Alhamdulillah. akhirnya! buat kesekian kalinya, ana berniat nak updatekan blog ni secara serius. bukan main sekerat jalan je. hoho.. maaf. antum pernah baca kan post ana pasal penggunaan ana enti? mungkin pada saat tu, ana masih lagi berjiwa remaja. maksud ana, jiwa budak sekolah. apa2pon, sekarang, ana rasa penggunaan ni kadang2 lebih serasi dengan jiwa ana. haha.. maaf2. apapon, ana masih lagi diri ana yang sebelum ni.
hadirnya ana dalam entri kali ni adalah untuk berbicara pasal soal ber'couple'. hati ana resah sejak kebelakangan ni memikirkan isu kapel ni. di mana sahaja kita akan dapat lihat isu berkapel di sentuh. apatah lagi di facebook. Golongan remaja sekarang nampaknya hanyut di buai ombak dunia. ana bukan ingin menunding jari kepada sesiapa, tetapi ana rasa tanggungjawab untuk membanteras isu kapel ni tergalang pada bahu ana juga.
ana ada adik perempuan. umur adik ana akan menginjak kepada 14 tahun pada 2011. ana agak resah memikirkan tentang dirinya. walaupun ana tahu perangai dia lebih kurang sama dengan ana masa muda-muda dulu, yakni tidak suka bergaul dengan lelaki, ana sedikit tergugat apabila dia meng'like' komen-komen, status, mahupun gambar rakan2 dia di fb yang sesungguhnya apa yang di 'like' itu adalah perkara-perkara yang berunsur cinta, 'couple' mahupun gambar yang tidak menutup aurat. ok. kita tutup perkara itu di situ.
masalah 'couple' atau berpasangan ini merupakan masalah yang perlu dititikberatkan dalam masyarakat. namun, apa yang ana lihat, sebahagian daripada ibubapa tidak menghalang bahkan membiarkan sahaja anak-anak mereka. ada juga yang berkata "biarlah dia.". apa maksud 'biarlah' itu? membiarkan anak-anak mereka memadu kasih? ibu bapa yang sayangkan anaknya tidak akan membiarkan anak-anak mereka berada jauh dari landasan Islam kerana mereka tahu, Islam adalah sebaik2 jalan yang lurus dan betul untuk di amalkan.
ana bukan menyekat sesiapa untuk ber'couple' tapi perlu ana katakan di sini, ber'couple' menghampiri kepada pengzinaan. Antum tak setuju dengan ana? Kalau lelaki dan perempuan bercinta, apa yang mereka rasa? tak tahu? tak pernah bercinta? meh ana nak story. apabila mereka mula bercinta, maka perasaan mula terusik. gara-gara bisikian syaitan yang makin syok menghasut. rindu mula bertamu. itu zina apa? zina hati.. Maka mereka mula mengatur pertemuan. Mula-mula jeling-jeling, lepas tu tenung-tenung. itu zina mata.. Maka sepanjang pertemuan itu, mereka berbual panjang. melepaskan rindu dendam. mengucapkan kata-kata cinta. itu dah zina mulut namanya. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan. duduk pun makin lama makin dekat dan seterusnya? Maka berlakulah pekara yang amat kita takuti..
ok. nak guna teori lain? kenapa? sebab mereka masih lagi bawah umur? tak advance macam tu sekali? Antum jangan lupa..dalam surat khabar melaporkan remaja yang berusia 14 tahun curi-curi keluar malam berzina dengan teman lelakinya yang berumur 17tahun kalau ana tak silap. siapa yang tak advance ni.. taknak terima jugak? ok. ana kemukakan lagi bukti yang ingin menunjukkan remaja zaman sekarang advance. kalau pelajar lelaki tingkatan 3 dalam kelas sudah pandai pegang tangan dan peluk pinggang pasangannya, dekat luar, apa yang boleh kita jangkakan?
Salah siapa? salah ibubapa? salah guru-guru? salah masyarakat? salah pemimpin negara?
ana tinggalkan persoalan ini kepada antum semua.
Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. "Kami tahan diuji." Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
Ana ingin mengingatkan diri ana dan antum semua, bahawasanya cinta manusia tidak akan membawa anda ke mana-mana. serahkanlah cinta anda kepada Yang Maha Esa, kerana Dia tidak akan pernah membuat anda kecewa. Kenali diri kita, cintai Rasulullah, cintai Allah, dan seterusnya cintailah mereka yang mencintai syahid di jalan Allah.
p/s: ana tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa. hanya sebagai perkongsian di sini.
No comments:
Post a Comment