CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, October 31, 2011

Anugerah Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

sudahkan anda bersyukur dengan segala nikmat kurniaan-Nya hari ini? Alhamdulillah kalau sudah berbuat demikian :) dah siap sedia nak dengar cerita saya? eh... sekejap.... urusan dengan Allah dah selesai? segala urusan lain? dah siap tugasan yang diberikan oleh pensyarah? hari ni dah baca Al-Quran? sudah juga? Alhamdulillah kalau begitu.. tapi kalau masih ada urusan yang belum disiapkan atau ada janji yang belum dipenuhi, bersegeralah anda tekan butang 'close' bagi tetingkap ini dan selesaikan urusan-urusan tersebut terlebih dahulu... hari ni... hari ni saya nak cerita apa ye?

menjadi kebiasaan saya merepek dan tersasul terlebih dahulu kan sebelum masuk kepada isu yang jelas. hehehe.. maaf.. anda kena bersabar sahaja la dengan saya ni.

hari ni Alhamdulillah, saya telah berupaya menjadi ahli fikir kepada program jamuan akhir semester kelas yang akan diadakan pada hari khamis ini. sebenarnya, tugas saya hanyalah sebagai ketua ajk makanan, tapi saya tak tahu la kenapa tiba-tiba saya pula uruskan semua berkaitan dengan alatan dan susun atur tempat. kerja tu tak memenatkan pun, cuma kena banyak fikir. saya suka je dengan kerja saya ni :)

hari ni, sehubungan dengan tugasan pada kali ini, saya dikehendaki membeli buah-buahan. kebetulan pula hari ini pasar malam, apa lagi.... way way we go~~~~~~~

tadaaa... bukan nak tunjuk gambar pun lahhhh... tadak keje saya nak snap gambar. oh ya nak mengomel sekejap pasar malam dah berubah kedudukan. pening saya pusing sana sini tak jumpa tempat peberet beli buah-buahan dan juga selipar. ohhhhh~~~ di manakah kamu berada~~~~ pusing-pusing tak jumpa jugak.

al-maklumlah, sebagai seorang pelajar yang tidak berkemampuan, saya tidak mempunyai sebarang kenderaan, hatta sebuah basikal pun. wuuuu.. sedih T_T. tapi! saya gembira sebab saya menjadi asbab rezeki orang lain. errr.. maksud saya.. Allah kurniakan rezeki kepada seseorang dan sayalah yang jadi pengantaranya^^

oleh sebab tiada kenderaan sendiri, maka kenderaan utama yang saya naik ialah teksi. teksi yang saya naiki tu kepunyaan seorang pekerja teknikal di IPG KPI, namanya Pak Cik Musa. PCM mempunyai masalah pendengaran dan juga tidak boleh bertutur. namun, saya tidak merasakan ianya satu kekurangan pada diri PCM. malah rasanya patut lebih bersyukur kerana dosa melalui percakapan dapat dielakkan.

cuba renung-renungkan diri kita, sebanyak mana dosa yang terhimpun hasil daripada anugerah Allah yang satu ini. salah siapa apabila lebih banyak dosa terhimpun daripada pahala melalui anugerah Allah ini? kelak kita akan disoal di akhirat sana dan anugerah-anugerah Allah ini la yang akan menjadi saksi atas apa yang kita lakukan. Allah... saya tahu, saya juga banyak silap. perihal mengumpat misalnya. dulu susah nak sedar yang saya sedang mengumpat sebenarnya sebab kadang-kadang kita tak perasan yang situasi percakapan kita sebenarnya sedang mengumpat. mengumpat juga bukan sekadar melalui percakapan, sekiranya kita meniru gaya fizikal seperti cara berjalan dan sebagainya, itu juga dikira sebagai mengumpat. kawan sebilik saya mengelaskan mengumpat ini kepada aspek yang lebih terperinci iaitu mengumpat di dalam hati. ha. yang ni la rasanya yang perlu dijaga. selalulah berbaik sangka dan menjaga hati kita daripada dicemari. seharusnya kita harus berdoa di dalam hati pada setiap masa apabila kita melihat sesuatu kebaikan atau keburukan.semoga Allah mendengar doa-doa kita semua. insyaAllah... aminn...

peliharalah anugerah Allah sebaiknya. saya sendiri rasa yang saya juga akan disoal di atas setiap penulisan saya. walaupun ianya bukan salah satu bentuk komunikasi secara lisan, tapi tetap, dan rasanya ianya lebih dekat, sebab penulisan ini adalah daripada hati. huuu... semoga Allah pelihara kita dalam jalan-Nya. insyaAllah..

semoga terus berada dalam lindungan-Nya. insyaAllah... saya sayang awak tau! demi Allah... nak tengok awak bahagia sepertimana saya bahagia dalam meniti liku-liku kehidupan. pastikan setiap apa yang kita lakukan, niatkan kerana Allah. pada mulanya mungkin sukar, tapi lama-kelamaan, bila hanya Allah menetap di hati, kita akan rasa selesa, tenang dan bahagia bersama redha-Nya. insyaAllah...

No comments: