CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Wednesday, May 20, 2015

RTJ 127days left: Baju Nikah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Masa ada lebih kurang 4 bulan lagi sebelum majlis berlangsung. Aku dah risik-risik kak Alia, pemilik Aliana Style Collections untuk baju nikah. Aku dah bagi semua details pasal baju. Aku dah letak bajet berapa untuk satu set halfmoon, veil dan baju. Cuma masih belum dapat pengesahan daripada Kak Alia adakah tempahan aku diterima. Hari-hari aku cek baca mesej aku dengan Kak Alia, cek FB Kak Alia iaitu Ukhty Aleya Muslimah untuk tengok komen-komen pada baju, usha baju. Haha nampak sangat aku takde kerja lain. Nampak tak betapa aku obsesssssnya nak baju nikah aku dijahit oleh Kak Alia~~~~~~

Disebabkan kerisauan aku, sebab tempahan Kak Alia ni dah sampai akhir tahun sebenarnya, aku cuma sedia plan B sahaja. Aku usha-usha FB anak didik Kak Alia, iaitu FB Musafir Iman Ilahi untuk tempahan baju. Aku dah tanya siap-siap quotation harga 1 set pengantin dan Alhamdulillah harga yang diberikan juga berpatutan ^_^. Jika(aku harap taklah kan) Kak Alia tak dapat terima tempahan aku, aku akan meneruskan tempahan dengan Kak Iman pula.... Tapi aku harap perkara ni tak perlu terjadi :D

Doakan aku :)

No comments: