CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, January 15, 2012

26 atau 28?

Bismillah..

^^ tergelak kecil sebab kena marah dengan rakan sebilik. (senyum)

kenapa?

mula-mula bicara pasal hadiah yang akan diberi untuk pasangan yang sudah berkahwin. dia tanya pendapat, sama ada sesuai atau tidak. lalu, dia cakap nanti saya kahwin dia nak kasi hadiah yang sama, iaitu buku :)
saya tak kisah pun. sebab saya suka membaca. tambah ilmu pengetahuan. i'll be totally glad kalau dapat buku.

mana dia marahnya?

hehe.. apa yang mencetuskan kemarahan dia, tambah dengan muka yang terus berkerut dan masam, adalah apabila saya katakan yang saya akan kahwin dalam masa 6 tahun lagi. maknanya.. sekarang 22, jadi kahwin 28 lah. :)

dia kata lama sangat. janganlah lambat sangat.

saya mohon pada Allah, 2 tahun selepas saya bekerja. tapi entah kenapa, hati rasa macam 1 tahun selepas bekerja. maknanya : umur 26. yela. nak kahwin awal macamana, calon pun bukannya ada. dan saya tak rasa apa-apa walaupun sendiri.

^^ (senyum)
walaupun sendiri, saya masih sempat menitipkan setiap doa pada Allah, agar dikurniakan seorang suami yang mampu menerima saya seadanya. seorang suami yang tegas dalam hal yang melibatkan agama Allah. seorang suami yang punya sifat kepimpinan, agar boleh terus menerajui perjalanan kehidupan kami sekeluarga, bersama anak-anak yang comel. impian saya : punya anak yang dari kecil lagi sudah tahu apa erti menganut agama Islam. tahu erti jihad. Allah.. bantulah hamba-Mu ini!

dan.. saya juga mengharap, Allah menggetarkan hati saya saat pertama kali saya melihatnya atau menerima lamaran daripadanya agar saya tahu, dialah yang akan melengkapi hidup saya di dunia ini. saya tidak mengharapkan cinta manusia semata, tapi saya sangat berharap agar kami sama-sama bina cinta hingga ke syurga, dan sama-sama capai cinta dan redha Allah S.W.T.

( ^_^) banyak sangat kan permintaan? heee... saya bertawakal kepada-Nya dalam soal jodoh ni. awak pun doalah banyak-banyak. tak kena bayar pun setiapkali nak berdoa. Allah Maha Mendengar.. dan jangan pernah berhenti berharap kepada-Nya...

Allah pemilik kepada hati-hati ini. Ya Allah, thabatkanlah hati kami di jalan-Mu yang benar.. insyaAllah...

No comments: