CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, February 12, 2012

Kasut Baru



Bismillah..

Alhamdulillah! yey! Akhirnya! dapat juga aku mewarisi kasut getah atau lebih mesra dikenali sebagai kasut croc tipu. ngeh3... : D

sebenarnya dah lama berkenan nak ada kasut getah ni. nampak cantik dan selesa. ringan pulak tu. tapi disebabkan saiz kaki aku yang gedabak ni, memang la tadak saiz dan sukar dicari melainkan kasut getah gedabak yang lelaki punya. hish. im a ladies ok. muehehe... sangat tak berkenan dengan design dia. hohoho.

aku tak kata kasut baru aku ni macam perempuan, tapi sekurang-kurangnya nampak keperempuanan : D hehe.. kasut ini pun kasut lelaki. : D


kaki yang panjang ;P

bab pilih kasut memang sangat sukar. selalu pergi kedai kasut, mesti takde kasut yang ada saiz aku. jadi bila ada saiz tu, kadang-kadang ambil je. saiz kasut aku sekarang : 10. fuyohhh... gedabak kan? panjang. heh. memang keturunan dah ni. aku ingat lagi betapa susah aku nak cari kasut masa kecik-kecik dulu sehinggakan terpaksa beli kasut pattern lelaki. ok. memang kasut lelaki. darjah 6 kasut dah saiz 8. aduhai.. memang takde harapan la nak beli kasut-kasut perempuan yang cantik-cantik. kawen nanti mesti tadak saiz kasut juga kan? heh.

bergaya...


kaki yang comel : D




Alhamdulillah... Allah mudahkan segalanya. sebenarnya tujuan kasut ini dibeli adalah untuk keperluan program Bina Ihsan Guru(BIG). kami perlu berkayak di tengah laut sejauh 10km dari teluk batik ke kem tapak perkhemahan sebelum esoknya mendaki bukit yang mengambil masa selama 7jam pendakian turun dan naik. semoga Allah permudahkan. insyaAllah...

cerita hari ini : semalam saya balik dari Jabatan Ilmu Pendidikan jam 1pagi ++ tolong pensyarah kemas fail. pagi ini pula kami janji jam 8 pagi. tapi pensyarah kata dia akan telefon dulu. jahatnya saya, kerana tak sempat rehat pada hari Sabtu ditambah dengan tidur lewat malam semalam, saya doa semoga bukan pukul 8. saya mohon Allah mudahkan saya. pagi ni pensyarah telefon saya jam 9.20 pagi. beliau kata bila telefon nombor saya orang Cina la angkat, orang India la angkat. saya senyum je. sebab saya tahu, Allah sayang saya. Allah yang bantu saya. terima kasih ya Allah. saya tidak segan silu meminta dengan Allah. jadi kalau saya tidak mematuhi perintah Allah, meninggalkan larangan-Nya, saya merupakan orang yang rugi dan tidak bersyukur. hish. taknak masuk dalam golongan tu. jadi, konklusinya, kalau kita nak orang buat baik dengan kita, kita kena buat baik dengan orang. what goes around comes around. saya dah jadi budak baik. tak 'pluck' dedaun sesuka hati sebab saya tahu daun tu tengah bertasbih berzikir kepada Allah. saya sayang Allah, jadi saya sayang ciptaan-Nya. saya sayang awak juga :) sayang semuanya. insyaAllah.. sama-sama kita masuk syurga *love

spread the dzikr and salam

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Assalamu'alaikum :)