CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Wednesday, January 30, 2013

Allah Menyuruh Kita Berusaha

Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahuakbar...

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat sekalian :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya, saya dan awak masih berpeluang untuk sama-sama berkongsi sesuatu yang insyaAllah memberi manfaat kepada kita, baik untuk dijadikan pedoman dan juga panduan dalam kita menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini. sebelum itu, saya ingin mengajak awak untuk sama-sama kita tanamkan dalam diri kita bahawa kita merupakan rakyat atau warga dunia akhirat. seumpamanya, kita singgah di shopping mall, macam-macam barang yang ada. tapi kita kena beli dan ambil yang patut sahaja untuk menjadi bekalan tempat penginapan kita, iaitu rumah kita sendiri. begitulah jua dengan dunia ini, kita mengambil peluang sebaiknya sebagai bekalan di negeri akhirat kelak. insyaAllah, semoga Allah melindungi kita semua. Ameen..


Semasa saya melayari laman sosial Facebook lewat petang ini, saya tertarik dengan perkongsian seorang sahabat yang bernama Suraya, Allah memberkatinya. Beliau berkongsi satu kisah mengenai seorang pemegang ijazah undang-undang yang sehingga kini masih menganggur. kenapa saya katakan bahawa beliau masih lagi menganggur? bagi saya, konsep menganggur ini terjadi apabila kita menanti dengan penuh setia untuk 'makan gaji' daripada orang lain.

saya sangat mengagumi Encik Tauke Air (Encik TA) kerana beliau tidak mengharap kepada ijazahnya sahaja, beerti beliau faham, dan yakin bahawa ijazah tersebut tidak mampu memberikan apa-apa rezeki kepada beliau, melainkan dengan izin Allah SWT. beliau percaya, Allah akan mengubah nasib seseorang jika seseorang tersebut mengubah dirinya sendiri terlebih dahulu.

lulusan apa kita sekalipun, janganlah merasa rendah diri atau terlalu bangga diri. rezeki ini bukan sahaja dapat dilihat dalam konteks harta, bahkan rasa tenang yang dikurniakan oleh Allah SWT juga merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT yang mana tidak semua orang mampu memiliki rasa ketenangan itu. ada orang, fizikalnya nampak berharta, nampak bahagia, tetapi pada hakikatnya, dia tidak kaya rohani. jiwanya tidak tenang. terpaksa memikirkan bagaimana menguruskan harta yang banyak dan akan ditanya kelak oleh Allah SWT bagaimana dia menguruskan hartanya.

setiap orang sudah ditetapkan rezekinya masing-masing. walaupun harta itu kepunyaan kita, tidak semestinya ia merupakan rezeki kita. Contohnya, kita menanam pokok cili di halaman. belum sempat kita memungut buah cili yang memerah di pokok, sudah ada burung-burung yang terlebih dahulu mendapat habuannya. nah, bukankah ia sudah menjadi rezeki burung tersebut? namun begitu, janganlah kita menyumpah seranah burung tersebut pula kerana perkongsian rezeki kita dengan makhluk-makhluk lain sudah ditetapkan Allah SWT. bahkan, bila kita berlapang dada, bersyukur atas kurniaan-Nya,  Allah tambahkan lagi pula rezeki kita. mashaAllah.. Allah bahkan menambahkan lagi rezeki kita! Alhamdulillah!

saya melihat, dalam kehidupan ini, manusia sentiasa mendahulukan pandangan fizikal dahulu. ada beberapa situasi yang saya hadapi sendiri. dalam soal mencari jodoh, ibu bapa juga mengutamakan aspek fizikal bakal menantu terlebih dahulu. pada saya, ia memang satu keperluan, namun apabila diteliti semula, rezeki ini bukanlah daripada aspek fizikal sahaja. Allah lebih mengetahui akan sesuatu. jujur, saya juga memikirkan soal tersebut juga. namun, apabila ummi telah memberi lampu hijau kepada seseorang yang fizikalnya tidaklah bekerja kerajaan, kerja biasa-biasa sahaja, saya turut berasa senang hati. sahabat-sahabat kena ingat, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. janganlah sesekali disebabkan cinta dan sayang kita kepada bakal pasangan, kita ketepikan pandangan ibu bapa kita. seharusnya, kita meraikan mereka. meraikan pilihan mereka. berusaha menjadi yang solehah mendambakan syurga Allah, insyaAllah, Dia akan hantar yang soleh terus kepada kita. sekali lagi, jangan tengok pada luaran. walaupun mungkin dia tidak sesoleh yang kita mahu, tetapi kita tidak tahu, di kemudian hari, dialah yang sebenar-benarnya akan menjadi suami kita yang soleh di akhirat. sentiasa berusaha sama-sama untuk menjadi yang soleh dan solehah, membina keluarga bahagia, menuju syurga-Nya :)
kenapa kita perlu berusaha? kerana Allah menyuruh kita berusaha. berusaha hanya menjadi asbab untuk Allah berikan rezeki kepada kita. jika kita sudah berusaha, menggunakan teknik-teknik yang betul dan mengikut syariat dalam berusaha, namun belum dimakbulkan Allah lagi apa yang kita kehendaki, jangan putus harap. teruskan berusaha. Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita. kita perlu yakin, yakin dengan sebenar-benarnya, Allah amat kasih dan sayang pada kita, sehinggakan walaupun kita melakukan banyak dosa, Dia tetap mengampuninya. Dia, Allah Maha Kuasa, Allah yang Satu, Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

saya ingin memohon maaf, kerana acapkali, penulisan saya terpesong ke sana ke mari. banyak perkara yang saya mahu ceritakan tatkala menulis. ada yang sudah lari daripada topik. ada yang memang dari awal sudah tidak sama dengan tajuk yang ditulis. apapun, saya berharap, apa-apa kebaikan yang awak peroleh dari sini, ambillah pengajaran, jadikan panduan dan pedoman. supaya tidak terpesong lagi, saya akan kongsikan salah satu hasil pembacaan saya di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin di ruangan entri yang lain.

Assalamu'alaikum. Awak, saya, dan sahabat-sahabat lain, semua nak masuk syurga. semua berebut-rebut nak masukkan syurga! tanamkan dalam hati, kita cinta syurga. fitrahnya kita ahli syurga. jadi mari sama-sama amalkan akhlak penghuni syurga ;) saya.. sayang awak, mahu sama-sama, ke syurga. walaupun diri saya juga tidak lepas daripada melakukan dosa, paling kurang kita sudah melakukan yang terbaik untuk mendapat keredhaan Allah :)

awak jangan lupa berdoa, pada setiap ketika dan masa, pada empat perkara :

1) mohon diampunkan segala dosa
2) mohon taufik dan hidayah
3) mohon redha Allah
4) mohon masuk syurga tanpa hisab.

berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW. dengan berselawat ke atas Rasulullah, mudah-mudahan kita dikenali sebagai umat Baginda di akhirat kelak. insyaAllah.

Saranghae.

*adakalanya entri-entri ini ditulis dengan linangan airmata, kerana kecintaan kepada antum untuk bersama-sama kita ke syurga-Nya...

Assalamu'alaikum :




Sunday, January 27, 2013

AFIRAHMAN

Assalamu'alaikum!

mari manfaatkan waktu terluang waktu lapang di hujung minggu dengan aktiviti yang bermanfaat!

"Nak tahu samada seseorang pelajar atau mahasiswa itu hebat adalah dengan menilai bagaimana dia menggunakan masa lapang dan hari percutiannya" (Dr Zainur Rashid Zainuddin, 2013)

apabila nilai balik kehidupan sebagai seorang guru pelatih di institut pendidikan guru malaysia, memang kami dibiasakan dengan cuti yang telah ditetapkan untuk keseluruhan satu tahun. sepatutnya, aku sudah punya perancangan yang terancang nak buat apa sewaktu cuti-cuti yang diberikan di sepanjang 5 tahun setengah ini. awal tahun ini, aku sudah berada pada semester 3. keseluruhan 6 semester sudah ditempuh. masih berbaki 5 semester lagi bersamaan 2 tahun setengah. apa yang aku nak lakukan di sepanjang cuti-cuti yang berbaki itu? harapnya lepas ini aku sudah boleh siapkan jadual perancangan menggunakan peta minda :)

Alhamdulillah, baru sahaja hampir menamatkan pembacaan sebuah buku yang bertajuk "Kuasai Bisnes dengan Peta Minda" oleh Tony Buzan dalam edisi Bahasa Melayu. buku tersebut sebenarnya telah dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 namun berkesempatan dibaca hanya pada awal tahun ini. walaupun tajuknya mengenai kuasai bisnes dengan peta minda, hal tersebut hanya disentuh bermula pada Bab 6. bab-bab yang sebelumnya berkisar tentang asosiasi pemikiran, otak kita dan gaya otak berfikir. rasanya seeloknya review buku diadakan pada entri yang lain. mungkin. itupun kalau aku bijak mengambil peluang. oh ya, aku juga terbaca di satu ruangan, bahawa orang yang bijak adalah orang yang tidak menunggu masa lapang untuk berbuat sesuatu bahkan dialah yang mencari masa untuk melakukan perkara tersebut, yakni dengan melakukan perancangan yang rapi dan jelas matlamatnya.

kenapa la pula aku menulis kali ni? matlamatnya, sekadar untuk hebahan kepada bisnes yang bakal aku jalankan nanti. sebenarnya sebelum ini aku sudahpun menjalankan bisnes produk Anugerah secara kecil-kecilan di sekitar kampus sahaja. kali ini, aku ingin betul-betul serius dalam perniagaan ini. produk yang bakal aku ketengahkan adalah produk kecantikan penjagaan kulit wajah :) nantikan ya!

pada petang kelmarin, aku telah membuat keputusan untuk meluangkan sedikit masa mengatur duduk diri bisnes aku ini. keputusan yang dibuat Alhamdulillah aku rasa tepat kerana aku tidak ingin mensia-siakan waktu. aku tidak mahu menyesal di kemudian hari. kelak, di hari muka, apabila Allah tanyakan apa yang sudah aku buat dengan waktu dan peluang yang telah diberikan, maka harapnya aku ada jawapan yang baik buat soalan tersebut.

untuk membuat satu laman web perniagaan, sudah pasti aku harus punya nama sendiri. nama yang orang senang ingat, lekat di hati. aku tanyakan pada rakan sebilik tentang nama yang sesuai untuk perniagaan aku, tetapi dia sendiri tidak tahu mahu cadangkan nama aku. aku terfikir, aku sebenarnya harus bertanya pada orang yang pakar atau arif tentang hal ini, lantas aku menaip apa yang dicari di dalam Internet. wah, memang maklumat yang dicari cepat dijumpai! sekali lagi, masa diluangkan untuk membaca input-input maklumat tentang perniagaan. Alhamdulillah, akhirnya aku muncul dengan nama AFIRAHMAN BIZ. cantik tak nama tu? keh3. nama tersebut merupakan gabungan nama aku sendiri dan nama ayah. Afiah dan Rahman. laman web sudah dikemaskini, namun ada maklumat-maklumat produk yang perlu aku masukkan. aku masih sibuk dengan kerja-kerja tugasan pendidikan yang perlu aku siapkan ditambah dengan projek Matematik. jadinya, perancangan aku, laman web tersebut akan di'publish' bila-bila masa pada awal Februari nanti. insyaAllah...



doakan aku untuk terus istiqomah dalam urusan perniagaan ini. doakan aku juga untuk terus rajin menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. semoga  aku menjadi muslimah solehah, yang sentiasa solat di awal waktu dan menjaga amalan-amalan sunat yang lain. insyaAllah. jangan lupa berikan sokongan buat bisnes aku nanti ya!

terima kasih! thank you! syukran jazilan! arigatooo haitttt!

:D

Assalamu'alaikum :)

Friday, January 18, 2013

The Reason

there will always be a reason for me to keep writing over here.

fullstop.

[silent]

Tuesday, January 15, 2013

Wow! Rebat RM200 lah!!!

Assalamu'alaikum.

wow! kelas jahh kauu dapat rebat RM200! boleh beli telefon canggih gitewww~~~

afiah sudah punya dua jenis telefon bimbit; Nokia dan Sony Ericson. namun beliau bersifat tamak, mahu memiliki telefon canggih. hal ini kerana pengaruh rakan-rakan sekeliling yang hampir kesemuanya menggunakan telefon canggih. ditambah pula dengan bisnes yang kian giat ini. Alhamdulillah.

lalu dengan rasa ingin tahu dan terujanya dengan rebat RM200, afiah mula melaksanakan misinya, iaitu mendaftar untuk rebat RM200. terdapat 4 langkah yang perlu dilalui : Maklumat Pembeli, Maklumat Komunikasi, Maklumat Pengajian dan akhir sekali, pengesahan. berikut merupakan langkah-langkah dan butiran yang perlu diisi untuk membuat belian telefon bersama rebat RM200.



LANGKAH 1

LANGKAH 2


LANGKAH 3

LANGKAH 4

wahhhh banyaknya yang perlu diisi! mari perhatikan maklumat yang dikehendaki.

1) Nama seperti dalam kad pengenalan
2) No kad pengenalan
3) Alamat rumah
4) No telefon rumah/ bimbit
5) Profil laman sosial
6) Nama institusi
7) No kad pelajar

afiah sudah mengisi keseluruhannya. namun, beliau mula berasa sangsi. begini sangsian beliau.

"pergh!~ siap mintak profil laman sosial lagi ni. bahaya ni. dah la ada nama institusi dan no kad pelajar. maknanya... kalau bila-bila masa profil aku boleh di'hack' oleh pihak mereka untuk lihat kegiatan aku. apa yang aku 'post'. tak boleh jadi ni. nanti senanglah dia nak cari aku dekat mana siap dengan no kad pelajar. takpun cari kat rumah. no telefon aku pun ada. adoiii takde pasal cari pasal ni"

jadinya, atas sebab-sebab kesangsian afiah tadi, beliau tidak meneruskan pendaftaran tersebut.

"biarlah tidak dapat rebat RM200, asalkan aku masih lagi bebas berkongsi maklumat yang mana aku rasakan betul pada kawan-kawan."

apapun, marilah kerja keras untuk membeli telefon canggih idaman!

Ya Allah, murahkan rezekiku permudahkanlah urusanku untuk memiliki ******* ****...

insyaAllah.

Ameen!

ila liqa', ma'a salamah :)

Assalamu'alaikum :)

NOTA KAKI : Ini bukti bahawa ruangan laman sosial perlu diisi. selepas den tekan butang teruskan, dia pi keluar yang warna merah tu.



Friday, January 11, 2013

Kembali : 2.0.1.3

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahuakbar.. lamanya aku tinggalkan blog ni. tak 'update-update'. terbengkalai begitu. entah apa la yang disibukkan. tahun ini tahun ke-2 aku sebagai bakal pemilik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. dan macam-macam transformasi yang berlaku. sekarang, jam 12.13 pagi, aku masih sibuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah petang tadi. tiada lain kali ini, aku mengharapkan yang terbaik, dan insyaAllah, aku akan menulis semula. tanda kecintaanku pada penceritaan kisah-kisah Universiti Kehidupan yang ada pahit manisnya untuk dikenang.

pada yang sudi membaca blog ini, aku ucapkan terima kasih. semoga kamu jumpa apa yang kamu cari dalam blog ini.

untuk 'update' terkini setakat ini, aku merupakan salah seorang bakal pemimpin Persatuan Puteri Islam Malaysia(PPIM). comel kan? :D ok perasan.

ustazah pesan, kalau dah pakai baju seragam, kena la jaga kelakuan. kena tunjukkan akhlak yang baik, sopan sebagai wanita muslimah.

aku? aku masih dengan diri aku. rilek la ketua geng pakai baju kurung. keh3.

apapun, aku memang suka pakai baju kurung.

walaupun sedikit ganas, atau sedikit gila.

dah dah. jangan nak gebang. aku tahu kalau kau jumpa aku mula-mula mesti aku malu senyum-senyum camgitu je. bila dah lama sikit, mula la kamceng kita nanti.

apapun sempoi :)

sebab tu aku tak kisah panggil aku kakak ke tak.

genap 9 November 2013, aku umur 23 tahun. dengan izin Allah, berkesempatan aku berada pada tarikh tersebut. insyaAllah. :)

ah banyak aku nak cakap. nak luahkan. mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perlu aku luahkan semuanya? kenapa nak beritahu orang lain? aku rasa ini yang terbaik. kalau tak aku tak henti-henti cerita macam-macam pada kawan sebilik aku. aku bimbang mengganggu dia sahaja. walaupun dia dan aku tahu kami bicara perkara yang bermanfaat sahaja. pasal masa depan etc.

lagipun dengan menulis blog, aku rasa lagi jarang aku 'update' status pada Facebook(FB). :D

cumanya kalau nak cepat mungkin pada FB sahaja.

akhir kalam, salam pertemuan sekali lagi dari Afiah.

ha. itu akulah :P

Assalamu'alaikum. ila liqa'. ma'a salamah.