CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, October 31, 2011

Anugerah Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

sudahkan anda bersyukur dengan segala nikmat kurniaan-Nya hari ini? Alhamdulillah kalau sudah berbuat demikian :) dah siap sedia nak dengar cerita saya? eh... sekejap.... urusan dengan Allah dah selesai? segala urusan lain? dah siap tugasan yang diberikan oleh pensyarah? hari ni dah baca Al-Quran? sudah juga? Alhamdulillah kalau begitu.. tapi kalau masih ada urusan yang belum disiapkan atau ada janji yang belum dipenuhi, bersegeralah anda tekan butang 'close' bagi tetingkap ini dan selesaikan urusan-urusan tersebut terlebih dahulu... hari ni... hari ni saya nak cerita apa ye?

menjadi kebiasaan saya merepek dan tersasul terlebih dahulu kan sebelum masuk kepada isu yang jelas. hehehe.. maaf.. anda kena bersabar sahaja la dengan saya ni.

hari ni Alhamdulillah, saya telah berupaya menjadi ahli fikir kepada program jamuan akhir semester kelas yang akan diadakan pada hari khamis ini. sebenarnya, tugas saya hanyalah sebagai ketua ajk makanan, tapi saya tak tahu la kenapa tiba-tiba saya pula uruskan semua berkaitan dengan alatan dan susun atur tempat. kerja tu tak memenatkan pun, cuma kena banyak fikir. saya suka je dengan kerja saya ni :)

hari ni, sehubungan dengan tugasan pada kali ini, saya dikehendaki membeli buah-buahan. kebetulan pula hari ini pasar malam, apa lagi.... way way we go~~~~~~~

tadaaa... bukan nak tunjuk gambar pun lahhhh... tadak keje saya nak snap gambar. oh ya nak mengomel sekejap pasar malam dah berubah kedudukan. pening saya pusing sana sini tak jumpa tempat peberet beli buah-buahan dan juga selipar. ohhhhh~~~ di manakah kamu berada~~~~ pusing-pusing tak jumpa jugak.

al-maklumlah, sebagai seorang pelajar yang tidak berkemampuan, saya tidak mempunyai sebarang kenderaan, hatta sebuah basikal pun. wuuuu.. sedih T_T. tapi! saya gembira sebab saya menjadi asbab rezeki orang lain. errr.. maksud saya.. Allah kurniakan rezeki kepada seseorang dan sayalah yang jadi pengantaranya^^

oleh sebab tiada kenderaan sendiri, maka kenderaan utama yang saya naik ialah teksi. teksi yang saya naiki tu kepunyaan seorang pekerja teknikal di IPG KPI, namanya Pak Cik Musa. PCM mempunyai masalah pendengaran dan juga tidak boleh bertutur. namun, saya tidak merasakan ianya satu kekurangan pada diri PCM. malah rasanya patut lebih bersyukur kerana dosa melalui percakapan dapat dielakkan.

cuba renung-renungkan diri kita, sebanyak mana dosa yang terhimpun hasil daripada anugerah Allah yang satu ini. salah siapa apabila lebih banyak dosa terhimpun daripada pahala melalui anugerah Allah ini? kelak kita akan disoal di akhirat sana dan anugerah-anugerah Allah ini la yang akan menjadi saksi atas apa yang kita lakukan. Allah... saya tahu, saya juga banyak silap. perihal mengumpat misalnya. dulu susah nak sedar yang saya sedang mengumpat sebenarnya sebab kadang-kadang kita tak perasan yang situasi percakapan kita sebenarnya sedang mengumpat. mengumpat juga bukan sekadar melalui percakapan, sekiranya kita meniru gaya fizikal seperti cara berjalan dan sebagainya, itu juga dikira sebagai mengumpat. kawan sebilik saya mengelaskan mengumpat ini kepada aspek yang lebih terperinci iaitu mengumpat di dalam hati. ha. yang ni la rasanya yang perlu dijaga. selalulah berbaik sangka dan menjaga hati kita daripada dicemari. seharusnya kita harus berdoa di dalam hati pada setiap masa apabila kita melihat sesuatu kebaikan atau keburukan.semoga Allah mendengar doa-doa kita semua. insyaAllah... aminn...

peliharalah anugerah Allah sebaiknya. saya sendiri rasa yang saya juga akan disoal di atas setiap penulisan saya. walaupun ianya bukan salah satu bentuk komunikasi secara lisan, tapi tetap, dan rasanya ianya lebih dekat, sebab penulisan ini adalah daripada hati. huuu... semoga Allah pelihara kita dalam jalan-Nya. insyaAllah..

semoga terus berada dalam lindungan-Nya. insyaAllah... saya sayang awak tau! demi Allah... nak tengok awak bahagia sepertimana saya bahagia dalam meniti liku-liku kehidupan. pastikan setiap apa yang kita lakukan, niatkan kerana Allah. pada mulanya mungkin sukar, tapi lama-kelamaan, bila hanya Allah menetap di hati, kita akan rasa selesa, tenang dan bahagia bersama redha-Nya. insyaAllah...

Wednesday, October 19, 2011

Gugup

Bismillah..

entah kenapa sejak kebelakangan ini saya gugup apabila bercakap dengan lelaki. layaknya bila perlu memandang muka lelaki. rasa macam nak tunduk sahaja. tapi apa pula kan. huuu...

dan saya tak suka apabila lelaki memandang wajah saya, maksud saya, seseorang yang menemani kawannya bercakap dengan saya tetapi asyik melihat wajah saya. urgh! tolonglah. janganlah pandang saya. timbul rasa kurang selesa.

hari ni saya bertembung dengan dia lagi. dia cakap saya jalan laju. hahaha.. saya memang selalu jalan laju pun. kalau jalan perlahan ni rasa macam lembap dan tak bermaya. baru semalam saya menangis bagaikan kecewa dengan cinta manusia sedangkan saya bukan ada apa-apa dengan dia. mungkin saya asyik terfikirkan kata-kata rakan sebilik saya "Piah akan terkejut nanti tengok kakak ni kawen dengan sape." waktu tu kami sedang tengok-tengok gambar walimah seorang kakak senior. malam tu saya rasa sedih sangat. bimbang kalau dia yang dimaksudkan oleh rakan sebilik saya. tapi apalah daya saya, saya hanya boleh berdoa untuk kebahagiaan dia sahaja. moga yang terbaik diciptakan untuk dia! insyaAllah.. apa yang perlu sekarang, saya hanya perlu terus berdoa dan berdoa agar saya mendapat tempat di sisi-Nya. rasanya ini bukanlah masa yang tepat untuk saya terus lagha dengan hal dunia. saya harap awak pun sama. sudah-sudah lalai dengan hal dunia. tapi jangan pula tinggal hal dunia terus kerana dunia jambatan ke akhirat. insyaAllah...

Alhamdulillah juga sebab Allah sentiasa datangkan hati saya dengan perasaan bersalah kalau bergurau dengan orang lain. kadang-kadang saje-saje je kenakan mereka untuk merapatkan ukhuwah, tapi ternyata, hati serta diri ini tak boleh dah nak terima kalau saya bergurau kenakan kawan-kawan. wuu.. gurau sikit je tapi rasa bersalah lebih. walaupun bagi orang lain gurauan tersebut biasa, saya tetap tak boleh terima. terima kasih kepada dia atas tarbiah ini.
"jangan bahan orang lain"

belajar untuk tidak ketawa atas kesalahan yang orang lain lakukan.
Notakaki
1) hari ni ada lagi yang ingat saya orang pulau pinang :D

Saturday, October 15, 2011

Punah Habis

habis habis.

habis rosak belanjawan yang dibuat pada kali ni.

ini semua gara-gara buku. ada pesta buku di MAEPS. Big Bad Wolf Books. diskaun dari 70% hingga 95%. sape yang tak nak kan? dah la buku tebal. dan hardcover.

duit simpanan pun aku ambil sikit. demi buku.....

Friday, October 14, 2011

Tak Lama Dah

tak lama lagi, dia dah takde kat sini. entah bila pula la baru boleh jumpa dia. rasanya takkan berkesempatan kot. kecuali kalau dia kahwin, dan kami semua ikut pergi sama majlis dia.

dah takde la nak terserempak dengan dia di kafetaria. itu pun bukan selalu. 3 kali sahaja sepanjang aku berada selama setahun setengah di sini. waktu lain? memang tak la.

rasa sedih nak tengok dia pergi.

apa yang di rasa tak terluah lagi. malah ada pula yang mendahului. huuu... serius ke aku ni?

kalau sebelum ni, boleh la aku khitbah dia, tapi kali ni... rasa macam tak sanggup.

istikharah nanti akan jadi petunjuknya. tiap kali dia dalam gundah, mahu sahaja aku bagi kata semangat. tapi.. kata-kata tu hanya mampu dicoret pada dinding muka buku aku jela, dengan harapan dia baca dan mendapat sedikit kekuatan. ada juga tikanya aku mahu sahaja senyum padanya, tapi pandangan aku sudah lari entah ke mana. rasa malu kalau pandang dia. bimbang juga kalau timbul penyakit hati.

hari tu.. aku tak tahu la kalau dia sebenarnya tahu yang barang tersebut merupakan kepunyaanku. atau, mungkin saja dia hendak jadikan modal untuk tegur aku. waktu tu tak tahu nak balas apa.. senyum dan terus ambil sahaja. dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa kalutnya aku tika mahu mengambil barang aku yang berada berdekatan dia.

harapnya Allah beri yang terbaik untuk dia. aku doakan dari jauh sahaja. masih berharap? ku sandarkan pada-Nya sahaja soal ini. yang aku tahu, aku milik mutlak Dia.

ya Allah.. peliharalah kami semua dari terus lalai dengan hal dunia...


*mimpi dia dah banyak kali. 3 kali kot. rasa sakit jantung bila tahan perasaan. dan bila tahu ada yang sudah menampakkan tanda bahawa dia suka kepada dia. jealous sebab saya takleh nak sampaikan! dia sudah berpunya? hmm.. harus mulakan progres barangkali. tengah kumpul kekuatan, nak cari orang tengah yang amanah :) insyaAllah. kalau jodoh kami, Allah akan permudahkan segalanya. insyaAllah.

Thursday, October 13, 2011

Cerita Hari Ini

Bismillah...

hari ini, macam-macam perkara berlaku pada diri aku. dari pagi sampai la tiba waktu balik. Allah... hari yang memberi kesan...

mula dari pagi lagi, aku dah terlewat bangun! Allah.. memang tak sedar langsung. rakan sebilik pun sama juga. setelah hampir selesai bersiap-siap hendak ke kelas, kami borak-borak sedikit. ini sudah menjadi kebiasaan kami berdua. waktu pagi adalah masa untuk merapatkan lagi ukhuwah, waktu malam waktu untuk bermanja antara satu sama lain :) cerita itu ini. luah itu ini. bincang itu ini. hehe.. insyaAllah bual kami bukan bual kosong.

pagi ni topik bangun lewat la yang kami sentuh. pertama sekali bila saya bangun lewat, dalam hati saya, saya kata Allah nak uji. padahal semalam bukan tidur lewat sangat pun. tidur sudah pada waktu kebiasaan tidur. saya tahu, ada silap saya. ditambah pula dengan rakan sebilik yang menambah " ini sebab kita cerita pasal dia tidur mati la ni". Allah.. itukah salahnya.. mashaAllah.. sebegini rupa ujian-Mu. Dia yang dimaksudkan ialah kawan saya. semalam saya cerita satu kisah yang pernah terjadi sebab nak kaitkan dengan kisah pencuri yang dia ceritakan. mungkin juga Allah nak uji ketaatan kami dalam melaksanakan ibadah. tanda bukti cinta kami kepada-Nya.

hari ini juga, saya rasa bahagia. sampai saya tak boleh tahan senyum. dia tegur saya. walaupun hanya sebaris perkataan sahaja, dan perkataan tersebut adalah ayat yang bersahaja, saya rasa bahagia. tak henti-henti senyum. saya tahankan sahaja rasa dalam hati, istighfar atas apa yang saya rasa. huuu.. kadang-kadang hati berhak rasa bahagia :P *jangan tiru macam saya.

hari ini jugalah saya menguruskan lagi perihal program mentor-mentee yang dimulakan oleh saya di kelas PPISMP 3.11. kali ini, saya agak bertegas dan rasanya lebih sistematik. sekejap sahaja sudah selesai dalam soal pemilihan mentor dan mentee yang bakal berada di bawah seliaan mentor yang mana. saya sebenarnya agak sedih dan kecewa. saya tak suka bunyi bising dan sorakan mereka terutamanya di dalam kelas. mungkin faktor umur yang berbeza menyebabkan penerimaan kami tidak sama. saya lebih serius barangkali. tiap kali saya tinggikan suara sedikit, saya mesti rasa bersalah. huu... biarlah. saya ada Allah untuk pujuk hati saya.


ujian yang seterusnya untuk hari ini, hajat untuk minum air epal susu tidak kesampaian. rakan sekelas saya terlupa untuk beli di kafetaria tengahari tadi. Alhamdulillah, saya tidak menyalahkan dia malah saya dapat menerima berita ini dengan tenang dan bersahaja. memang Allah taknak bagi saya membazir. memang ada terlintas dalam hati saya "eh kenapalah aku pergi beli air, membazir je. air dah ada di bilik. tapi xpelah" hmm.. mungkin Allah tahu apa yang terbaik untuk saya. mana tahu duit yang akan saya bayar untuk harga air tersebut perlu digunakan di masa hadapan. Allah juga Yang Maha Mengetahui.

hari ni sebelum keluar dari kelas, adik saya ada tegur saya.

"Kak Afiah, ada apa-apa nanti mesej la saya."

"ok.."

"dah lama dah Kak Afiah tak mesej saya."

"yela.. xkan la akak nak mesej saje-saje kan.. dah xde tujuan, nak mesej buat apa"

"xdela.. akak selalu mesej saya tanya apa-apa, sekarang dah xde dah mesej saya"

" +_+ yela-yela nanti akak mesej awak"

bunyi suara Syakirah dari belakang : " huh! manja! "

haha.. macam tu la adik saya.. rasanya bukan saya yang lupakan dia, tapi dia tu yang dah sibuk dengan hal lain. maklumlah dah ada awek.. taknak la saya kacau. buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul" pun tak habis lagi dia baca. haiz. katanya memang dia tak suka membaca. yang dia suka, bidang automotif. pasal kereta tak payah cakap la. baru-baru ni dia menang Kuiz PNB peringkat nasional. Juara :) Alhamdulillah.. dia memang aktif dalam kuiz tersebut. menjadi wakil pertandingan sejak sekolah menengah lagi. nantilah saya perkenalkan dia. bimbang pula ada ramai yang berkenan. hehe...

berita gembira! saat-saat hampir selesai karang entri ni, rakan sebilik saya tengah bercakap dengan kawan dia. kawan dia sekarang ada di kafetaria. Alhamdulillah, ada rezeki lagi untuk saya. terus saya kirimkan jus epal susu pada dia. Alhamdulillah... Allah sayang saya... Alhamdulillah...

*saya utarakan soalan pada rakan sekelas yang umurnya setahun muda dari saya

"kuat tak aku marah tadi?"

"yang paling teruk marah 'hamba Allah'"

ada sorang lagi menyampuk.

"tadi bukan marah, manja."

erk?? jangan la sampai satu masa aku ambil keputusan menjauhi dia... takmau cakap dah.. bimbang mencairkan hati-hati lelaki yang mempunyai penyakit hati. huuu.. senyum jela.

babai :)
fi amaanillah...
Assalamu'alaikum :)

Tanpa Disangka-sangka, Ucapan Jadi Doa

" kan saya dah kata, seronok rasa bahagia tu^^"

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, mula-mula, kita muhasabah diri kita dulu...

hari ini anda apa khabar? Alhamdulillah, sihat? Aiwah... Mabruk! hari ini ada juga walaupun sekali anda mengucapkan Alhamdulillah... Allah... Alhamdulillah.. ada masalah apa-apa tak hari ni? xde? Alhamdulillah... eh.. awak ada masalah? dah selesai belum? belum? apa tunggu lagi, tadahkan doa ke langit, mohon pada-Nya. mohon semoga segala urusan dipermudah :) Alhamdulillah...

hari ni kan awak... saya nak kongsi satu cerita yang baru sekejap tadi berlaku pada diri saya. pertama sekalinya, saya nak ajak awak memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat-Nya kerana masih memanjangkan umur kita untuk menyesali segala kesilapan dan dosa-dosa kita yang lalu.


*yey yey awak nak bagi kita hadiah!

awak... bukan la... saya tak habis cerita lagi ni... baru nak mula je pun. duduk diam-diam eh. senyummmmmmm :) eh tutup mulut sikit. nampak gigi pula ;D

saya cerita ye awak :)

Bismillah... Alhamdulillah, pada malam ini, semua pelajar kolej kediaman di IPG Kampus Pendidikan Islam perlu menghadiri satu program yang bertajuk ' Pesona Malam Mahabbah'. Tema program pada malam ini adalah 'Arabic Night'. *maaf tiada gambar pula hendak dimutkan di sini. semua dalam kamera orang lain.

mungkin tak perlu banyak saya cerita perihal malam tersebut kerana fokus utamanya apa yang telah berlaku sebenarnya.

kami, sebagai warga kolej, diberi kad jemputan bersaiz mini yang di atasnya tertera nombor bertuah bagi acara cabutan bertuah yang akan dijalankan dalam program tersebut. ada wakil blok yang menghantar dari bilik ke bilik. Alhamdulillah, pada petang ini, akhirnya sampai jua kad jemputan mini tersebut ke bilik saya. rakan sebilik saya menyambut kedatangan wakil tersebut dan mengambil dua kad jemputan. untuk pengetahuan awak, kad tu bukan jemputan khusus, tapi umum sahaja. maka tiadalah sebarang nama jemputan ditulis atas kad tersebut.

saya yang masih di meja tulis, hanya memandang sahaja, mengangguk dan memberi senyuman. sekejap sahaja dia berlalu. maka berlakulah dialog antara saya dan rakan sebilik.

Rakan sebilik : Piah nak yang mana? cepat pilih! ( muka hadapan kad diterbalikkan)

Saya : Bismillahitawakkaltu 'ala Allah... nombor yang piah pilih ni akan menang cabutan bertuah malam ni (sambil bangun dari kerusi, bergerak menuju rakan sebilik, dan terus memilih salah satu kad tersebut tanpa banyak hal.)

sudah. saya dah dapat kad saya yang tertera no 238 dan rakan sebilik saya pula dengan nombor cabutan bertuah 298. pergilah saya ke majlis tersebut..

kita baca iklan sebentar...

mulanya, saya fikir nak pakai tudung warna hitam digandingkan dengan jubah biru polos saya memandangkan tudung tersebut punya manik-manik yang sesuai untuk majlis malam tetapi bila difikir-fikir semula, saya bukan nak pergi program tersebut atas dasar nak bergaya. mashaAllah.. cepat-cepat saya betulkan niat, dan sarungkan sahaja tudung biru kosong. Alhamdulillah, niat terpelihara. insyaAllah.

niat tu penting tau awak. kalau niat kita dah tak betul, tak dapat pahala kita. kalau kita tak niat apa-apa, pun tak dapat pahala. awak nak pahala percuma kan? banyak-banyak kan? jadi, setiap kali awak buat sesuatu, awak niat la ke arah kebaikan, semoga mendapat balasan daripada-Nya. tak dapat balasan daripada manusia tu kira takpela kan awak :) sebab kita buat semuanya kerana Allah :)

sambung cerita semula...

tibalah waktu cabutan bertuah. para warden asrama dikehendaki mencabut beberapa nombor undian. saya kira 10 nombor. kalau tak salah perkiraan saya. 

bersahaja. sedang mengamati nombor-nombor yang disebut.

Pengacara majlis : nombor seterusnya... 238!

saya... saya terpegun di situ. saya rasa syukur sangat sebab perkataan pertama keluar dari mulut saya adalah Alhamdulillah. saya tak dapat tahan rasa sebak. saya terus mesej rakan sebilik mengenai perkara ni. katanya rezeki daripada Allah. namun, saya melihat semua ini lebih dari itu. inilah kuasa-Nya. inilah kuasa sebuah doa. inilah kuasa tawakal. inilah kuasa keyakinan. Allah...airmata dah mula bertakung. tangisan sebuah kegembiraan atas kasih sayang-Nya. betapa hina dan kerdilnya diri ini kurasa. segalanya bergantung semata-mata kerana Allah! Allahuakbar!

setiap kali rutin saya perlu membuat pilihan, begitulah selalu. saya mulakan dengan baca 'bismillahitawakkaltu 'ala Allah' disertai sedikit doa. 

contohnya : Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah.. semoga apa yang aku pilih ini adalah yang terbaik untuk aku.

maka, dengan itu, setiap apa yang terjadi selepas saya membuat pilihan, saya lebih redha. saya lebih pasrah kerana tidak Dia berikan saya perkara yang bukan terbaik untuk saya. saya percaya dengan hikmah yang terselindung di sebalik setiap perkara yang berlaku. 

ini adalah sekadar sedikit sahaja perkongsian daripada saya. saya berharap sedikit tidak banyak awak juga dapat jadikan kisah saya sebagai renungan dan pedoman untuk awak lebih memperelok diri awak. eh bukan tak elok.. dah elok dah tu.. cuma kita nak menghampiri kepada kesempurnaan sikap seorang hamba yang sepatutnya. insyaAllah.. sama-sama kita usaha. saya dan awak :) insyaAllah...

* Alhamdulillah, saya dah mula dapat tangani perasaan marah saya. eh saya bukan seorang yang pemarah.. cuma ada ketikanya saya marah. tipsnya? bukan tips la.. ini apa yang saya cuba praktikkan..

pertamanya, saya senyum... istighfar... dan banyak mengingati Allah. saya taknak syaitan gembira. biarlah syaitan sentiasa berduka. mula-mula mungkin ambil masa lama untuk kita redakan kemarahan, lama-lama nanti, dengan senyum dan istighfar pun dah cukup untuk redakan kemarahan kita. kan senang dan mudah bila dah biasa. didik hati supaya sentiasa ingat mati. insyaAllah...

sehingga saya menulis lagi di lain entri. Asslamu'alaikum.

awak jaga diri tau. fi amaanillah :) insyaAllah.

Tuesday, October 11, 2011

Sebarkan Cinta-Mu^^

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..

Alhamdulillah di atas kurniaan rezeki-Nya yang melimpah ruah, yang tidak pernah putus dari hari ke sehari. Alhamdulillah.

pasti semua sudah tahu tentang novel tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang bertajuk Sebarkan Cinta-Mu.

Alhamdulillah, hari ini, novel tersebut telah selamat sampai kepada saya di IPG Kampus Pendidikan Islam walaupun pada awalnya terdapat beberapa kesulitan. Alhamdulillah.






saya berharap agar duit yang saya dapat digunakan secara bermanfaat dan sebaik yang mungkin. bagi saya, pelaburan untuk buku adalah untuk selama hayat kita. anak-anak kita kelak boleh baca juga koleksi buku-buku kita andai kita sudah tiada. rasa teruja terima bungkusan daripada Fatimah Syarha :) hehehe XP

balik bilik ingat nak terus balut buku tapi memandangkan rasa penat, tidur sekejap. dan Alhamdulillah, malam ni, semuanya setel. buku yang dibalut akan sentiasa kekal baru walaupun dah bertahun-tahun lamanya. Majalah Solusi pun saya balut. siap dengan tulis nama, tarikh beli, kat mana beli dan tandatangan sekali. hehehehe.... dah jadi kebiasaan balut buku. sesiapa yang nak ambil upah boleh la. RM0.50 per buku. pembalut dan segalanya saya yang sediakan. hahahaha..;D

masih menunggu beberapa buah buku. jika diizinkan Allah, maka selamatlah buku-buku tersebut saya miliki. masih menanti dengan penuh berharap. insyaAllah... kalau dah memang ketentuan saya memiliki buku-buku tersebut, insyaAllah, walau lama mana sekalipun, dalam apa jua cara, saya pasti miliki mereka jua. insyaAllah.

bagi mereka yang ingin menempah buku tersebut atau buku-buku lain karya Fatimah Syarha, boleh la melawat blog beliau di alamat : http://sebarkanbahagia.blogspot.com/

siap dapat tandatangan beliau lagi. XD
cara untuk membuat tempahan ada disediakan di bahagian tepi blog. semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. insyaAllah :)

semoga terus dalam bahagia dan tidak lupa menyebarkannya kepada orang lain juga. Assalamu'alaikum. :)

*rasa gembira ucap salam bila kita ucap sambil faham makna. Allah.. kita doakan orang, orang doakan kita kembali. Alhamdulillah.. kan bahagia tu ;)

Keperluan Penuhi Tuntutan Agama Tak Kira Pengkhususan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, saya berpeluang lagi menulis di sini. rasanya sejak akhir-akhir ni, kekerapan saya berkunjung ke sini adalah agak kerap. hal ini mungkin disebabkan faktor ruang masa yang saya ada. tambahan pula, semua tugasan telah diselesaikan dan dihantar. saya cuma perlu mengikuti kelas untuk menghabiskan silibus pelajaran dan seterusnya bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada 8 November 2011. * eh, esoknya ulangtahun kelahiran saya XD. baru perasan :)

sudah tuntutan bakal menduduki peperiksaan, saya perlulah mengulangkaji pelajaran. saya bakal menduduki peperiksaan untuk subjek Bahasa Melayu 1, English Language, Matematik 1 dan juga Matematik 2 :)

mungkin masih ada yang belum mengenali saya. saya merupakan pelajar pengkhususan Matematik di IPG Kampus Pendidikan Islam. kumpulan pengkhususan yang bukan major dalam Pendidikan Agama dan juga Bahasa Arab merupakan kumpulan minoriti di sini. antara pengkhususan yang terdapat di sini adalah Matematik, Bahasa Inggeris, Kajian Sosial, Prasekolah, Pendidikan Fizikal, dan juga Bahasa Melayu.

setelah sedikit pengenalan di atas, maka eloklah saya terus kepada apa yang hendak disampaikan. *macam dah boleh buat post baru untuk pengenalan tu :D

perkara ini selalu terjadi. sering sahaja saya disapa oleh kakak-kakak senior sebagai pelajar pengkhususan bahasa Arab mahupun Pendidikan Agama. mungkin mereka beranggapan sebegitu kerana melihat faktor saya berpakaian. saya bukan hendak mempersoalkan hal ini mahupun mengutarakan sebagai protes, saya hanya ingin menyampaikan kepada semua, bahawa kewajipan menutup aurat bukan bergantung pada pengkhususan kita. tak kan lah hanya pelajar pengkhususan Pendidikan Agama yang perlu menutup aurat? tuntutan ini adalah wajib kepada semua yang beragama Islam. tidak semestinya hanya kerana anda bukan pelajar pengkhususan Pendidikan Agama, anda boleh memakai pakaian yang tidak menutup aurat.kena ingat tanggungjawab kita.

saya berharap agar sayap-sayap ikatan persaudaraan antara kita, umat Islam, semakin melebar sayapnya. semoga setiap daripada kita punya rasa kasih dan sayang antara kita semua. sebabnya.. kita bukan nak masuk syurga sorang-sorang, kita nak masuk ramai-ramai. kita nak tarik awak juga tau. awak pun kena tarik kita. dan orang lain juga. dan sebolehnya tarik semua. insyaAllah... :)

nak bawa semua hingga ke syurga. InsyaAllah.. sayang semua!

salam sayang dari saya,
Assalamu'alaikum.

Solat Sunat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum :)

selamat pagi dan salam sejahtera.

apa khabar jiwa pagi ini? masih berasa tenang dan mensyukuri nikmat yang diberikan Tuhan pada pagi ini? semalam saya lihat bulan. cantik sangat. terbentang luas langit Allah di malam hari. tak sebutir bintang pun kelihatan. itulah kuasa-Nya. tiada yang mampu memberi cahaya kepada sang kegelapan malam selain-Nya. Alhamdulillah. Allahuakbar.

pada pagi yang indah lagi mulia ini, saya sedang meneruskan pembacaan saya dalam tajuk buku : Lebih Dari 1000 Amalan Sunah Dalam Sehari Semalam tulisan Khalid Al-Husainan. jadi, saya ingin berkongsi serba sedikit dapatan daripada pembacaan saya.

sebelum itu, marilah kita sama-sama meneliti waktu solat dhuha.

Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:

1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor. 


solat ini sebanding dengan 360 sedekah. hal ini kerana di dalam tubuh manusi, terdapat 360 sendi (persendian). setiap sendi tersebut memerlukan sedekahnya pada setiap hari.
Hadis Buraidah r.a ada menyebut bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Manusia memiliki 360 sendi dalam tubuhnya. Hendaknya ia bersedekah untuk semua sendi tersebut". diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab al-Adab bab Imaathatul Adzaa 'anith Thariiq no 5242 dan Ahmad.

sedekah yang diperuntukkan pada persendian sebagai perwujudan rasa syukur atas nikmat. untuk mencukupi setiap sedekah tersebut, maka solat sunat dhuha adalah langkah yang terbaik. 

disebutkan dalam Shahiih Muslim, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Setiap pagi pada tiap-tiap ruas persendian di antara kalian memiliki hak, iaitu sedekah. setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar ma'ruf termasuk sedekah, mencegah dari kemungkaran termasuk sedekah, maka yang mencukupi demikian itu adalah solat Dhuha dua rakaat"

terdapat pebagai manfaat dan faedah yang bakal kita perolehi apabila memenuhi tuntutan solat sunat dhuha. Antaranya,

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik).

"Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

menurut hadis dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ia berkata : " Aku telah diberikan nasihat oleh kekasihku (Rasulullah S.A.W) dengan tiga hal, iaitu berpuasa tiga hari ( 13, 14,15) pada setiap bulan (Hijriyyah), dua rakaat solat Dhuha, dan solat Witir sebelum aku tidur." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)


kita sebagai seorang yang beragama Islam, hendaklah mempraktikkan amalan sunat ini dalam melengkapi amalan-amalan wajib. rezeki bukan sahaja bergantung pada doa, kita juga dikehendaki berusaha. Allah tak akan tolong mereka yang tidak mahu menolong diri sendiri. semoga kita dapat menerapkan amalan ini dalam kehidupan seharian kita. semoga rahmat dan berkat Allah sentiasa memenuhi kehidupan kita sehari-hari. insyaAllah.

Assalamu'alaikum.

Marah?

BISMILLAH...

BILA MARAH....

KENA SENYUM, ISTIGHFAR DAN FIKIRKAN TENTANG PERKARA LAIN.

kenangan beraya di rumah En Azman
SAMBIL-SAMBIL TU MUHASABAH DIRI DAN PERBAIKI APA YANG PATUT

:)

Monday, October 10, 2011

Anak-anak dan Orang Gaji

Bismillah...

tengah dalam mode sedih. huuuu


sedih tengok keadaan anak-anak dengan orang gaji. risau pula kalau keadaan kelak macam tu juga.

niat di hati bukan nak aibkan sesiapa, cuma nak cerita pasal orang gaji dan anak-anak.

rumah awak ada orang gaji? umur berapa? dan.. selalunya apa yang orang gaji tu kena buat? *rasa kurang sopan pulak panggil orang gaji so we call them bibik ok :) kalau kebiasaaannya.. mesti kemas rumah, masak dan segal benda tu la kan. ada tak bibik awak kena jaga awak? *eh. rasanya awak dah cukup besar. oke-oke. bibik jaga adik-adik awak yang masih kecil? rasanya takde kan?

sebenarnya, seorang bibik yang terpaksa menguruskan anak-anak ditambah bebanan tugasan rumah yang perlu dibereskan adalah satu tugas yang berat.

bukan saya nak berpihak pada bibik tapi itu la hakikatnya. nampak depan mata.

eh macam saya ni lebih-lebih pulak pada bibik. *orang indon ke apa? hehehhehe

bukan. bukan. saya nak tumpukan pada anak-anak....

lain sebenarnya anak-anak yang membesar dengan bibik ni. tak sama dengan dia dibesarkan di nursery mahupun ibu sendiri. perkembangan minda kanak-kanak terbantut. tambahan pula jarak umur anak yang dekat.

sekurang-kurangnya, di nursery, ada juga cikgu ajar disiplin masa. kalau kat rumah, bibik jaga, tak berapa sangat la. bukan takde ketetapan masa, namun saya rasa masih tak sama.

bibik tak pandai guna psikologi untuk didik anak-anak. ada bezanya dengan marah dengan suara yang berteriak dengan guna psikologi untuk redakan marah kita. anak-anak ni mudah je nak psiko... *berdasarkan pengalaman. tapi kalau memang yang dah takleh psiko tu, memang takleh la. huhuhu~

masa anak-anak di rumah pun bukan dalam suasana pembelajaran. asyik fikir nak main sebab bosan. cuba la kalau kita ada masa dengan anak-anak bercerita itu ini kan? kesian tengok anak-anak. itu belum masuk bibik guna kekasaran kalau anak-anak buat salah. kadang-kadang bibik yang lebih kasar daripada ibu bapa sendiri. mak ayah tak pernah sentuh anak tapi bibik, dia pula yang lebih. ya.. saya tahu.. bibik letih... entahlah..

ada masanya kita perlu tegas dalam didik anak-anak, bukan nak iyakan sahaja segala kehendak dan kemahuan mereka. kalau perlu marah, marah. bukan nak manjakan sahaja. anak-anak ni bila dia dah besar dia teringat la waktu dia kena marah dulu-dulu. *flashback kenangan sendiri :D

sabar sebagai ibubapa pun kena ada tahapnya. cara layanan pun kena berbeza-beza ikut peringkat umur. tak salah kalau kita dah masuk umur 50 tapi masuk geng anak umur 20. rasanya itu lagi baik. kita akan lebih faham anak kita. kita pun pernah muda jugak dulu-dulu kan ;) takdela anak kita cari orang lain untuk luahkan masalah dia.

oh ya. perihal bibik ni, memang takleh nak cakap apa dah la. tambahan pula dengan kesibukan ibu dan ayah bekerja sampai kadang-kadang tak sempat nak ambil tahu pasal anak-anak di rumah. well, rasanya lebih betul kalau saya cakap tak tahu apa yang bibik buat pada anak dia di rumah. mungkin depan dia, baik je. belakang dia, only Allah knows.

well, sebab takde anak lagi dan tak kawen pun lagi, takleh nak kupas banyak pasal soal ni. pengalaman takde lagi :) tunggu anak ramai baru rasa kot ;p

saya harap sangat Allah bantu saya dalam usaha mendidik anak-anak ni. semoga semuanya jadi soleh solehah. insyaAllah. walaupun saya bekerja, insyaAllah, dengan izin suami jua, saya harap yang anak-anak saya tidak terabai. terutamanya waktu saya takde dengan dia waktu tu. saya harap Allah jaga anak-anak saya tak kira di mana mereka berada. semoga mereka dalam jagaan-Nya selalu. sentiasa. insyaAllah. amiiinnnn

Sunday, October 9, 2011

Mintalah Segalanya Dari Dia^^

Bismillah...
Alhamdulillah... ada lagi di sini. dah berapa lama sunyi, akhir-akhir ni alhamdulillah dapat kembali semula ke sini.
Apa khabar anda? gembira hari ni? dah ucap Alhamdulillah untuk hari ni? kalau dah, Alhamdulillah.. bagus sekali.. em.. nak tanya sikit ni.. tadi online awalnya awak niat untuk apa? eh?? x niat apa-apa? rugi la macam tu... sepatutnya awak niat la nak tambah ilmu yang bermanfaat waktu mula-mula online. kan dapat pahala :) dah nampak begitu senang sekali nak dapat pahala? kan? kan? Allah itu Maha Pemurah...

bercerita perihal Dia yang Maha Kuasa, sekali lagi la bersangkut paut dengan soal hati. sejak akhir-akhir ni, maksud aku, sejak umur dah meningkat ni. setelah hampir 2 tahun sendirian, akhirnya, hati ni ada la juga tersangkut pada seorang hamba Allah ni. dia lagi tua, 2 tahun tua :)





tapi.. itu cinta dalam diam jela. *tapi dah macam tak kira diam sebab dah cite kat sini
kadang-kadang konfius jugak, cinta ke sebab perasaan kagum. pening3. tapi... aku yakin dengan perasaan aku ni. cewah!

tipu la kalau tak pasang angan-angan dia jadi pemilik cinta aku selepas Allah dan Rasul dan Ummi dan Ayah. tapi aku sedar, aku rasa tak layak berada di samping dia. aku rasa aku tak cukup kuat untuk terus sokong dia dari belakang. aku rasa tak mampu. sebab tu la aku doa pada Allah,

"Ya Allah, kalau aku tak ditakdirkan bersuamikan dia, Kau bagi la peluang pada aku untuk kenal diri dia yang sebenar. untuk jadi kawan dia biarpun buat sementara waktu sahaja"



banyak kali aku doa. dan banyak doa juga aku kirim untuk dia.

"Ya Allah, kau berikanlah kekuatan padanya untuk menghadapi segala ujian dari-Mu. Kau kirimlah padanya seorang isteri yang mampu menyokong dia ya Allah. berikanlah kebahagiaan kepadanya Ya Allah."

betapa pengharapan aku agar dia hidup bahagia setelah segala susah payah pahit maung kehidupan yang telah dia lalui selama ini.



sibuk-sibuk doa, ada la satu malam tu aku mimpi. aku mimpi pasal dia. dalam mimpi tu, aku jadi kawan dia. walaupun tak dapat kenal dia secara realiti, dalam mimpi pun jadi la. maka, dengan hadirnya mimpi tu, aku percaya, Allah dah tunaikan doa aku, permintaan aku. bangun pagi esok hati bunga-bunga senyum memanjang :) Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar :) Suka3^^

2 hari sebelum tu aku mimpi aku bertunang. tapi aku tak ingat wajah tunang aku tu. haha. tapi bukan dia la :)

walau dengan sape pun, aku tak kisah. sebab aku percaya, what goes around come around. mcmna kita mcm tu la jugak bakal isteri@suami kita.

apa yang aku nak tekankan kat sini, walau apa pun jua perkara, jangan letak pergantungan pada manusia, tetapi letaklah pergantungan pada yang Maha Mencipta. Pemilik Mutlak kita semua. hanya Dia yang mampu tunaikan segala permintaan kita. walaupun dari sekecil dan seremeh perkara sehingga sebesar-besar perkara. Mintalah. Pohonlah. Dia suka kalau kita meminta kepada-Nya. tapi ingat, kena sabar dan usaha. semoga Allah tunaikan permintaan kita semua :) walaupun kadang-kadang orang akan fikir benda tu macam susah nak berlaku. sebagai contoh, kita niat,

"Ya Allah, aku nak pergi Mekah sebelum aku kahwin"

percayalah. segalanya tak mustahil dengan kuasa Yang Maha Kuasa. insyaAllah.

Assalamu'alaikum. sehingga aku menulis lagi *untuk membaiki gaya penulisan :)

Monday, October 3, 2011

N.I.K.A.H

Bismillah...

tersenyum je tengok macam-macam kerenah orang di facebook. ada segelintir pernah suarakan,

"kami tak layak ke dengan ustaz?"

" eh dia ustaz. tapi isteri dia biasa-biasa je"

^^ nak senyum je. hehe.. macam-macam. sebenarnya jodoh bukan bergantung kepada perwatakan luaran kita. yang dalaman tu penting. dan.. yang paling penting, yang baik dijodohkan dengan yang baik dan begitulah sebaliknya. pengaturan Allah adalah yang paling sempurna. :)

sebab tu saya nak senyum je. sebab banyak perkara yang saya nampak mustahil tapi sebenarnya tidak. semuanya dengan kuasa Allah kan? Dia punya aturan terbaik untuk kita insyaAllah :)

sebelum apa-apa, nah, dengarlah sedutan video di bawah ni :)




dah dengar? :)

orang-orang muda zaman sekarang sibuk nak bercintan-cintun. sibuk nak kenal sendiri tanpa ada yang jadi tengahnya. lepas sibuk kenal, sibuk pulak nak dating. mesej itu dan ini. calling-calling sana sini. kalau ada tujuan yang penting dan tak dapat nak elak dari guna orang tengah, xpela jugak tapi masih perlu ada yang tahu. kan best kalau macam ni :)

semua terpelihara insyaAllah. restu mak ayah pun dapat. tak payah bercinta lama-lama, mak ayah tak tahu pun, lepas tu putus tengah jalan. hadoi. letih kot macam ni. rugi macam-macam rugi. dosa pun dapat.

jadi... kepada yang di luar sana, cuba terapkan semula cara yang baik ini untuk anda mulakan suatu hubungan yang serius. kalau dah jodoh kan, memang tak ke mana. tak perlu nak layan perasaan sangat. tunggu je bila waktu yang sesuai dah tiba, maka insyaAllah akad bakal dilafaz. insyaAllah..

kan bagus kalau saya pun melalui cara yang sama ;)

Unity of Heart : Muslimat PPISMP 3.11


tapi saya yakin, setiap orang punya ujiannya yang tersendiri dan Allah telah timpakan dia dengan ujian yang sememangnya dia dapat tempuhi :)

I Love You Ya Allah!!! Love You The Most!!!


Ikhtilat ohhhh Ikhtilat. Apa nak jadi.....

Bismillah...

mari ke point yang utama.

sejak akhir-akhir ni, ikhtilat dalam kelas aku macam dah kurang terjaga. sang lelaki mula pandai mengusik. bagi aku, itu tak salah. tapi mengusik sampai part yang teruk dah ni. pada pendapat aku la.

jangan ingat aku tak berkeras, aku suka dengan perkara tu.

suka-suka je main lalu dekat-dekat orang, berdiri dekat sebelah orang. debik baru tahu.

tahu la saya kakak awak, tapi kita masih lagi bukan mahram. tahu? rasa macam nak marah depan-depan je. haiz.

ceritanya... saya berdiri tepi pintu. dia pi sarung kot dia atas kepala saya. haiz. memang nak kena debik sebijik. memang la...

dulu, kelas tu baik-baik je. yang perempuan, perempuannya. yang lelaki, lelakinya.* memang la.. xkan nak perempuan lelaki kottttt

sekarang ni, nampaknya masing-masing dah mula goyah pendirian. hatta yang pendiam dah pandai layan gurauan lelaki apatah lagi yang peramah macam aku. hadoi!

tapi... tapi... dalam ramai-ramai tu, aku nampak sorang tu makin bertambah baik. Alhamdulillah... moga dia terus berada dalam keadaan macam tu sampai la habis semester 8. kadang-kadang bila budak laki sibuk bising sana-sini usik perempuan, aku terfikir, dah elok ke bacaan Al-Quran depa? sembahyang memang kat masjid setiap waktu ke? tak jugak aku rasa... ini sibuk pulak nak mengusik perempuan.

yang tak boleh blah, ada satu kes di mana dak-dak laki saje hantar mesej kat budak perempuan kacau-kacau. kacau-kacau tu bukan apa, hantar mesej suruh pi tido. al-maklumlah, waktu tu musim assignment. mana tau kan ada yang tak tido lagi. bukan semua lelaki dalam kelas tu la, ada la sorang dua. aku je yang tak dapat mesej sebab katanya dia tak berani nak kacau aku. haaa... kan bagus macam tu. ada jugak yang takut ngan aku. lagi aku suka :D yang xleh blah, adik aku, boleh pulak pi kol aku jam 2 pagi walaupun tahu aku dah tido. bila tanya kenapa call, katanya saja nak kacau. memang nak kena debik. nasib la dia call tanya soalan math dan aku yang tengah mamai-mamai masih mampu menjawabnya dengan tenang. Alhamdulillah...

aku tak nak tunding jari kat orang lain sebab 4 jari lagi kembali pada aku semula. mungkin sebab beza 2 tahun antara umur kami menjadikan aku tak kisah dengan gurauan adik-adik. aku tak kisah layan kemerepekan dieorang. kadang-kadang aku pun merepek jugak. jadi.. aku harap bebenor yang aku dapat baiki diri aku dan mampu tegur adik-adik supaya dapat kembalikan suasana kelas kami yang dulu.

ya Allah.. berikanlah daku kekuatan...

Semester 1