CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Thursday, February 14, 2013

Produk Penjagaan Kulit Wajah Khalish Beauty

Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, dapatlah juga aku memasarkan produk Khalish Beauty setelah semalaman berusaha untuk publish tapi tak berhasil. Alhamdulillah, tengahari ini berjaya juga :) ngeee~~~


  • errr apa itu produk Khalish Beauty?


dah sah-sah kan nama pun produk penjagaan kulit wajah, maka ia merupakan produk kecantikan wajah.


  • apa produknya?
produk Khalish Beauty terdiri daripada 4 jenis produk; iaitu

1) Khalish Aromatic Soap
2) Khalish BB Cream
3) Khalish Night Cream
4) Khalish Vitamin C Serum

  • sebelum tuuuu.... baik hang gitau dulu harga diaaaa.... kang cerita baik punya tapi harga punyalah tak mampu milik pulak.
produk Khalish Beauty didatangkan dalam satu set atau boleh dibeli secara berasingan. 

1) Khalish Aromatic Soap RM25 SM RM30 SS
2) Khalish BB Cream RM30 SM RM35 SS
3) Khalish Night Cream RM30 SM RM35 SS
4) Khalish Vitamin C Serum RM40 SM RM45 SS
5) Khalish Women Skincare Set RM85 SM RM95 SS
6) Khalish Men Skincare Set RM80 SM RM90 SS



errr dah dah cerita banyak pulak. kepada yang berminat, boleh layari FB saya, dan klik pada album Khalish Beauty Product.


antara testimoninya~~~~~














Tuesday, February 5, 2013

Hadiah Untuk Ummi

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana sentiasa mengilhamkan aku dengan sebaik-baik ilham untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Alhamdulillah.

Hari ini tengok-tengok page Butik InspirasiHana di Facebook. sahaja tengok-tengok tudung, berniat mahu menghadiahkan sesuatu buat diri. hati juga terdetik untuk hadiahkan sehelai tudung buat ummi.

godek-godek tudung, terjumpa satu album ini. tudungnya cantik-cantik dan warnanya juga menarik. pada mulanya ingat nak beli sahaja warna yang berkenan tetapi lebih elok diberitahu kepada ummi dulu niat ini.

apabila ditanya, kata ummi "nak beli tudung 2 lapis labuh". eh kebetulan pula dengan yang berkenan ini.
warnanya "merun muda atau belacan". eh, kebetulan sekali lagi memang ada tudung warna tersebut.

Alhamdulillah, Allah telah menunaikan permintaan ummi melalui aku, anaknya. kiranya aku ni posmen la kan ? :)

Tanggal 18 Mac ini ulangtahun kelahiran ummi ke-56. sebelum ini tiada hadiah yang pernah aku beri, jadi selayaknya kali ini jadi hadiah yang istimewa buat ummi.

biarlah kita berbelanja menggembirakan hati ibu bapa kita. kalau bukan sekarang, bila lagi kan? :)