengan MMA (Fotostat hanya m/s 7 sebanyak 4 salinan )
9.6 salinan bagi setiap sijil/slip SPM dan sijil-sijil yang berkaitan (KPLSPM)
10.6 salinan fotostat Surat Nikah / Pendaftaran Perkahwinan (Jika ada)
11.4 salinan fotostat halaman depan Buku Akaun Simpanan BSN (GIRO) yang
masih aktif dan mengandungi butiran No. Akaun (16 digit), Nama, No. Kad Pengenalan dan alamat. Jika tiada, sila buka akaun simpanan dengan BSN (GIRO).
•Semua salinan fotostat akan disahkan oleh Pensyarah Tutor sahaja
Bayaran yang perlu di jelaskan pada masa mendaftar/melapor diri:
Semua peserta kursus dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak
RM 300.00 untuk Pendaftaran dan Keperluan Program Minggu Pengurusan Pelajar Baru .Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan sekeping Wang Pos/Bank Draf atas nama “KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA”. Catatkan nama pelajar dibahagian belakang dan bawa semasa pendaftaran.
Sila maklum bahawa elaun pelajar akan dibayar 2 bulan selepas tarikh pendaftaran.
Sila sediakan wang saku secukupnya.
Taklimat Khas Kepada IbuBapa/Penjaga:
Semua ibu bapa/penjaga dijemput dan dikehendaki menghadiri Majlis Taklimat dan
Sesi Penerangan Khas berhubung dengan pelaksanaan kursus seperti berikut:
(Sila panjangkan jemputan ini kepada ibu bapa/Penjaga anda)
Tarikh : 28 Jun 2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat: Dewan Syarahan Idris Al Marbawi,
IPG, Kampus Pendidikan Islam, Selangor
Maklumat Pendaftaran
Kemukakan DOKUMEN ASAL:
a) Surat tawaran berkursus sementara (Cetakan Komputer)
b) Kad pengenalan yang menunjukkan taraf kewarganegaraan Malaysia
c) Sijil kelahiran
d) Sijil berhenti sekolah
e) Sijil peperiksaan SPM atau slip peperiksaan untuk tahun ambilan, dan
f) Dokumen/sijil-sijil yang berkaitan
Bawa bersama-sama 5 (lima) salinan fotostat yang telah disahkan bagi semua dokumen di atas
Panduan Tawaran
Sekiranya menerima surat tawaran berkursus yang asal dari pihak institusi, sediakan lima salinan fotostat surat tawaran tersebut yang telah disahkan.
Bawa lima keping setem hasil yang bernilai rm10.00 tiap-tiap satu. Urusan mematikan setem akan dilakukan oleh pihak institusi.
Sediakan dua (2) salinan fotostat keputusan pemeriksaan doktor yang telah disahkan
Elaun hanya di bayar setelah anda didaftarkan sepenuhnya sebagai pelatih institusi
(mengemukakan semua dokumen asal, laporan pemeriksaan doktor, salinan surat tawaran dan borang perjanjian yang telah disempurnakan)
Peringatan:
Anda tidak boleh di daftarkan secara rasmi jika gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk keputusan x-ray kepada pihak institusi
Calon tidak boleh di daftarkan sebagai pelatih di institusi sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen asal.
Tuesday, June 15, 2010
kisah sebenar..
Source: .ohtidak.com
cara betol masak maggi
jom klik. hee~
Source: .ohtidak.com
Wednesday, June 9, 2010
Monday, May 31, 2010
ada apa dengan minda??
perkara2 yang menumpulkan minda
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
selamat beramal..... ..
......dan yang paling penting dibawah ini........
sengaja lewatkan solat .
Allah tidak suka .
Kalau tertidur lain cerita
Monday, March 29, 2010
Kahwin Cepat : Yang Berkat Jadi Mudarat??
masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.
Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya
dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"
Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang... "
Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang
heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang
reaksi.
"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.
Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah
kahwin, heh, heh, heh... "
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat,
tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu... " tajam Tuk membalas.
"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.
"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah
boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang
cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak
kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?
"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah
tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat
membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang
menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat
ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk
diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun
dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal
dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah,
baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami,
isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."
"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah
guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib
baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni... "
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup
kita tenang."
"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit
saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat
matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah
boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu
lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung
kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok
betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin
tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya
rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja... "
"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya
nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang
kata... ... parenting skill."
"Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah,
buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan
maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan
seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua
dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."
"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum
bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai
mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan
tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja,
profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan
kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu
ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada... "
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan
yang berbau akademik tanpa saya sedari.
"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak
lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan,
membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak
memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu
wacana para sarjana!
Monday, January 18, 2010
soalan dan signifikannya.
Assalamu’alaikum...
Xleh tempat gelap sikit, mula la nak terpekik terlolong. Tambah2 kalo masuk umah hantu. Dah tau takut masuk jugak.... pelik kan kita??
Sape yang rase die ni takut ngan orang atau sumthing yang berwajah hodoh??
Ha... ni pun satu... bila masuk umah hantu, x Nampak ape2 dah menjerit. Gaya orang histeria gitu. D tariknya baju kawan sampai nak terkoyak. Ishk2... x payah la masuk umah hantu kalo dah macam gitu rupanya. Kalo sekadar Nampak hantu olok2 xpe, tapi kalo Nampak yang betul?? Yang kita sangka hantu tipu tapi rupanya betol.. jeng3.... nasib baik kita xtau kan?? Pernah ade 1 buah sekolah, sekolah perempuan, tiap2 tahun buat rumah hantu. Ape kejadahnya mereka ini?? Dah la buat lak kat tempat2 yang keras. Ishk3... nak d jadikan cerita, jumlah hantu yang dak2 ni Nampak, x sama dengan jumlah hantu olok2 yang d sediakan. Hoho.... malah, sepanjang program rumah hantu berlangsung, ade lak die panggil sister tolong baca yasin. Adeh... kalo camtu baik x payah buat rumah hantu. Anda sedar ke x ni???? Bila kita meniru atau menyerupai mereka, lagi la dieorang suka. Jadi elakkan la mengusik kawan x tentu hala dengan topeng tengkorak tu... buruk bebenor...
Sape yang x suka bile tiba2 orang datang himpit die masa tidur???
Kat asrama, dah le katil bujang, tiba2 kawan kite yang menumpang bilik kita, mintak tidur kongsi katil. Kalo badan die cam lidi xpe, ni macam tong ape kes... kite buat perumpamaan je kat cni. X melibatkan mana2 pihak ye.kita yang kecik ni tertolak2 sampai muka cium dinding dah. Kita pulak yang jenis baik hati.. tahan jela sampai pagi... walaupun sengsara, dapat pahala gak tumpangkan die tidor. Tapi dengan syarat, hatinya ikhlas. Jangan lak lepas die balik, kita x henti2 mengomen. Gtau rumate. Kan dah jadi mengumpat tu...
Sape yang time kena interview x seram??
Ha.. soalan ni terbalik ckit. Rase2nya semua orang seram kan?? Tapi pasti kita ada cara untuk atasi keseraman kita tu... solat hajat, mintak mak doakan, berlatih depan cermin, dan macam2 lagi kan? Bak kata omputeh, fully prepared.
Ape signifikannya aku tanye soalan2 ni?? Adakah saje2?? Nak bergurau senda?? Nak meraban yang x tentu hala?? Nak menyeramkan anda yang dah sedia seram?? Tidak.tidak.tidak. saya di sini, ade motif penting. Jeng3....
Agak2 kan... nanti kita dalam kubur.... gelap ke cerah ye kubur kite??
Agak2 kan... nanti kita dalam kubur.... amalan2 kita mendatangi kita dengan wajah hodoh ke tampan??
Agak2 kan... nanti kita dalam kubur... kubur kita luas ke sempit??
Agak2 kan... nanti kita dalam kubur.... kita lulus x interview yang d jalankan oleh malaikat??
Anda ada akal, fikir2kanlah. Anda ada hati, insafilah. Anda ada waktu, bertaubatlah. Dunia kata pergi, kubur kata mari....
Sebelum habiskan coretan kali ni, aku nak berkongsi cerita dengan korang. Alhamdulillah, selesai sudah aku menamatkan kerja sebagai committee leadtrain sesi ke3. Malam tu, aku dah beli tiket untuk masuk barzakh hotel. Dayah yang ajak. Hati membuak2 nak tau ape sebenarnya program yang dieorang handle ni??? Untuk pengetahuan korang, program ni d hasilkan melalui kutipan2 idea budak2 cos architecture and environmental design. Hollahh for them. Program anda sukses. Program berlangsung dari pukul 9-11 malam. Untuk masuk hotel tu, kena berkumpulan. Nak masuk sorang pon boleh tapi konpem xde orang yang nak masuk punya.... seram2... dari luar dah seram. Program ni buat kat smawep 3, d mana tempat nya sendiri dah macam seram. Kalo time kelas, xde la seram pun tempat tu tapi bila malam menjelma, xde sape berani ke situ sorang2. D pendekkan cerita, aku masuk dengan klasmate aku merangkap kawan2 aku sendiri. Kami masuk seramai 8 orang. Aku ngan adilah kat belakang sekali. Azie mengepalai dengan mirah. Masuk bilik pertama, kawasan kubur. Dengan adenya props kepala yang berpusing tanpa badan kaler putih. Aku tanye mcmna dieorang buat cmtu, katanya gantung kat kipas. Pergh... semacam real. Ok.. semua orang rilek2 saje.. xde pape yang nak d takutkan. Setakat tengok nisan terpacak xde la ngeri sangat. Untuk masuk bilik ke2, kami kena merangkak. Kalo x memang xleh masuk. Okla... azie mendahului, tiba2!! “azie x boleh la... sape yang nak pergi dulu??” aku yang kat belakang ni terpinga2. Ape yang berlaku?? Lantas azie tarik tangan aku. “piah..piah jadi kepala ya. Piah masuk dulu.” Aku bingung gak. Tapi kira ok la... bersiap2 aku untuk merangkak, sekali pandang belah kanan, mayat yang d kafan terbaring dengan darah. Semangat d kuatkan. Memang kat depan tu, gelap gelita. X Nampak apa2. Nak masuk je, kat sebelah kiri aku, kepala rambut panjang tanpa badan. Lantas aku bangun. “piah x boleh la. Boleh x sape2 masuk dulu??” dieorang lagi la xnak. Terpaksa aku teruskan. Dengan berbekalkan lampu henset, aku teruskan jua. Tapi bile dah masuk tu, x kisah2 henset aku seret ke lantai. Konpem calar. Dah namanya merangkak. Untuk pengetahuan korang gak, kiteorang kena melalui lorong2 yang d buat dengan merangkak. Ade satu bahagian tu, sempit gile. Sampai terpaksa iringkan badan nak lalu. Lepas je lalu bahagian sempit tu, aku Nampak kawasan yang luas. Lorong yang luas dan ade lorong lain tapi dari ekor mata, aku Nampak lorong tu lorong mati dan ade sesuatu kat dalam lorong tu. Aku sebagai ketua, Alhamdulillah Berjaya memilih lorong yang betul. Aku x mampu nak pandang kiri kanan. Hanya kalimah “Allahuakbar” yang mampu terpacul dari bibir ni. Masa tu hanya ingat Allah dan nak cari jalan keluar je. Harus d ingat. Saya pemimpin ketika itu. Penting untuk pupuk semangat dalam diri anak2 buah. Tapi rupa2nya mereka makin takut bila aku sebut kalimah tu. Aduhai dak2 ni.. nak masuk bilik ke3, tiba2 terjatuh mayat yang d kafan berdarah depan mata aku. Alhamdulillah, xde terkejut sangat sebab dah tetapkan dalam hati. Allah tetap ada melindungi kami semua. Alhamdulillah. Masuk bilik ke3, kain rentang hitam memenuhi. Kat dalam tu banyak gile hantu tapi aku x Nampak satu pun. Perasaan hanya nak cari jalan keluar dan Alhamdulillah, jalan keluar dah kami jumpa... Alhamdulillah... ape signifikannya program ni d jalankan?? Rumah hantu ke??? Tidak3. Program ni bertujuan untuk kasi kita rase bagaimana dalam kubur nanti. Tu ramai2, kalo sorang2 camne?? Dan setiap amalan yang kita buat kat dunia ni akan mendatangi kita nanti dalam bentuk pemuda yang berwajah tampan atau sebaliknya... jadi ape berlengah lagi?? Sama2 kita kembali padaNya, mohon belas kasihanNya, mohon rahmatNya semoga kita terpelihara bukan saje d dunia, malah d akhirat sana... wassalam...
Sunday, December 27, 2009
Alhamdulillah..
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah... syukran jazilan ‘alaikum. Subhanallah... dalam kesedihan ujian yang Allah berikan, Dia x lupa untuk datangkan kegembiraan. Terima kasih kepada anda yang sentiasa ada d cc saya. Menyokong tanpa mengharapkan balasan.
Kak qilah, thahar, nedd, ejat, wanpis, dayah my beloved n yang lain2 jugak. Sayang korang semua!! Andai diri ini pergi dulu, halalkan dan maafkan la kalo ade benda yang x setel antara kita. Sesungguhnya aku mendoakan kesejahteraan kita bersama. Duhai teman, jangan bersedih. Jangan bersedih. Jangan bersedih. Anda ada Dia yang Maha Mendengar segalanya. Anda ada Dia sebaik2 tempat mengadu. Anda ade Dia sebaik2 tempat meminta pertolongan. Alhamdulillah... Allah itu dekat dengan kita. Jangan riso. Pernah x korang alami perkara2 pelik yang membuatkan korang sedar kehadiran rahmat Allah?? Mungkin aku boleh kongsikan d cni. Berkongsi tandanya sayang. Berkongsi tandanya mencintai. Berkongsi tandanya saya bertanggungjawab ke atas anda sebagai saudara seIslam saya. InsyaAllah, sama2 kita cari redhaNya. InsyaAllah.
Sebelum tu, aku nak mintak maaf kalo seandainya tulisan aku mengandungi unsur2 rekaan. Sekali lagi saya tegaskan, aku hanya menulis apa yang tersirat d hati. Tiada sebarang rekaan dan kepura-puraan. Dan sekali lagi saya tegaskan, ini blog saya. Minta undur diri kalo x ske.
Ceritanya bermula begini...
Pada suatu petang tu, kak long datang hantar kamera abang ngoh. Suruh bawak balik Kelantan. Kebetulan aku balik dengan bas malam tu.. afiah, dalam kelam kabutnya, kemas barang lambat, telah memasukkan kamera ke dalam beg besar untuk d masukkan ke dalam tempat penyimpanan barang bawah bas. Masa masukkan tu x ingat langsung. Bila bas dah mula bergerak keluar dari uia, aku dah mula kelam kabut. Memikirkan perjalanan ke Kelantan selama 8 jam, rosak la kamera tu nnti. Aduhai.. perasaan cemas xtau la masa tu. Kol dayah. Xtau nk wat pe. Aku berkira2. Otak ligat memikir mcmna nak ambik. Aku berkira2 untuk ambik masa bas berhenti kat perhentian jam 0200 nnti. Sekarang jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Lagi 4 jam. Dalam masa yang sama, aku x henti2 berzikir dengan harapan kamera tu x rosak. Ku letak sepenuh harapan padaNya. Anda tau pe yang terjadi?? Tiba2 pak cik bas tu berhenti. Aku tengok die turun beli makanan. Masa tu berkira2 nak turun sebenarnya. Tapi dalam hati memikirkan “afiah, Allah dah kasi peluang untuk ko. Kenapa nak sia2kan lagi??” sesungguhnya aku rasa sangat bersyukur waktu tu. Allah Maha Mendengar. Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahuakbar! Pintalah padaNya. Xde apa yang mustahil dengan izinNya=). kamera tu sampai ke kelantan dengan selamatnya=)
Cerita seterusnya...
Aku biasa mainkan bacaan Al-Quran d playlist hp. Dan m’shufflekan surah2 tu. Malangnya, surah yasin aku versi cut. D cut kepada 3 bahagian. Kalo kita shufflekan, biasanya die play randomly. Hari tu, Allah nak tunjukkan kekuasaan Dia, Allah nak buktikan Allah menjaga ayat2Nya. Surah Yasin yang d alunkan, kedengaran lengkap. Seumpama surah tu x d cut kepada beberapa bahagian. Subhanallah.. Allahukabar.. betapa hebatnya kekuasaan Allah. Sejak dari hari tu, aku masukkan surah yasin yang lengkap. Dan sempurna pada pendengaran. Alhamdulillah...
Selesai sudah citenya.. pengajaran dari cite tu?? Fikir la sendiri... semoga kita sama2 membaiki diri ke arah yang lebih baik. Kurangkan sikap mazmumah dalam diri. Ikhlaskan hati. Jangan simpan marah atau dendam pada sesape kerana sapelah kita untuk memusuhi saudara sendiri. Bukankah kita d jadikan bersaudara?? Sama2 la kita bersatu tegakkan syiar Islam d bumi Allah ni. Ingat peribahasa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Maaf. Saya nak pergi interview nak masuk maktab nnti, jadi kena praktis dari awal lagi untuk guna peribahasa2 ni. Hehe.. doakan kejayaanku. Doakan kejayaan agama kita. Doakan kejayaan saudara2 kita. Doakan kesejahteraan semua. Amin3.
p/s: fakta yang mungkin anda nak tahu: aku xtau la entah berapa banyak entri yang aku tulis, aku tulis sambil air mata berguguran d pipi. Hahaha... maaf. Afiah agak sensitive kalo berbicara pasal keluarga. Saya rindu abang ih! Rindu ummi!! Rindu ayah!! Rindu adik!! Rindu kak nurul!! Nak peluk ayah!!! Abang ih pesan, “yah, belajar rajin2. Jangan malas2. Jaga diri molek2. Walaupun bz, jangan lupa belajar ilmu agama.”. uhuk2. Syahdu kalo cium tangan die. Boleh x nak peluk die?? Kalo die peluk aku, sambil nasihat, pasti air mata ni berguguran. Hahahha... nasib baik die x pernah peluk. Lol~ rindu abe ih!! Sayang semuanya=).Thursday, December 24, 2009
monolog: kosong atau berisi?
*setelah membaca semula satu entri dalam blog aku ni, aku cam x percaya je yang entri tu aku yang tulis. huhu...
hari ni, entah kenapa, aku nak berbicara pasal lelaki. mungkin sebab sejak kebelakangan ni, ade je cite pasal dak laki yang aku dengar. salahkah aku kalo menghukum semua lelaki sama?? ya. saya tau saya salah. sebab aku percaya masih ada lelaki yang baik. tapi kebanyakannya hanya nampak baik dari luaran. dalam hati mereka, hanya Allah yang tahu. Maaflah kalo anda berada dalam golongan lelaki yang membuatkan saya menyampah.
ya. semua orang menginginkan pasangan yang sempurna, sempurna dari segi agama terutamanya. tapi, pernahkah kita menilai diri kita sendiri?? layakkah kita mendapat pasangan sebaik dia?? harap maklum, saya tidak menolak soal jodoh dan ketentuanNya di sini.
jika anda berilmu, beramallah dengan ilmu itu sebaiknya dan tolonglah jangan jadi talam dua muka. kita nasihat orang tapi kita sendiri yang buat jahat dalam pada waktu yang sama. kita kata orang teruk tapi kita x sedar yang sebenarnya kita yang teruk. x reti nak bersyukur dengan diri sendiri, g kutuk orang lain lak. dapat dosa free2.
jangan perlekehkan orang lain. ingat diri dah perfect, mula r nak komen orang sana sini. awak kena ingat, x semua manusia d lahirkan ke dalam situasi yang sama dengan anda. belajarlah untuk hormat orang lain supaya kita pun d hormati orang.
Sunday, December 13, 2009
entah.
alhamdulillah... kita masih lagi d beri peluang untuk bernafas d muka bumi Allah ni sehingga saat ni. sape tau, kalo 5 saat lagi, kita dah xde ke.. kematian itu satu kepastian. dan kita x dapat nak jangka bila roh kita akan meninggalkan jasad terbaring kaku nanti. jadi, d dalam setiap gerak geri kita, tutur kata semua, hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan mati... peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 sekalian.. sebelum penulis melangkah lebih jauh ke medan penulisan yang x profesional, dengan rasa berbesar hati penulis nak tanya... apa khabar kita hari ni?? dan yang paling penting, apa khabar iman kita?? cukup ke makanannya?? ha... fikir2kanlah ye. bercakap pasal kesihatan ni... hmm... penulis pun x berapa sihat sebenarnya. tapi alhamdulillah.. masih d beri peluang untuk mendekatkan diri padaNya. kalo dah sakit ni, rase cam x bermaya langsung. hilang satu nikmat besar. masa kita sihat, semua kita boleh buat tapi bile dah sakit, alahai... alamatnya terbaring jela.. sementara kita sihat ni, meh kita ramai2 beramal sebanyak yang termampu. ingat, mati x mengenal usia, x mengenal miskin kaya. jangan bertangguh untuk buat kebaikan. lalalala~ afiah dah jauh meraban entah ke mana~
sebenarnya: kat uia ni, masa mula2 kita mendaftar, dalam minggu taaruf, d adakan ujian fardhu ain, english, arabic dan computer1..
- ujian fardhu ain: menentukan sama ada masuk kelas fardhu ain/study circle.
- ept(english placement test): untuk tentukan korang english level brape, x pun exempted terus
- apt(arabic placement test): sama macam english, untuk tentukan korang lulus atau x arab. x lulus, masuk la kelas bahasa arab(aku tergolong sama)
- last but not least, com1. ha.. ni pun nak tentukan korg kena ambik x subjek com1. alhamdulillah, aku lepas=). dah keje aku godek2 laptop je time cuti spm dulu. wakakkaa.
selalunya orang tanya: " ko fardhu ain??"( mereka ni keliru. saya bukan budak skolah agama) tapi.. aku tetap dengan selambanya jawab "ya,fardhu ain". jangan pernah kita berasa malu dengan apa yang kita x tahu. kita kena bangga sebab kita mengaku yang kita xtau. dan sebenarnya aku lebih beruntung masuk kelas fardhu ain daripada kadang2 kemalasan menghadiri usrah. hoho.. adeh. meraban lagi.
k2. ape yang aku nak tekankan kat cni adalah bacaan al-quran... ehem2.. hari ni ade baca al-quran x?? yang seronok mengadap laptop ni.. kalamullah dah mengadap ke?? haiz. ni la zaman sekarang. buat perkara lain boleh tapi baca al-quran x sempat lak. ishk3. tu bab baca, bab bacaan lak mcmn?? ikut tajwid yang betul x?? makhraj huruf betul x?? masalah lagi... ustaz cakap, kalo kita baca tanpa tajwid dan sebutan yang betul, silap2, solat kita x sah. bahkan, kalo kita mengimamkan orang lain, lagi la susah. solat tu boleh jatuh hukumnya tidak sah. maka terbatallah solat tadi... pentingnya kita sebagai generasi muda terus mengangkat martabat bacaan suci Al-Quran. jangan biar luput dek zaman. kaum adam yang bakal jadi pemimpin keluarga, amatlah d gesa mempelajari bacaan Al-Quran yang betul. kaum hawa juga x ketinggalan kerana anda jualah yang akan mendidik putera dan puteri anda nanti. jangan kita perlekeh2kan dan mengambil mudah soal ini. jangan tunggu umur dah meningkat baru nak mula baiki kesalahan kita baca Al-Quran. ingat, mati x kenal sesiapa, di mana dan bila. fikir2kanlah~
catitan: Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menghadapi fitnah dari mereka. hazihi fitnatun kabir!! Allahuakbar!
catitan:kesedihan mencengkam. uhuk2~
Tuesday, December 8, 2009
temuduga: wajib untuk semua.
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.
KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
*Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
*Anda tidak perlu bawa pingat.
*Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
*Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,hensem atau berbadan tegap atau seksi.
*Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia kan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud:
Sabda Rasullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu"
"Jika mayat itu seorang muslim,maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala,maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk."
"Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan,maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk."
"Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri,maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.Maka malaikat berkata kepadanya:
"Duduklah kamu.Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?"
"Maka berkata mayat itu:Tinggalkan aku sebentar,aku hendak sembahyang.Maka berkata malaikat:
"Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
"Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu:
"Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
"Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat InsyaAllah.Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga,maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.
"Maka bertambahlah gembira mayat itu.Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.
" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung
kaki)!!??
Saturday, December 5, 2009
pesanan untukmu hawa
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam,
kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup,
tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam,
kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.
Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam
bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat , maruah kita terpelihara,
kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.
Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya,
kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?
Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia,
sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang
soleh solehah,
kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan
dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.
Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu.
Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu,
kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban
suamimu,
andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan??
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka.
Tetapi hawa,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya.
Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya ?? dan aku benci mendengarnya??
Monday, November 30, 2009
apakah engkau seorang pejuang?
Engkau ingin berjuang,
Tapi mengapa tidak mampu menerima cabaran&ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi mengapa rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi apabila menjadi pemikul agak membebankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi kurang menjaga kesihatan
Engkau ingin berjuang,
Tapi masa tidak sanggup kau luangkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi kerenah sahabat engkau tidak tahan
Engkau ingin berjuang,
Tapi pengurusan diri lintang pukang
Engkau ingin berjuang,
Tapi amalan tidak ditingkatkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi disiplin diri engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Tapi kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tapi adab muamalah engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Ibu bapa engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Kekasaran dan kekerasan yg engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Iman dan taqwa engkau lupakan.
Engkau katakan engkau ingin berjuang,
Tapi apakah yang sebenarnya hendak engkau perjuangkan.








