Tuesday, June 30, 2009
bla3...
situasi 1( bilik fellow)
madam : awak rase sape yang nak kite lantik jadi presiden baru?
mk : hmm... kak afiah la madam.
situasi 2( lobi hisbah asma' abu bakar)
afiah : program kite yang hari tu dah banyak yang ubah
mk : owh.. ye ke..
afiah : sebab kite nak cari tarikh yang sesuai dan ikut budget la.. budget pon dah kite rendahkan. tarikh program pon dah tukar. akak baru jumpa madam semalam. hari tu x sempat nak jumpa. kelas sampai petang. tambah- tambah baru tau. kak yana datang bilik kasi surat pastu die blah camtu je. terkejut la jugak. tetiba jek. mula-mula rase tertekan pon de. hehe...
mk : sebenarnye kite yang suggest kat madam untuk lantik akak. hehehe.. sebab akak nampak rock.hehe...
afiah : heh?? nampak rock boleh ae jadi presiden?
mk : hehe.. akak sempoi..
afiah :adeh.. xpe la. juz nak kena setelkan semua ni. esok kena gi jumpa madam.
mk : ok!
adeh.. sbb rock aku d pilih jd presiden?? pelik btol dak2 ni. mebi i'm an easygoing prson kot. pdhl kan.. 1st meeting hari tu aku pegi pakai jubah. kih3. walaupon pakai jubah, ttp nmpk rock. hahaha. tp kalo ikot2kan, mmg aku agk brutal. d sebalik kesopanan tersimpan kebrutalan. hua3. biase la.. dr kecik lagi dah jadi otai.. bile besar terlekat lagi ckit2 kebrutalan tu. lol~ i'm rock bebeh!!! hahaha. kesengalan begitu ketara!
cerita 2
aku sebenarnye pelik gak bile orang xleh terima word sengal. aku rase cam biase je. hahahaha. refer kepada cite di atas, saya rock oke. hehehe.. tetiba ade je mamat nih nak berana enti lak ngan aku.. aku main redah je gna ko aku. bior la bunyi kasar pon tapi dah nak wat cmne, gna ana enti lagi segan kot.. hahaha. penjelasan di sini. saya rock oke. even aku jaga pemakaian aku, aku tetap rock. so, tolong la faham. pemakaian aku x melambangkan jiwa aku tapi aku tetap aku. rock on!! jangan la sebab aku brutal tetiba korang nak cakap aku x sopan. hahahaha. tapi ade aku kisah ke?? semestinya la x! haha! dayah, let us juz ignore wat they would say bout us, sepp!!!! satu lagi. saya bukan budak skolah agama. pe kes la korang sume ni.. x semestinya kalo pakaian kite oke, kite dak skolah agama. bukan hanya ko masuk skolah agama baru ko nak pakai elok2, tutup aurat elok2. tu tuntutan agama la sengal. so jangan label aku dak skolah agama sebab aku x ske. bagi aku, dak2 skolah agama ni baik2 so aku x layak untuk berada d c2 gak. tp kan.. aku pelik. ramai je dak skolah agama yang bile tamat je skolah, ha.. jadi macam2. tudung yang dulu labuh dah melayang entah ke mana. ingat la ckit weh.. dah la ko dak skolah agama, pastu bleh plak bukak tudung camtu. kalo ye pon, ingatla tuntutan agama kite kalo xnk pakai tudung labuh pon. semoga kite semua d beri hidayah menuju jalanNYA... wlaupon kalo ko tengok aku depan2 camtu, aku layan lagu brutal la gak.
all american rejects, arctic monkeys, avril lavigne, backstreetboys, westlife, blink 182, boys like girls, coldplay, amy pearson, bunkface, enrique iglesias, evanescence, fireflight, fall out boy, good charlotte, green day, jonas brother, linkin park, my chemical romance, muse, nickelback, oasis, no doubt, panic at the disco, bowling for soup, paramore, sum 41, plain white t's, red hot chilli peppers, secondhand serenade, simple plan, the click five, three doors down, weezer, wonder girls, the strokes.
lol~ bnyk seh kalo nak senaraikan. so, jangan ingat saya ni budak baik sangat ye. tapi aku layan gak nasyid... baru je start. kih3. sebab bile aku masuk cfs ni, d dedahkan dengan lagu2 nasyid.. alhamdulillah.. hehe=)..
pen off.
sesi tazkirah=)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Kepada semua sahabat-sahabat yang ku kasihi kerana Allah…
Amalan apakah yang sahabat-sahabat merasakan amat payah dan sukar untuk melakukannya?mungkin solat tahajjud diantaranya…Insya Allah sama-sama kita mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi membaiki diri kita….
Kita biasa mendengar ungkapan-ungkapan ini :
“saya nak bangun tahajjud tapi saya tidur lewat kerana study so mcm xlarat la nak bangun”
“saya dah kunci jam, bila jam bunyi saya bangun tapi saya tutup jam balik,dan saya pun tidur balik”
“saya nak bangun tapi tak terjaga langsung”
Banyak lagi alasan-alasan yang kita utarakan apabila tak bangun Tahajjud…mungkin tahajjud dah bertukar nama menjadi solat terkejut.
Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah,
Sekadar renungan kita bersama, marilah kita menyingkap kembali lembaran sejarah para sahabat, mereka ini amat hebat ketika berdakwah dan berperang di siang hari namun amat juga hebat di malam hari beribadat, tapi kita hebat di siang hari dengan gerak kerja, meeting, kelas,dan lain-lain lagi namun malam kita pula tidak sehebat siang kita, malam kita dihabiskan di atas tilam empuk di bawah hawa dingin yang mendamaikan…
Para sahabat dahulu kala apabila mereka tertinggal solat Tahajjud satu malam,rasa bersalah menyesal mereka seumpama melakukan dosa besar, tapi hakikatnya kalau tertinggal pun tak mengapa dalam erti kata tidak berdosa tapi mereka mengi’qabkan diri mereka..namun selepas itu mereka tidak pernah tinggal atau terlepas solat tahajjud…Kita pulak membiarkan malam berlalu begitu sahaja tanpa sedikit pun perasaan bersalah ataupun menyesal…
Banyak lagi cite-cite para sahabat kalau nak dibandingkan dengan kita. Patutlah Islam boleh menang di tangan mereka kerana kekuatan Umat Islam sebenarnya bergantung pada qiamualai…iaitu sejauh mana keutuhan hubungan kita dengan Allah…adakah umpama sekukuh tali guni yang mudah putus atau…sahabat-sahabat jawab la sendiri, tepuk dada tanya iman.
Ada seorang Tok Guru di Kelantan telah berpesan kepada seorang pimpinan,“ semakin tinggi jawatan yang kita pegang, semakin banyak amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita, maka sudah sewajarnya makin banyak kita kena bersujud kepadaNya…”Masya Allah, adakah kita dari golongan pimpinan yang banyak bersujud seperti yang dikatakan oleh Tok Guru ini?renung-renungkanlah…
Kalau kita pernah dengar radio Ikim, dekat-dekat pukul 12,sebelum Sheikh Said Ghamidi mendendangkan bacaan ayat Al-Quran,pasti kita akan terdengar mafhum ayat ini…“sesungguhnya Allah amat berbangga dengan hamba-hambanya yang bangun di tengah malam…”tapi sejauh mana kita merasa sensatif dengan mafhum ayat ini…tak nakkah kita digolong dalam golongan yang menjadi kebanggan Allah,Pencipta sekelian alam...Tuan empunya diri kita..
Semoga tazkirah ini memberi kesan kepada diri sahabat-sahabat sekalian,dan seterusnya kita dapat menghidupkan malam-malam kita dengan qiamualai dan munajat kepadaNya..Insya Allah, kita akan merasakan hidup kita lebih bermakna dan lebih berharga…
kesan x baca bismillah..
Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara itu, jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walau bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...). Syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.
Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.
Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah... atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH...
Monday, June 29, 2009
merepek je sblom ni. hahaha!
slama ni aku konpius je. ade org cakap darah beku la.. tapi mostly orang tanye tahi lalat ke??
aku pon sebenarnye pelik sebab aku dapat kesan kehadiran benda asing ni time darjah 5. pelik kan.. korang x rase pelik ke? mula2 aku ingatkan binatang masuk dalam mata aku( aku simpan tanggapan ni selama 9 taon kot.. hahaha) laz2 mula la nak percaya yang benda tu mole..
Sunday, June 28, 2009
sebuah jawapan.
SEGALANYA BERMULA
DAN DI SINI AKU MENUNGGU
TANPA MENOLEH LAGI
PASTI
SATU KATA
MENETAPKAN BEGITU
TELAH MEROBOHKAN MOLEKUL-MOLEKUL YANG TERBINA
MENINGGALKAN KESAN KETARA
KESEDARAN MENUTUP PINTU ITU
PINTU DI MANA SEGALANYA BERMULA
KERANA AKU MEMAHAMI
IA PERLU BEGITU
HAMPIR SAHAJA TERNOKTAH DI SINI
AKU MASIH RASIONAL
MENGGUNAKAN AKAL TANPA EMOSI
TERUNGKAI SEGALANYA
insan kerdil yg memahami erti itu.
27 JUN 2009
bilik dayah
2.00am
mengerti.
melakar tinta tanpa henti
menari bersama warna pelangi
sesekali guruh mencelah
namun tetap juga ia teguh di situ
kata itu
bergantungan di mindaku
adakah ini suatu kepastian??
menghentikan hela nafas
berhenti saja di situ
matahari menyingkap segalanya.
