CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, January 27, 2013

AFIRAHMAN

Assalamu'alaikum!

mari manfaatkan waktu terluang waktu lapang di hujung minggu dengan aktiviti yang bermanfaat!

"Nak tahu samada seseorang pelajar atau mahasiswa itu hebat adalah dengan menilai bagaimana dia menggunakan masa lapang dan hari percutiannya" (Dr Zainur Rashid Zainuddin, 2013)

apabila nilai balik kehidupan sebagai seorang guru pelatih di institut pendidikan guru malaysia, memang kami dibiasakan dengan cuti yang telah ditetapkan untuk keseluruhan satu tahun. sepatutnya, aku sudah punya perancangan yang terancang nak buat apa sewaktu cuti-cuti yang diberikan di sepanjang 5 tahun setengah ini. awal tahun ini, aku sudah berada pada semester 3. keseluruhan 6 semester sudah ditempuh. masih berbaki 5 semester lagi bersamaan 2 tahun setengah. apa yang aku nak lakukan di sepanjang cuti-cuti yang berbaki itu? harapnya lepas ini aku sudah boleh siapkan jadual perancangan menggunakan peta minda :)

Alhamdulillah, baru sahaja hampir menamatkan pembacaan sebuah buku yang bertajuk "Kuasai Bisnes dengan Peta Minda" oleh Tony Buzan dalam edisi Bahasa Melayu. buku tersebut sebenarnya telah dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 namun berkesempatan dibaca hanya pada awal tahun ini. walaupun tajuknya mengenai kuasai bisnes dengan peta minda, hal tersebut hanya disentuh bermula pada Bab 6. bab-bab yang sebelumnya berkisar tentang asosiasi pemikiran, otak kita dan gaya otak berfikir. rasanya seeloknya review buku diadakan pada entri yang lain. mungkin. itupun kalau aku bijak mengambil peluang. oh ya, aku juga terbaca di satu ruangan, bahawa orang yang bijak adalah orang yang tidak menunggu masa lapang untuk berbuat sesuatu bahkan dialah yang mencari masa untuk melakukan perkara tersebut, yakni dengan melakukan perancangan yang rapi dan jelas matlamatnya.

kenapa la pula aku menulis kali ni? matlamatnya, sekadar untuk hebahan kepada bisnes yang bakal aku jalankan nanti. sebenarnya sebelum ini aku sudahpun menjalankan bisnes produk Anugerah secara kecil-kecilan di sekitar kampus sahaja. kali ini, aku ingin betul-betul serius dalam perniagaan ini. produk yang bakal aku ketengahkan adalah produk kecantikan penjagaan kulit wajah :) nantikan ya!

pada petang kelmarin, aku telah membuat keputusan untuk meluangkan sedikit masa mengatur duduk diri bisnes aku ini. keputusan yang dibuat Alhamdulillah aku rasa tepat kerana aku tidak ingin mensia-siakan waktu. aku tidak mahu menyesal di kemudian hari. kelak, di hari muka, apabila Allah tanyakan apa yang sudah aku buat dengan waktu dan peluang yang telah diberikan, maka harapnya aku ada jawapan yang baik buat soalan tersebut.

untuk membuat satu laman web perniagaan, sudah pasti aku harus punya nama sendiri. nama yang orang senang ingat, lekat di hati. aku tanyakan pada rakan sebilik tentang nama yang sesuai untuk perniagaan aku, tetapi dia sendiri tidak tahu mahu cadangkan nama aku. aku terfikir, aku sebenarnya harus bertanya pada orang yang pakar atau arif tentang hal ini, lantas aku menaip apa yang dicari di dalam Internet. wah, memang maklumat yang dicari cepat dijumpai! sekali lagi, masa diluangkan untuk membaca input-input maklumat tentang perniagaan. Alhamdulillah, akhirnya aku muncul dengan nama AFIRAHMAN BIZ. cantik tak nama tu? keh3. nama tersebut merupakan gabungan nama aku sendiri dan nama ayah. Afiah dan Rahman. laman web sudah dikemaskini, namun ada maklumat-maklumat produk yang perlu aku masukkan. aku masih sibuk dengan kerja-kerja tugasan pendidikan yang perlu aku siapkan ditambah dengan projek Matematik. jadinya, perancangan aku, laman web tersebut akan di'publish' bila-bila masa pada awal Februari nanti. insyaAllah...



doakan aku untuk terus istiqomah dalam urusan perniagaan ini. doakan aku juga untuk terus rajin menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. semoga  aku menjadi muslimah solehah, yang sentiasa solat di awal waktu dan menjaga amalan-amalan sunat yang lain. insyaAllah. jangan lupa berikan sokongan buat bisnes aku nanti ya!

terima kasih! thank you! syukran jazilan! arigatooo haitttt!

:D

Assalamu'alaikum :)

No comments: