CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, November 5, 2012

Akhir Semester 2 2012


Bismillah..

setiapkali semester berakhir, sukar sekali aku melafazkan kata perpisahan pada adik-adik. selalunya bila di belakang, mudah pula air mata mengalir. nak mengungkap kata sayang, rasa malu pula. Allah, sukar sebenarnya mahu melafazkan kata sayang.


selalu kan kita dengar yang marah itu tandanya sayang. ya, sedikit sebanyak aku percaya. ada pelbagai cara untuk menzahirkan rasa sayang.

aku sangat berterima kasih kepada Allah terutamanya, dan kepada ummi kerana sangat prihatin dalam menjaga agama kami semasa kecil. walaupun aku memang la degil sikit.

disiplin kami ketat.

jam 6.30, semua dah kena ada dalam rumah, tutup tv, makan, mandi, siap untuk ke surau atau masjid.

kalau solat di rumah, pasti berjemaah. lepas tu akan baca Al-Quran. ummi ajar. ada juga pergi mengaji di surau. sampai menangis-nangis aku baca Al-Quran. kalau salah sikit, kena ulang ayat sampai tiga kali. ummi garang, tu tandanya sayang kan ;)

tv hanya boleh buka untuk tengok berita. waktu tu la aku buat kerja sekolah. pada pandangan aku, waktu kritikal yang sangat baik untuk bersama keluarga adalah antara solat maghrib ke solat isya'. aku rasa sangat best waktu tu kalau duduk kat satu tempat sama-sama, even buat benda lain. pukul 9, kena tutup tv. semua kena pergi sembahyang dulu. sembahyang berjemaah pula tu. aduhai cerita tengah nak mula. lepas tu kena la tunggu adik-beradik semua kumpul kat bilik sembahyang, biar semua ada baru boleh mula sembahyang. memang tak puas hati la kalau ada yang lambat-lambatkan datang bilik sembahyang. yang bestnya, kalau dah tahu cerita lepas tu best, cepat-cepat sebelum pukul 9 pergi sembahyang. bila ummi suruh pergi sembahyang semua, cakap "ore smaye doh". hehehe... nakal gila.

hari sekolah pukul 10 tv dah kena off. semua kena masuk tidur. lampu kat luar bilik semua tutup. jadi, ambil alternatif, masuk bilik, baca buku ke apa. selalunya jam 12 baru tidur. takpun, bila lampu dah nak kena tutup, request untuk gosok baju. hehehe... lepas gosok baju, masuk bilik, baring atas katil, baca buku cerita yang pinjam kat sekolah, dan tidur. aku sedar, malam-malam ummi masuk bilik, cek sama ada dah pasang ubat nyamuk dan kipas nombor berapa aku pasang. tapi bukan selalu la aku tersedar. keh3.

dulu aku sangat tak suka bila ummi selalu cek pakaian aku sebelum keluar rumah. tapi sekarang, aku sangat bersyukur kerana dengan didikan tegas ummi itulah aku menjadi aku sekarang.

peraturan dalam rumah yakni budak lelaki tak boleh masuk bilik perempuan dan budak perempuan tak boleh masuk bilik budak lelaki itupun aku kira bagus. takdelah kami adik-beradik nak peluk sana-sini lelaki perempuan. aku pun segan. paling-paling pun aku salam cium tangan sahaja. kat dalam rumah, mana boleh pakai seluar pendek untuk lelaki. kalau pakai juga, memang tak senang duduk jawabnya. yang perempuan memang sah-sah la kena pakai proper. mana boleh berkeliaran berkemban dalam rumah. Alhamdulillah, ummi sentiasa berfikir ke hadapan. setiap bilik perempuan ada bilik air dalam bilik. bilik lelaki je takde. dieorang guna bilik air yang ada dalam bilik sembahyang. dulu ada bilik air lain, tapi sekarang dah jadikan dapur basah.

aku seorang yang pemalu nak menzahirkan sayang, nak mengungkap sayang kalau aku betul-betul sayang. selalunya aku hanya mendoakan dari jauh semoga Allah memelihara mereka yang aku sayang. aku tak nyatakan yang aku sayang ummi dan ayah seperti orang lain yang beritahu ibu dan ayah mereka, aku biasa-biasa sahaja. cuma Allah sahaja yang tahu airmata yang mencurah-curah saat rindu mereka, saat aku perlukan mereka. aku nampak tegas di luar, tapi dalamnya rapuh sekali. mudah sahaja mengalirkan air mata. alah tengok cerita hindustan pun airmata sobs sobs sobs. aku ikut ummi kot yang tu ;)

kalau orang lain, rindu emak mereka, mereka akan call. tapi aku, tak. aku perlu menangis dahulu melepaskan rindu. sebab selalunya bila dengar suara ummi pun aku dah boleh sebak. Allah.. dengar suara ayah takpe lagi. selalu juga kawan sebilik aku tanya, tak telefon keluarga ke. entah, aku tak pandai nak telefon keluarga hari-hari. tapi ada juga aku telefon. saje bertanya khabar. itupun sangat akward rasa. paling lama cakap dengan ummi pun dalam 5 minit. kalau dengan ayah lama sikit. kalau dengan adik lagilah lama. ummi tak suka aku membazir pun. kalau aku dah selesai beritahu apa yang aku nak beritahu, ummi pun cakap "ok.". dan aku bagi salam. entah, mungkin aku tak pandai nak bercakap dengan ummi, atau entahlah. mungkin bila aku dah kahwin aku lagi banyak benda nak bercerita dengan ummi :) insyaAllah!

walaupun aku tak macam orang lain, aku tetap sayang ummi dan ayah aku, keluarga aku. they are my precious. kasih sayang ni tak perlu zahirkan, tapi perlu dirasai. kau usaha jadi hamba yang soleh, taat perintah agama pun kau dah menyumbang besar pada kedua ibu bapa kau. kalau betul kau sayang mereka, tapi kau ada tipu mereka, buat kerja tak baik belakang mereka, baik kau berhenti daripada buat perkara tu, pergi mohon ampun daripada Allah. doa supaya Allah lembutkan hati mak ayah kau, ampunkan kesalahan yang kau dah lakukan. aku nak pesan satu je, 



Allah Maha Melihat!


No comments: