Assalamu'alaikum sahabat semua^^
apa khabar antum(kamu semua) hari ini? diharapkan semuanya sihat walafiat sentiasa. insyaAllah.. hari ini, saya akan berkongsi sedikit tazkirah pendek yang dipetik dari sebuah buku yang bertajuk "Ubat Hati" tulisan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bersama Ida Ezyani Othman. Mari kita teruskan pembacaan. :)
Pada satu ketika Aisyah r.ha bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba datang
seorang lelaki yang sangat pendek. lalu Aisyah berkata kepada
Rasulullah, " Ya Rasulullah, pendeknya orang itu." Sabda Rasulullah
s.a.w, " Ya Humairah, sesungguhnya kamu telah mengumpatnya."Aishah
menafikannya dan mengatakan, " Itu benar Ya Rasulullah." Maka Rasulullah
s.a.w bersabda, "Yang benar itulah yang
dikatakan mengumpat. jika perkara itu tidak benar, maka itu dikatakan
dusta dan makin bertambahlah dosa kamu." lalu Rasulullah menyuruh Aishah
r.ha pergi memohon maaf kepada lelaki itu.
Sudah tamat pembacaan? Ringkas sahaja cerita di atas tetapi ia membawa kepada makna yang sangat mendalam.
Firman Allah S.W.T : "... Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang
lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya
yang telah mati. Jika demikian, balasan orang yang mengumpat , maka
sudah pasti kamu jijik kepadanya...." (Surah Al-Hujurat : 12)
Allah... perbuatan mengumpat ini sangat keji! cuba kita bayangkan, kita sedang meratah daging sahabat-sahabat kita sendiri? tidak tergambar di fikiran rasanya kerana kejijikannya. Tetapi, berapa ramai dalam kalangan kita yang betul-betul mengambil iktibar dari firman Allah tersebut? adakalanya saya sendiri juga tidak terlepas daripada perbuatan mengumpat. seperti hal isteri Rasulullah s.a.w tersebut, kita juga merasakan kita bercakap hal yang benar tentang seseorang tetapi perbuatan itu sebenarnya sudah dikategorikan sebagai mengumpat.
Sayidina Umar Al-Khattab
r.a pernah berkata : " barang siapa banyak bicaranya maka banyak
kesalahannya. orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga
nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka."
Astaghfirullah.. rupa-rupanya makin banyak berkata-kata, makin banyak dosa yang terkumpul. itu belum lagi berbohong dengan tujuan membuat jenaka. hal ini juga perlu diambil perhatian kerana ramai di kalangan kita hari ini sanggup bercakap bohong sebagai bahan gurauan dalam kehidupan. semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut. insyaAllah.
Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud : "Janganlah banyak
berkata-kata selain zikrullah kerana ia membuat hatimu menjadi keras dan
orang yang terhindar jauh daripada Allah adalah orang yang memiliki
hati yang keras" (Riwayat Al-Tirmizi)
Marilah kita sama-sama menjaga hati-hati kita daripada menjadi hati yang keras seterusnya menjadi hati yang lalai dan jauh daripada hidayah Allah. naudzubillahimindzalik. Mari kita akhiri kalam pada hari ini dengan membaca doa yang berikut. Semoga kita sentiasa bersedia menyambut dan menerima kedatangan tetamu kita, Ramadhan. insyaAllah.. Semoga doa-doa kita bersatu seterusnya mendapat rahmat dari Allah S.W.T dan menyampaikan kita kepada bulan Ramadhan. InsyaAllah.
Doa sama-sama itu indah. Mengaminkan doa yang sama lagi indah :') .
with luv,
Nur Afiah Binti Ab Rahman
No comments:
Post a Comment