CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Wednesday, January 30, 2013

Allah Menyuruh Kita Berusaha

Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahuakbar...

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat sekalian :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya, saya dan awak masih berpeluang untuk sama-sama berkongsi sesuatu yang insyaAllah memberi manfaat kepada kita, baik untuk dijadikan pedoman dan juga panduan dalam kita menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini. sebelum itu, saya ingin mengajak awak untuk sama-sama kita tanamkan dalam diri kita bahawa kita merupakan rakyat atau warga dunia akhirat. seumpamanya, kita singgah di shopping mall, macam-macam barang yang ada. tapi kita kena beli dan ambil yang patut sahaja untuk menjadi bekalan tempat penginapan kita, iaitu rumah kita sendiri. begitulah jua dengan dunia ini, kita mengambil peluang sebaiknya sebagai bekalan di negeri akhirat kelak. insyaAllah, semoga Allah melindungi kita semua. Ameen..


Semasa saya melayari laman sosial Facebook lewat petang ini, saya tertarik dengan perkongsian seorang sahabat yang bernama Suraya, Allah memberkatinya. Beliau berkongsi satu kisah mengenai seorang pemegang ijazah undang-undang yang sehingga kini masih menganggur. kenapa saya katakan bahawa beliau masih lagi menganggur? bagi saya, konsep menganggur ini terjadi apabila kita menanti dengan penuh setia untuk 'makan gaji' daripada orang lain.

saya sangat mengagumi Encik Tauke Air (Encik TA) kerana beliau tidak mengharap kepada ijazahnya sahaja, beerti beliau faham, dan yakin bahawa ijazah tersebut tidak mampu memberikan apa-apa rezeki kepada beliau, melainkan dengan izin Allah SWT. beliau percaya, Allah akan mengubah nasib seseorang jika seseorang tersebut mengubah dirinya sendiri terlebih dahulu.

lulusan apa kita sekalipun, janganlah merasa rendah diri atau terlalu bangga diri. rezeki ini bukan sahaja dapat dilihat dalam konteks harta, bahkan rasa tenang yang dikurniakan oleh Allah SWT juga merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT yang mana tidak semua orang mampu memiliki rasa ketenangan itu. ada orang, fizikalnya nampak berharta, nampak bahagia, tetapi pada hakikatnya, dia tidak kaya rohani. jiwanya tidak tenang. terpaksa memikirkan bagaimana menguruskan harta yang banyak dan akan ditanya kelak oleh Allah SWT bagaimana dia menguruskan hartanya.

setiap orang sudah ditetapkan rezekinya masing-masing. walaupun harta itu kepunyaan kita, tidak semestinya ia merupakan rezeki kita. Contohnya, kita menanam pokok cili di halaman. belum sempat kita memungut buah cili yang memerah di pokok, sudah ada burung-burung yang terlebih dahulu mendapat habuannya. nah, bukankah ia sudah menjadi rezeki burung tersebut? namun begitu, janganlah kita menyumpah seranah burung tersebut pula kerana perkongsian rezeki kita dengan makhluk-makhluk lain sudah ditetapkan Allah SWT. bahkan, bila kita berlapang dada, bersyukur atas kurniaan-Nya,  Allah tambahkan lagi pula rezeki kita. mashaAllah.. Allah bahkan menambahkan lagi rezeki kita! Alhamdulillah!

saya melihat, dalam kehidupan ini, manusia sentiasa mendahulukan pandangan fizikal dahulu. ada beberapa situasi yang saya hadapi sendiri. dalam soal mencari jodoh, ibu bapa juga mengutamakan aspek fizikal bakal menantu terlebih dahulu. pada saya, ia memang satu keperluan, namun apabila diteliti semula, rezeki ini bukanlah daripada aspek fizikal sahaja. Allah lebih mengetahui akan sesuatu. jujur, saya juga memikirkan soal tersebut juga. namun, apabila ummi telah memberi lampu hijau kepada seseorang yang fizikalnya tidaklah bekerja kerajaan, kerja biasa-biasa sahaja, saya turut berasa senang hati. sahabat-sahabat kena ingat, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. janganlah sesekali disebabkan cinta dan sayang kita kepada bakal pasangan, kita ketepikan pandangan ibu bapa kita. seharusnya, kita meraikan mereka. meraikan pilihan mereka. berusaha menjadi yang solehah mendambakan syurga Allah, insyaAllah, Dia akan hantar yang soleh terus kepada kita. sekali lagi, jangan tengok pada luaran. walaupun mungkin dia tidak sesoleh yang kita mahu, tetapi kita tidak tahu, di kemudian hari, dialah yang sebenar-benarnya akan menjadi suami kita yang soleh di akhirat. sentiasa berusaha sama-sama untuk menjadi yang soleh dan solehah, membina keluarga bahagia, menuju syurga-Nya :)
kenapa kita perlu berusaha? kerana Allah menyuruh kita berusaha. berusaha hanya menjadi asbab untuk Allah berikan rezeki kepada kita. jika kita sudah berusaha, menggunakan teknik-teknik yang betul dan mengikut syariat dalam berusaha, namun belum dimakbulkan Allah lagi apa yang kita kehendaki, jangan putus harap. teruskan berusaha. Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita. kita perlu yakin, yakin dengan sebenar-benarnya, Allah amat kasih dan sayang pada kita, sehinggakan walaupun kita melakukan banyak dosa, Dia tetap mengampuninya. Dia, Allah Maha Kuasa, Allah yang Satu, Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

saya ingin memohon maaf, kerana acapkali, penulisan saya terpesong ke sana ke mari. banyak perkara yang saya mahu ceritakan tatkala menulis. ada yang sudah lari daripada topik. ada yang memang dari awal sudah tidak sama dengan tajuk yang ditulis. apapun, saya berharap, apa-apa kebaikan yang awak peroleh dari sini, ambillah pengajaran, jadikan panduan dan pedoman. supaya tidak terpesong lagi, saya akan kongsikan salah satu hasil pembacaan saya di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin di ruangan entri yang lain.

Assalamu'alaikum. Awak, saya, dan sahabat-sahabat lain, semua nak masuk syurga. semua berebut-rebut nak masukkan syurga! tanamkan dalam hati, kita cinta syurga. fitrahnya kita ahli syurga. jadi mari sama-sama amalkan akhlak penghuni syurga ;) saya.. sayang awak, mahu sama-sama, ke syurga. walaupun diri saya juga tidak lepas daripada melakukan dosa, paling kurang kita sudah melakukan yang terbaik untuk mendapat keredhaan Allah :)

awak jangan lupa berdoa, pada setiap ketika dan masa, pada empat perkara :

1) mohon diampunkan segala dosa
2) mohon taufik dan hidayah
3) mohon redha Allah
4) mohon masuk syurga tanpa hisab.

berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW. dengan berselawat ke atas Rasulullah, mudah-mudahan kita dikenali sebagai umat Baginda di akhirat kelak. insyaAllah.

Saranghae.

*adakalanya entri-entri ini ditulis dengan linangan airmata, kerana kecintaan kepada antum untuk bersama-sama kita ke syurga-Nya...

Assalamu'alaikum :




No comments: