CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, May 23, 2015

RTJ 124days left: Baju Nikah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Fuh... Dua hari lepas sempat sembang-sembang dengan Kak Alia, nak pastikan sama ada sempat atau tidak dia jahit baju kawen kita :D

Jadi....

Keputusannya.... buat masa sekarang Kak Alia rasa tak sempat. Sekarang dia tengah touch up baju yang nak kahwin bulan 5 dan 6. Untuk yang tempah bulan 9 pula Kak Alia dah siap jahit, tinggal nak touch up juga nanti.

Kak Alia tengah mengandung. Jadi selepas raya dia bimbang dah tak boleh menjahit sebab dah sarat. Oleh kerana aku memikirkan beberapa risiko, maka inshaaAllah aku akan teruskan tempahan dengan Kak Iman :)

Aku dah tanya Kak Iman bila paling akhir tempah kalau nak pakai bulan 9, katanya bulan 7 sebab dah ada dua orang yang lain tempah untuk bulan 9 :) Oklah. Takpelah kan. Jadi aku tengah fikir-fikir nak pakai warna apa. Nak kekalkan lace warna emas ke tidak.

Untuk Kak Alia, aku ada tanya kot-kot boleh teruskan tempahan baju untuk majlis bertandang ;)

InshaaAllah, rezeki kenal dengan tuannya, tidak pernah tersilap tarikh, tempat dan masa :)

No comments: