CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2012!

4-20 Jan : Interaksi
30 Jan - 9 Mac : Interaksi
10-18 Mac : Cuti Pertengahan Sem
19 Mac - 4 Mei : Interaksi
7 - 11 Mei : Study week
14 - 25 Mei : Final Exam

26 - 17 Jun : Cuti Sem


Catatan :

23 - 24 Jan : Tahun Baru Cina
16 Mei : Hari Guru

18 Jun - 17 Ogos : Interaksi/PBS
18 - 26 Ogos - Cuti Pertengahan Sem
27 Ogos - 19 Okt : Interaksi
22 - 26 Okt : Study Week
29 Okt - 8 Nov : Final exam
10 Nov - 2 Jan 2013 : Cuti Sem


Catatan :

18 - 19 Ogos : Hari Raya Aidilfitri
26 - 27 Okt : Hari Raya Aidil Adha

Sunday, February 12, 2012

Kasut Baru



Bismillah..

Alhamdulillah! yey! Akhirnya! dapat juga aku mewarisi kasut getah atau lebih mesra dikenali sebagai kasut croc tipu. ngeh3... : D

sebenarnya dah lama berkenan nak ada kasut getah ni. nampak cantik dan selesa. ringan pulak tu. tapi disebabkan saiz kaki aku yang gedabak ni, memang la tadak saiz dan sukar dicari melainkan kasut getah gedabak yang lelaki punya. hish. im a ladies ok. muehehe... sangat tak berkenan dengan design dia. hohoho.

aku tak kata kasut baru aku ni macam perempuan, tapi sekurang-kurangnya nampak keperempuanan : D hehe.. kasut ini pun kasut lelaki. : D


kaki yang panjang ;P

bab pilih kasut memang sangat sukar. selalu pergi kedai kasut, mesti takde kasut yang ada saiz aku. jadi bila ada saiz tu, kadang-kadang ambil je. saiz kasut aku sekarang : 10. fuyohhh... gedabak kan? panjang. heh. memang keturunan dah ni. aku ingat lagi betapa susah aku nak cari kasut masa kecik-kecik dulu sehinggakan terpaksa beli kasut pattern lelaki. ok. memang kasut lelaki. darjah 6 kasut dah saiz 8. aduhai.. memang takde harapan la nak beli kasut-kasut perempuan yang cantik-cantik. kawen nanti mesti tadak saiz kasut juga kan? heh.

bergaya...


kaki yang comel : D




Alhamdulillah... Allah mudahkan segalanya. sebenarnya tujuan kasut ini dibeli adalah untuk keperluan program Bina Ihsan Guru(BIG). kami perlu berkayak di tengah laut sejauh 10km dari teluk batik ke kem tapak perkhemahan sebelum esoknya mendaki bukit yang mengambil masa selama 7jam pendakian turun dan naik. semoga Allah permudahkan. insyaAllah...

cerita hari ini : semalam saya balik dari Jabatan Ilmu Pendidikan jam 1pagi ++ tolong pensyarah kemas fail. pagi ini pula kami janji jam 8 pagi. tapi pensyarah kata dia akan telefon dulu. jahatnya saya, kerana tak sempat rehat pada hari Sabtu ditambah dengan tidur lewat malam semalam, saya doa semoga bukan pukul 8. saya mohon Allah mudahkan saya. pagi ni pensyarah telefon saya jam 9.20 pagi. beliau kata bila telefon nombor saya orang Cina la angkat, orang India la angkat. saya senyum je. sebab saya tahu, Allah sayang saya. Allah yang bantu saya. terima kasih ya Allah. saya tidak segan silu meminta dengan Allah. jadi kalau saya tidak mematuhi perintah Allah, meninggalkan larangan-Nya, saya merupakan orang yang rugi dan tidak bersyukur. hish. taknak masuk dalam golongan tu. jadi, konklusinya, kalau kita nak orang buat baik dengan kita, kita kena buat baik dengan orang. what goes around comes around. saya dah jadi budak baik. tak 'pluck' dedaun sesuka hati sebab saya tahu daun tu tengah bertasbih berzikir kepada Allah. saya sayang Allah, jadi saya sayang ciptaan-Nya. saya sayang awak juga :) sayang semuanya. insyaAllah.. sama-sama kita masuk syurga *love

spread the dzikr and salam

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Assalamu'alaikum :)

Thursday, January 19, 2012

^^ Lebih Bersedia Dengan Pertolongan Allah :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulilla...

Syukur kepada Allah atas ketetapan yang sangat bermakna buat diri ini.

hampir sahaja berkumandang azan tanda masuknya waktu Maghrib, saya terima mesej dari nombor yang tidak dikenali, berbunyi,

"Salam. kepada sesiapa yang dapat mesej ini, Zawir ingin berjumpa anda di kafe perempuan pukul 8.15 malam. Harap sangat3 dapat datang"

Ya Allah... apalah kali ini... macam-macam berputar di fikiran. semuanya yang negatif belaka. nampak sangat kan banyak dosa? macam.. tak pergi perjumpaan muzik. pada hari selasa yang lepas, ada perjumpaan ahli Pekomperi. tapi waktu tu memang seharian tak sihat. balik kelas terus sahaja tidur. perjumpaan yang diadakan itu pun tak pergi. perjumpaan tu bersempena merancang program bengkel orkestra serta persembahan bersama pelajar sekolah yang dihadiri oleh ramai orang yang berjawatan. boleh kata ramai yang akan turut hadir. program tu akan diadakan bermula hari khamis sehingga ahad. Ahad kiranya dah nak balik la.

berbalik semula kepada mesej tadi.. bila dah dapat tu.. mula la fikir. sambil jalan pun masih berfikir. sambil berfikir segala yang negatif, atau sebab-sebab dipanggil tu, masih sempat berdoa supaya Allah mudahkan urusan pada malam ini.

antara kemungkinan yang bakal berlaku, yang ada dalam fikiran ini ialah

1) ditukar status pemain dari pemain tetap kepada pemain sandaran
2) tidak dapat hadir bengkel orkestra tersebut.

Allah... Alhamdulillah.. Allah beri kelapangan jiwa. ketenangan dalam menghadapi suasana yang agak seram. jantung degup kencang ok. saya cerita pada rakan sebilik, dan buat pengisytiharan padanya, kalau kedua-dua perkara di atas berlaku, saya kata tidak mengapa. saya ok je. :) Alhamdulillah.. walaupun masih memikirkan hal tersebut, dan telah melafazkan kalimah yang difikirkan, hati masih tenang. Alhamdulillah... saya sentiasa yakin yang Allah telah memberi ketetapan yang terbaik untuk saya! *grin

sampai sahaja di kafe, ada 6 orang semuanya. dan Zawir memulakan bicara.

......
.........

keluarga PEKOMPERI saya <3<3<3
untuk tempahan atau sebarang soalan, boleh layari :

Blog Pekomperi : http://pekomperi.blogspot.com/
Facebook Pekomperi : http://www.facebook.com/pekomperi

nah! memang betullah apa yang difikirkan. nama saya tiada dalam senarai pelajar yang akan pergi bengkel tersebut. dan kawan-kawan yang lain juga. saya tetap tersenyum. kenapa senyum? sebab saya dah bersedia. sebab Allah bantu saya melepaskan perkara tersebut. sebab saya tahu Allah janjikan perkara yang lebih baik untuk saya. we never know what will happen tomorrow. in the future. jadi saya memang sangat-sangat bersyukur sebab Allah beri saya rasa ini dan peluang untuk merasai cinta-Nya. Dia janjikan yang terbaik untuk saya.


kenangan berhari raya di rumah Encik Azman 2011
sentiasalah bersangka baik dengan Allah... Dia tak beri kita petir untuk berikan rasa takut kepada kita, tetapi Dia adakan petir sebagai salah satu ujian kepada kita, sama ada di dalam waktu yang gelap dengan bunyi yang menakutkan serta kilat sambar-menyambar, adakah kita minta pertolongan dan bantuan-Nya.. walau apa jua yang terjadi pada diri kita, percayalah, itu adalah ketetapan Allah yang terbaik untuk kita. walauapapun yang berlaku, jangan pernah tinggalkan Allah. utamakanlah Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan, nescaya insyaAllah.... semuanya akan menjadi perkara yang terbaik pernah berlaku dalam kehidupan anda!

anda jaga hubungan anda dengan Allah, Allah akan jaga anda. insyaAllah.

Assalamu'alaikum.
Ukhwah fillah. InsyaAllah. Abada.

Allahuakbar!

Tuesday, January 17, 2012

Mulut Kasi Jaga

Damned. am pissed today. rasa nak blow up. heh.

argh! tak suka perasaan ni. dah lama tak marah. dah lama tak rasa macam ni.

tapi.. tapi... tak boleh nak tolerate dengan dia. urgh!

luckily i didnt react through his statement. geram! Alhamdulillah, masih sabar. tapi rasa nak meletup sorang-sorang.

kalau nak hentam tadi, memang boleh je.

lelaki, tak pernah tahu isu sensitif wanita. not that im ur sister, i can tolerate with it. yes. if it is for the 1st time but you kept repeating the stuff over and over again, who else can stand those stuff? itu namanya kurang ajar.

Alhamdulillah, tadi tak bawa laptop tapi Atikah kasi pinjam. terus sahaja luah di sini. takde sape yang nak terasa.

semua orang, ada satu tahap kesabarannya sendiri. dan ada sensitivitinya sendiri. jadi, janganlah kalau kita bergurau, kita anggap semua orang sama.

takpelah, mungkin saya yang terlebih sensitif. yelah. mungkin.

argh! ya Allah... izinkan aku untuk bersabar dan menenangkan fikiran serta jiwa tika ini.. Allah...

semoga Allah pelihara kita semua daripada mengucapkan perkataan yang menyakitkan hati orang lain.

Sunday, January 15, 2012

26 atau 28?

Bismillah..

^^ tergelak kecil sebab kena marah dengan rakan sebilik. (senyum)

kenapa?

mula-mula bicara pasal hadiah yang akan diberi untuk pasangan yang sudah berkahwin. dia tanya pendapat, sama ada sesuai atau tidak. lalu, dia cakap nanti saya kahwin dia nak kasi hadiah yang sama, iaitu buku :)
saya tak kisah pun. sebab saya suka membaca. tambah ilmu pengetahuan. i'll be totally glad kalau dapat buku.

mana dia marahnya?

hehe.. apa yang mencetuskan kemarahan dia, tambah dengan muka yang terus berkerut dan masam, adalah apabila saya katakan yang saya akan kahwin dalam masa 6 tahun lagi. maknanya.. sekarang 22, jadi kahwin 28 lah. :)

dia kata lama sangat. janganlah lambat sangat.

saya mohon pada Allah, 2 tahun selepas saya bekerja. tapi entah kenapa, hati rasa macam 1 tahun selepas bekerja. maknanya : umur 26. yela. nak kahwin awal macamana, calon pun bukannya ada. dan saya tak rasa apa-apa walaupun sendiri.

^^ (senyum)
walaupun sendiri, saya masih sempat menitipkan setiap doa pada Allah, agar dikurniakan seorang suami yang mampu menerima saya seadanya. seorang suami yang tegas dalam hal yang melibatkan agama Allah. seorang suami yang punya sifat kepimpinan, agar boleh terus menerajui perjalanan kehidupan kami sekeluarga, bersama anak-anak yang comel. impian saya : punya anak yang dari kecil lagi sudah tahu apa erti menganut agama Islam. tahu erti jihad. Allah.. bantulah hamba-Mu ini!

dan.. saya juga mengharap, Allah menggetarkan hati saya saat pertama kali saya melihatnya atau menerima lamaran daripadanya agar saya tahu, dialah yang akan melengkapi hidup saya di dunia ini. saya tidak mengharapkan cinta manusia semata, tapi saya sangat berharap agar kami sama-sama bina cinta hingga ke syurga, dan sama-sama capai cinta dan redha Allah S.W.T.

( ^_^) banyak sangat kan permintaan? heee... saya bertawakal kepada-Nya dalam soal jodoh ni. awak pun doalah banyak-banyak. tak kena bayar pun setiapkali nak berdoa. Allah Maha Mendengar.. dan jangan pernah berhenti berharap kepada-Nya...

Allah pemilik kepada hati-hati ini. Ya Allah, thabatkanlah hati kami di jalan-Mu yang benar.. insyaAllah...

Friday, January 13, 2012

Masih Meniti Kehidupan Dalam Kasih-Nya

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sudah menghampiri hari terakhir kuliah dalam minggu pertama pembelajaran. Esok hari Jumaat! Allah.. banyak perkara yang perlu dilakukan.

bila dah habis seminggu ni, banyak la kerja yang perlu dilakukan. pembentangan demi pembentangan kuliah, tutorial dan sebagainya. rasanya perlu lebih agresif dalam penyediaan kerja berkumpulan tersebut.

Alhamdulillah juga sebab sedikit sebanyak, buat awal-awal waktu ni, sudah dapat terapkan cara pembelajaran sepertimana sewaktu di sekolah menengah dulu. rasa lebih bersemangat! Alhamdulillah..

so known as a blogger in the class. heh. apalah budak-budak ni hebohkan. adik saya (baca : afiq), kata saya sangat jujur dalam blog. heh.

pagi-pagi pegi kelas, niat nak tuntut ilmu sebanyaknya. bila baca buku pun, bukan niat semata nak bagi cemerlang exam, tapi semata-mata nak dapatkan ilmu. memang sungguh. benar. niat kita akan membawa kita kepada yang seterusnya. bila dah niat nak dapatkan ilmu, cara pembacaan lebih santai. tak ada la stress sampai fokus sangat sebab nak ingat semua. cari isi penting yang boleh diambil. rasa sangat berbeza!

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

memang seronok kalau kita tahu cara yang betul untuk jalani kehidupan ni tanpa sia-sia. setiap detik boleh kumpul pahala. Subhanallah! Allah Maha Pemurah! kalau pergi kelas, mula langkah keluar dari bilik, eloklah mula dengan niat yang baik-baik. kalau masih ada kawan sebilik yang masih tinggal, ucapkanlah salam sebelum pergi. kan indah tu? nanti dapat jumpa lagi^^ insyaAllah.

pagi-pagi tu jugak, doa la sebelum melangkah keluar. tak perlu pun doa dalam bahasa arab, cukuplah dalam bahasa Melayu. saya sekarang ni sedang praktis pakai stokin mula kaki kanan. selalu je cepat sarung kaki kiri dulu. itu jadi masalah besar sekarang. dan.. sedang praktis juga untuk hilangkan sifat cemburu yang tidak membawa kepada apa-apa perubahan yang lebih baik. maknanya, cemburu yang hanya sekadar sifat cemburu, tapi kita tiada usaha untuk jadi lebih baik. cemburu bukan tak boleh, tapi harus kena pada tempatnya :)

oh banyak sangat sebenarnya nak cerita tapi nak siapkan journal bi ni. no procrastination of work anymore! ada masa, siapkan segala kerja. insyaAllah..

semoga Allah sentiasa bersama kita semua dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Allah tidak pernah melupakan kita, maka kita jangan sesekali melupakan Allah.
selamat menjadi khalifah sama ada kepada diri sendiri terutamanya dan beribadat kepada Allah sahabat-sahabat sayang.
sehingga berjumpa lagi, insyaAllah.
Assalamu'alaikum :)

Tuesday, January 10, 2012

2.0.1.2 : 22

Bismillah...

Alhamdulillah, minggu ni sudah masuk minggu ke-2 perjalan kembara mencari ilmu bagi program ijazah sarjana muda perguruan pengkhususan matematik semester 1. Masha-Allah... dalam waktu yang sebegitu singkat, yang pada awalnya dirasakan lama, kini telah menjelma. aku seorang siswazah. seorang mahasiswi. seorang khalifah. seorang sahabat. seorang anak. Allah... tanggungjawab sebagai satu ujian. Allah...

bermulanya tahun 2012 ini juga, sekali lagi, maka angka pada umur mula menginjak ke tangga 22. Masha-Allah... tak pernah terfikir kan waktu kecil-kecil dulu, dapat hidup sehingga saat ini. Allah... kalau dulu sibuklah guna istilah ' bila besar' sahaja. sekarang, angka tersebutlah yang menjadi bukti aku telah dewasa. Allah...

menulis pastinya dalam keadaan perasaan yang berbeza. dan juga emosinya. sejak kebelakangan ini, aku rasa degupan jantung aku sangat berlainan. berbeza. rasa sakit pun dah lebih dari dahulu. ber'aduh' pun makin kuat. kesal dengan diri. sebab masih tak mampu mengekalkan perubahan perkataan yang keluar dari mulut ini tatkala rasa sakit itu menerjah tiba-tiba. =_=" selalunya ber'aduh'. cuma sekarang sedang jinakkan diri dengan ucapan syahadah. Allah...

:) senyum. senyumlah. Allah sayang tu... hari tu Allah bagi awan bentuk hati :) ya Allah... sangat sweet ya Allah... tak mampu aku nak buang senyuman dari wajah ni... lain kali hadirkanlah lagi ya Allah awan bentuk hati untuk aku... nak ambil gambar, tapi awan dah hilang. ternyata Allah datangkan istimewa barangkali^^. Alhamdulillah..biarlah awan tersebut jadi penawar segala kepahitan yang aku rasai... Allah.. biarlah rasa cinta ini melebihi cinta kepada perkara dunia ya Allah.. sampaikanlah aku kepada-Mu melalui jalan yang benar ya Allah... matikanlah aku dalam husnul khatimah ya Allah... bantulah aku ya Allah... hanya pada-Mu pengharapan aku yang terutamanya dan tiada lainnya ya Allah.. Engkau yang Maha Esa, yang Satu. Allah...

Alhamdulillah, kau bantu aku untuk terus berharap kepada-Mu. segala ujian kini bukan penghalang, malah menjadi pembakar semangat buat diriku. biarlah orang lain menyimpan cita itu dan ini, impianku, dan matlamatku, hanyalah Engkau ya Allah. sayang dan cintaku hanya untuk-Mu... ^^

senyum lebar-lebar :)
Assalamu'alaikum.

Saturday, December 31, 2011

hanya kerana Dia cinta...

Bismillah..

Alhamdulillah.. dah masuk 31 Disember 2011 dan masih diberi kesempatan menghela nafas dengan rahmat-Mu Tuhan. Allah...

Bilamana diberi nikmat kehidupan begini, masih boleh meneruskan kehidupan, dan masih diberi kesempatan untuk terus mengumpul amalan untuk dibawa ke sana, serta masih boleh berusaha sedaya mampu memohon keampunan daripada-Nya, lalu nikmat Tuhan yang mana yang ingin aku dustakan? Allah..

sudah begitu penghidupannya, ada pasang surut tahap iman di dada. bilamana persekitaran jauh daripada tarbiyah, maka diri sendiri pula yang harus mendisiplinkan diri.

tahun 2011.. pada tahun inilah aku mula faham erti istilah 'bercinta dengan Allah'. sebelum ini, hanya menyapa di telinga sahaja. cuba memahami dengan menggunakan konsep sendiri. ah, apalah sangat yang aku faham. akhirnya, dengan izin Allah, dalam suatu majlis, bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, dengan bantuan Pn. Mahawa Pilus, aku mula tahu bagaimana cara bercinta dengan Allah.. mulai saat itu, aku rasakan pengharapan aku diletakkan semua kepada-Nya. ya Allah... betapa bahagianya aku kerana aku tahu Kau sentiasa ada untuk aku.. benar.. bercinta dengan-Mu tidak pernah merugikan, tidak pernah mengecewakan, bahkan hari-hari menjadi semakin indah, bahagia, malah, aku makin merindui-Mu setiap masa, setiap saat. manisnya bercinta dengan Allah! Subhanallah!

dalam setiap doaku, aku selalu memohon, moga Allah balas terus apa jua kejahatan yang aku lakukan di dunia ini. apalah sangat dengan balasan di dunia dengan balasan di akhirat yang ternyata lebih pedih dan azab sekali. aku juga memohon, semoga Allah sentiasa beri petunjuk kepada aku..

pada suatu hari, pada tidur malamku, aku telah bermimpi.. dalam mimpi tersebut, aku bersama-sama beberapa orang rakan ditawarkan untuk bersiar-siar, dalam erti kata lain berseronok. kalau tak silap aku, kenderaan yang kami naiki adalah teksi. dalam kereta tersebut, kami sangat bising;bergelak ketawa. aku ternampak cahaya keluar daripada sebuah pintu. lalu aku tanyakan ke mana kami akan dibawa.. lelaki tersebut berkata : pintu taubat sudah nak tertutup. Allah.. waktu tu, hanya Allah sahaja yang tahu. kami berada dalam keadaan ketakutan. waktu tu la nak berdoa semoga Allah beri kesempatan kepada kami bertaubat. semoga dimatikan dalam keimanan. memang menangis la waktu tu...  aku tersedar dari tidur, dan terus berfikir. Allah nak tunjukkan sesuatu ni.. aku termenung agak lama berfikir. berfikir. dan berfikir. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan waktu tu.. kalau tak silap aku, 2-3 kali juga aku bermimpi pasal hari kiamat..

melihatkan pula keadaan sekarang yang banyak benar tandanya, maka aku lebih yakin bahawa, hari kiamat sudah hampir.

Kanak-kanak Mengimamkan Solat

lalu, aku ingin berseru kepada saudaraku sekalian, harapnya kita tidak tertipu dengan dunia yang fana ini. teruskanlah berseru kepada kebenaran, dan sampaikanlah pesanan ini kepada semua.. ubatilah hati kita dengan membaca perkara-perkara indah tentang syurga dan berilah peringatan kepada diri kita dengan membaca perihal azab neraka Allah yang sangat pedih. aku syorkan baca buku Solusi isu ke-38 dengan fokus ' Syurga Itu Benar' dan carilah hadis-hadis sohih yang lain untuk memotivasikan serta memberi peringatan kepada kita. jangan lupa untuk tadabbur kalam Allah, yakni Al-Quran Al Karim... insyaAllah..

sehingga ke penulisan seterusnya dengan izin Allah, Assalamu'alaikum. :)

*bro, sis, hidup tak lama. kalau ditunggu-tunggu, entah bila la kan kita nak betul-betul mengamalkan ajaran-Nya, serta menjalani hidup mengikut syariah-Nya. usah bertangguh. mula dari sekarang! sayang kamu semua.. sentiasa... insyaAllah <3<3<3