CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, June 9, 2013

Miss to Mrs


Bismillahirrahmanirrahim...

Awww. gempak tajuk. hahahahaha.

Assalamu'alaikum. dan sebenarnya tajuk itu tidak membawa apa-apa erti pun. tujuan entri ini ditulis adalah untuk mengumpulkan apa-apa yang berkaitan dan berkenaan tentang perjalanan daripada Miss kepada Mrs bagi pihak perempuan :D

Sebelum itu, boleh kira budget di sini baik untuk lelaki atau perempuan :)

Sebelum mencapai status Mrs tu, mesti ada status Bride-To-Be atau Groom-To-Be. untuk majlis pertunangan, macam yang kakak-kakak sebelum ni, ringkas sahaja. takde pelamin dan rasanya takde la sampai berdulang-dulang hantaran. yang penting ada cincin pertunangan, kain untuk jahit baju sempena majlis nanti. kalau di Kelantan, kami ada juga cincin untuk pihak lelaki. baju untuk majlis pertunangan? errr tak fikir lagi. mungkin jubah moden etc etc. yang biasa-biasa ajelah. hahahaha

untuk majlis perkahwinan, mula-mula fikir taknak pelamin. nak biar ringkas begitu sahaja sebab bukan guna sangat pun pelamin cuma nak bergambar sahaja. tapi... macam tak lengkap. sooo mungkin decorate sendiri. atau boleh juga beli kerusi putih yang boleh digunakan semula di rumah kecil kami nanti *eh berangan. hahaha. tak salah pasang angan-angan :P jadi ada beberapa pelamin comel yang menjadi inspirasi..



comel kan yang ni? dah tengok ada yang dah cuba buat yang ni. ok la not bad sebab boleh pakai kertas je tu nak buat. kalau dah takde sangat pelapik tu, ganti dnegan kerusi. ringkas dan menarik.

yang ni nampak elegan. for sure la dia tempah kan yang ni? :D

ini idea baru :) unik 2013. terbaik! keluar daripada kepompong pelamin. hehehe. tapi boleh juga buat pelamin dengan menggabungkan jenis pekerjaan ke. hahahaha. memasukkan unsur-unsur jenis pekerjaan pengantin. dah sah-sah aku guru, ada blackboard ke.. haaaa. dia? entah. aku tak tahu lagi siapa dia tu, jadi mari kita berangan sorang-sorang saje. hahahhaha.


ohh sebelum tu, untuk kad kahwin, aku dapat inspirasi daripada kawan untuk mereka dan mencetak sendiri kad kahwin. sebabnya? to cut cost. hahaha. yang utama dalam kad jemputan perkahwinan ni, orang nak tahu siapa kahwin, di mana dan bila majlis akan diadakan, dan peta lokasi majlis. lepas tu masuk tong sampah. errr itulah yang kami buat di rumah. tapi aku suka kumpul kad kahwin yang unik dan lawa untuk simpanan dan rujukan. :P

bersambung...
*sibuk baca blog orang. perlu penghayatan lagi untuk menulis :D


Wednesday, June 5, 2013

Angan-Angan dan Realiti

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih ada lagi setakat ini di sini. esok-esok, belum tentu lagi.

Pada olahan aku, angan-angan adalah sesuatu bayangan minda untuk masa hadapan atau disebut juga sebagai khayalan. realiti pula sudah tentu apa yang berlaku pada saat yang nyata.

Berangan-angan sambil memakan buah berangan tidak salah, namun aku rasa cukup sahaja sekadar ini aku memasang angan-angan kehidupan yang sebenarnya sudah jelas suatu nanti hari nanti, apabila telah tiba masa yang sesuai dan semestinya aku sudah bersedia, maka Allah akan kabulkan angan-angan tersebut,

mari bercerita soal cita-cita pula. cita-cita adalah suatu impian dan kita akan berusaha walau dengan apa cara sekalipun untuk menggapai cita-cita tersebut. apa pula impian? impian adalah bukan sekadar angan-angan, namun mungkin sekali menjadi realiti. ah pening sekali mengulas mengenai terma-terma tersebut. namun begitu aku pasti engkau arif sahaja untuk membezakan antara mereka. sekiranya sukar, rujuk sahaja kamus dewan bahasa dan pustaka secara dalam talian.

sedari kecil, cita-cita aku hendak menjadi seorang guru. ada ketika kawan baik aku bercita-cita mahu menjadi polis, maka cita-cita aku akan bertukar kepada menjadi guru dan polis. aneh sekali mempunyai cita-cita sedemikian. ah itu pengaruh rakan. ibu bapa pula sememangnya mendorong anak-anak memasuki bidang perguruan kerana kata mereka;

"kerja senang"

"kerja separuh hari"

"kerja kerajaan"

"dapat bonus"

"lepas belajar gerenti dapat kerja"

ohh itu sebahagian sahajalah.

dan orang juga mahu kahwin dan dapat menantu pekerjaannya guru. kenapa?

"senang jaga anak"

"cuti sekolah sama dengan anak"

ahh jangan difikirkan itu dahulu. mari fikir isu yang terbaharu ini.

TIADA LAGI JAMINAN PENEMPATAN KEPADA GURU PELATIH.

eh? salah baca ke?

ohhh tidak, tidak. betul la tu apa yang awak baca. kini tiada lagi jaminan penempatan kepada guru pelatih lepasan IPG.

jadi, perlukah saya menukar cita-cita saya?

huh. jangan.

khabarnya, hanya guru pelatih yang mendapat gred A- untuk praktikum dan CGPA 3.5 ke atas sahaja akan dapat interim untuk disahkan jawatan. yang lain-lain, perlu masuk temuduga. wah, sukar sekali! ya. memang sukar. tambahahan pula guru pelatih terpaksa bersemuka dengan Akta 174. cewah! berakta gitewww.

ya. ada Akta 174. yang sememangnya berasa gentar juga apabila selalu disebut-sebut. jika guru pelatih melakukan kesalahan menyalahi Akta 174, maka semakin sukarlah guru pelatih tersebut membina peluang yang cemerlang dan gemilang untuk ditempatkan di mana-mana sekolah nanti. bukan sahaja tapisan guru pelatih untuk mendapat tempat penempatan, malah tapisan bakal guru pelatih untuk masuk ke sistem IPG juga sudah diperhebat.

ramai sahaja guru pelatih yang kini sudah mula menceburi bidang lain kerana tidak sanggup menganggur terlalu lama sebelum mendapat penempatan. ada juga yang mula membuka bisnes kek, tempahan 'doorgift' untuk tetamu majlis kahwin dan juga bidang fotografi yang sangat popular kini. lepasan guru PISMP 2009 masih ada yang mengganggur(mengikut sumber yang aku dapat). jadi, apa perancangan aku?

sekiranya aku lambat untuk mendapat penempatan, aku mungkin akan kahwin dahulu. (gulp.) eh gurau sahaja. aku akan bergiat dalam bisnes secara serius kerana aku sudah ada asas yang terbina. aku akan belajar untuk kembangkan bisnes aku.

hei hei. sabarlah.

sebelum itu, aku perlu perancangan rapi. aku sudah tidak boleh bermain-main lagi. aku perlu serius. aku perlu usaha sedaya mampu. malah aku kini perlu berfikir jauh ke hadapan. sudah tiada masa lagi untuk aku melayan angan-angan aku. aku sedar selama ini aku berasa bodoh kerana terperangkap atau memerangkapkan hal-hal atau perkara remeh-temeh untuk difikirkan dalam kotak fikiran aku ini. sudah tiba masa untuk aku tidak buang masa. pedulikan mereka yang sibuk bercintan-cintun. tiba masa yang sesuai, apabila aku sudah bersedia, Allah akan hadirkan pemuda beriman dan berakhlak mulia untuk menjadi pendamping aku.

apa yang penting sekarang ini, aku perlu fokus. langkah perlu dijaga. diri perlu diperkasa. tahun hadapan bermula tahun praktikal. ayuh, Afiah! maju!

jeng jeng jeng.

Ayuh kita maju!