CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, October 29, 2012

Pagi Yang Tenang Untuk Sesi Kenal-kenalan

Afiah ada penyakit.

penyakit yang...

bila dah mula menulis, dia akan menulis tanpa henti.

ada sahaja yang bermain di fikiran beliau.

hmph.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim :)

aw aw perasan cantik hari ini.

semalam pulang dari rumah kak long jam 9 malam, abang Din hantar. pulang ke hostel dengan harapan kafe buka sebab rasa lapar.

"laaaaahhh kafe tak bukak keeeeeee" 
[dalam hati je]

rasa macam baru lepas makan. tetapi kenapa lapar. oh rupanya saya sudah menggunakan tenaga saya untuk menghafal maklumat untuk peperiksaan yang akan diadakan pada hari ini. no wonder orang yang kuat belajar makan banyak. keh3.. [itu sebenarnya tuju pada diri sendiri. sila angkat kain sebelum hujan turun guna bakul] 

bila ingat semula, patut la lapar sebab akhir sekali makan nasi jam 1 tengahari. [ ok dah salah nampaknya kau tak kuat belajar pun sebenarnya]. 

lalu bersama kawan sebilik, teruslah nekad mahu ke kafe esok pagi untuk sarapan. yehuwww~~~~ breakfast tu... tak pernah dalam semester ni pergi sarapan di kafe tup tup hari ni sarapan di kafe jasa perut yang lapar sebelum terlambat nak masuk dewan peperiksaan pukul 8.30 pagi. 

dengan gigihnya menggosok baju warna ungu, baju yang dikhususkan untuk pakai sempena sambutan hari raya haji di maktab. hari ni ada majlis makan-makan daging korban, jadi kira oklah kan. sampai sudah di kafe. [eh?kau suka lompat cerita. huru hara cerita kau]

pergi ambil makanan, nasi goreng dengan ayam masak pedas. mak aihhhh. pagi-pagi memang sesuai untuk melantak ;P . lalu settledown lah kami di ruangan makan yang dikhususkan untuk pelajar. ops! ada pensyarah lelaki pandang-pandang. alahhhh macam la tak kenal pensyarah tu. biasa tengok je kan. biasa la tu dia pandang-pandang pelajar. takpe-takpe, yang penting kita makan dulu! waktu makan tu pun ada perasan yang dia asyik pandang-pandang tapi malas nak ambil kisah.

selesai makan. Alhamdulillah.... sekali sekala makan bersama rakan sebilik, apa kata buat amal kan. tolong la dia letak pinggan yang dia makan dalam bekas pinggan kotor yang disediakan. errr sebenarnya itu pun alang-alang tangan dah kotor. dia makan guna sudu jadi saya yang pakai guna tangan ni kena ringan tulang sikit untuk menolong. siap cuci tangan semua, kawan minta excuse pergi tandas. tinggallah daku berkeseorangan menunggu beliau. out of sudden, pensyarah tu dah ada berdiri di sebelah! nasib la tak terkejut den.

"Awak student sini?" [ya]
"Saya tak pernah nampak pun. Sem berapa?" [dua]
"tinggal luar ke tinggal dalam?" [dalam]
"awak dah kahwin?" [belum]

haila~~ haila~~~~

boleh la pulak pensyarah tu tanya macam tu. segan pun ada. rasa kelakar pun ada. yang penting rasa malu sebab ada kakak senior jugak kat situ. lepas jawab soalan terakhir tu dia beredar. ada update soalan dia di FB, mommy(pensyarah kat sini jugak) respon. dia beritahu supaya hati-hati sebab ada kes pelajar kahwin dengan pensyarah sebelum ni. i was like,
"hahahahaha

pensyarah itu sudah berumahtangga...
;)
dia saje tanya tu mommy.."

dia balas, 
"Yg kes dulu pun dia sudah berumahtangga jugak.. "

lepas tu terus macam " erk."
hahahaha. dekat MRSM dulu pun ada cikgu yang kahwin dengan murid. bahagia mereka. tapi tidaklah daku merancang sejauh itu. elok-elok lepas makan jumpa adik kelas, dia mula la dengan firasat dia.

"saya rasa Kak Afiah akan kahwin dengan pensyarah. pensyarah yang single"

Hahaha. macam-macam mereka ini. Allah datangkan mereka sebagai penghibur kepada diri. Alhamdulillah...

Sekali lagi, soal kahwin, mari tolak ketepi dahulu. sudah cukup sudah, berbicara atas angin sahaja. mari ulangkaji pelajaran! adiosss~~~~

Assalamu'alaikum awak ;)

No comments: