CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Showing posts with label hari2 ku. Show all posts
Showing posts with label hari2 ku. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

&^%%$$###(*&^%$#@@ ( bahasa kalut)

"Apakah.... apakah yang sedang aku lakukan ini... kenapa mesej itu berantai.... oh tidak.... rasa segan pulak. haizz... apakah... "-luahan isi hati

woah~ (lepaskan lelah)




erk.. erk.. segan nak tulis sini sebab nanti korang baca tapi ni la tempatnya untuk aku bercerita. cerita pada kau? bukanlah~! cerita pada diri aku sendiri la.. nanti karang aku baca aku gelak sorang2. macam kelakar la pulak aku ni. ceh. perasan. poyo dowh.

erk.. sebenarnya.. sebenarnya.. aku ada mesej dengan mak sorang mamat ni.. mesej dengan mak dia memang xde niat apa2 pun. alkisahnya begini.. hari tu entah pasal apa aku nak reply komen mak dia kat facebook tapi aku tak kawan dengan mak dia jadi terpaksa la aku gunakan medium mesej untuk berhubung dengan mak dia. lepas satu, satu mesej kami. berantai~ hohoho.. mak dia sporting je, aku lagilah.. memang sempoi dan cool. ceh~ poyo habis kau.

tetapi tiba-tiba pulak aku rasa macam segan nak borak dengan mak dia. maklumlah.. nati dia fikir aku nak ngorat anak dia ke apa tapi pakai medium mak. tarik hati mak, dapat anak :D. eh3 aku tak pakai ya teori tu. seronok sebenarnya sembang dengan orang yang lebih tua. maksud aku, bukan setahun dua tua dari aku, tapi orang yang dah berpengalaman banyak dalam hidup. aku suka borak-borak dengan nenek aku cerita pasal keluarga. hohoho.. ngan mak dia pun lebih kurang sama la isunya. orang-orang tua ni berpengalaman. aku suka kalau majlis-majlis kat kampung kalau orang-orang tua berkumpul aku tumpang sekaki duduk kat situ dengar apa yang dieorang bualkan. seronok cari pengalaman dengan orang-orang tua ni. tak rugi. dari kau melepak tak tentu hala baik la kau pi dengar nenek kau cerita macam-macam. petua penuh dalam dada. cewah~ pantang larang pun tak kurang banyaknya. bertuah dapat borak-borak dengan orang banyak pengalaman. oh ya. perihal borak dengan mak dia ni, aku rasa macam nak minta pandangan la. kau rasa elok tak perbuatan aku? *macam la aku buat jahat* aku segan dowh. tapi nampaknya mesej kami macam tak berhenti je. walaupun 2-3 hari dia tak balas, nanti2 dia balas la mesej tu. setahu aku la, mamat tu ada cakap mak dia jarang buka facebook. adakah aku telah menyebabkan mak dia selalu buka facebook semata-mata nak balas mesej aku? oh tidakkk~~~~ apa yang telah aku lakukan ni... xpe2. stay cool afiah. nt kau pi check out dengan mamat tu kalau2 mak dia ada gtau pape pasal kau kat mamat tu. ne tau mak dia tak suka aku ke apa kan macam " budak ni tak reti ke nak berhenti mesej aku aku dah penat layan mesej dia" fuhh.... husnuzhon. mak dia baik. ada jugak cite pasal mamat tu walaupun aku tak tanya. tapi aku tak kisah sangat pun. aku dengan mamat tu bukan ada apa2 pun jadi sebarang maklumat tentang diri dia, hanyalah bagai angin lalu menyapa telingaku ini. cewah~

oh banyaknya merepek. inilah yang terjadi bila afiah dah kalut. time to say gudnite :).

jaga diri, jaga peribadi. tingkatkan ketakwaan kepadaNya selalu okeh :)

maaf aku banyak merepek.

Assalamu'alaikum.

Tuesday, February 1, 2011

Jangan Takut!

nenong3~

fobia jalan raya perlu dirawat segera~

tak tahu la macamana nati nak bawa anak-anak lintas jalanraya kalau ibunya sendiri pun rasa takut nak lintas jalan. hohoho~

ayahnya jugak la perlu ambil peranan.

p/s: anak-anak tu umum ya. anak-anak murid. 'ayah' pula, mengikut tafsiran anda. hohoho~

Thursday, December 16, 2010

Saya dan Kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni 9 Muharram kan? Esok dah 10 Muharram. Lusa dah 11 Muharram. Puasa ke tak hari ni? Puasa? Alhamdulillah.. boleh sambung puasa esok pula ye? saya sendiri terlepas untuk puasa. hohoho.. ceritanya begini.. *melencong kejap semalam kak nurul dah janji awal awal esok nak puasa. ummi pun sama. bila bangun pagi, semua dah takde. tinggal saya dengan adik je kat rumah. disebabkan bilik saya paling hujung, maka masuk laluan dapur dulu. eh eh tengok ada roti canai atas meja. apalagi.. makan jela. alasan:sebab tak tahu sape lagi puasa. erk... teruk kan? bila kak nurul balik, tengok tengok dia pun tak puasa. kiranya hari ni ummi sorang jela puasa. saya bercadang untuk puasa 10 dan 11 Muharram. mohon dipermudahkan.

eh eh apa tujuan entri ni ditulis? haa.. tengok tajuk pun dah berkisar tentang kesihatan. sebenarnya saya selalu karang entri dulu baru tulis tajuk. pastu mula la tak tahu nak tulis tajuk entri apa sebab entri dah bercampur aduk macam macam cerita. tadi saje cek blog yang tak sempat nak disusun atur ni, pastu ada tengok link kat sebelah kanan blog ni di bawah tajuk Dunia Herba HPA. Restoran Radix fried Chicken(RFC) kini dibuka di Kuala Terengganu. dah lama saya berangan angan nak makan kat sana cuma tak berpeluang lagi. daripada makan ayam Kentucky Fried Chicken(KFC) yang tak menyihatkan tu, baik la makan ayam organik hasil ternakan syarikat Al-Wahida kan? kalaupun harga dia mahal sikit dari KFC, berbaloi la dapat nikmati makanan yang bersih. eh eh tak pernah makan lagi sana tapi sibuk je kasi testimoni. oh ya. alang alang dah sampai dekat blog tu, apalagi, saya mula jalan jalan di situ. tetiba macam ada tarikan magnet untuk baca testimoni pengguna produk HPA. saya pun pengguna HPA juga. maka untuk meninjau keberkesanan produk ini, saya meluangkan masa membaca testimoni-testimoni yang ada di sana.

antara produk-produk yang saya guna sekarang adalah

Ubat gigi HPA
Bedak Bayi(Perempuan) HPA
Minyak Pati Sepang HPA
Krim Pelindung UV HPA
Pelembut Hati Tok Guru
Detox Foot Patch
Minyak But-But HPA
Cream Cleanser HPA
Sabun Pegaga HPA
Sabun Susu Kambing HPA
Mandian Sari Mentimun HPA
Syampu Betik HPA
Madu HPA
kapsul Spirulina HPA
kapsul Roselle HPA
kopi Radix HPA
spirumadu HPA

dan banyak lagi.

saya nak beritahu satu rahsia ni. sebenarnya dah lama saya tak makan ubat. ubat apa? hah? ubat sakit mental? eh eh bukan yang tu. ubat untuk ..... kepada sesiapa yang tahu tu, tahu la. dah lama tak pergi ambil ubat dekat hospital, tahu tahu ubat dah expired. wehuu~ bagus kan saya? saya pernah tanya doktor, kenapa perlu makan ubat sampai umur 21 je? ni tanya doktor di Hospital Serdang, semasa saya di bawa ke sana. doktor cakap, memang ada saintis buat kajian, dos ubat tu cukup la sampai umur 21. nanti badan akan bentuk sistem imuniti sendiri untuk melindungi badan. well, jangan kata saya malas makan ubat. tanya rumate saya. saya makan ubat *yang lain dari ubat yang wajib makan* ada la dalam 5 kapsul. eh eh yeke? ke lebih? dah lupa.. tapi seingat saya dulu masa kat hospital tiap tiap pagi telan 8 biji ubat hospital termasuk spirulina 4 biji yang menjumlahkan semuanya 12 biji. banyak? entah la. dah immune pada ubat.

saya bukan tak nak makan ubat, tetapi. tetapi... saya pernah terbaca. kalau badan kita penuh toksin, macamana ubat yang di ambil nak berkesan? dan ubat yang kita makan tu pulak yang jadi toksin dalam badan kita. makanya, saya membuat keputusan untuk menyucikan diri dulu sebelum mengambil sebarang ubat. sebenarnya malas nak ambil ubat hospital sebab bahan kimia. lagipun, ubat saya ni sebenarnya dibuat oleh bakteria:pennicilon. tu pun kalau tak silap eja. dan kalau lepas kuatkan sistem badan sekalipun, saya dah tak berniat nak makan ubat hospital lagi. saya nak cuba herba. ya. tapi once it broken, it cannot be healed unless through surgery. oh oh. tak sanggup. makanya, saya lebih bahagia begini. mungkin agak terhad untuk buat sesuatu aktiviti tapi begini lebih seronok kan? i mean that part is my part of the body too. if i changed it with the fake one, how would it be?

Allah Maha Kuasa. jadi mohon sajalah dari Dia. teringat masa di hospital dulu, siapa sangka kan saya antara penghuni wad tingkat 7 tu? manusia mati di mana mana saja. hatta makcik sebelah katil yang sebelum tidur tersenyum subuh pagi esok dah takde. pengalaman mematangkan. sebab tu saya matang kan? ah. memujuk diri. masih layan kartun mahu dikatakan matang? kalau siaran astro 611 jadi pilihan dikatakan matang? kalau pergi kedai buku cari buku sinchan, matang? waktu orang sibuk sibuk wish selamat hari jadi yang ke-20 dia tengah layan anime dikatakan matang? eh eh tersalah entri ni. kena tulis entri pasal kematangan la nampaknya nanti.

klik sini, sini, dan sini untuk testimoni testimoni pengguna produk HPA.


ok. gotta keep my fingers away from keyboard. banyak membebel lari dari topik. sehingga saya menulis lagi. Assalamu'alaikum.


kepada sesiapa yang berminat untuk menempah produk-produk HPA boleh hubungi saya di alamat email runhaifa90@yahoo.com ataupun di laman sosial facebook saya. terhad untuk penutut IPIS sahaja. tawaran sah sehingga 25 Disember 2010.

Tuesday, December 14, 2010

Messy!

what a messy blog! grrr....

need more time to reorganize them.

Wednesday, December 8, 2010

Selamat Pagi Ceria^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

pagi2 dah say hello to blog. huhu.. kebetulan ada sifat kerajinan pagi-pagi ni untuk menulis, maka terhasillah entri ni.

pertama sekalinya, nak ucap syukur banyak2 sebab hari ni masih lagi di beri peluang untuk beribadat kepadaNya. x lewat lagi kan untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah 1432H. Semoga dengan kehadiran tahun baru ni, kita lebih bersemangat untuk beribadat kepadaNya. lebih kerap berdamping denganNya.

apa cerita hari ni ye? hari ni macam biasa, xde g mana. 2 hari lepas pegi hospital. dan saya dapat temujanji baru which is on 7th February 2011. apekah?? nak postpone to another date tapi kata doktor, kena within 2 months jugak. alahai. terpaksa la berkorban. adakah ini tanda-tanda yang saya perlu balik ke Kelantan? hoho.. mungkin. cuba kita lihat kronologinya. tarikh tersebut jatuh pada hari Isnin. Jika saya berada di-

IPG KPI,Bangi: semestinya balik Kelantan pada hari Jumaat atau pagi Sabtu. mungkin suruh kak long ambik, then naik bas di Putrajaya. terlalu bahaya untuk naik teksi sorang2 ke Hentian Kajang. kalau naik Jumaat malam, maka sampai Sabtu pagi. Kalau naik Sabtu pagi, sampai Sabtu petang. Isnin pagi, pegi hospital. setel dalam jam 12 kot. then malamnya naik bas turun Putrajaya pagi esoknya, suruh k.long ambik, terus hantar ke IPIS. jam 7.30 gerak ke kelas.

IPG KB, Kota Bharu: habis kuliah Ahad petang. suruh ayah ambik. Isnin pagi pegi hospital, lepas Zuhur boleh gerak balik maktab semula. by bus or ayah hantar.

hoho.. jika dilihat pada kependekan struktur ayat yang dibina, ternyata jika saya berada di IPG KB, ia lebih menyenangkan. hoho.. pening-pening.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam mesej ramai orang. hoho.. sekadar tanda ingatan dan sebagai salam sapaan bagi menyambut awal muharam ni. dalam ramai-ramai yang reply mesej, saya suka berkongsi dengan sahabat-sahabat semua beberapa mesej yang saya terima. antaranya:

1)Perasaan ditemani Allah emrupakan penghibur dalam kesepian, pelindung dalam ketakutan, perencah keamanan diri, pencorak keceriaan jiwa, penawar segala duka, peneman dikala senang dan payah.. hati terdetik diketuk rasa rindu padaNya, hati redha menerima segala ketentuanNya.. itulah erti tawakal yang sebenar

2)Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik yang terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan sebaiknya.

3)Jangan melupakan Allah dalam memburu kasih sayang manusia kerana dengan melupakan kasih Allah, kita akan gagal merebut kasih manusia. Apabila melihat kebaikan sahabat, rasailah itu hakikatnya kebaikan Allah. tapi apabila melihat kejahatan atau kelemahannya, percayalah itulah cara Allah menguji samada kita terima atau sebaliknya.

tula antara mesej2 yang saya terima. banyak lagi tapi setakat tu jela yang dapat saya kongsi. sungguh indah dalam bersahabat. manisnya terasa apabila kita saling mengingatkan antara satu sama lain dengan ayat Allah. sungguh hebat kuasa seorang sahabat itu. mampu menjadi imej kepada kita. walhal tiada cermin pun di situ tapi pantulan mampu berlaku. jika kita berkawan dengan orang yang rosak akhlaknya, maka kita lama kelamaan akan turut terjebak sama. nauzubillah. jika kita berkawan dengan orang yang sentiasa hidup dalam tarbiah, maka kita akan turut sama mentarbiah diri kita ke arah kebaikan. sifat manusia, ada yang malu dan ada juga yang berasa jelik apabila melihat orang membuat kebaikan. katanya berpura-pura. semoga hati kita semua tetap istikomah dalam apa jua perkara kebaikan yang kita lakukan.

suka saya berkongsi di sini, tentang bagaimana sahabat mendorong seorang sahabat yang lain menuju ke arah kebaikan.

(PERENGGAN SETERUSNYA HANYA SEKADAR BERKONGSI, BUKAN UNTUK MENGAIBKAN SESIAPA. SEMOGA ALLAH PELIHARA HATI INI DARI RASA BERMEGAH-MEGAH DENGAN NIKMAT KURNIAANNYA)

Alhamdulillah, sepanjang hidup berasrama, aku berpeluang untuk tinggal bersama mereka-mereka yang menjaga peribadi diri sebagai seorang yang bergelar penganut agama Islam. Waktu
di tingkatan Empat, aku masuk Maktab Rendah Sains Mara Kota Putra, maka bergelarlah aku sebagai penghuni asrama. Aku agak malas ke surau, ditambah lagi dengan rakan sebilikku yang sekepala dengan aku. apa lagi, orang pergi surau, kami jemaah dalam bilik je. entah apa yang menyebabkan kaki aku berat melangkah ke sana. mungkin kerana tidak diwajibkan? alahai. mungkin aku suka membandingkan dengan orang yang tak pegi surau. alahai. kenapa apabila ingin membuat kebaikan, kita membandingkan diri kita dengan mereka yang tidak berbuat kebaikan? seperti 'aku xnak la orang kata aku budak baik'. oh no no no. cemburu itu memang sifat manusia, tetapi mereka cemburu kepada orang yang melakukan kebaikan, yang melakukan kemungkaran, dianggap perkara biasa. 'normal la tu'. oh oh oh. tu kisah masa zaman persekolahan.

masuk UIA, aku ditempatkan bersama budak medik, nursing dan budak bio. wehuu~ aku sorang je budak math. xpe2. kat dalam bilik tu, aku makin banyak belajar soal kehidupan. mengenali lelaki? oh oh tidak. mengenali sifat sebenar seorang lelaki dari mereka yang pakar dalam soal ni sebagai benteng kepada diri ini. aku suka tengok mereka. nampak benar bagaimana apabila kita mengasihi Allah, Allah akan mengasihi kita kembali. walaupun banyak ujian yang mendatang, tetap kami tabah tempuhi. yang aku suka tengok, amalan seharian mereka. apabila berkesempatan, solat sunat dhuha dilakukan. pembuka kepada rezeki. dan amalan-amalan seharian yang lain, yang membantu mendekatkan diri kepada Allah. turut tidak terkecuali, aku terkena tempias mereka. Alhamdulillah, kerana Allah sentiasa memeliharaku.

msuk IPIS, sekali lagi ditempatkan bersama mereka yang berakhlak mulia. Alhamdulillah. Allah sentiasa memeliharaku. biarpun tidak diuji dengan terpaksa berdepan dengan kerenah rumate yang bermasalah, aku turut berperang dengan diri sendiri. sebagai manusia biasa, insan yang normal, rasa malas tu wujud juga. peluang telah Allah berikan, cuma tinggal untuk aku laksanakan je. insyaAllah, dalam lima tahun di sana, aku akan memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. mereka kata aku kuat, percayalah. di sebalik kekuatanku, ada Allah di situ. sekiranya aku tak kuat, maka tersungkurlah aku dalam kesedihan. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar. semoga kesabaranku dibalas dengan balasan yang setimpal. insyaAllah. eh2 melencong ke lain pula.

kesimpulannya, dengan siapa kita berdamping, akan memberi kesan pada pembentukan ciri-ciri kita sebagai seorang individu Muslim. maka carilah sahabat yang sentiasa membawa kita ke arah kebaikan. semoga kasih Allah melimpahi kita semua.

sekian sahaja kemerepekan pada pagi ini. jom solat sunat dhuha!


"Sahabat, ku doakan kau menjadi golongan muttaqin yang tiap detik bibir basah dengan Asma' Ilahi, hati jernih mengagung Ilahi, jiwa rindu bertemu Rabbi, hidup dan mati dalam mahabbatullah yang hakiki^_^"

cintaku padamu hanya keranaNya. sama2 kita dambakan diri pada cinta Ilahi^_^.
jaga diri, jaga iman, istikomah dalam amalan kebaikan.

salam sayang, Afiah.

Wednesday, December 1, 2010

Jangan Tidur Lagi Bersama Kak Piah^_^

Bismillahirrahmanirrahim.

sedikit update hari ni before tido. well, xde cite yang menarik pon kecuali saya melihat kesungguhan ummi saya main fb. agak kelakar di situ. fuhh.. tengoklah aura fb.. sampai golongan ibubapa pon turut sama punya akaun fb. tapi bagos jugak untuk memantau kegiatan anak-anak di fb. mulanya terasa berat jugak nak menerima ummi sebagai kawan di akaun fb tapi memikirkan bukannya ada apa-apa yang ingin saya sorok dari ummi, maka dengan senang hatinya tekan butang 'confirm'. bagos juga ummi ada fb. dapat la pantau kegiatan anak-anak perempuan beliau. dan juga dapat tengok cucu kesayangan beliau, Nuha Amani. orang kata jauh di mata, dekat di hati tapi dengan fb, bukan setakat dekat di hati, malah di mata juga. hehe.. tapi awas! jangan salah guna fb untuk stalk orang yang anda suka. nasihat ni lebih ditujukan pada diri sendiri sebenarnya. hoho.. oh ya. setahu saya, ummi ada cipta sajak untuk cucu kesayangan beliau tapi malangnya saya x baca lagi. nanti la curi masa stalk laptop ummi. godek-godek laptop berjenama Compaq itu. ummi selalu pesan, buka laptop x lebih dari 2 jam tapi saya, dari pagi, hingga ke malam. err...err... ada la sampai 10jam. hoho.. *buat ape? aktiviti saya menggunakan laptop adalah pertamanya, cek fb mungkin. ya. fb. kemudian, tengok muvi. kemudian baca artikel best. kemudian baca blog orang. kemudian main game. kemudian laptop dibiarkan kaku tanpa ada orang menggunakannya walaupon pada saat itu ianya masih bernyawa. jadi, 10jam tu bukan la digunakan sepenuhnya oleh saya. cuma kondisi laptop tu bernyawa sampai 10jam lamanya tanpa rehat. ridiculous kan? hoho... tula saya. tapi ada juga laptop x dibuka seharian suntuk. kaku di tempat ia diletakkan.

sementelah semua orang sibuk tentang soal jodoh, saya pon sibuk jugak. sibuk perbaiki diri. bukan kerana mahu mendapatkan jodoh yang terbaik tapi kerana sudah fitrah manusia yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri sendiri. baru sahaja tadi dimotivasikan dengan artikel dari iluvislam. klik sini, sini, sini, sini, dan sini. semoga perkongsian ini ada manfaatnya. bulan 6 nanti ada majlis kenduri kahwin di rumah saya. kak nurul bakal menjadi isteri orang, maka tinggal saya dan adik sahaja yang belum berpunya. masih lagi berada di bawah kawalan ummi dan ayah. manakala abang ada lagi 2 orang yang belum berumah tangga. semua orang ada target masing-masing kan untuk menamatkan zaman bujang? saya pon ada. dan bercita-cita untuk menjadi salah seorang yang dikatakan perigi mencari timba. tak salah untuk memilih kan? lebih baik dari tersalah pilih. kalau diikutkan perancangan, umur 25, sebaik sahaja menamatkan pengajian. adik-adik sekelas saya semua mahu kawen awal, seawal umur 23. hehe.. xpe.. x salah langkah bendul. namun, itu hanya pada perancangan. saya redha di atas setiap ketentuanNya kerana itu adalah ketetapan yang terbaik untuk kita. sesungguhnya tidak mustahil untuk perkara yang kita tidak suka merupakan perkara yang terbaik untuk kita maka redhakanlah di atas setiap apa jua yang berlaku pada anda.

nampaknya terlebih panjang pula di sini. haha.. saya tahu anda sentiasa mengharapkan entri yang pendek dan padat selain dari kemerepekan saya yang kadang-kadang *selalu melalaikan. maaf di atas segala kesulitan. semoga amal kita diterima Allah dan segala usaha kita dalam menegakkan syariatNya di mukabumi ini dipermudahkan dan diredhaiNya. akhir kalam, selamat muhasabah diri dan selamat menunaikan hak ke atas saudara-saudara anda yang lain. bersama kita menegakkan syiar Islam dalam kalangan kita semua. wallahua'lam.

sehingga bertemu di lain kalam, assalamu'alaikum.

Tuesday, November 30, 2010

Sepetang Bersama Kak Piah^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

sempat jugak jenguk blog petang2 ni. saje-saje sebab dah tak tau nak buat ape. hmm.. macam2 ye kehidupan ni. macam-macam dugaan ada. kadang-kadang, disebabkan dugaan yang datang, kita terhanyut oleh arus keduniaan. lupa pula pada sebab musabab kita diciptakan. hmm.. anda sedang buat apa ye? sesekali aku terfikir. *eh mestilah sedang baca entri ni kan? cuba tengok laman-laman sesawang yang lain yang anda buka. ada yang tertera "Facebook"? hehe.. aku pon sama. huhu...

Facebook. masa dulu-dulu, masa Friendster dan Myspace tengah popular, tetiba muncul la Facebook. masa tu aku sign up jugak. entah kenapa aku daftar untuk fb. dah lupa sebabnya tapi Facebook ni memang sangat terabai la walaupun dah ada akaun sendiri. bila dah masuk uia, facebook mula popular dalam kalangan kami maka aku turut serta mula aktifkan facebook balik. ya. banyak perkara yang terjadi dalam facebook atau turut popular dengan panggilan fb. dapat kontek kawan-kawan sekolah rendah dulu, dapat tau kisah sahabat-sahabat yang lama dan macam2 lagi la. makin lama, makin aku renungkan, kadang-kadang bosan di fb. tiada manfaat. berkali-kali aku berkira-kira untuk menyahaktifkan fb aku. atas sebab-sebab yang tertentu juga. namun, sejak akhir-akhir ni, aku berjaya memanfaatkan fb sepenuhnya. kalau dulu sibuk nak update status, sekarang lebih kepada pembacaan dan perkongsian artikel yang bermanfaat di fb. sebab tu la blog ni agak terabai.

pernah dulu aku nak 'private'kan blog ni, tapi lepas mengambil kira hal perkongsian sesama kita semua, aku meletakkan blog ni sebagai public. mungkin kadang-kadang, ok, bukan kadang-kadang tapi selalunya penulisan aku tidak membawa apa-apa manfaat kepada pembaca ni namun aku cuba juga untuk selitkan artikel-artikel yang bermanfaat. di samping bebelan aku yang meraban ni, ada la jugak faedahnya yang korang dapat hasil dari singgah di sini. oh ya. baru sahaja juga aku berkira-kira untuk berhenti menulis di blog atau lebih aku ertikan untuk tutup blog ni, mungkin kerana penumpuan aku lebih kepada pembacaan sekarang, bukan penulisan. namun, setelah difikirkan semula, eloklah rasanya aku kekalkan dan aku kongsi bahan pembacaan aku di sini.

aku sering berkongsi artikel mahupun vid bersama kawan-kawan di fb jadi apa salahnya perkongsian itu turut berlaku di sini kerana ada juga yang tiada akaun fb dan kalau adapon, mungkin tidak tersenarai dalam senarai rakan aku. jadi, tunggu sahaja perkongsian seterusnya dari aku.

cuti ni, banyak masa dihabiskan di rumah. cuti ayah hanya tinggal empat hari je. dan cuti itu bakal diperuntukkan untuk ke KL. kerja aku dirumah, tengok muvi, tolong apa yang patut, study, buka fb, baca buku. rutin yang sama setiap hari. namun aku berusaha untuk memanfaatkan cuti ini sebaiknya. ok. terpaksa berhenti di sini. kena lukis pelan pusat sumber sekolah untuk ummi. sehingga bertemu kembali. salam ukhwah. tautan di alam maya tidak berhenti di sini sahaja^_^. jaga iman, jaga diri, mantapkan amal. semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya. amin..

Assalamu'alaikum.

Monday, July 19, 2010

mengeluh lagi.

oh rindunya!!!

oh penatnya!!

oh laparnya!!

oh bosannya!!

uhuk.

afiah, jangan pernah mengeluh. x baik. dush!!

sepatah kata mencuri masa

bismillahirrahmanirrahim..

fuh! lama sudah x berblogging. rasa rindu. haha.. tipu je. x sempat nak rindu2 sebab banyak keje. sangat2. oh. penat sungguh saya. keje bertimbun2 menujah diri ini. haiz. nasib baik la aku masih dapat bertahan. demi satu perjuangan abadi. insyaAllah. sekarang x berapa sihat. selsema, batuk yang x henti2. sampaikan boleh terbangun waktu tidur. oh. teruknya. tapi alhamdulillah, masih dapat bertahan. subhanallah.. sesungguhnya segalanya telah di mudahkan olehNya. alhamdulillah.. adik2 pun ok je. alhamdulillah.. sesungguhnya hidup di bumi barakah ipis ini banyak mengajar aku erti hubungan persaudaraan yang utuh. subhanallah... Dia campakkan secebis kasih sayangNya ke dalam hati2 kami supaya dapat kami hamparkan di bumi ipis ini. subhanallah... semoga kasih kami sentiasa bertaut dan akan bertaut hingga ke syurga. insyaAllah. it's time to pen off. hee~ bz2. ade masa sambung lagi.

saya rindu sangat dekat kawan2 saya!!! sayang korang semua!
untuk adik2, akak sayang korang semua. semoga kasih kita sentiasa bertaut selamanya. sayang korang semua!!!

Friday, July 9, 2010

rindu ;(

uhuk2. rindunya kat uia's comrades semua. huhu...

apa khabar agaknya korang di sana. adilah, ain... rindunya kat korang!

jaga diri baik2 ye. sayang korang semua. muuuahhhhhh!!!!!

Saturday, July 3, 2010

aku di sini.

*achum!! alhamdulillah.

selsema. sampai penat bersin. mata pun kuyu. di mana aku? pastinya di ipis. *seronok* alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. alhamdulillah, segala pujian hanya layak kembali padaNya. subhanallah.. betapa aku percaya dan yakin bahawa Dia sentiasa ada. *sob.sob.*

penat sangat. air mata pun dah turun ke pipi. sambung lain kali. sampai di sini dulu. wassalam.

Nur Afiah Binti Ab Rahman
D101
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Islam
3 Julai 2010

i'm an educator to be. pray for me. insyaAllah. He'll always be there. Allahuakbar!

Wednesday, June 23, 2010

Gosip? Oh no!

Hari ini ke klinik penawar, setelkan medical check-up.

Daftar dalam pukul 10.30 pagi.. pukul 1.45 petang baru panggil nama : tu pun untuk ukur tinggi dan berat, wat urine test

Jam 1445, lama lagi kena tunggu sebab orang yang datang dari pukul 8 pagi tadi pon baru setel mc die. Kalo aku? Entah pukul brape..

Berkira2, pegi pejabat ayah, depan tu je. Lintas jalan, terus sampai. X sampai seminit pon kalo jalan laju tapi… “lu x takut kena langgar ke sister?” “ pandang kanan, pandang kiri, pandang kanan, baru lintas…” jadi, semuanya dalam 2 minit untuk sampai.

Tolak pintu. Ikut arahan. nasib baik ada sign kat depan tu. Aku selalu konpius nak pull ke push. Hee~

Ade diz pak cik, muka garang je. Tengah borak2 dgn diz 1 mamat. Tengok gaya mereka berdua macam gaya polis-pesalah je. Tengah soal-siasat. Tapi ni mungkin versi ulasan-perlawanan-bola-semalam. Aku kenal pak cik tu. Tapi dah berubah wajah. Dulu muda, kini tua. Hee~ 10 tahun x jumpa wei.. dengan muka bersalah-sebab-redah-premis orang-secara-suka-hati aku tanya “pak cik, nak tumpang sembahyang boleh?” aku bukannya ape.. d buatnya die x kenal aku, x cam aku, kang malu lak aku.. “entah stranger mane la yang sesat kat sini”, mungkin ini yang ada dalam fikiran pak cik tu. Tapi dia jawab “masuk la ke dalam” eh2. Trimas pak cik.

Daun pintu dikuak. Maka nampaklah kelibat2 manusia di dalamnya. Ada kak na, diz 1 sista yang aku x kenal, gantikan kak liza. N diz 1 bro yg sempoi.. dengan muka slamber, “kak na, nak tumpang semayang.” bro yang sempoi itu pon berkata… “ha… masuklah. Imam pon ade doh dalam.” Aku kenal semua kakitangan yang lama dari darjah 1 lagi. Hee~ suka sangat pegi ofis ayah. Dan juga ummi. Lalala~ sebab tu kenal semua colleagues mereka.

Pelik. Tapi layan~ masuk ke tempat semayang, xde orang. Mane imamnya? Tapi I saw diz 1 guy inside d room-next-door. Nampak back die je, muka : pemalu barangkali jadi x dapat di kesan. Haha..

X peduli. Urusan denganNya belum selesai. Dahulukan apa yang perlu. Tengah2 layan preparation untuk solat, maka.. terdengarlah.. mereka bergosip!! Oh tidak!!! Kenapa perlu ada nama saya?? Adoi… x sangka aku d kaitkan dengan staf tempat kerja ayah sendiri.. he said dulu I was a small little girl, skrg dah besar panjang. Uhuk2. Macam2 aku dengar tapi fokus lebih terarah pada urusan yang utama. Gosip mereka: diabaikan.

Ada backup sound kedengaran masa semayang. Erk.. antara perkara yang paling aku x suka : u don’t hv to show me ur piousness. Plez.

Alhamdulillah. Dah selesai. Berjalan keluar. Again. Saw 2 guys. 1 was facing me while d other 1, turning his back at me. Again. Didn’t see his face. Didn’t recognize them, maybe they’re d new workers. d guy-facing-me was smiling, while asking me “ dah siap?” I put on generous smile then answered, “dah”.

Ok. Dah tersasau cakap bi. Kena back to nature. Kih3. Saya sangat sensitive dengan grammar jadi kena cover balik setelah hampir 6 bulan tinggalkan bahasa itu. Saya suka English sebenarnya. oh! Afiah, statement meragukan. Take it back. Duh!

Kak na kat kaunter. Lepas salam semuanya, baru keluar. Then I heard a guy saying “…… anak ab rahman”. Apekah? Sangsi2. Tapi membuktikan… aku peduli ape dengan gosip mereka. Lol~ saya kan kecik lagi. Ah. Afiah. Stop it. U’re old enough 2 b a mother actually. OH MY GOSH! Never realized it. Haha.. sengal.

Jam 1645, setel. Seharian d klinik. Penat. Panas. Jerawat ade kembali. Haiyak! Time to take action! Kame…hame…ha! Balik cari produk hpa. Wah! Suka!

Sekian. Merapu lagi dari saya. Afiah.

Tuesday, June 15, 2010

bila Afiah mulakan... kemerapuannya


si sengal. hee~
19tahun


bismillahirrahmanirrahim. assalamu'alaikum. wee~ sebenarnya xde ape yang menarik pon berlaku kat diri aku sekarang ni kecuali meraikan perasaan gembira yang bertakhta di hati. cewah~ lalala~ sebelum ni kan kenduri kat rumah aku.. majlis kesyukuran menyambut menantu. sayalah antara orang yang ke sana dan ke mari tanpa henti. adoi.. penat tapi alhamdulillah, meriah dan puas hati. endingnya, dapat rasa lenguh kat tangan dan kaki. kaki kiri yang sedia sakit, bertambah sakit. padan muka saya tapi apelah sangat semua tu... bila seronok bekerja, hati pon gembira. sakit pulak entah ke mana perginya. malam tu, biasela.. kemas2 rumah.. siyes. bersepah. plastik gula2 entah ke mana.. cadar katil aku pun dah tercabut. ada ketulan ayam goreng la dalam bilik. memang tunggang langgang. ape yang mereka dah buat?? sila jawab. siyes r aku cakap, kaum2 ibu ni memang yang terbaik la. xde pon sekali aku dengar ummi mengeluh cakap penat. memang yang terbaik r. salute kaum ibu! sayang ummi! tapi ummi pon ade pesan, sape nak kawen, kawen awal2. masa ummi muda lagi. haha... hari tu ummi sanggah bila aku cakap nak kawen. hahhaa.. macam2. tapi yang bestnya, first time aku dengar ummi cakap " die rajin nak tolong tapi sakit" waaa.... terharu siot... nak menangis rasenya. 1st time kot ummi cakap camtu. ade masa malam tu jugak, aku juz complain je sebab najihah x tolong langsung, aku yang sakit ni plak ambik alih. niat aku time tu nak cakap suruh najihah datang tolong sama, tapi terus ummi cakap " x payah buat keje la. g rehat. dah tau sakit nak buat jugak. ramai lagi orang boleh tolong." tau ape jadi?? haha... maka berderailah air mataku ini... aku xleh orang marah pasal sakit, x pasal2 nangis. hee~ semalam cakap ngan ejat pon die x sedar yang aku kat cni dah tahan sebak. rase sedih bila fkr die nak tinggalkan kami nnti d cni. ejat, kau kebanggaan kami! aja2 fightng sayang!! semalam pon dah berderai air mata dapat tau keputusan maktab ni. rase Allah tu dekat sangat. Dia jualah yang Maha Mengetahui. adik tanya "kak yah suko ko sedih?" aku x pandang pon die. cuba kawal nada suara. cakap " biasa je.." haha... sengalnya aku.. adoi.. orang kalo x kenal aku betol2, mesti ingat aku ni garang. kah3. tapi betol la aku garang jugak. ayat aku yang biase kat rumah " eee... adik ni. kak yah x suka macam ni." haha.. 1 lg " eee serabut la aku" haha.. semalam ade kanak2 yg gaduh2 manja. main pukul2 kepala dgn bantal. terus aku sound " eee ape ni main ketuk2 kepala. kak yah x ske orang ketuk kepala budak2 ni." haha..


erk.. bayi itu comel!
20tahun

oh! biasala majlis kat rumah, biasenya ada ramai baby ngan kanak2. wee~ semuanya comel2. x puas peluk. rase cm bila la nak dapat baby sendiri ni... haha.. ade diz 1 baby, die dah tersilap mak. die ingatkan aku mak die. bila bagi balik kat mak die, xnak pulak. haiz. ada gaya ibu ke aku ni? haha.. dulu pon pernah jugak skali mcm ni. masuk dengan yang ni, dah 3x baby tertukar aku ibu die. ee.. comel sangat2!!! bila dapat maktab, ummi ade cakap " hmm.. sesuai doh la die hok suko budok2." wee~ seronok rasenya bila boleh didik anak2 kecil ni. x sabar tunggu baby kak long keluar! hari ni sempat tanye baby sihat x.. baby suka tendang perut ibu die! hari ni kak long balik putrajaya, jadi sempat nasihat baby suruh duduk diam2 dalam tu. hee~ seronok dapat rase gerakan baby. sekali lagi.. bila la aku nak rase sendri.. haha... sengal. baby 2 d jangka baby girl. mesti comel kan.. ikut ibu ngan ayah die. nnti die jadi cucu sulung la dalam keluarga kami. abang ih dah sibuk2 cakap kat baby suruh masuk pondok. aduhai.. jumpa semua baby pon die cakap " nanti masuk pondok deh bilo besar.." sambil usap kepala baby 2. wee~ aku pon sekarang x lepaskan peluang usap kepala baby. moga2 dapat kerberkatan jugak. kalo cite pasal baby, memang x habis2. tapi alhamdulillah, dengan perjalanan aku menuju ke arah gerbang menjadi seorang guru, ternyata impian aku untuk sentiasa mendampingi bakal2 pemimpin negara ni tercapai. alhamdulillah. doakan yang terbaik ye untuk aku. semoga aku dapat jadi cikgu yang terbaik dalam kalangan pelajar2 yg aku ajar. aku nak jadi ibu kedua dieorang. hee~ ramai la anak aku nnti. bestnya...


weet2~
18tahun

oh! maaf. banyak sangat cerita merapu. preparation ke maktab entah ke mana lagi. hehe~ kalau kak qilah tahu, pasti dah kena ni. hehe... kak, sayang akak sangat2! ngee~ tq 4 evrythng. k2. kang terlebih merapu lak. korang pon bosan baca. tapi aku tulis ni pon sebab nak mengekspresikan diri je melalui bidang penulisan. kepada yang menyokong, arigato.

Wednesday, June 2, 2010

yey!! i'm in!

bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah... kaki sudah ok walaupun lebam masih kelihatan. sakit sikit2 jela. dah boleh start menari pon. hahahaha. tengah tengok showdown 2010, jadi terikut sama menari. sempoi... salah satu minat aku menari kot. huhu... main bantai je tarian ikut muzik tapi aku suka muzik retro. kih3. tarian versatile ala piah. tadi pon dah dukung adik atas belakang sambil berjalan merata kat atas rumah then kena marah ngan ayah sebab cari nahas lagi. hahaha.. nampaknya saya dah pulih. alhamdulillah. jadi, esok dapat join sama ke majlis akad nikah di terengganu. hehe=). kak nurul pon mesti suka. dia dah tido pon. penat kot. tadi sempat borak2 dengan dia pasal hati dan perasaan.. saya kan penasihat peribadi dia.. jadi bila ada masa ni, kena la luahkan apa2 yang perlu. bila aku suruh dia komen perkara pasal aku, dia ketawa je. haha.. katanya xtau nak cakap ape. bila di tanya agak2 bile aku kawen, dia jawab masa umur 30. adoi... ske dia je jawab camtu. haha.. selalu bila borak2 dengan dia, aku akan tanya apa motif di sebalik apa yang dia cerita. jadi, tadi, bile aku cerita something, d tanya lak ape motif aku. amboi.. dah terikut dengan perangai aku lak. yela.. kalo xde motif, baik x payah cakap. xde guna. dia pun x lama lagi menyusul naik pelamin la tu.. aku doakan dia mendapat jodoh yang terbaik... amin

p/s: masa interview kplspm hari tu, ade diz 1 girl tegur, datang dari tempat keje ke? adoi..

Monday, May 31, 2010

adoiii!!!

bismillahirrahmanirrahim
assalamu'alaikum
ape kisahnya ber'adoi' ni?? ha... tengahari semalam, nak di jadikan cerita, aku terjatuh masa turun tangga belakang. aku pun xtau macamana aku boleh jatuh. tau2 dah jatuh. aduhai.. memang sakit gile r. terus aku menangis kat situ. x dapat di gambarkan betapa sakitnya. dah jatuh tu, terus xleh jalan. terpaksa la aku mengensot ke ruang tengah. aduhai.. nangis memang x henti2. kaki pun dah mula bengkak. dah macam apa dah jadinya. kak nurul tuam dengan ais, kasi kurang bengkak. masa kena tu dalam pukul 12 tengahari. abang ngoh kol ayah, x dapat. terpaksa la tunggu sampai pukul 2.. dah siap2, dalam pukul 3, nak pegi umah tukang urut, tapi malangnya kami x jumpa rumah dia. abang ngah decide ke hospital, aku ikut je. sampai kat hospital, terpaksa naik kerusi roda, sebab memang kaki kiri xleh jalan. tunggu punya tunggu, masuk bilik doc, die kasi prescription ubat, balik. time tu dah dekat pukul 5, semua orang nak balik. kaki pun kena balut sendiri, die kasi bandage je. balik tu, aku terus tidur. sebenarnya dah 3 hari aku demam. tapi bukan secara berterusan la. kejap2 je demam, pastu kebah. sebab penat, tertido. sedar pun bila dengar suara mak angkat aku. die cakap entah kenapa rase nak datang jumpa aku.. rupa2nya aku x sihat... malam tu pegi umah tukang urut. ummi suruh cuba jalan. gile sakit r. sampai nangis2 aku. adik pun kesian tengok aku. die sayang aku la tu. hehe=). aku suruh ape2 pun xde die merungut macam time aku sihat. aku jalan turun tangga pun lambat gile.. macam siput. xpun lagi lambat. adoii... sampai kat rumah tukang urut, terpaksa di papah dah. terus xleh jalan. masa die urut tu, sakit la jugak. ade part sampai kaki kanan aku terketar-ketar. mak cik tukang urut tu cakap, ade elemen asing menumpang kat tempat sakit tu. ade satu tempat die tekan, sakit macam kena cucuk. sakit tajam. bukan sakit macam biasa. ade masa dia urut kat tempat sakit tu, aku nangis kuat gile, 1 badan terketar-ketar. masalahnya bukan aku buat tapi jadi sendiri. aku jadi nak nangis, suara pun sebenarnya dah mula nak lain tapi mak cik tu stop. abang aku tengok sama r. aku cite r kat die semua2 yang aku pernah alami. dulu aku pernah kena masuk. jadi mak cik tu cakap die nak menumpang la tu kebetulan aku sakit. siyes berat gile kaki aku before pegi mengurut tu. sakitnya bukan d whole kaki tapi bahagian hujung dekat dengan tumit belakang n buku lali je. lepas mengurut tu, alhamdulillah, dah bolen jalan sikit2. semalam tido, aku tersedar banyak kali. dengar bunyi atas bumbung macam orang berjalan. macam2 gak la dengar tapi aku buat bodo je. sambung tido lagi bagus. ade sekali aku tersedar ummi sentuh dahi aku. yang aku takutnya, kalo2 aku nampak lagi la. selama ni, aku banyak kali la nampak tapi semuanya berbentuk kabus. xdela dalam rupa yang menyeramkan. lagi2 umah aku ade tiang seri. orang cakap benda tu suka duduk kat situ. huih. seram je. tapi kami x kisah pun. masa aku duduk sorang kat rumah malam2 pun pernah ade orang panggil nama aku. terus aku pergi umah jiran lepas tu. sebenarnya memang ummi suruh pergi tido rumah jiran tapi aku yang degil, bukan de pape pon kalo dok sorang2. nah, akhir sekali, ke sana jugak aku. hehe.. nak kata aku x takut, takut jugak. tapi aku selalu selamba badak je selama ni. x pernah nak rasa cuak kalo basuh baju pukul 3 sorang2 kat bilik air asrama. tido sorang2 kat bilik pon x kisah kalo rumate balik. haiz. berani sangat pun x boleh jugak kan?? hmm... entahla. sekarang ni dah boleh jalan sikit2. tapi aku rase macam kaki kiri aku belok sikit. adeh.... kedudukan sendi x betul. malam ni xtau la nak gi mengurut lagi x. tengok la mcmna.
p/s: adakah aku di tolak sebenarnya??? persoalan tanpa jawapan...

Monday, March 29, 2010

ape cite??

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum




dah lama aku x meng'update' laman sesawang ni. muahaha... kebosanan menulis. banyak entri x aku habiskan penulisannya. bahkan, cerpen pertama aku pun terbengkalai prosesnya. tapi aku sibuk. sibuk buat ape?? sibuk baca buku. muahaha... sibuk mencari maklumat penting lgi berguna dalam kehidupan seharian aku. aku suka seni. jadi, menyibukkan diri membelek majalah "Pengantin". oh? saya mau kawenkah?? haha... tidak2. aku nak buat gubahan hantaran.. jadi belajar dari buku tu.. ade yang dapat ilham sendiri... untuk coklat, aku dah design macamana bentuknya nanti tapi seems like ummi nak beli yang siap je. uhuk2. saya dah bersemangat, siap lukis design. adeh.. xpe2.. sekarang tengah pening2 nak buat gubahan kain bentuk bunga. aduhai... dengan keserasian ummi dan kak yah, benda ni pasti setel!! nanti kak nurul balik, boleh tolong sama. sibuk2. sibuk sampai x sempat nak pos kad birthday akhmal. bersawang la kad tu nanti. kad tu aku buat sesimple yang mungkin. macam x matured pon ade tapi yang penting, comel=). muahaha.. tapi bile nak post ni?? birthday die dah lepas. haila2... afiah, pos cepat2!!! sekarang ni sibuk jadi pa ummi. keje aku dah macam kerani. taip surat tu, taip surat ni. taip minit mesyuarat, macam2 la. x penat pon kejenya.. cuma kadang2 malas nak menaip je. rupa2nya tugas seorang guru ni bukan setakat mengajar je, kalo dah pegang jawatan dalam organisasi sekolah... ha.. macam ni la gayanya. ummi jadi pengerusi pss. ummi cakap dulu time xde sape nak tolong, ummi hantar kedai, upah orang. yela.. masakan nak suruh ummi taip banyak2... kesian la die.. lagipun kalo x biasa, jadi lambat sikit menaip. aku dulu pun camtu tapi sekarang, menaip x tengok huruf dah. muahaha.. dah hafal katakan mana kedudukan die.. lalala~ bukan nak bego cma tu satu kelebihan je.. cakap pasal cikgu ni.. aku suka tengok cara ummi mengajar. walaupun dia ni garang, tapi seronok belajar dengan die. ade je bahan2 yang die sediakan. ummi cite, masa budak2 x siapkan keje sekolah, ummi denda rekrut macam askar dalam bilik guru. meniarap macam askar. haha... sampai ummi sendiri nak tergelak. tapi dak2 ni sempoi.. enjoy kena denda! aiseh!! haha.. ummi selalu umpan dak2 ni dengan gula2. sape siap salin karangan dapat gula2 sebiji.. ha... ni la lebih kurang macamna nak initiate semangat nak belajar dalam student kelas hujung. kat pss pon sama. ummi cakap, sape yang pinjam buku, dapat gula2 sebiji.. haha... kelakar tapi tu la budak2. ramai yang berlari balik semula ke kelas g ambik kad pinjaman nak pinjam buku. pastu beratur ramai2 nak ambik gula2. haha... comel kanak2 ni. buat sesape yang jadi cikgu nanti, jadilah kreatif sekreatifnya kerana budak2 ni suka=). kadang2 ummi buat teka-teki.. saya sayang ummi saya dan dialah contoh guru yang baik bagi saya=). hehe... kalo la aku dapat jadi cikgu.. aku tau mesti pening kepala. konpem! tapi insyaAllah, kalo aku pegang tugas tu, akan aku jalankan dengan penuh dedikasi. ku sanjung semua guru2ku!

hari tu majlis pertunangan ngoh, ramai orang puji kak faizah cantik. haha... memang cantik pon. adik cakap " cantik dari kak yah tapi adik cantik lagi dari die" cett!!! yela2 adik. apa2 jela.. yang penting, x sabar tunggu bulan 6 ni!!! x sabar nak tunggu semua orang berkumpul! riuh semula la rumah nanti.. x sabar tunggu kak long bawak balik baby. insyaAllah semuanya selamat ye kak long. x sabar tunggu kak nurul... thanks kak nurul untuk hadiah2 tu. hehe.. sabar jela layan kerenah adik2 mu ini. seronok kan ade kakak yang dah keje n x kawen lagi?? boleh mintak macam2. hehe=). sebenarnya seronok jadi adik.. dapat macam2. macam najihah, kalo tengok benda yang cantik, mesti teringatkan die. suka tengok die pakai benda yang kita beli esp gelang yang aku beli hari tu masih kekal d pergelangan tangan die. ramai orang puji. ehem2.. saya la yang beli tu! haha.. masa adik cakap ummi x beli pon gelang baru untuk adik, aku cepat2 potong " ala.. ummi kan ada ramai anak perempuan, jadi kakak2 la yang tolong belikan untuk adik".

pada satu pagi yang hening, kami sedang menikmati kueh yang ummi beli. kami tu maknanya aku, adik, ayah ngan ummi. kami je yang ada kat umah. aku makan kueh A ni. rasa manis. bile makan kueh B, rase tawar. aku cakap la kat ummi. ummi pula rasa. ummi makan kueh B dulu, ummi cakap manis. bila rasa kueh A, ummi cakap tawar. aik?? ade ape dengan tastebuds ummi dengan kak yah?? adeh... bila hari ni aku rasa kueh B, tapi ni ayah yang beli, manis plak. haha... sebabnya ayah beli kat kedai lain.. muahaha... tapi pelik kan?? hmm... apa2 jela. tastebud masing2 berlainan kot. macam bile buat air, aku cakap dah manis tapi ummi cakap x berapa manis. aduhai.. walaupun aku orang kelantan, aku x ske sangat manis2. aku suka pedas. nyum2.

aku akan cuba siapkan entri2 yang x berkesudahan tu. kalo aku rajin la.. ngee~ akhir kalam, selamat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang berdedikasi. salam motivasi salam ceria. Assalamu'alaikum.

Tuesday, March 9, 2010

aku di sini lagi.

Aku d cni lagi. Menulis tanpa henti. Tapi ini tulisan aku yang ke berapa dah sejak cuti ni. Kesemuanya ku campak dalam recycle bin. Aku tiada kekuatan untuk post sebarang butir bicaraku. Aku sedar, blog aku sudah lama bersawang. Bahkan, sudah lama aku x postkan entri berunsurkan ilmu dan penjana minda. Maaf aku hulurkan kepada sesape yang sudi menjenguk ke sini. Tujuan aku berblogging ni atas dasar aku hendak menyampaikan sesuatu. Mungkin sebab sikap aku yang suka berkongsi. D samping tu jugak, blog ni la jadi tempat aku meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati bilamana aku x sanggup menceritakan pada orang lain. Even pada sahabat baik aku sendiri. X semua perkara, mereka faham. Adakalanya kita perlu menyimpan perkara tu untuk diri kita je. Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana d kurniakan sahabat2 yang memahami. Ada perkara yang boleh d kongsi dengan orang ni, tapi orang lain xleh tau. Jadi, fleksibel untuk berkongsi pada sesiapa. Muahaha… aku d cni lagi, jadi pasti ada sesuatu yang menganggu fikiranku. Jadi bagi sesiapa yang sedang membaca post ni, hentikan sahaja bacaan anda sampai d cni sahaja kerana aku ingin bermonolog sendirian.

Sudah lama aku berpendirian, Cuma x punya kekuatan untuk teruskan. D tambah dengan pandangan dari lin yang mengatakan semua itu sudah cukup, bagus. X perlu berlebih-lebihan. Dari pendirian tegas, aku mula goyah. Kenapa x boleh hadapi dugaan ini?? Setiap kali aku tengok mereka d baluti dengan tudung labuh itu, hati aku pasti rasa tenang. Alangkah indahnya kalo aku juga begitu tapi ada sesuatu menyekat. Mampukah aku pertahankan?? Dengan sikap aku yang kadang2 keotaian menguasai ni, aku rasa aku x layak untuk sehelai kain tudung tu. Aku masih dengan pendirian aku. D mana kalo aku menyarung tudung tu, masa tu semuanya sudah sempurna d mata aku. Pedulikan orang lain, ini hanya antara aku dan Dia. Aku xnak berlaku hipokrit. Prinsip aku, pakaian melambangkan bagaimana aku sebenarnya. Jangan pula sarung tudung tu, tapi hati busuk. Sebolehnya aku mahu yang terbaik untuk diri aku dan keluarga aku dan saudara2 seagamaku. Aku mahu yang terbaik untuk dunia dan akhiratku. Ya Allah, aku hambaMu yang kerdil. Kau bantulah aku mencari kekuatan itu. Kau pimpinlah aku Ya Allah. Sesungguhnya aku hanyalah makhlukMu yang kerdil lagi lemah. Astaghfirullah…

Kenapa sukar sanagt bila berbicara pasal hati dan perasaan?? Kenapa perlu kecewa duhai hati? Kenapa perlu bersedih duhai perasaan?? Afiah, ko gadis yang tabah. Percayalah, d sebalik ujian ini, Dia sediakan yang lebih baik untuk ko. Malahan ko sendiri tau yang Dia sentiasa bersama ko x kira waktu ko susah mahupun senang. Dia jualah sebaik2 tempat mengadu. Menangislah padaNya. Rayulah padaNya. Semoga Dia menetapkan yang terbaik untuk aku=). insyaAllah. Akan ku didik hati ini supaya tidak terlalu mengharapkan cinta seorang suami yang soleh supaya perasaan selalu d selubungi perasaan indah bersama cintaNya. Ya Allah, jika ketentuan sebegitu suratanku, aku redha Ya Allah. Aku percaya dengan janjiMu…. Engkau tutupkanlah pintu hatiku ini dari mencintai lelaki selain dari suamiku yang sah. Kau peliharalah aku. Kau peluklah aku Ya Allah. Supaya aku lemas dalam pelukan cintaMu yang x pernah mengecewakan aku. Sekiranya aku d takdirkan menemui ajal, Kau matikanlah aku dalam keadaan yang beriman. Dan aku sangat2 berharap yang tika itu, aku sudah menyarung sehelai tudung labuh itu… moga aku d beri kekuatan!! InsyaAllah! Gambatene afiah-san! You can do it as long as you trust in Him. La tahzan, innallahama’ana. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allahukbar!!

Thursday, February 25, 2010

coret2 rasa

hoyahhh!!!!! lappy rosak!! dush2!! selesai sudah isi borang maktab. ngeh3... kalo de rezeki kat situ, ade la. kenapa ku kegilaan?? hoho.... orang kata, kalo kita ceria2, insyaAllah, sakit susah nak datang. erk... dalam erti kata lain, walaupun kita sakit, kita tetap rasa macam orang sihat. hoho... cuti kat umah ye... buat pe je aku ni?? banyak kot benda yang aku buat. selain dari jadi suri rumah yang x bertauliah, aku dan ummi punya perancangan besar! ngeh3... insyaAllah, abang ngoh bakal ke jinjing pelamin jadi kami tengah sibuk buat persiapan.

hari tu ummi suruh pergi sekolah buat keje psp. tiap2 kali cuti kot keje aku melepak kat situ je. adeh.. xpe2. demi kebaikan untuk menyiapkan kerja ummi dengan pantas, jadi semua tu no hal la. sepanjang kat umah ni, aku banyak belajar tentang pengorbanan seorang ibu. guess wat, saya x merungut pape!! hahaha.... 1 kebanggaan buat diri aku sebab kecik2 dulu, kalo ummi suruh buat keje umah, mesti ade je yang keluar kat mulut ni " ala... ore sokmo. ore lain x suruh". erk... biasa la time tu kecik lagi. mseti kita rasa dengki ngan orang lain kalo kita sorang je yang tolong ummi. erk.. bukan ke tolong ummi dapat pahala?? hoho... tapi Alhamdulillah, aku mula kenal diri sendiri. kalo boleh, nak setelkan semua hal kat umah, biar ummi balik, rehat je.. refleksi pantulan. aku melihat diri aku yang dulu dalam diri adik! haila2~ siyes. xtau nak cakap ape. suruh tutup tingkap pon malas. yang lain lagi r. kesudahannya, aku jugak yang buat semuanya. tapi adik ni, kalo kita ugut ke, bagi ceramah ckit, dengar jugak die. dulu time die kecik2, kalo die xnak kongsi gula2 die, aku ugut, "xpela... xnak kawan dah ngan adik" haha... ntah pape je time tu. tapi die bagi r.. sekarang, pakai ayat " xpela... nati kalo kak yah beli, kak yah xse wi" haha... kejam2. banyak perkara yang aku nak ajar dan sedang ajar kat adik. hoho... sayang adik!!

hari tu masa g psp skolah ummi, ade cikgu tegur, tanya anak sape. cakap la anak cikgu *****.. die cakap x sama pon. suara je sama. eh??? ade gak camtu ye?? haha... die cakap aku ngan adik pon x sama. padahal... aku, adik ngan abang din anak ayah. muahaha... sekarang pon baru aku sedar aku ni boleh masuk dengan ummi... maknanya kami lebih kurang sama. she can ask my advice on certain thing. tapi asal nampak muka aku, mesti sebut pasal wat keje psp. muahaha... ummi, kak yah sayang ummi!!! untuk kaler tema rumah kami pon, tanya aku. jadi, aku la yang tentukan kaler. pasal bunga, aku selalu puji bunga ummi. cantik. terima kasih ummi untuk laman rumah yang tenang lagi menghijaukan. banyak perkara yang die boleh cakap dengan aku. mungkin sebab aku suka berkongsi idea dan idea aku macam boleh pakai r... hahhaha... walaupun ummi keje, tapi masih mampu urus rumahtangga dengan baik. saya nak jadi macam ummi. ekekeke... Alhamdulillah d atas kurniaan rezeki dan rahmatNya ke atas kami sekeluarga. Alhamdulillah.

terima berita pasal sak. Alhamdulillah.... doa kami termakbul jua. Alhamdulillah. sak, kalo sak baca ni, kak yah nak oyak kak yah sayang sak. semua ore sayang sak. sak ngaji molek2, kejo molek2, mari temu nga mitok maaf nga sumo. sak dok molek2 deh.

oh. hari tu aku tertengok dalam tv, sesungguhnya hilanglah 1 keberkatan ke atas kita bila ibu kita meninggal iaitu doa ibu... uhuk2.. semoga ummi dan ayah d panjangkan umur serta bertambah kasih sayang sesama kita( ngee~ aku dah taruk resipi bacaan2 mengeratkan kasih sayang dalam makanan yang aku masak, jadi mesti adik makin sayang kat aku. muahaha!) buat kak long yang bakal menimang cahaya mata, yah ucapkan selamat menjadi hot mama!!! hehe... anak kak long nanti, kami x manja2kan.. ngeh3... buat abang ngoh, sebab bakal jadi ketua keluarga, pimpinlah isterimu ke jalan yang d redhai.. sentiasa mantapkan iman dalam diri. selamat menjalankan tanggungjawab yang d amanahkan=). kak nurul yang jauh d perantauan, selamat bawa pulang hadiah untuk kami. ngeh3... abang din, jaga diri. jaga iman. jangan leka bercinta. muahaha... abang ih, xnak banyak cakap. selamatlah segalanya2 untukmu. abe sak, jaga diri. kak yah sayang abe sak. adik, jaga diri jugok. kak yah mengharapkan yang terbaik untuk adik2 kak yah. sayang korang semua!!!!
peace no war, assalamu'alaikum.

Sunday, February 7, 2010

stand together- for FC Team

Here we are living in this world
A journey to the end
We are servants
We bow to Allah

From Him a helping hand
We are different races
From countries far and wide
Together we can face it
Uphold what's pure and right

We can stand and work hand in hand
We're stronger when we unite
Share the words and spread the truth
With Iman Allah's light

In our hearts can't fake it
When Allah's love embraced
Together we can make it
The world a better place

Everything in life
We can take everything in stride
'Cause we live in this worldly life
Can only try

Every dream we have
We want to have the very best
But we can only face the test
For we can try

And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other one another
And in team we should stay

Let us take the guidance from Allah
And Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night

you have been tagged:amirul, nedd, qusyai, man, effa, jiha, dbah, akhmal, thahar, miq, seng, sab, sue ray, ejat, aiman, jibah, nusaibah, dell, affiq, wan, cikut, ueki, mind, melon, red, aimi, aizat, pajid, jufri , sya, yana, dan lain2... semoga kita sentiasa bersatu dalam redhaNya...insyaAllah=).

semua tentang kita=)

Waktu terasa semakin kelabu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka, saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita