CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Tuesday, June 12, 2012

Updating!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, bersua kembali! hehehe... lama sudah tidak menulis di sini padahal hakikatnya memang selalu sahaja singgah di sini.

sibuk-sibuk uruskan pasal kopiah yang nak dijual, haruslah kan 'upload' di Facebook. sambil-sambil tu jenguk pula ke 'Group' yang di'join' di Facebook. terjumpa satu 'post' kawan yang minta pandangan tentang blog Jawatankuasa Pimpinan Pelajar(JPP) IPIS. mungkin dia baru buat blog tu.

jadi ada la satu dua komen aku beri.. antaranya warna tulisan pada sisi blog dan juga saiz entri yang ditulis. aku rasa warna latar belakang yang digunakan juga sangat terang.

alang-alang dah menulis ni, ada 2 perkongsian di sini untuk dikongsikan dengan semua. perkongsian ni aku dapat sewaktu menonton rancangan Wanita Hari Ini(WHI) di mana tetamu jemputannya ialah Dr Muhaya yang membincangkan isu 'Rabun Di Awal Usia'.

selalu kan kita dengar orang selalu beritahu, "kalau kau tak nak pakai cermin mata, kau kena tengok benda hijau. boleh sihatkan mata". sejujurnya, aku pun percaya pasal hal ni. sebab tu la aku pun selalu jela tengok benda hijau. tak kira dah cadar katil ke, beg ke... asalkan warna hijau muda. hakikatnya, bukan tengok benda hijau fokus utamanya. fokus asal ialah kita melatih dan merehatkan mata kita dengan melihat sesuatu objek yang jauh. itulah sebenarnya. kan dah ketawakan diri sendiri depan TV ;D kihkihkih.

satu lagi pula, ( ini pun aku selalu bebel kat orang) kepada yang bercermin mata, pernah tak ditegur oleh kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang berada di sekeliling tentang pemakaian cermin mata? apa yang dimaksudkan di sini ialah teguran semasa tidak memakai cermin mata. kebiasaannya teguran macam ni la " kenak (kenapa) kitak(awak) sik(tidak) pakai cermin mata? nanti 'power' cermin mata naik." hahahaha. aku rasa sangat kelakar sebab aku la yang selalu tegur orang macam ni. hakikatnya, kepada yang bercermin mata, 'power' cermin mata anda akan meningkat setiap 6 bulan sekali. pakai cermin mata ke tidak, tetap naik juga. jadi, setiap 6 bulan, pergi la periksa 'power' cermin mata anda.

ingat nak berkongsi tips nak jaga mata tapi ada hal yang perlu disegerakan pula. sehingga menulis di lain kali pula bersama perkongsian yang lebih berguna dan bermanfaat insyaAllah.

jaga solat, jaga iman, insyaAllah, tak ketemu di dunia, kita ketemu di syurga Allah insyaAllah.

Assalamu'alaikum. <3<3<3

No comments: