Kasihku pada Baginda.
peribadinya sungguh mulia.
tutur katanya berhikmah.
dirinya menjadi ikutan.
lalu mengapa aku mengatakan cinta dan kasih
sedangkan aku manusia hina yang tidak berusaha
masih gagah tulang belulang
masih kekal roh pada jasadnya.
pada-Mu aku mohon kekuatan
seiringan mencontohi Rasulullah s.a.w.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
[Ketika rasa malas dan nafsu jahat datang, katakanlah pada diri sendiri :
"Kerana kamu darah Rasulullah s.a.w mengalir, kerana kamu air mata Rasulullah s.a.w. mengalir"
manusia yang tidak pernah kita jumpa di dunia ini tetapi dialah manusia yang paling banyak menangis untuk kita lebih daripada ibu kita sendiri]
No comments:
Post a Comment