CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, June 9, 2013

Miss to Mrs


Bismillahirrahmanirrahim...

Awww. gempak tajuk. hahahahaha.

Assalamu'alaikum. dan sebenarnya tajuk itu tidak membawa apa-apa erti pun. tujuan entri ini ditulis adalah untuk mengumpulkan apa-apa yang berkaitan dan berkenaan tentang perjalanan daripada Miss kepada Mrs bagi pihak perempuan :D

Sebelum itu, boleh kira budget di sini baik untuk lelaki atau perempuan :)

Sebelum mencapai status Mrs tu, mesti ada status Bride-To-Be atau Groom-To-Be. untuk majlis pertunangan, macam yang kakak-kakak sebelum ni, ringkas sahaja. takde pelamin dan rasanya takde la sampai berdulang-dulang hantaran. yang penting ada cincin pertunangan, kain untuk jahit baju sempena majlis nanti. kalau di Kelantan, kami ada juga cincin untuk pihak lelaki. baju untuk majlis pertunangan? errr tak fikir lagi. mungkin jubah moden etc etc. yang biasa-biasa ajelah. hahahaha

untuk majlis perkahwinan, mula-mula fikir taknak pelamin. nak biar ringkas begitu sahaja sebab bukan guna sangat pun pelamin cuma nak bergambar sahaja. tapi... macam tak lengkap. sooo mungkin decorate sendiri. atau boleh juga beli kerusi putih yang boleh digunakan semula di rumah kecil kami nanti *eh berangan. hahaha. tak salah pasang angan-angan :P jadi ada beberapa pelamin comel yang menjadi inspirasi..



comel kan yang ni? dah tengok ada yang dah cuba buat yang ni. ok la not bad sebab boleh pakai kertas je tu nak buat. kalau dah takde sangat pelapik tu, ganti dnegan kerusi. ringkas dan menarik.

yang ni nampak elegan. for sure la dia tempah kan yang ni? :D

ini idea baru :) unik 2013. terbaik! keluar daripada kepompong pelamin. hehehe. tapi boleh juga buat pelamin dengan menggabungkan jenis pekerjaan ke. hahahaha. memasukkan unsur-unsur jenis pekerjaan pengantin. dah sah-sah aku guru, ada blackboard ke.. haaaa. dia? entah. aku tak tahu lagi siapa dia tu, jadi mari kita berangan sorang-sorang saje. hahahhaha.


ohh sebelum tu, untuk kad kahwin, aku dapat inspirasi daripada kawan untuk mereka dan mencetak sendiri kad kahwin. sebabnya? to cut cost. hahaha. yang utama dalam kad jemputan perkahwinan ni, orang nak tahu siapa kahwin, di mana dan bila majlis akan diadakan, dan peta lokasi majlis. lepas tu masuk tong sampah. errr itulah yang kami buat di rumah. tapi aku suka kumpul kad kahwin yang unik dan lawa untuk simpanan dan rujukan. :P

bersambung...
*sibuk baca blog orang. perlu penghayatan lagi untuk menulis :D


No comments: