CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Thursday, October 13, 2011

Tanpa Disangka-sangka, Ucapan Jadi Doa

" kan saya dah kata, seronok rasa bahagia tu^^"

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, mula-mula, kita muhasabah diri kita dulu...

hari ini anda apa khabar? Alhamdulillah, sihat? Aiwah... Mabruk! hari ini ada juga walaupun sekali anda mengucapkan Alhamdulillah... Allah... Alhamdulillah.. ada masalah apa-apa tak hari ni? xde? Alhamdulillah... eh.. awak ada masalah? dah selesai belum? belum? apa tunggu lagi, tadahkan doa ke langit, mohon pada-Nya. mohon semoga segala urusan dipermudah :) Alhamdulillah...

hari ni kan awak... saya nak kongsi satu cerita yang baru sekejap tadi berlaku pada diri saya. pertama sekalinya, saya nak ajak awak memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat-Nya kerana masih memanjangkan umur kita untuk menyesali segala kesilapan dan dosa-dosa kita yang lalu.


*yey yey awak nak bagi kita hadiah!

awak... bukan la... saya tak habis cerita lagi ni... baru nak mula je pun. duduk diam-diam eh. senyummmmmmm :) eh tutup mulut sikit. nampak gigi pula ;D

saya cerita ye awak :)

Bismillah... Alhamdulillah, pada malam ini, semua pelajar kolej kediaman di IPG Kampus Pendidikan Islam perlu menghadiri satu program yang bertajuk ' Pesona Malam Mahabbah'. Tema program pada malam ini adalah 'Arabic Night'. *maaf tiada gambar pula hendak dimutkan di sini. semua dalam kamera orang lain.

mungkin tak perlu banyak saya cerita perihal malam tersebut kerana fokus utamanya apa yang telah berlaku sebenarnya.

kami, sebagai warga kolej, diberi kad jemputan bersaiz mini yang di atasnya tertera nombor bertuah bagi acara cabutan bertuah yang akan dijalankan dalam program tersebut. ada wakil blok yang menghantar dari bilik ke bilik. Alhamdulillah, pada petang ini, akhirnya sampai jua kad jemputan mini tersebut ke bilik saya. rakan sebilik saya menyambut kedatangan wakil tersebut dan mengambil dua kad jemputan. untuk pengetahuan awak, kad tu bukan jemputan khusus, tapi umum sahaja. maka tiadalah sebarang nama jemputan ditulis atas kad tersebut.

saya yang masih di meja tulis, hanya memandang sahaja, mengangguk dan memberi senyuman. sekejap sahaja dia berlalu. maka berlakulah dialog antara saya dan rakan sebilik.

Rakan sebilik : Piah nak yang mana? cepat pilih! ( muka hadapan kad diterbalikkan)

Saya : Bismillahitawakkaltu 'ala Allah... nombor yang piah pilih ni akan menang cabutan bertuah malam ni (sambil bangun dari kerusi, bergerak menuju rakan sebilik, dan terus memilih salah satu kad tersebut tanpa banyak hal.)

sudah. saya dah dapat kad saya yang tertera no 238 dan rakan sebilik saya pula dengan nombor cabutan bertuah 298. pergilah saya ke majlis tersebut..

kita baca iklan sebentar...

mulanya, saya fikir nak pakai tudung warna hitam digandingkan dengan jubah biru polos saya memandangkan tudung tersebut punya manik-manik yang sesuai untuk majlis malam tetapi bila difikir-fikir semula, saya bukan nak pergi program tersebut atas dasar nak bergaya. mashaAllah.. cepat-cepat saya betulkan niat, dan sarungkan sahaja tudung biru kosong. Alhamdulillah, niat terpelihara. insyaAllah.

niat tu penting tau awak. kalau niat kita dah tak betul, tak dapat pahala kita. kalau kita tak niat apa-apa, pun tak dapat pahala. awak nak pahala percuma kan? banyak-banyak kan? jadi, setiap kali awak buat sesuatu, awak niat la ke arah kebaikan, semoga mendapat balasan daripada-Nya. tak dapat balasan daripada manusia tu kira takpela kan awak :) sebab kita buat semuanya kerana Allah :)

sambung cerita semula...

tibalah waktu cabutan bertuah. para warden asrama dikehendaki mencabut beberapa nombor undian. saya kira 10 nombor. kalau tak salah perkiraan saya. 

bersahaja. sedang mengamati nombor-nombor yang disebut.

Pengacara majlis : nombor seterusnya... 238!

saya... saya terpegun di situ. saya rasa syukur sangat sebab perkataan pertama keluar dari mulut saya adalah Alhamdulillah. saya tak dapat tahan rasa sebak. saya terus mesej rakan sebilik mengenai perkara ni. katanya rezeki daripada Allah. namun, saya melihat semua ini lebih dari itu. inilah kuasa-Nya. inilah kuasa sebuah doa. inilah kuasa tawakal. inilah kuasa keyakinan. Allah...airmata dah mula bertakung. tangisan sebuah kegembiraan atas kasih sayang-Nya. betapa hina dan kerdilnya diri ini kurasa. segalanya bergantung semata-mata kerana Allah! Allahuakbar!

setiap kali rutin saya perlu membuat pilihan, begitulah selalu. saya mulakan dengan baca 'bismillahitawakkaltu 'ala Allah' disertai sedikit doa. 

contohnya : Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah.. semoga apa yang aku pilih ini adalah yang terbaik untuk aku.

maka, dengan itu, setiap apa yang terjadi selepas saya membuat pilihan, saya lebih redha. saya lebih pasrah kerana tidak Dia berikan saya perkara yang bukan terbaik untuk saya. saya percaya dengan hikmah yang terselindung di sebalik setiap perkara yang berlaku. 

ini adalah sekadar sedikit sahaja perkongsian daripada saya. saya berharap sedikit tidak banyak awak juga dapat jadikan kisah saya sebagai renungan dan pedoman untuk awak lebih memperelok diri awak. eh bukan tak elok.. dah elok dah tu.. cuma kita nak menghampiri kepada kesempurnaan sikap seorang hamba yang sepatutnya. insyaAllah.. sama-sama kita usaha. saya dan awak :) insyaAllah...

* Alhamdulillah, saya dah mula dapat tangani perasaan marah saya. eh saya bukan seorang yang pemarah.. cuma ada ketikanya saya marah. tipsnya? bukan tips la.. ini apa yang saya cuba praktikkan..

pertamanya, saya senyum... istighfar... dan banyak mengingati Allah. saya taknak syaitan gembira. biarlah syaitan sentiasa berduka. mula-mula mungkin ambil masa lama untuk kita redakan kemarahan, lama-lama nanti, dengan senyum dan istighfar pun dah cukup untuk redakan kemarahan kita. kan senang dan mudah bila dah biasa. didik hati supaya sentiasa ingat mati. insyaAllah...

sehingga saya menulis lagi di lain entri. Asslamu'alaikum.

awak jaga diri tau. fi amaanillah :) insyaAllah.

No comments: