CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, September 9, 2012

Terkezuttt den!


Bismillahirrahmanirrahim..

:)

Lama dah tak menulis. banyak idea tapi kesuntukan masa.



sekadar singgah seketika di sini berkongsi jalan cerita.

oh ye, apa khabar hati-hati sahabat semua? saya doakan semuanya dikurniakan ketenangan dan kelapangan hati walaupun ada masalah menimpa. *saya pun gundah gulana. banyak assignment nak kena hantar dalam masa terdekat.*


macamana nak dapat ketenangan hati? dengan mengingati Allah...


dalam surah Ar-Ra'd, surah ke-13, ayat 28, Allah berfirman, 



"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram mengingati Allah. ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."

sebelum mengorak lebih lanjut, marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada kita untuk terus melakukan amal soleh sebagai bekalan kita di sana nanti. kalau rasa nak lakukan benda jahat dan sebagainya, cepat-cepatlah ingat Allah. ingatlah yang kita tidak akan kekal lama di dunia. dalam surah Al-Imran ayat 185, Allah berfirman, "Setiap yang bernyawa akan merasai mati". malah, kematian itu tidak dapat ditunda sepertimana dalam firman Allah, "Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh (An-Nisa : 78).

mari semak diri kita juga sama ada sudah membaca Al-Quran atau belum hari ni. jangan pula asyik mengadap Facebook, Al-Quran sehelai pun tak dapat baca. ish3... mari jadi hamba yang bersyukur! :)

mari dengar cerita :)

kaaannnnnn tadi kat atas dah nasihat kawan-kawan, jangan asyik mengadap Facebook sahaja. perihal cerita ini sedikit berkaitan dan kelakar bagi saya.


baru-baru ini saya dapat pertukaran rumate sebab rumate lama saya nak kahwin. katanya elok duduk dengan orang yang sudah berkahwin kerana mereka lebih memahami keadaan masing-masing. yeee kite tak tahuuuuu bila nak kahwinnyeeeeeewwww. *ok stop.*

rumate lama dah biasa dengan keadaan saya bercakap dengan diri sendiri. membebel pada diri sendiri. arah itu ini pada diri sendiri. motivasikan diri sendiri. pendek kata, selalulah bercakap sorang-sorang. nak dijadikan cerita, rumate baru ni tak biasa lagi dengan keadaan saya.


masa mula-mula buka laptop, saya pun apa lagi, dengan senang hati bukalah Facebook. lantas datanglah seruan angin mengingatkan "Afiah, jangan leka! ada assignment nak kena hantar!" lalu dengan tidak semena-mena keluarlah suara, "Afiahhhhh!" dari peti suara saya. apa lagi rumate baru saya ni terkejut bukan main. "kenapa????" dengan muka serius dan saspen je. hehehehehehehe... saya boleh gelak je tengok dia.

lama-lama nanti biasa la tu kot :)
sebenarnya saya multi-tasking. buat kerja sambil membebel pada diri sendiri. kan dua perkara berbeza tu. hahahhaha.

ok dah perlu berhenti membebel. lagi lama tinggal bersama, lagi banyak dia akan tahu perkara baru tentang saya :) lagi banyak kenangan tercipta. lagi manis ukhwah bersama.

hari ni sweet sama-sama beli pizza kongsi :) makan pun bersila atas lantai. nasib tak suap-suap je :P

ukhwah fillah, insyaAllah.

mari sama-sama kita titip doa buat diri masing-masing walaupun kita tak pernah bersua :) kan hadiah terbaik buat sahabat adalah doa yang ikhlas :)

nak titip doa? nah, nama penuh saya : Nur Afiah Binti Ab Rahman :)
rajin-rajin tembak doa ye :)
sayang semua ;)

Assalamu'alaikum.