CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Friday, July 24, 2015

RTJ 64 days left

Bismillahirrahmaanirrahim.

Tekanan mula dirasai apabila perlu berkejar dengan kajian tindakan, 3 tugasan projek dan peperiksaan yang berterusan sehingga 18 September 2015.

Update setakat ini,

1) Ujian Darah

Buat ujian darah di hospital kerajaan. Sekejap sahaja. Pergi kaunter pendaftaran, cakap nak buat ujian HIV, bayar RM1 dan terus ke bilik rawatan. Semua ni ambil masa dalam 10minit sahaja since pergi pun dalam pukul 3.30petang.

2) Borang Pengakuan Bujang

Hal yang paling leceh adalah nak uruskan borang ni. Rumah penghulu kampung dilanda banjir, jadi contoh borang pengesahan atau pengakuan bujang tak ada. Dia suruh reka sendiri. Aku ikut sahaja yang encik tunang punya, tapi rupanya tak lengkap. Kena tambah no kad pengenalan dan alamat. Dua kali pergi Kafe Siber nak taip dan cetak borang. Aku punya lebih kurang macam ni...

"Kepada
Pendaftar
Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam
Kelantan

 Surat Pengakuan Bujang

Bahawasanya saya NUR AFIAH BINTI AB RAHMAN

No. kad pengenalan ******-**-****

Beralamat di *********

mengaku bahawa saya adalah bujang dan belum berkahwin.

Tandatangan:

Tarikh: "

Jadi ketua kampung akan cop borang tu.

3) Gambar pasport

4) Untuk borang nikah, aku rasa senang sangat sebab dia dah attached siap-siap borang senarai semak. Lega. Bila dah siap, tanda sahaja pada borang tersebut.

5) Bila dah siap semua, hantar borang kepada imam masjid. Aku dah hantar, tetapi disebabkan aku nak kahwin dengan orang luar negeri, aku kena serah borang terlebih dahulu kepada Pejabat Agama Islam. Lepas dah setel baru hantar semula ke masjid. Yang ini aku tak sempat setel sebab malam tu dah naik bas. InshaaAllah abang aku ambil alih untuk setel borang.

6) Pengumuman di FB

Aku taknak buat jemputan event, jadi aku umum pada Facebook personal sahaja. Kenapa awal sangat? Bulan 8 sahaja tinggal untuk aku uruskan segala macam hal. Bulan 9 memang dah tak ada masa. Kena tumpukan pada viva, kajian tindakan dan peperiksaan akhir semester 3 subjek dalam masa seminggu sahaja. Tujuan pengumuman di FB adalah untuk dapat alamat rakan-rakan yang nak kad. Senang aku setel sekali harung nanti. Taknak bazir banyak masa ulang alik pejabat pos. Huuu.

7) Inai

Dah booked. Tapi belum bayar lagi. Sikit masa lagi deh. Semput rasa. Phewww. *Kikis-kikis duit.

Setakat ini itu sahaja lah kot update yang terkini. Fuh. Lelah. Ya Allah Ya Baari', permudahkanlah urusan perkahwinan ini Ya Allah...