Bismillahirrahmaanirrahim.
Setelah beberapa kali perancangan tergendala, maka akhirnya Alhamdulillah bertemu jua dua buah keluarga untuk membincangkan tentang hal perkahwinan. Al-maklumlah sebelum ini umi yang pergi merisik keluarga lelaki :)
Alhamdulillah, sebelum kata sepakat dicapai sekalipun, umi sudah bergesa menyuruh aku mengambil kursus kahwin kerana kata beliau, "Sedia untuk kahwin 6 2015".
Pada mulanya umi dah semak dengan ustazah di sekolah yang menjadi antara penceramah bagi kursus kahwin di Tanah Merah, Kelantan dan pada masa yang sama juga aku ada mencari tempat kursus kahwin di Putrajaya. Alhamdulillah, ada! Bahkan dekat dengan rumah kak long, di presint 15 Diplomatik, atas Pizz Hut. Jadi alang-alang dah dekat, aku minta izin pada umi untuk ambil kursus kahwin di Noor Anbia presint 15 :)
Jadi tujuan utama entri ini ditulis adalah untuk menulis review tentang pusat kursus kahwin tersebut ;) Tulis dalam bentuk point lagi senang la kot nak baca ;)
1. Lokasi dekat dengan Mydin. Lepas tamat kursus, boleh singgah Mydin untuk beli barang doorgift :P
2. Penceramah semua lelaki; tak bosan sangat. Paling best adalah slot Akidah dan Ibadah, Ustaz Baharuddin.
3. Dapat air percuma. Bila-bila boleh ambil :P
4. Ada kemudahan tandas dan tempat solat. Tandas bersih dan mesra untuk mengambil wudhu', ada paip yang diubahsuai. Tandas bersih. Ada sinki di luar tandas beserta cermin besar untuk membetulkan tudung :P. Tempat solat wanita ada disediakan kain sembahyang, boleh guna. Nak bawa sendiri lagi baik. Dalam satu masa boleh solat 2-3 orang. Ruang solat sesuai untuk 4-5orang berada di dalamnya dalam satu masa.
5. Bagi sesiapa yang tak dapat ambil sijil kursus kahwin, boleh bagi alamat untuk mereka pos. Kos pos adalah tanggungan sendiri. Jimat dan mudah kan ;)
6. Setiap seorang akan dapat satu fail. Ada tentatif, buku rujukan kursus pra-perkahwinan, buku nota dan sebatang pen.
7. Pendaftaran secara walk-in. Tapi digalakkan untuk tanya tentang kekosongan terlebih dahulu. Jumlah bayaran adalah RM80 sahaja. Boleh bank-in atau bayar semasa pendaftaran. Borang boleh muat turun dan isi atau isi sahaja semasa pendaftaran. Mudah kan? :)
8. Paling kritikal adalah makanan kan? Haaa yang ini kena review betul-betul :P. Jamuan makan diadakan di Kafe Ikhwan yang berdekatan. Selang beberapa lot kedai sahaja. Hari pertama makan ayam masak lemak cili api dan sayur campur goreng. Air sirap. Ok lah kan? :) Makan pun kenyang. Aku difahamkan Kafe Ikhwan tu memang bagi air percuma :). Hari kedua, makan tengaharinya adalah mee goreng basah dan air sirap. Alamak! Aku dah la simpan perut :P Sarapan roti je kat rumah. Alih-alih mee goreng je makanan tengahari? Hohoho. Mari buat andaian. Masa hari pertama, kami diberikan rehat antara slot selama 10minit sahaja. Masa tersebut dihabiskan dengan pergi tandas, merokok(lelaki) dan berbual-bual. Hari kedua pula, selepas tamat sahaja slot pertama, kami diberi rehat selama 30minit dan dibenarkan untuk turun sarapan dan sebagainya. Mungkin atas sebab itulah menu makan tengahari kami hanya mee goreng sahaja. Kebetulan pula jamuan di Kafe Ikhwan, maka ramai di antara kami yang buat keputusan untuk makan nasi berlauk dan bayar sendiri. Apapun, aku rasa sedikit tak patut la kan. Macamana sekalipun sepatutnya sediakan nasi berlauk. Orang Melayu katakan :P
9. Kursus kahwin diadakan pada setiap minggu. Jadi buat pasangan yang terdesak nak kahwin dalam masa kurang daripada sebulan pun masih sempat ambil dan boleh uruskan borang yang lain :) InshaaAllah.
10. Apapun Alhamdulillah semua ok bagi aku. Rate: 7/10. ok la kan? :)
Bagi yang berminat, boleh layari laman web mereka, semua info ada di sana.
Boleh juga terus hubungi En Nazri 0166469434 untuk bertanyakan tarikh dan sebagainya.
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago
No comments:
Post a Comment