CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Showing posts with label =). Show all posts
Showing posts with label =). Show all posts

Thursday, June 24, 2010

Afiah dan Anak-anaknya.



Bismillahirrahmanirrahim...

Ceritera, afiah dan anak-anaknya. Muahaha.. bukan pasal tu aku nak cite, tapi pasal impian masa depanku. Perihal kawen? No,no,no. Bukan pasal tula. Korang ni.. kepala dah fikir yang bukan2. mesti rase excited je nak baca entri ni kan? Dush! Ambik sebijik! Sabar... belum pape dah merayau ntah ke mana korang ni.

Seperti yang ada sesetengah korang yang sedia maklum, aku sebenarnya ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan psikologi kanak2. sebab tu aku masa aku mohon kemasukan ke maktab, pilihan ke-2 aku ialah pendidikan kanak2. kenapa aku terasa macam nak ambik jurusan ni? sebabnya.. pertama, aku suka kanak2. ni sebab yang kukuh la. Aku x rasa kalau kita nak mendekati kanak2, kita xde rasa suka kanak2 mahupun cuba untuk memahami mereka. Keduanya.. sebab aku nak lebih mendalami kanak2. dalam erti kata yang lain, cuba memahami jiwa mereka. Memahami keperluan dan kehendak mereka. Memahami gaya dan corak pemikiran mereka. Cuba untuk membentuk kanak2 yang bakal menjadi pemerintah negara, penegak agama, mungkin? Jadi.. adakah aku turut sama perlu menjadi kanak2? Tidak... aku mesti bekerja secara profesional. Kita berkomunikasi dengan pelbagai peringkat umur, jadi hendaklah menyesuaikan diri dalam peringkat-peringkat tersebut. Kalau boleh, aku sendiri nak mendalami bidang psikologi manusia. Seronok rasanya dapat lebih memahami manusia sekeliling. Macam2 gaya dan jenisnya. Mungkin jadi seperti dato’ dr fadzilah kamsah? Mungkin? Siapa tahu kan? Hmm..

Monday, June 14, 2010

IPGM KAMPUS ISLAM

bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah.. segala pujian hanya milikNya.. subhanallah... alhamdulillah. hari ni, dapat tau keputusan penempatan di ipgm. alhamdulillah, akhirnya! buat sekian kalinya... aku berjaya jugak menempatkan diri dalam kalangan mereka yang bakal bergelar cikgu. hee~ alhamdulillah. sesungguhnya rezeki aku masih d cni. syukur alhamdulillah. bersempena dengan kehadiran bulan rejab ni, membawa seribu satu erti bagi aku. sungguh, betapa kasih Allah itu luas, x pernah bertepi, alhamdulillah, aku di tempatkan di ipgm kampus islam di bangi.




Nama : NUR AFIAH BT AB RAHMAN

Kursus : S011M0000P-MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (SK)

Tempat : IPGM KAMPUS ISLAM
JLN SG MERAB, SEKSYEN 12, B.B.BANGI, 43000
KAJANG, SELANGOR

saya dengan ini berjanji bahawa saya akan menggunakan peluang ini sebaiknya. insyaAllah, akan ku teruskan tekad mencipta kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan menjadi seorang guru cemerlang. bukan sahaja dari segi etika kerja, malah dari segi pengetahuan dan lain2 lagi.
insyaAllah.

Friday, June 4, 2010

Imam Muda Episod 2 vs Akademi Al-quran 4

bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah, bersyukur kita ke hadratNya kerana kita masih di beri nikmat kehidupan untuk masih sujud mencari keredhaanNya. ada apa dengan tajuk? yang pastinya, entri ini di karang sebelum episod kedua ini melabuhkan tirai. kenapa?? akibat hujan yang turun lebat di daerah tanah merah, kelantan. adoi... hati ini agak kecewa kerana tidak sempat melihat kesudahan episod kali ini. sudah adat bagi sesiapa yang melanggan khidmat astro, pabila hujan lebat turun, maka siaran turut terganggu. yang hanya dapat di lihat pada skrin televisyen adalah siaran hitam gelap, di sertakan sebaris ayat "service is currently unavailable" uhuk. episod kali ini bertemakan 'kelahiran' sedangkan episod yang lalu bertemakan 'kematian'. sudah pasti di setiap kematian itu pasti ada kelahiran. program di mulakan dengan para peserta imam muda mengusap kepala bayi. wah. sangat indah saat itu. pernah satu ketika aku melawat anak sepupu aku bersama abang ih dan adik, dia pernah berkata : "kalu kito usap palo budok, dosa gugur" . sungguh indah ciptaan Allah nan satu itu. dengan mengusap kepala bayi, dosa kita di gugurkan bersama2 usapan itu. begitu juga dengan pasangan suami isteri yang memegang tangan pasangan masing2. di sebalik tautan tangan itu, akan gugur dosa2 yang telah di lakukan. mashaAllah... pelbagai cara sebenarnya yang dapat kita lakukan untuk menggugurkan dosa2 tersebut. pada kali episod kali ini juga, buat pertama kalinya di tunjukkan prestasi peserta2 imam muda.


  1. adib,21,usahawan
  2. taufek, 27, perunding motivasi
  3. hizbur,guru kafa
  4. asyraf,26,imam
  5. azhar,20,mahasiswa
  6. aran,25,pegawai bank
  7. miril, guru kafa
  8. abe syara,graduan ipta
  9. nuri,peternak
  10. syakir,18,pelajar

sebenarnya program ni bagus dalam membentuk peribadi sebagai seorang imam dalam kalangan belia yang ada. faktor usia dan status pekerjaan tidak menjadi halangan bagi mereka menyerlahkan bakat sebagai seorang imam. walaupun seawal umur 18tahun, syakir tidak goyah dalam bersaing untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik dan malah, semuanya sentiasa berganding bahu dalam menyelesaikan ujian praktikal yang di beri sebaik mungkin. tambahan lagi, soalan2 yang di kemukakan kepada peserta2 imam muda dalam ujian bertulis turut sama memberi pendedahan kepada semua yang mengikut perkembangan program ini. soalan beserta jawapan tersebut membantu para penonton menambah ilmu pengetahuan secara tidak langsung. dengan ini, aku seratus peratus menyokong program ini di teruskan dan kalau boleh, lebih banyak program yang berbentuk islamik di ketengahkan. oh! aku hampir terlupa. dalam kita menyaksikan program imam muda di siaran astro 104,105,106 dan 109, jangan pula kita terlupa pada rancangan akademi al-quran musim ke 4 di siaran 119,tv9. mungkin pada sesiapa yang tidak mempunyai khidmat astro di rumah, aku yakin, pasti mereka sedang khusyuk mendengar alunan suara peserta2 akademi al-quran mengalunkan bacaan al-quran. sungguh merdu, indah alunan bacaan mereka. seandainya aku juga di kurniakan kemampuan tersebut. yang paling aku minati adalah bahagian tarannum. mashaAllah. terpegun. bagaikan telinga ini tidak mahu berhenti mendengar alunan2 tersebut. sesungguhnya mereka punya kesungguhan dalam memartabatkan bacaan alquran supaya tidak lupus di telan zaman. bercakap perihal baca alquran, tanya diri kita sendiri, hari ni dah baca alquran ke belom? kalo belom, eloklah sebelum tidur ni, baca surah al-mulk, ayatul kursi, dan juga surah 4kul. semoga kita semua di rahmatiNya selalu. kita lihat kedua2 program ini. kedua2nya menampilkan golongan belia. di mana lagi kita hendak cari belia-belia seperti ini? tanya pada diri sendiri kerana kita juga belia. walaupun kita tidaklah seperti mereka, tapi cubalah yang terbaik di dalam hidup kita. cuba yang terbaik untuk Islam, pegangan kita. belia2 yang di kasihi semua, aku menyeru kepada diri sendiri dan kamu semua agar kita sama2 bangkit mencari arus kehidupan yang diredhaiNya. cukuplah dengan tipu helah dunia ini. sentiasalah berpegang kepada Islam. biarlah dalam setiap helaan nafas kita tersisip kalimah "laailahaillallahmuhammadurrasulullah".. takbir!

p/s : uhuk2. esok2 la pulak baru boleh tengok semula imam muda. time to sleep! :D

jom kenali peserta imam muda

imam muda di facebook

Thursday, May 20, 2010

saya nak jadi cikgu!

bismillahirahmanirrahim.. lamanya x update blog ni. ok. x nak cakap panjang berjela, cuma nak mintak korang doakan aku untuk temuduga kplspm di ipgm kota bharu selasa ni, yakni 25hb Mei 2010. alhamdulillah, aku dapat jugak tempat untuk temuduga biarpun panggilan yang kedua. ku harapkan sokongan dari semua....

kepada semua yang menyokong, tqsm! walaupun kita hanya bersua di alam maya, tetapi ukhwah itu tetap ada. salam sayang dari jauh. assalamu'alaikum=)

Thursday, February 25, 2010

coret2 rasa

hoyahhh!!!!! lappy rosak!! dush2!! selesai sudah isi borang maktab. ngeh3... kalo de rezeki kat situ, ade la. kenapa ku kegilaan?? hoho.... orang kata, kalo kita ceria2, insyaAllah, sakit susah nak datang. erk... dalam erti kata lain, walaupun kita sakit, kita tetap rasa macam orang sihat. hoho... cuti kat umah ye... buat pe je aku ni?? banyak kot benda yang aku buat. selain dari jadi suri rumah yang x bertauliah, aku dan ummi punya perancangan besar! ngeh3... insyaAllah, abang ngoh bakal ke jinjing pelamin jadi kami tengah sibuk buat persiapan.

hari tu ummi suruh pergi sekolah buat keje psp. tiap2 kali cuti kot keje aku melepak kat situ je. adeh.. xpe2. demi kebaikan untuk menyiapkan kerja ummi dengan pantas, jadi semua tu no hal la. sepanjang kat umah ni, aku banyak belajar tentang pengorbanan seorang ibu. guess wat, saya x merungut pape!! hahaha.... 1 kebanggaan buat diri aku sebab kecik2 dulu, kalo ummi suruh buat keje umah, mesti ade je yang keluar kat mulut ni " ala... ore sokmo. ore lain x suruh". erk... biasa la time tu kecik lagi. mseti kita rasa dengki ngan orang lain kalo kita sorang je yang tolong ummi. erk.. bukan ke tolong ummi dapat pahala?? hoho... tapi Alhamdulillah, aku mula kenal diri sendiri. kalo boleh, nak setelkan semua hal kat umah, biar ummi balik, rehat je.. refleksi pantulan. aku melihat diri aku yang dulu dalam diri adik! haila2~ siyes. xtau nak cakap ape. suruh tutup tingkap pon malas. yang lain lagi r. kesudahannya, aku jugak yang buat semuanya. tapi adik ni, kalo kita ugut ke, bagi ceramah ckit, dengar jugak die. dulu time die kecik2, kalo die xnak kongsi gula2 die, aku ugut, "xpela... xnak kawan dah ngan adik" haha... ntah pape je time tu. tapi die bagi r.. sekarang, pakai ayat " xpela... nati kalo kak yah beli, kak yah xse wi" haha... kejam2. banyak perkara yang aku nak ajar dan sedang ajar kat adik. hoho... sayang adik!!

hari tu masa g psp skolah ummi, ade cikgu tegur, tanya anak sape. cakap la anak cikgu *****.. die cakap x sama pon. suara je sama. eh??? ade gak camtu ye?? haha... die cakap aku ngan adik pon x sama. padahal... aku, adik ngan abang din anak ayah. muahaha... sekarang pon baru aku sedar aku ni boleh masuk dengan ummi... maknanya kami lebih kurang sama. she can ask my advice on certain thing. tapi asal nampak muka aku, mesti sebut pasal wat keje psp. muahaha... ummi, kak yah sayang ummi!!! untuk kaler tema rumah kami pon, tanya aku. jadi, aku la yang tentukan kaler. pasal bunga, aku selalu puji bunga ummi. cantik. terima kasih ummi untuk laman rumah yang tenang lagi menghijaukan. banyak perkara yang die boleh cakap dengan aku. mungkin sebab aku suka berkongsi idea dan idea aku macam boleh pakai r... hahhaha... walaupun ummi keje, tapi masih mampu urus rumahtangga dengan baik. saya nak jadi macam ummi. ekekeke... Alhamdulillah d atas kurniaan rezeki dan rahmatNya ke atas kami sekeluarga. Alhamdulillah.

terima berita pasal sak. Alhamdulillah.... doa kami termakbul jua. Alhamdulillah. sak, kalo sak baca ni, kak yah nak oyak kak yah sayang sak. semua ore sayang sak. sak ngaji molek2, kejo molek2, mari temu nga mitok maaf nga sumo. sak dok molek2 deh.

oh. hari tu aku tertengok dalam tv, sesungguhnya hilanglah 1 keberkatan ke atas kita bila ibu kita meninggal iaitu doa ibu... uhuk2.. semoga ummi dan ayah d panjangkan umur serta bertambah kasih sayang sesama kita( ngee~ aku dah taruk resipi bacaan2 mengeratkan kasih sayang dalam makanan yang aku masak, jadi mesti adik makin sayang kat aku. muahaha!) buat kak long yang bakal menimang cahaya mata, yah ucapkan selamat menjadi hot mama!!! hehe... anak kak long nanti, kami x manja2kan.. ngeh3... buat abang ngoh, sebab bakal jadi ketua keluarga, pimpinlah isterimu ke jalan yang d redhai.. sentiasa mantapkan iman dalam diri. selamat menjalankan tanggungjawab yang d amanahkan=). kak nurul yang jauh d perantauan, selamat bawa pulang hadiah untuk kami. ngeh3... abang din, jaga diri. jaga iman. jangan leka bercinta. muahaha... abang ih, xnak banyak cakap. selamatlah segalanya2 untukmu. abe sak, jaga diri. kak yah sayang abe sak. adik, jaga diri jugok. kak yah mengharapkan yang terbaik untuk adik2 kak yah. sayang korang semua!!!!
peace no war, assalamu'alaikum.

Saturday, January 2, 2010

mine is open 2 public.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamu'alaikum.


okeh. satu jiwa telah secara personal meminta blogku d buka untuk semua. yeah3. ade reason yang masuk akal d kemukakan oleh beliau. so dengan ini saya isytiharkan blog ini untuk semua. cehh... poyo saje aku ni~ terima kasih kepada dia, dia dan dia yang menyokong.=)

petang tadi kol adik sebab rindu die sangat2. x dapat nak tanggung lagi tapi malangnya dia x jawab.. tido barangkali. 2 kali cuba dah putus asa. adeh. apa la afiah ni. gambar dia aku jadikan penghias screen hp aku. budak kecik itu comel sangat2. sayang adik!! lepas isya' tadi, aku terima mesej dari die. "ado gapo kak yah call ore xdi.ore tdo td." tekaan aku betol. aku ckp jela aku saje2 kol die. lantas ku tanyakan pasal sesi persekolahan yang bakal bermula esok."ya.esk ore koloh ptg dl slm smngg,lps t br pg sbb nk knl dl kwsn koloh. g pkl 1 habs pkl 6." dia masuk skolah yang sama aku masuk dulu. na, memori kita berputar kembali!! aku tanya la ade x kawan die yang skolah skali dengan dia, jawapannya "ad.tp xskls la. tu pn mereka dpt 4a je.ad jgk skls tp kls 6d and srg laki2". comel kan cara die jawab? skema habis kot. hahaha... andai die depan mata, pasti dah ku peluk erat. tapi jelas dari jawapannya, ternyata dia masih kecewa sebab x dpt tawaran belajar kat sekolah berasrama penuh. sabar jela adik. insyaAllah kalo ada rezeki adik, ade la=)

Tuesday, December 29, 2009

kami bahagia!

bismillahirrahmanirrahim...
Saat ni, rase cam nak gather ngan family. Borak2, makan sama2.. rindu senyuman
ayah. Cantik. Manis. Senyuman pada wajah tua itu. Erk.. ayah dah tua ke?? Hoho..besar pengorbanan ayah untuk keluarga. Ayah, yah nak peluk ayah!! Ummi pun cantik. Sekarang, kerap kali aku tatap wajah ummi. X puas tengok wajah yang tenang itu. Pengorbanan ummi pun x terkira. Seorang ibu yang nak tengok semua anak dia berjaya. Ummi, yah sayang ummi sangat2. Kak long, kakak yang supportive. Trimas kak long sebab selalu ade untuk kami. Yang penting, kami nak anak sedara!! Hehe=). X sabar nak tunggu! Semoga kak long bahagia ke anak cucu.. semoga murah rezeki dan panjang umur.. sayang kak long! Abang ngoh, sempoi=)… kak nurul , rindu kak nurul jugak! Sejak kebelakangan ni aku manja ngan kak nurul. Haha… sweetnya kami=). Rindunya kak nurul!! Abang din, sempoi gak… “din, ABC satu!!” haha… die ni kedekut tapi baik=). Abang ih, yang paling rapat ngan aku selepas kak nurul. Tua setahun dari aku. rindu kat die! Arshad, kak yah rindu jugak. Kadang2 teringatkan die mesti nangis. Sak, kak yah doakan yang terbaik untuk sak. Sak kena tau yang kak yah sayangkan sak. Lastly,adik! Yey! Adik sayang! Sayang sangat2 kat adik.seronok peluk adik=). Seronok usik adik. Kadang2 aku lak yang terlebih kanak2 dari die. Haha… hari tu jmpa die,

Kak yah:adik, mari kito g main tame tu nok?? Mari r. sedak dik.
Adik: kak yah tunggu deh. Ore g tanyo ummi dulu.

Ade ke patut aku kakak yang tua ajak adik g playground. Haha… x kisah la pe yang korang fikir. Yang pasti, kami bahagia=). Pastu kami selalu gelakkan berat badan aku. Haha… kelakar betol. Adik comel sangat2. Seronok jadi kanak2 dengan adik. Ngee~ saat paling seronok saat dengan family kan??

Kalo korang perasan la.. dah banyak entri aku berkisar pasal family aku je.hoho.. x kisah la. Bukan suruh korang baca pun. Kalo xske, x payah baca. Ade la orang komen.. "ko x bosan ke tulis pasal diri ko?? Bosan r wei.. xde benda lain ke nak tulis?” maaf. Saya x mintak awak baca. Nak baca xnak suka hati ko. Aku x kisah. Cuma aku pinta kalo aku de wat salah dalam penulisan aku, minta tegur ye. Sama2 kita –tegur-menegur antara 1 sama lain. Mungkin aku de wat salah tapi aku x Nampak. Orang lain yang Nampak tu sila tegur la ye. Semoga kita dapat improvekan diri ke arah menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.. insyaAllah.. Amiin…

Saturday, December 26, 2009

saya nak awak bangga!!

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah… berkesempatan lagi kita berbicara melalui talian maya ni. hoho.. Alhamdulillah…. Beberapa hari ni, aku dapat feedback dari dak2 yang baca blog aku. Alhamdulillah… syukur x terhingga sebab sedikit x banyak tulisan aku mampu menyentuh hati2 d luar sana. Alhamdulillah… apa khabar semua hari ni?? Alhamdulillah… kita masih lagi d beri peluang untuk bernafas d muka bumi Allah pada saat ni, meluangkan masa depan laptop, komputer. Antara kita sedar ke x, berapa banyak nyawa yang telah pergi meninggalkan jasadnya pada saat ni. jadi bersyukurlah anda dengan nikmat kehidupan yang Allah berikan kerna masih punya waktu untuk berbuat kebaikan.




Berkisar pada tajuk entri d atas, yes. Saya nak anda berbangga dengan diri anda kerana berjaya menjadi antara insan2 yang cemerlang. Kenapa saya kata cemerlang?? Kerana x semua orang suka membaca. Syabas dan tahniah untuk diri anda. Kalau kita lihat dalam kalangan kita, berapa keratlah yang sudi meluangkan masa untuk membaca. Kalo dah mengadap computer, laptop, keje main game. Chatting. Kadang2 buang masa d facebook lak. Ops! Ade yang terasa?? Maaf. Saya tidak bertujuan menyindir anda. Bahkan saya sendiri pun begitu kadang2. Wakakaka. Ape la afiah ni. cakap orang, sendiri buat. Ha… ingat x entri saya yang sebelum ni?? nasihat orang tapi kita sendiri buat. Lebih kurang macam tu la saya ni. hahha… ntah pape je afiah ni. berbalik pada kisah pembacaan tadi, anda sedar x yang kebanyakan ilmu yang kita ada, adalah melalui pembacaan?? Semakin banyak buku yang kita baca, semakin kayalah kita. Betul ke hipotesis ni?? hoho.. kaya dari segi nilai ilmu la.. tapi duit makin berkurang. Eh?? Haha.. yela… dah kau beli buku banyak2, poket makin kering tapi jangan la kedekut bila bab cari ilmu ni.. kita jugak yang dapat faedahnya=). Kalo boleh, saya sarankan setiap rumah ade sudut/ruang pembacaan. Lebih kurang library mini la. Seronok membaca.. tambah2 kalo membaca dengan ahli keluarga. Secara x langsung, kita dapat luangkan masa bersama lakukan perkara berfaedah.


Erk… anda perasan x saya dah meraban ape ntah kat atas tu?? Bosan seh! Hahhaa… sori2.. sebenarnya penulisan bentuk skema ni bosan sikit.. hoho.. cop2. Sebenarnya nak dapatkan feedback dari korang… korang rase background hitam ke putih yang lawa?? X pun yang menyenangkan korang nak baca post la.. kesian la kalo ade yang sebelum ni x pakai spek, baca blog aku dah kena pakai spek. Kesian2. Haha.. poyo je aku ni. sebenarnya kan.. aku segan gile kot bile aku tau orang baca blog aku. Yela kan.. aku bukannya betol sangat.. cakap meraban lebih. Huhu.. apa2pun. Trimas atas sokongan korang sume!!!!


Lagi 1, aku nak gak dengar komen2 korang pasal penulisan aku. Ntah betol ke salah. Ke aku ade tercakap besar ke.. terlebih bagi info ke.. aku ni biase2 je. Kadang2 cakap main ske hati je. Huhu… kalo ade yang terasa ke pe, sori ye. Tapi saya xleh janji saya x buat lagi. Hohoho… rasenya dah terlebih merapu, padahal pasal pembacaan tadi x siap lagi. Hahaha… malas seh nak sambung!! Dah la hutang ngan korang post pasal gathering. Haila2. Tengok la kalo rajin nnti. Hehe=). Adios teman2. Assalamu’alaikum=)

Tuesday, December 8, 2009

gathering kami=)

bismillahirrahmanirrahim...
lupa sahaja aku untuk aku postkan d sini.
kami( akhmal, nedd, ejat dan penulis) bakal b'gathering kat Berjaya Times Square aka TS pada 15hb Disember ni.. jadi tunggu la post pasal gathering kami yep! lalalala~
dengan izin Allah, dan d permudahkanNya, dapatlah kami jumpa nnti.. InsyaAllah...

p/s: ku dengar gathering famili ceria pun bakal d adakan pada hari tersebut gak. hohoho~

Friday, October 2, 2009

ukhwah fillah selamanya..

'Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain untuk ikut program lagi. Saya nak…’ Aduni mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak dia ucapkan kepada murabbinya. Namun, dia benar-benar merasakan dia tidak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.

Fikiran Aduni menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Aduni akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu ‘bekerja’ sekarang kerana tarbiyah. Tapi saat ini, keindahan ukhwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman se halaqah sudah mula memudar. Aduni merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tidak tahu mengapa.

Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya. Namun ketika dia mahu meluahkannya kepada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya membuatkan Aduni sukar untuk mengucapkannya. ‘Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita’, begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah yang terkubu di dalam hati.


Fenomena di atas bukanlah sesuatu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta keguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah. ‘Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun’. Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika jatuhnya aktivis dakwah ini, ia bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama. Kisah Aduni adalah satu contoh.

Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada sebarang masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak setanding dengan teman-teman halaqahnya.

Kuncinya di sini adalah dengan berterus-terang. Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan baiknya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walau sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian. Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad’unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.

Lihat sahaja kisah keterbukaan Kaab bin Malik semasa perang Tabuk kepada Rasulullah saw. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah saw sambil berkata, "Wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allahswt akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu…” Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kita semua akan erti keterbukaan,berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad’u berterus terang akan kesalahannya, maka akan legalah hati walaupun mungkin ianya memalukan.

Di saat itulah motivasi rohani daripada murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk membantu dan mengembalikannya semula kepada langkah yang sudah ditinggalkan. Eratkan kembali ukhwah. Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang individu dalam tarbiyah adalah ukhwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah apabila kita rasakan sewaktu berprogram atau pertemuan rutin seperti menjadi kering tanpa makna. Kosong!

Perkara sebegini haruslah diatasi.Sesibuk manapun kita dengan aktiviti yang dilakukan, hak-hak ukhwah harus tetap kita berikan. Berwajah ceria ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh merasakan sifat empati terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah.

Andai kesemua hak-hak ukhwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk gugurnya sahabat-sahabat kita di atas jalan dakwah ini, insyaAllah. Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya bermula dari tarbiyah

Wednesday, September 30, 2009

untuk wanita2 sahaja

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!



Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

petua memanfaatkan surah al-fatihah

Petua dan tips daripada Dr.Fatma..

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time : * Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep. *utk memohon supaya Allah mencukupkan rezeki kita,bacalah surah al-fatihah 28 kali selepas masuk waktu isyak..

2. For terminal diseases: * Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain: * Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door * Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions. Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat * lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita * Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut. Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:

Untuk awet muda both internal & external.

1.Zikir - Baca " Ya Badiyah " 1 x " Ya Nur " 1 x " Ya Hadi " 1 x " Ya Allah " 3 x Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

untukmu..

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.


~credit to rhymee~

Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "


Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.

TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...

*adapted from iluvislam.com

pengakuan lelaki terhadap wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

lelaki idaman muslimah=)

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.

benda sama

seperti yang anda ketahui, sy de jgk blog kat spm07 sblom ni. so kbnykn post ni, aku copy paste blik dari situ. jadi kalo korg dah baca, maaf ye. sila baca lagi. hehehhe..

Wednesday, September 9, 2009

satu.

perjalanan membawa kepada persinggahan
menikmati indahnya ketenangan
mengalir meluruskan minda
ke arah dimensi berbeza
ku sapa gerangan.

Monday, August 24, 2009

ramadhan. rahmat. keampunan.

bismillahirrahmanirrahim.. subhanallah... lama benar ku menyepi. em, dengan kedatangan bulan ramadhan ni, aku lebih banyak habiskan masa dengan buat benda yang berfaedah. bukan aku nak kata berblogging ni benda yang x berfaedah.. tapi ade banyak benda yang kite kena kejar dalam bulan ni. beramallah kita seumpama ini ramadhan yang terakhir untuk kita.. notaku hnya d sini sahaja. aku nak ucapkan selamat berpuasa dan banyakkan amal ibadat d bulan puasa ni. keberkatan dan rahmat Allah sangat luas untk hamba2Nya yang beriman.. semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 yang beriman.. amin. =).

nota1: doakan kesejahteraanku
nota2: rndu kamu semua sngt2
nota3: berdepan dengan final, doakan kejayaanku
nota4: tnggu karya aku=)

Sunday, August 9, 2009