CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Wednesday, May 20, 2015

RTJ 127days left: Official Photographer

Bismillahirrahmaanirrahim.

Mulanya aku rancang taknak tempah jurugambar, tapi disebabkan agak-agak macam tiada siapa yang boleh diharap untuk ambil gambar(semua ada anak kecil yang usia kurang daripada setahun), aku terpaksalah tempah jurugambar atas nasihat kak long :)

Jadi pencarian bermula.. Matlamat utama aku nak tempah yang kos bawah RM200 tapi bila tinjau-tinjau dalam Internet, memang tak ada la kan. Hewhew. Berangan. Aku kecilkan skop pencarian aku pada jurugambar di Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga yang paling murah habis :D

RM380 untuk shoot and burn akad nikah, sanding dan outdoor dalam hari yang sama.

Disebabkan aku yang pemalu(?) dan bakal suami yang awal-awal dah bagitau kalau nak outdoor, setakat pegang tangan je. Peluk-peluk semua tak boleh. Privasi katanya. Jadi aku buat keputusan tak ambil pakej sekali dengan outdoor. Jadi harga baru;

RM330 untuk shoot and burn akad nikah dan sanding pada hari yang sama.

Aku tengok portfolio dia pun cantik. Ada gaya. Memang sangat disyorkan. Eh macam la majlis aku dah sudah kan? Hehe..

Tengoklah dia punya hasil kerja sendiri. Aku cakap banyak pun tak guna :D

Alamat: http://pakejfotografiperkahwinanmurah.blogspot.com/

Dia berpusat di Pasir Puteh, Kelantan. Boleh hubungi dia melalui Whatsapp.

Serius bagi bakal pengantin di Kelantan yang bajet ciput macam aku ni, ini paling murah aku jumpa :)

Aku masih berkira-kira nak pakai duit mana bayar ni? Hahahahaha. InshaaAllah kalau aku dapat cover, guna duit sendiri. Kalau tak, terpaksa minta belas ihsan ayah :D



No comments: