CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, October 29, 2012

Minda Yang Celaru

Bismillah....

hmph. ada perkara gusar bermain di fikiran. ini soal besar. soal amanah. soal keberkatan. soal rezeki.

waktu belajar di sekolah, atau universiti, atau di mana-mana sekalipun, kita sudah pasti sentiasa berdepan dengan peperiksaan yang akan menilai kita di tahap mana. eh silap, ukuran pencapaian peperiksaan bukanlah ukuran yang sebenarnya kita di tahap mana tetapi menguji kefahaman kita terhadap sesuatu topik atau pengetahuan sedia ada. apabila ada ujian, sudah pasti akan timbul unsur-unsur meniru dan sebagainya.

mungkin semasa berada di bangku sekolah, kita merasakan hal itu kebiasaan sahaja jika berlaku. 

" dah nak buat macamana, last minute tapi masih tak dapat jawapan. tiru kawanlah."

ya. kebiasaan atau kita sebenarnya dalam situasi terdesak. manusia dalam situasi mendesak akan hilang rasional pertimbangannya. apa yang pada awalnya dirasakan salah menjadi betul. hal ini kerana gara-gara keperluan yang perlu dipenuhi. 

"memang walau macam mana pun perlu meniru juga untuk lulus peperiksaan."

apabila melangkah ke peringkat dewasa, amalan tersebut tidak menjengah lagi dalam diri. [memang tak suka meniru, memberi tiru dan melihat orang meniru] oh jangan salah sangka yang saya sangat baik. seingat saya, saya juga pernah meniru. sekali sahaja. dan kenangan tersebut akan kekal dalam kotak ingatan ini. mungkin akan diceritakan kepada cucu kelak. haha. saya rasa itu kerja gila.

saya tidak sangka kebelakangan tahun ini saya berjumpa semula dengan amalan pecah amanah ini. bukan setakat jarang-jarang saya jumpa, namun hampir di setiap musim peperiksaan. soal amanah yang tidak dipelihara semakin menular dalam kalangan penjawat kerajaan. saya tahu, tujuan sebenar anda adalah untuk membantu kami tetapi bukan ini caranya. kamu mendidik kami menjadi seorang guru, dan kami yang dididik pula akan mendidik murid-murid kami. bagaimanakah pula dengan konsep rezeki yang berkat?

saya sepertimana juga anda. sayalah yang mendapat tajaan kerajaan untuk menyambung pelajaran. lalu atas dasar apakah saya membelanjakan wang tersebut? amanah adalah soal masa, wang dan kehidupan. Amanah adalah tanggungjawab. tersenyum saya apabila salah seorang murid saya yang bukan beragama Islam memberitahu guru mereka membenarkan mereka meniru di dalam peperiksaan jika tidak dapat menjawab soalan di dalam ujian akhir tahun. saya berasa terkilan. entah kenapa. banyak sungguh persoalan berlegar di minda sekarang.

saya tinggalkan anda bersama satu situasi. kepada yang ingin berkongsi pendapat sangat dialu-alukan.

"Dol akan menduduki peperiksaan Sejarah Tamadun Dunia dua hari lagi. Dia sudah mula menghafal fakta-fakta dan peristiwa penting. pada malam sebelum ujian, Dol mula menerima soalan latihan yang pelbagai yang dikongsikan oleh kawan-kawan. semasa membuat perbincangan terakhir dengan Sol, Sol ada mengeluarkan kertas soalan yang tidak pernah Dol lihat. Sol beritahu,

 "ini soalan yang akan keluar peperiksaan esok hari, dan ini skema jawapannya. kau hafallah jawapannya. memang sebijik keluar yang ini"

Dol berasa ragu-ragu dengan kata-kata Sol. namun begitu, Dol tetap melihat soalan tersebut dan mengaggapnya sebagai soalan latihan. jika keluar dalam peperiksaan, "Rezeki akulah tu," kata Dol."

Apa pendapat anda? kongsikan pengalaman dan pendapat masing-masing di sini ;) insyaAllah, sama-sama kita ambil iktibar dan manfaat yang baik disimpan buat pedoman bersama. insyaAllah..

semoga Allah memelihara kamu puteriku sayang yang baik lagi bijaksana ;)

insyaAllah.. insyaAllah...

Assalamu'alaikum.

*spread the dzikr and salam.



No comments: