Bismillahirrahmanirrahim...
pengumuman. pengumuman.
[saudara Nur Afiah Binti Ab Rahman akan menduduki Ujian Akhir Kursus pada 16 dan 17 November 2012 di IPG KPI. oleh itu, dengan rasa sukacitanya beliau memohon doa-doa saudara-saudara sekalian.]
eceh. eceh. eh betul apa, seriusssss mohon doa kalian. insyaAllah, segalanya dipermudahkan. insyaAllah.. sebaik-baik pemberi ganjaran adalah Allah s.w.t.
selalunya, saya tulis entri kerana nak menceritakan semula hal yang berlaku. ada juga untuk membuat refleksi kepada sesuatu isu. adakalanya juga saya tulis untuk diri saya sendiri. jadi, tulisan kali ini lebih menjurus kepada menceritakan apa yang berlaku dan juga titipan pada diri sendiri.
5 Oktober 2012
seperti biasa, hari Jumaat merupakan hari di mana aku selalu tertinggal telefon di bilik. entah kenapa. mungkin disebabkan hari Jumaat merupakan hari persekolahan yang paling singkat. kelas berakhir jam 12.30 tengahari. selepas itu, kami kaum muslimat ada program Bicara Siswi, untuk memenuhi ruang waktu ketika muslimin mendengar khutbah Jumaat seterusnya menunaikan solat Jumaat. bagus kan begitu? :) bila sudah berkeluarga, atau dalam erti kata lain, sudah bersuami, boleh la kaum isteri membaca surah al-kahfi pula ketika suami ke masjid. kan manis begitu :)
eh eh.. u-turn.
program selesai dalam jam 2 atau 2.15 petang. dengan rasa penat lalu pulanglah daku ke bilik. sudah pasti... perkara pertama diperiksa adalah telefon.
>message - checked.
>misscalled - ehhhh?
la. nombor siapa la pula ni. ada dua nombor yang tak dikenali. no celcom 013 dan nombor yang bermula dengan 44++++ dan ada 12 digit. lalu ku jadi bingung. tapi ku biarkan sahaja telefon di situ. kalau penting, pasti pemilik nombor tersebut sudah tinggalkan pesanan. apa yang menimbulkan rasa pelik lagi, kedua-dua nombor tersebut didail dalam minit yang sama. maknanya, panggilan dibuat oleh orang yang sama la kan? *macam Conan pulak XD
takpelah. usah peningkan diri. mari berehat sebab masih banyak tugasan perlu disiapkan.
lalu tertinggal begitu sahaja 2 nombor tersebut dalam log call telefon....
11 Oktober 2012
pada sibuk-sibuk buat tugasan, aku teringat tentang nombor tersebut. lalu bertanya kepada pemilik nombor tersebut,
"Salam. maaf, boleh saya tahu siapa ni?"
sambil-sambil tu, aku tanya kawan-kawan Famili Ceria, negara mana pakai kod 44. kalau thailand, aku tahu, 66. Nenek Doraemon(bukan nama sebenar, nama Facebook), kawan aku cakap, kalau tak silap nombor tu nombor UK. kawan dia whatsapp guna nombor dengan kod tersebut la. lalu aku teringat yang kawan abang aku duduk luar negara, pernah la dia call aku malam-malam tanya pasal abang aku. jadi aku syak mungkin dia. rajin la pula tangan menaip,
"maaf, ni syafiq rasidi ke?" dia tak balas lagi mesej masa tu.
"ni syafiq rahim ni. esok datang stadium s.alam ye" lebih kurang la gitu mesej dia.
"errr syafiq rahim? sebenarnya ada apa di stadium shah alam esok?"
lama dia nak balas.
"ada kenduri tahlil arwah di stadium"
pada masa yang sama gigih aku cari sape syafiq rahim. siap tanya kawan lagi ada apa di stadium esok harinya. rupa-rupanya ada perlawanan bola sepak kelantan lawan selangor... aku tanya la dia dapat kat mana no aku.
dia balas, " saya dengar awak defend celtic, jadi ada ura-ura rajagobal nak ambil awak.. siapa sorang lagi tu? adib rhaais kan?"
haiyak!
lalu dengan niat tidak mahu memanjangkan cerita, aku beritahu yang aku bukan lelaki, bukan pemain bolasepak dan tiada kaitan dengan apa yang dia tanyakan sebentar tadi"
lalu perbualan kami tamat di situ.
jiwa aku pun tenang.
kata kawan, "stalker tu"
apa-apa jelah kan.
14 Oktober 2012 (since dah pagi)
bersahaja, buka Facebook. dannnn tengok ada orang tag gambar. ehhhhh gambar aku tiada pun dalam tu. errrr.... dan lokasinya adalah UK. errrr... sukar untuk menjelaskan. adakah dia tag kerana ingin memberi jawapan kepada aku atau... ya saja-saja tag. errrrr..... dan aku rasa berdebar-debar. ehhhh???
apapun, aku husnudzhon, mungkin dia nak ceritakan pengalaman dia di sana :) ada rahsia yang Allah simpan untuk aku. semoga terus sukses awak :) saya doa dari malaysia :)
aku akhiri entri kali ni dengan jadual peperiksaan :P
UAK - 16 dan 17 Oktober
Peperiksaan Akhir Semester - 29 Oktober, 2,3 dan 4 November.
Ulangtahun Kelahiran - 9 November. [perlu keeeeeeeeeee?]
oh ye. mari baca blog Kereta Mayat tulisan Hamka. boleh juga dapatkan buku beliau yang bertajuk "Permata yang Hilang Kini Dijumpai" yang menceritakan perihal kehidupan.
"saya sudah dapatkannya, anda bila lagi?"
hehehe.. lai lai siapa nak pinjam pun boleh.
mari sudahi penulisan (aku) dan pembacaan (anda) dengan membaca tasbih kafarah dan surah Al-Asr.
insyaAllah. Assalamu'alaikum.
salam sayang dari yang di sini untuk yang di sana. (teringat sedutan cerita P.Ramlee, penceramah pasang dalam ceramah petang semalam ;) )
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago
No comments:
Post a Comment