CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Tuesday, February 5, 2013

Hadiah Untuk Ummi

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana sentiasa mengilhamkan aku dengan sebaik-baik ilham untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Alhamdulillah.

Hari ini tengok-tengok page Butik InspirasiHana di Facebook. sahaja tengok-tengok tudung, berniat mahu menghadiahkan sesuatu buat diri. hati juga terdetik untuk hadiahkan sehelai tudung buat ummi.

godek-godek tudung, terjumpa satu album ini. tudungnya cantik-cantik dan warnanya juga menarik. pada mulanya ingat nak beli sahaja warna yang berkenan tetapi lebih elok diberitahu kepada ummi dulu niat ini.

apabila ditanya, kata ummi "nak beli tudung 2 lapis labuh". eh kebetulan pula dengan yang berkenan ini.
warnanya "merun muda atau belacan". eh, kebetulan sekali lagi memang ada tudung warna tersebut.

Alhamdulillah, Allah telah menunaikan permintaan ummi melalui aku, anaknya. kiranya aku ni posmen la kan ? :)

Tanggal 18 Mac ini ulangtahun kelahiran ummi ke-56. sebelum ini tiada hadiah yang pernah aku beri, jadi selayaknya kali ini jadi hadiah yang istimewa buat ummi.

biarlah kita berbelanja menggembirakan hati ibu bapa kita. kalau bukan sekarang, bila lagi kan? :)

No comments: