Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulilla...
Syukur kepada Allah atas ketetapan yang sangat bermakna buat diri ini.
hampir sahaja berkumandang azan tanda masuknya waktu Maghrib, saya terima mesej dari nombor yang tidak dikenali, berbunyi,
"Salam. kepada sesiapa yang dapat mesej ini, Zawir ingin berjumpa anda di kafe perempuan pukul 8.15 malam. Harap sangat3 dapat datang"
Ya Allah... apalah kali ini... macam-macam berputar di fikiran. semuanya yang negatif belaka. nampak sangat kan banyak dosa? macam.. tak pergi perjumpaan muzik. pada hari selasa yang lepas, ada perjumpaan ahli Pekomperi. tapi waktu tu memang seharian tak sihat. balik kelas terus sahaja tidur. perjumpaan yang diadakan itu pun tak pergi. perjumpaan tu bersempena merancang program bengkel orkestra serta persembahan bersama pelajar sekolah yang dihadiri oleh ramai orang yang berjawatan. boleh kata ramai yang akan turut hadir. program tu akan diadakan bermula hari khamis sehingga ahad. Ahad kiranya dah nak balik la.
berbalik semula kepada mesej tadi.. bila dah dapat tu.. mula la fikir. sambil jalan pun masih berfikir. sambil berfikir segala yang negatif, atau sebab-sebab dipanggil tu, masih sempat berdoa supaya Allah mudahkan urusan pada malam ini.
antara kemungkinan yang bakal berlaku, yang ada dalam fikiran ini ialah
1) ditukar status pemain dari pemain tetap kepada pemain sandaran
2) tidak dapat hadir bengkel orkestra tersebut.
Allah... Alhamdulillah.. Allah beri kelapangan jiwa. ketenangan dalam menghadapi suasana yang agak seram. jantung degup kencang ok. saya cerita pada rakan sebilik, dan buat pengisytiharan padanya, kalau kedua-dua perkara di atas berlaku, saya kata tidak mengapa. saya ok je. :) Alhamdulillah.. walaupun masih memikirkan hal tersebut, dan telah melafazkan kalimah yang difikirkan, hati masih tenang. Alhamdulillah... saya sentiasa yakin yang Allah telah memberi ketetapan yang terbaik untuk saya! *grin
sampai sahaja di kafe, ada 6 orang semuanya. dan Zawir memulakan bicara.
......
.........
keluarga PEKOMPERI saya <3<3<3 |
untuk tempahan atau sebarang soalan, boleh layari :
Blog Pekomperi : http://pekomperi.blogspot.com/
Blog Pekomperi : http://pekomperi.blogspot.com/
Facebook Pekomperi : http://www.facebook.com/pekomperi
kenangan berhari raya di rumah Encik Azman 2011 |
anda jaga hubungan anda dengan Allah, Allah akan jaga anda. insyaAllah.
Assalamu'alaikum.
Ukhwah fillah. InsyaAllah. Abada.
Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment