CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Tuesday, November 30, 2010

Sepetang Bersama Kak Piah^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

sempat jugak jenguk blog petang2 ni. saje-saje sebab dah tak tau nak buat ape. hmm.. macam2 ye kehidupan ni. macam-macam dugaan ada. kadang-kadang, disebabkan dugaan yang datang, kita terhanyut oleh arus keduniaan. lupa pula pada sebab musabab kita diciptakan. hmm.. anda sedang buat apa ye? sesekali aku terfikir. *eh mestilah sedang baca entri ni kan? cuba tengok laman-laman sesawang yang lain yang anda buka. ada yang tertera "Facebook"? hehe.. aku pon sama. huhu...

Facebook. masa dulu-dulu, masa Friendster dan Myspace tengah popular, tetiba muncul la Facebook. masa tu aku sign up jugak. entah kenapa aku daftar untuk fb. dah lupa sebabnya tapi Facebook ni memang sangat terabai la walaupun dah ada akaun sendiri. bila dah masuk uia, facebook mula popular dalam kalangan kami maka aku turut serta mula aktifkan facebook balik. ya. banyak perkara yang terjadi dalam facebook atau turut popular dengan panggilan fb. dapat kontek kawan-kawan sekolah rendah dulu, dapat tau kisah sahabat-sahabat yang lama dan macam2 lagi la. makin lama, makin aku renungkan, kadang-kadang bosan di fb. tiada manfaat. berkali-kali aku berkira-kira untuk menyahaktifkan fb aku. atas sebab-sebab yang tertentu juga. namun, sejak akhir-akhir ni, aku berjaya memanfaatkan fb sepenuhnya. kalau dulu sibuk nak update status, sekarang lebih kepada pembacaan dan perkongsian artikel yang bermanfaat di fb. sebab tu la blog ni agak terabai.

pernah dulu aku nak 'private'kan blog ni, tapi lepas mengambil kira hal perkongsian sesama kita semua, aku meletakkan blog ni sebagai public. mungkin kadang-kadang, ok, bukan kadang-kadang tapi selalunya penulisan aku tidak membawa apa-apa manfaat kepada pembaca ni namun aku cuba juga untuk selitkan artikel-artikel yang bermanfaat. di samping bebelan aku yang meraban ni, ada la jugak faedahnya yang korang dapat hasil dari singgah di sini. oh ya. baru sahaja juga aku berkira-kira untuk berhenti menulis di blog atau lebih aku ertikan untuk tutup blog ni, mungkin kerana penumpuan aku lebih kepada pembacaan sekarang, bukan penulisan. namun, setelah difikirkan semula, eloklah rasanya aku kekalkan dan aku kongsi bahan pembacaan aku di sini.

aku sering berkongsi artikel mahupun vid bersama kawan-kawan di fb jadi apa salahnya perkongsian itu turut berlaku di sini kerana ada juga yang tiada akaun fb dan kalau adapon, mungkin tidak tersenarai dalam senarai rakan aku. jadi, tunggu sahaja perkongsian seterusnya dari aku.

cuti ni, banyak masa dihabiskan di rumah. cuti ayah hanya tinggal empat hari je. dan cuti itu bakal diperuntukkan untuk ke KL. kerja aku dirumah, tengok muvi, tolong apa yang patut, study, buka fb, baca buku. rutin yang sama setiap hari. namun aku berusaha untuk memanfaatkan cuti ini sebaiknya. ok. terpaksa berhenti di sini. kena lukis pelan pusat sumber sekolah untuk ummi. sehingga bertemu kembali. salam ukhwah. tautan di alam maya tidak berhenti di sini sahaja^_^. jaga iman, jaga diri, mantapkan amal. semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya. amin..

Assalamu'alaikum.

Friday, November 26, 2010

I Kaler Rambut You...

Bismillahirrahmanirrahim...

ada apa dengan tajuk? kontroversi? tidak2. semuanya perihal entri kali ni. terlalu ramai sangat manusia yang kaler rambut ni. jadi, jom kita semak apa orang JAKIM cakap perihal pewarna rambut ni.

Suatu masa dahulu timbul persoalan tentang pewarna rambut yang ada logo halal. Berdasarkan dari logo halal itu ramai pengguna yang beranggapan, pewarna rambut halal dari segi hukumnya. Sebenarnya JAKIM tidak pernah mengeluarkan persijilan halal untuk pewarna rambut.

kenapa??

menurut Mohd Fakarudin Masod, Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM, JAKIM tidak memberikan persijilan halal kepada pewarna rambut kerana timbul isu dari segi pemakainnya. Katanya, memang benar dari segi kandungan pewarna rambut itu halal iaitu tidak bersumberkan haiwan atau selamat digunakan, namun timbul kekeliruan dari segi hukum pemakaiannya.

"Pemakaian pewarna rambut itu, apa tujuannya. Adakah untuk perhiasan, menunjuk-nunjuk atau sebagainya. Yang kedua, samaada pewarna rambut itu telap air atau tidak untuk ambil wudhuk. dari segi aspek pemakaiannya memang ada hadis yang jelas mengatakan tentang hukumnya. JAKIM hanya boleh beri pengesahan halal dari segi ramuan saja tapi tidak kepada pemakaiannya. Jika diberi persijilan halal, pengguna akan beranggapan, pemakaian pewarna rambut turut halal walaupun untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh syarak."

"untuk mengelakkan timbul kekeliruan di kalangan pengguna dari aspek pemakaiannya, JAKIM mengambil jalan selamat dengan tidak memberikan persijilan halal kepada semua pewarna rambut. memang ada kekeliruan apabila ada yang mengatakan, ada pewarna rambut yang terdapat logo halal JAKIM. sebenarnya logo halal itu bukan dari JAKIM tetapi dari pihak swasta ataupun badan halal luar negara. jangan terpengaruh dengan pewarna rambut yang terdapat logo halal"

dah baca? Alhamdulillah. dah faham? Alhamdulillah. jadi, fikir-fikirkanlah ye.

sampai ketemu di lain entri.
jaga diri, jaga hati, sentiasalah tingkatkan iman.
Wassalam.^_^

Oh Babi!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, umat Islam mula sibuk mencari yang halal. tidak kira samaada dari segi produk pemakanan mahupun produk kecantikan. telah ramai juga yang sedar akan kesan mudarat produk kecantikan ke atas diri mereka.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah kosmetik? menurut Mohd Fakarudin Masod, Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM, produk kosmetik termasuk semua bahan yang digunakan di bahagian luaran seperti pada kuku, gigi, rambut, kulit dan mulut. Ia termasuklah losyen, syampu, ubat kumur, ubat gigi, bedak, mekap, deodoran, sabun mandi dan minyak rambut. Menurutnya lagi, kosmetik fungsinya bukan untuk membaikkan, memulihkan atau mengubah wajah sebaliknya hanya untuk menambahbaikkan dan mencantikkan muka atau kulit sahaja.

Menurut Dr Mahvash Hussain-Gambles, pengasas dan pencipta Saaf Pure Skincare, setiap wanita dianggarkan makan beberapa tan lipstik sepanjang hidupnya. Lebih daripada dua kilogram bahan kimia akan meresap masuk ke dalam badan melalui penggunaan kosmetik. Ini berlaku kerana 60 peratus dari apa sahaja yang disapukan pada kulit akan meresap ke dalam badan. Sebab itulah kita dapat lihat produk-produk mencerahkan kulit yang berada di pasaran sekarang. anda fikir bagaimana proses pemutihan itu berlaku? dengan sekadar berlaku di permukaan kulit sahaja? anda silap. proses berlaku di bawah lapisan kulit. selain itu, kita juga dapat lihat bagaimana proses pemutihan kulit membuatkan kulit kita semakin nipis dan tegang. semuanya kerana bahan kimia yang telah bertindak ke atas kulit kita.

tanpa kandungan babi di dalam produk kosmetik tersebut bukan membawa kepada makna halal. sekiranya haiwan lain yang digunakan seperti lembu, kita perlu melihat pula bagaimana cara ia di sembelih dan sebagainya. selain itu, adakah produk tersebut mempunyai bahan kimia yang merbahaya serta logam-logam berat yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan. sesungguhnya yang halal itu adalah padanya suci, bermutu dan selamat.

kebanyakan produk kosmteik menggunakan babi sebagai sumber utama. kenapa? kerana hampir 90 peratus bahagian dari babi sesuai untuk manusia dan boleh dikomersialkan. Industri penternakan babi juga adalah yang paling murah dan amat menguntungkan. mari kita lihat beberapa fakta tentang babi.

1) dari segi genetik, babi mempunyai persamaan DNA yang hampir serupa dengan manusia. Sebab itulah banyak ujian perubatan dijalankan ke atas babi sebelum digunakan oleh manusia.

2) jantung babi pernah digunakan untuk menggantikan jantung manusia sementara menunggu penderma yang sesuai. Insulin juga diambil dari pankreas babi kerana ia lebih hampir dengan struktur kimia manusia.

3) genetik babi menyerupai genetik manusia yang boleh menyebabkan penularan penyakit antara spesies (cross species). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru

4) wabak virus nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. hasilnya, kesemua ternakan babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.

5) babi menjadi hos bagi cicang pita dan manusia adalah sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. selain itu, kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi membolehkan cacing pita merebak.

6) Sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2 peratus dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98 peratus lagi sisanya tersimpan dalam tubuh, menyebabkan ia adalah haiwan yang sangat kotor.

sumber:wikipedia

anda telah lihat fakta-fakta yang di atas? marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. carilah yang halal. tidak semestinya yang baik itu halal. suka saya kongsikan cerita di sini. kejadian ini berlaku sendiri kepada seorang makcik di kelantan. dia merupakan seorang pengamal perubatan. semasa pulang bercuti di kampung, anaknya telah membawa pulang produk kosmetik SKII dan menyuruh makcik tersebut mencubanya. pada malam tersebut, sebelum tidur, makcik tersebut telah menggunakan produk tersebut. semasa tidur, dia telah bermimpi di mana terdapat babi yang berada di atas mukanya. mungkin Allah ingin memberi petunjuk kepadanya tentang produk tersebut. tidak ragu-ragu juga saya mengatakan seorang dewasa berumur 40 tahun telah ada pada dirinya seekor babi. siapa tahu bukan?

jadi, suka saya mengingatkan sekali lagi, gelatin dan kolagen yang mampu menghilangkan garis kedut di muka itu, sumbernya dari mana? mari sama-sama kita fikirkan. oleh itu, saya menyeru kepada anda semua, marilah kita menyokong produk Islam, yang pasti halal dan terjamin mutunya.

jom klik sini untuk produk kosmetik halal.
sebarang keraguan atau persoalan, boleh kemukakan pada saya. saya adalah antara pengguna HPA tegar ^_^.

p/s: untuk baca lebih lanjut tentang isu ini, anda bolehlah mendapatkan majalah Al-Islam edisi Disember 2010 dengan harga RM4.50 di pasaran^_^.

Antara isu-isu yang menarik ialah:
-Bunuh diri:Benarkah Roh Terawang-awang?
-Pembongkaran khurafat di sebalik letusan merapi
-Penderitaan Gaza dorong Lauren peluk Islam
-jangan periksa dara sebelum nikah!

*mulanya niat nak gunakan khinzir tapi memandangkan penggunaan babi sudah lazim dalam masyarakat, maka saya melazimkannya ke dalam bahasa saya juga. harap maklum. sesiapa yang terasa kekok menyebut babi, gantikan sahaja perkataan tersebut dengan khinzir^_^

Dilemma Malas Solat

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,

Hidup senang rezeki datang melimpah,

Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,

Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,

Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,

Bukan ke lebih baik daripada tiang

,Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,

Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,

Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Apasal laa aku malas sembahyang,

Allah kasi otak supaya aku tak bangang,

Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Apasal laa aku malas sembahyang,

Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,

Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,

Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,

Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,

Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,

Seksa neraka cubalah aku bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

nukilan: Abu Hanifah

Duhai Wanita..

Wahai wanita tidak Bertudung...Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Bebas menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat NERAKA,Iaitu api yang kan membakar rambut mu, di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya, hilanglah cantik alun rambut mu, tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu, Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat, Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar, Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,Oleh itu jadikanlah dirimu, Sebahagian daripada mereka yang bertudung, Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,Sungguh cantik terlindung rambut mu,Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,Mengaburi segala yang tersirat di hati,hanya diri sendiri yang menghakimi,mungkin suci ikhlas kerana Ilahi,atau berdebu dengan sebab duniawi,riak wajah nampak tawadhu’,riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,alangkah ruginya andai benar begitu,kerna azab masih tak terlepas dari mu,serupalah sahaja diri mu ditunggu,diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,sama dengan mereka yang menyempang tudung,oleh itu jadikanlah dirimu, sebahagian daripada mereka yang bertudung, bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa..

Wahai wanita yang bertaqwa,Andai kau telah sampai ke tahap ini,Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,Syariat islam sebati dalam diri,Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,Yang dijanjikan di akhirat nanti, Dan tatkala di dunia ini lagi,Muslimah solehah kau digelari,Menjadi idaman setiap muslim soleh, Yang sukar sekali untuk diperoleh..

Wahai muslimah solehah pula,Jadilah mukminah mujahidah,Mujahidah yang akan menyeru,Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,Mujahidah yang akan berdakwah,Agar diri dan umat berubah,Mujahidah yang akan mengajak, Agar islam kembali tertegak.

Renungkanlah..kita tergolong dlm golongan yg mana..wahai muslimah2 yg kusayangi..marilah kita bermuhasabah..


sumber:http://nur-fisabilillah.blogspot.com/

Thursday, November 25, 2010

p/s : i love you

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. akhirnya! buat kesekian kalinya, ana berniat nak updatekan blog ni secara serius. bukan main sekerat jalan je. hoho.. maaf. antum pernah baca kan post ana pasal penggunaan ana enti? mungkin pada saat tu, ana masih lagi berjiwa remaja. maksud ana, jiwa budak sekolah. apa2pon, sekarang, ana rasa penggunaan ni kadang2 lebih serasi dengan jiwa ana. haha.. maaf2. apapon, ana masih lagi diri ana yang sebelum ni.

hadirnya ana dalam entri kali ni adalah untuk berbicara pasal soal ber'couple'. hati ana resah sejak kebelakangan ni memikirkan isu kapel ni. di mana sahaja kita akan dapat lihat isu berkapel di sentuh. apatah lagi di facebook. Golongan remaja sekarang nampaknya hanyut di buai ombak dunia. ana bukan ingin menunding jari kepada sesiapa, tetapi ana rasa tanggungjawab untuk membanteras isu kapel ni tergalang pada bahu ana juga.

ana ada adik perempuan. umur adik ana akan menginjak kepada 14 tahun pada 2011. ana agak resah memikirkan tentang dirinya. walaupun ana tahu perangai dia lebih kurang sama dengan ana masa muda-muda dulu, yakni tidak suka bergaul dengan lelaki, ana sedikit tergugat apabila dia meng'like' komen-komen, status, mahupun gambar rakan2 dia di fb yang sesungguhnya apa yang di 'like' itu adalah perkara-perkara yang berunsur cinta, 'couple' mahupun gambar yang tidak menutup aurat. ok. kita tutup perkara itu di situ.

masalah 'couple' atau berpasangan ini merupakan masalah yang perlu dititikberatkan dalam masyarakat. namun, apa yang ana lihat, sebahagian daripada ibubapa tidak menghalang bahkan membiarkan sahaja anak-anak mereka. ada juga yang berkata "biarlah dia.". apa maksud 'biarlah' itu? membiarkan anak-anak mereka memadu kasih? ibu bapa yang sayangkan anaknya tidak akan membiarkan anak-anak mereka berada jauh dari landasan Islam kerana mereka tahu, Islam adalah sebaik2 jalan yang lurus dan betul untuk di amalkan.

ana bukan menyekat sesiapa untuk ber'couple' tapi perlu ana katakan di sini, ber'couple' menghampiri kepada pengzinaan. Antum tak setuju dengan ana? Kalau lelaki dan perempuan bercinta, apa yang mereka rasa? tak tahu? tak pernah bercinta? meh ana nak story. apabila mereka mula bercinta, maka perasaan mula terusik. gara-gara bisikian syaitan yang makin syok menghasut. rindu mula bertamu. itu zina apa? zina hati.. Maka mereka mula mengatur pertemuan. Mula-mula jeling-jeling, lepas tu tenung-tenung. itu zina mata.. Maka sepanjang pertemuan itu, mereka berbual panjang. melepaskan rindu dendam. mengucapkan kata-kata cinta. itu dah zina mulut namanya. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan. duduk pun makin lama makin dekat dan seterusnya? Maka berlakulah pekara yang amat kita takuti..

ok. nak guna teori lain? kenapa? sebab mereka masih lagi bawah umur? tak advance macam tu sekali? Antum jangan lupa..dalam surat khabar melaporkan remaja yang berusia 14 tahun curi-curi keluar malam berzina dengan teman lelakinya yang berumur 17tahun kalau ana tak silap. siapa yang tak advance ni.. taknak terima jugak? ok. ana kemukakan lagi bukti yang ingin menunjukkan remaja zaman sekarang advance. kalau pelajar lelaki tingkatan 3 dalam kelas sudah pandai pegang tangan dan peluk pinggang pasangannya, dekat luar, apa yang boleh kita jangkakan?

Salah siapa? salah ibubapa? salah guru-guru? salah masyarakat? salah pemimpin negara?
ana tinggalkan persoalan ini kepada antum semua.

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. "Kami tahan diuji." Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Ana ingin mengingatkan diri ana dan antum semua, bahawasanya cinta manusia tidak akan membawa anda ke mana-mana. serahkanlah cinta anda kepada Yang Maha Esa, kerana Dia tidak akan pernah membuat anda kecewa. Kenali diri kita, cintai Rasulullah, cintai Allah, dan seterusnya cintailah mereka yang mencintai syahid di jalan Allah.

p/s: ana tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa. hanya sebagai perkongsian di sini.


Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com

Monday, November 22, 2010

Introducing......


Ayah dan Ibu Nuha Amani


Nuha Amani
2 Ogos 2010











Nuha Amani Binti Mohd Shahrul Najib


DIALOG RASULLULLAH DENGAN IBLIS

Rasullullah S.A.W pernah bertanya kepada iblis, "Wahai Iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku.Aku telah dibangkitkan utk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah S.W.T."


Jawab Iblis: "Ya Rasullullah, demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya."


Tanya Rasullullah lagi: "Wahai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"
Jawab Iblis: "Ya Muhammad! Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu:


Mereka mengakui menyintai Allah S.W.T tetapi pada masa yg sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan munkar. Kedua, mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku."


Firman Allah kepada Iblis: "Sememangnya engkau adalah makhluk terkutuk, demi kemuliaanKu, akan Aku beriakn kepada umat Muhammad dua kegembiraan iaitu: kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yg telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yg telah mereka lakukan..."


Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah S.W.T. Sedarlah Iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah S.W.T yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Dipetik: Suara Persatuan Ulama Online

Solat Tahajud, Sejauh Manakah Kita Mengamalkannya?

Assalamualaikum…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Kepada semua sahabat-sahabat yang ku kasihi kerana Allah…

Amalan apakah yang sahabat-sahabat merasakan amat payah dan sukar untuk melakukannya?mungkin solat tahajjud diantaranya…Insya Allah sama-sama kita mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi membaiki diri kita….

Kita biasa mendengar ungkapan-ungkapan ini :

“saya nak bangun tahajjud tapi saya tidur lewat kerana study so mcm xlarat la nak bangun”

“saya dah kunci jam, bila jam bunyi saya bangun tapi saya tutup jam balik,dan saya pun tidur balik”

“saya nak bangun tapi tak terjaga langsung”

Banyak lagi alasan-alasan yang kita utarakan apabila tak bangun Tahajjud…mungkin tahajjud dah bertukar nama menjadi solat terkejut.

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah,

Sekadar renungan kita bersama, marilah kita menyingkap kembali lembaran sejarah para sahabat, mereka ini amat hebat ketika berdakwah dan berperang di siang hari namun amat juga hebat di malam hari beribadat, tapi kita hebat di siang hari dengan gerak kerja, meeting, kelas,dan lain-lain lagi namun malam kita pula tidak sehebat siang kita, malam kita dihabiskan di atas tilam empuk di bawah hawa dingin yang mendamaikan…

Para sahabat dahulu kala apabila mereka tertinggal solat Tahajjud satu malam,rasa bersalah menyesal mereka seumpama melakukan dosa besar, tapi hakikatnya kalau tertinggal pun tak mengapa dalam erti kata tidak berdosa tapi mereka mengi’qabkan diri mereka..namun selepas itu mereka tidak pernah tinggal atau terlepas solat tahajjud…Kita pulak membiarkan malam berlalu begitu sahaja tanpa sedikit pun perasaan bersalah ataupun menyesal…

Banyak lagi cite-cite para sahabat kalau nak dibandingkan dengan kita. Patutlah Islam boleh menang di tangan mereka kerana kekuatan Umat Islam sebenarnya bergantung pada qiamualai…iaitu sejauh mana keutuhan hubungan kita dengan Allah…adakah umpama sekukuh tali guni yang mudah putus atau…sahabat-sahabat jawab la sendiri, tepuk dada tanya iman.

Ada seorang Tok Guru di Kelantan telah berpesan kepada seorang pimpinan,“ semakin tinggi jawatan yang kita pegang, semakin banyak amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita, maka sudah sewajarnya makin banyak kita kena bersujud kepadaNya…”Masya Allah, adakah kita dari golongan pimpinan yang banyak bersujud seperti yang dikatakan oleh Tok Guru ini?renung-renungkanlah…

Kalau kita pernah dengar radio Ikim, dekat-dekat pukul 12,sebelum Sheikh Said Ghamidi mendendangkan bacaan ayat Al-Quran,pasti kita akan terdengar mafhum ayat ini…“sesungguhnya Allah amat berbangga dengan hamba-hambanya yang bangun di tengah malam…”tapi sejauh mana kita merasa sensatif dengan mafhum ayat ini…tak nakkah kita digolong dalam golongan yang menjadi kebanggan Allah,Pencipta sekelian alam...Tuan empunya diri kita..

Semoga tazkirah ini memberi kesan kepada diri sahabat-sahabat sekalian,dan seterusnya kita dapat menghidupkan malam-malam kita dengan qiamualai dan munajat kepadaNya..Insya Allah, kita akan merasakan hidup kita lebih bermakna dan lebih berharga…

petikan dari Tazkiyah An-Nafs edisi Ogos

oleh : Al-Haqirah ila Rabbi Al-Jalil

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNYA; “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (an-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat

ALLAH berfirman, “dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.” (an-Nuur: 31)

Juga firman-NYA; “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.”

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita:

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; “Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.” (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; “Hai isteri-isteri Nabi, kamu kalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya.

Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)