CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Tuesday, December 29, 2009

kami bahagia!

bismillahirrahmanirrahim...
Saat ni, rase cam nak gather ngan family. Borak2, makan sama2.. rindu senyuman
ayah. Cantik. Manis. Senyuman pada wajah tua itu. Erk.. ayah dah tua ke?? Hoho..besar pengorbanan ayah untuk keluarga. Ayah, yah nak peluk ayah!! Ummi pun cantik. Sekarang, kerap kali aku tatap wajah ummi. X puas tengok wajah yang tenang itu. Pengorbanan ummi pun x terkira. Seorang ibu yang nak tengok semua anak dia berjaya. Ummi, yah sayang ummi sangat2. Kak long, kakak yang supportive. Trimas kak long sebab selalu ade untuk kami. Yang penting, kami nak anak sedara!! Hehe=). X sabar nak tunggu! Semoga kak long bahagia ke anak cucu.. semoga murah rezeki dan panjang umur.. sayang kak long! Abang ngoh, sempoi=)… kak nurul , rindu kak nurul jugak! Sejak kebelakangan ni aku manja ngan kak nurul. Haha… sweetnya kami=). Rindunya kak nurul!! Abang din, sempoi gak… “din, ABC satu!!” haha… die ni kedekut tapi baik=). Abang ih, yang paling rapat ngan aku selepas kak nurul. Tua setahun dari aku. rindu kat die! Arshad, kak yah rindu jugak. Kadang2 teringatkan die mesti nangis. Sak, kak yah doakan yang terbaik untuk sak. Sak kena tau yang kak yah sayangkan sak. Lastly,adik! Yey! Adik sayang! Sayang sangat2 kat adik.seronok peluk adik=). Seronok usik adik. Kadang2 aku lak yang terlebih kanak2 dari die. Haha… hari tu jmpa die,

Kak yah:adik, mari kito g main tame tu nok?? Mari r. sedak dik.
Adik: kak yah tunggu deh. Ore g tanyo ummi dulu.

Ade ke patut aku kakak yang tua ajak adik g playground. Haha… x kisah la pe yang korang fikir. Yang pasti, kami bahagia=). Pastu kami selalu gelakkan berat badan aku. Haha… kelakar betol. Adik comel sangat2. Seronok jadi kanak2 dengan adik. Ngee~ saat paling seronok saat dengan family kan??

Kalo korang perasan la.. dah banyak entri aku berkisar pasal family aku je.hoho.. x kisah la. Bukan suruh korang baca pun. Kalo xske, x payah baca. Ade la orang komen.. "ko x bosan ke tulis pasal diri ko?? Bosan r wei.. xde benda lain ke nak tulis?” maaf. Saya x mintak awak baca. Nak baca xnak suka hati ko. Aku x kisah. Cuma aku pinta kalo aku de wat salah dalam penulisan aku, minta tegur ye. Sama2 kita –tegur-menegur antara 1 sama lain. Mungkin aku de wat salah tapi aku x Nampak. Orang lain yang Nampak tu sila tegur la ye. Semoga kita dapat improvekan diri ke arah menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.. insyaAllah.. Amiin…

heroku=)






Bismillahirrahmanirrahim…

Apa tu?? Haha… tu la koyok@ape-jua-nama-yang-korang-panggil-benda-tu. Korang pernah guna benda ni?? 1st time aku cuba, pergh! Best kot… kebetulan beberapa hari yang lalu aku pening kepala..xtau nak wat camne dah, minyak mestika xde. Saya x suka makan panadol oke. Panadol=fake medicine. Ade yang menyokong? Tapi kalo dah tahap gaban sakitnya, aku makan gak lepas d paksa. Dalam kepeningan yang makin mencengkam, aku ternampak ‘penyelamatku’ kat bawah meja rumate. Pinjam dulu yep, nanti ganti. Ngee~ seronok pakai benda ni.. berangin kepala aku. Aku xleh pakai minyak cap kapak, xtahan bau die. Makin pening de la. Kalo minyak mestika, letak banyak2 sampai mata pedih. Ngee~ terlebih letak sudah… sangat menyedihkan sebab aku baru je kenal n cuba benda ni. sadis2. Tapi ok pe.. ntah2 de gak antara korang yang x kenal benda ni?? haha.. aku harap2 aku sorang jela yang keetinggalan zaman. Tapi kan, aku tengok die nye indication untuk reliefkan muscle n joint pain. Aku lak untuk hilangkan sakit kepala. Was2 gak sebenarnya tapi dah x tahan, belasah je.. yang pasti, aku dah mula suka benda ni=).

Hero2ku:ubat batuk cap ibu n anak, koyok, minyak mestika=)


>>Song’s dedication from afiah to:

All-Jalan Bahagia by Hijjaz
(ingat. Kita ada Dia. Jangan mengalah dalam perjuangan anda. Sekali jatuh bukan bermakna x mampu bangkit lagi. Dengan kalimah ‘Allahuakbar’ kita teruskan perjalanan!!)

My bitter half-Kau Kawan, Sahabat, Teman by UNIC
(sayang kamu sangat2!!)

My Beloved Family Members-1,2,3,4 by Plain White T’s
(rindu semua! Nak peluk ummi, ayah, adik.. sayang semuanya! Tq untuk segala pengorbanan yang x terhingga dari semua. Moga kita sentiasa dalam rahmatNya. Amiin..)

Sunday, December 27, 2009

malas

bile la nak post ni??? aduhai~ boleh x kira lunas je hutang entri gathering?? hahahaha~ kemalasan seh!!

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... syukran jazilan ‘alaikum. Subhanallah... dalam kesedihan ujian yang Allah berikan, Dia x lupa untuk datangkan kegembiraan. Terima kasih kepada anda yang sentiasa ada d cc saya. Menyokong tanpa mengharapkan balasan.

Kak qilah, thahar, nedd, ejat, wanpis, dayah my beloved n yang lain2 jugak. Sayang korang semua!! Andai diri ini pergi dulu, halalkan dan maafkan la kalo ade benda yang x setel antara kita. Sesungguhnya aku mendoakan kesejahteraan kita bersama. Duhai teman, jangan bersedih. Jangan bersedih. Jangan bersedih. Anda ada Dia yang Maha Mendengar segalanya. Anda ada Dia sebaik2 tempat mengadu. Anda ade Dia sebaik2 tempat meminta pertolongan. Alhamdulillah... Allah itu dekat dengan kita. Jangan riso. Pernah x korang alami perkara2 pelik yang membuatkan korang sedar kehadiran rahmat Allah?? Mungkin aku boleh kongsikan d cni. Berkongsi tandanya sayang. Berkongsi tandanya mencintai. Berkongsi tandanya saya bertanggungjawab ke atas anda sebagai saudara seIslam saya. InsyaAllah, sama2 kita cari redhaNya. InsyaAllah.

Sebelum tu, aku nak mintak maaf kalo seandainya tulisan aku mengandungi unsur2 rekaan. Sekali lagi saya tegaskan, aku hanya menulis apa yang tersirat d hati. Tiada sebarang rekaan dan kepura-puraan. Dan sekali lagi saya tegaskan, ini blog saya. Minta undur diri kalo x ske.

Ceritanya bermula begini...

Pada suatu petang tu, kak long datang hantar kamera abang ngoh. Suruh bawak balik Kelantan. Kebetulan aku balik dengan bas malam tu.. afiah, dalam kelam kabutnya, kemas barang lambat, telah memasukkan kamera ke dalam beg besar untuk d masukkan ke dalam tempat penyimpanan barang bawah bas. Masa masukkan tu x ingat langsung. Bila bas dah mula bergerak keluar dari uia, aku dah mula kelam kabut. Memikirkan perjalanan ke Kelantan selama 8 jam, rosak la kamera tu nnti. Aduhai.. perasaan cemas xtau la masa tu. Kol dayah. Xtau nk wat pe. Aku berkira2. Otak ligat memikir mcmna nak ambik. Aku berkira2 untuk ambik masa bas berhenti kat perhentian jam 0200 nnti. Sekarang jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Lagi 4 jam. Dalam masa yang sama, aku x henti2 berzikir dengan harapan kamera tu x rosak. Ku letak sepenuh harapan padaNya. Anda tau pe yang terjadi?? Tiba2 pak cik bas tu berhenti. Aku tengok die turun beli makanan. Masa tu berkira2 nak turun sebenarnya. Tapi dalam hati memikirkan “afiah, Allah dah kasi peluang untuk ko. Kenapa nak sia2kan lagi??” sesungguhnya aku rasa sangat bersyukur waktu tu. Allah Maha Mendengar. Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahuakbar! Pintalah padaNya. Xde apa yang mustahil dengan izinNya=). kamera tu sampai ke kelantan dengan selamatnya=)

Cerita seterusnya...

Aku biasa mainkan bacaan Al-Quran d playlist hp. Dan m’shufflekan surah2 tu. Malangnya, surah yasin aku versi cut. D cut kepada 3 bahagian. Kalo kita shufflekan, biasanya die play randomly. Hari tu, Allah nak tunjukkan kekuasaan Dia, Allah nak buktikan Allah menjaga ayat2Nya. Surah Yasin yang d alunkan, kedengaran lengkap. Seumpama surah tu x d cut kepada beberapa bahagian. Subhanallah.. Allahukabar.. betapa hebatnya kekuasaan Allah. Sejak dari hari tu, aku masukkan surah yasin yang lengkap. Dan sempurna pada pendengaran. Alhamdulillah...

Selesai sudah citenya.. pengajaran dari cite tu?? Fikir la sendiri... semoga kita sama2 membaiki diri ke arah yang lebih baik. Kurangkan sikap mazmumah dalam diri. Ikhlaskan hati. Jangan simpan marah atau dendam pada sesape kerana sapelah kita untuk memusuhi saudara sendiri. Bukankah kita d jadikan bersaudara?? Sama2 la kita bersatu tegakkan syiar Islam d bumi Allah ni. Ingat peribahasa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Maaf. Saya nak pergi interview nak masuk maktab nnti, jadi kena praktis dari awal lagi untuk guna peribahasa2 ni. Hehe.. doakan kejayaanku. Doakan kejayaan agama kita. Doakan kejayaan saudara2 kita. Doakan kesejahteraan semua. Amin3.

p/s: fakta yang mungkin anda nak tahu: aku xtau la entah berapa banyak entri yang aku tulis, aku tulis sambil air mata berguguran d pipi. Hahaha... maaf. Afiah agak sensitive kalo berbicara pasal keluarga. Saya rindu abang ih! Rindu ummi!! Rindu ayah!! Rindu adik!! Rindu kak nurul!! Nak peluk ayah!!! Abang ih pesan, “yah, belajar rajin2. Jangan malas2. Jaga diri molek2. Walaupun bz, jangan lupa belajar ilmu agama.”. uhuk2. Syahdu kalo cium tangan die. Boleh x nak peluk die?? Kalo die peluk aku, sambil nasihat, pasti air mata ni berguguran. Hahahha... nasib baik die x pernah peluk. Lol~ rindu abe ih!! Sayang semuanya=).

Saturday, December 26, 2009

sayu

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah... aku baru tersedar sumthing. Kenapa ya sekejap kita sedar, kejap lagi alpa. Betapa perasaan ni sentiasa d ulit hasutan syaitan. Astaghfirullah... sahabat2 sekalian, ingatkan aku andai aku terleka. peluk aku andai aku terjatuh. pimpinlah aku andai aku tersasar. aku percaya. masih ada jalan pulang. pulang kepada kebenaran. pulang menagih cintaNya. biarlah airmata menitis. biarlah rasa kehinaan menguasai diri. biarkan perasaan itu afiah. biarkan. semalam kau tersenyum, tanda kesyukuran menguasai hati. tapi kenapa hari ini, ko tersenyum kerana kealpaan yang seketika?? Astaghfirullah.. kembali mencari sinarNya. kembali menagih cintaNya. Ya Allah, aku rindu padamu. Ya Allah, peluklah aku Ya Allah. Lemaskanlah aku dalam cintaMu. Terimalah aku Ya Allah...

sayu.

saya nak awak bangga!!

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah… berkesempatan lagi kita berbicara melalui talian maya ni. hoho.. Alhamdulillah…. Beberapa hari ni, aku dapat feedback dari dak2 yang baca blog aku. Alhamdulillah… syukur x terhingga sebab sedikit x banyak tulisan aku mampu menyentuh hati2 d luar sana. Alhamdulillah… apa khabar semua hari ni?? Alhamdulillah… kita masih lagi d beri peluang untuk bernafas d muka bumi Allah pada saat ni, meluangkan masa depan laptop, komputer. Antara kita sedar ke x, berapa banyak nyawa yang telah pergi meninggalkan jasadnya pada saat ni. jadi bersyukurlah anda dengan nikmat kehidupan yang Allah berikan kerna masih punya waktu untuk berbuat kebaikan.




Berkisar pada tajuk entri d atas, yes. Saya nak anda berbangga dengan diri anda kerana berjaya menjadi antara insan2 yang cemerlang. Kenapa saya kata cemerlang?? Kerana x semua orang suka membaca. Syabas dan tahniah untuk diri anda. Kalau kita lihat dalam kalangan kita, berapa keratlah yang sudi meluangkan masa untuk membaca. Kalo dah mengadap computer, laptop, keje main game. Chatting. Kadang2 buang masa d facebook lak. Ops! Ade yang terasa?? Maaf. Saya tidak bertujuan menyindir anda. Bahkan saya sendiri pun begitu kadang2. Wakakaka. Ape la afiah ni. cakap orang, sendiri buat. Ha… ingat x entri saya yang sebelum ni?? nasihat orang tapi kita sendiri buat. Lebih kurang macam tu la saya ni. hahha… ntah pape je afiah ni. berbalik pada kisah pembacaan tadi, anda sedar x yang kebanyakan ilmu yang kita ada, adalah melalui pembacaan?? Semakin banyak buku yang kita baca, semakin kayalah kita. Betul ke hipotesis ni?? hoho.. kaya dari segi nilai ilmu la.. tapi duit makin berkurang. Eh?? Haha.. yela… dah kau beli buku banyak2, poket makin kering tapi jangan la kedekut bila bab cari ilmu ni.. kita jugak yang dapat faedahnya=). Kalo boleh, saya sarankan setiap rumah ade sudut/ruang pembacaan. Lebih kurang library mini la. Seronok membaca.. tambah2 kalo membaca dengan ahli keluarga. Secara x langsung, kita dapat luangkan masa bersama lakukan perkara berfaedah.


Erk… anda perasan x saya dah meraban ape ntah kat atas tu?? Bosan seh! Hahhaa… sori2.. sebenarnya penulisan bentuk skema ni bosan sikit.. hoho.. cop2. Sebenarnya nak dapatkan feedback dari korang… korang rase background hitam ke putih yang lawa?? X pun yang menyenangkan korang nak baca post la.. kesian la kalo ade yang sebelum ni x pakai spek, baca blog aku dah kena pakai spek. Kesian2. Haha.. poyo je aku ni. sebenarnya kan.. aku segan gile kot bile aku tau orang baca blog aku. Yela kan.. aku bukannya betol sangat.. cakap meraban lebih. Huhu.. apa2pun. Trimas atas sokongan korang sume!!!!


Lagi 1, aku nak gak dengar komen2 korang pasal penulisan aku. Ntah betol ke salah. Ke aku ade tercakap besar ke.. terlebih bagi info ke.. aku ni biase2 je. Kadang2 cakap main ske hati je. Huhu… kalo ade yang terasa ke pe, sori ye. Tapi saya xleh janji saya x buat lagi. Hohoho… rasenya dah terlebih merapu, padahal pasal pembacaan tadi x siap lagi. Hahaha… malas seh nak sambung!! Dah la hutang ngan korang post pasal gathering. Haila2. Tengok la kalo rajin nnti. Hehe=). Adios teman2. Assalamu’alaikum=)

katakan xnak!

“nak berkenalan boleh?”

“erk?? Berkenalan?? Saya kenal awak ke?? X kenal?? Kalo camtu xpela. Saya x nak kenal.”

“nak kenal jugak?? K2. Sila pilih mana2 langkah yang berikut”

1) Dail 09-*******. Gtau nak cakap dengan En. Ab Rahman mahupun Pn. Eshah. Kalo suara dak kecik angkat, xleh tanya dia. Adik x layak jadi panel penemuduga lagi. Minta izin dengan ayah ngan ummi. Kalo ummi x kasi, faham2 sendiri la ye. X pun, hubungi mereka d talian privasi masing2. Untuk dapatkan no dieorang, sila hantar email ke runhaifa90@yahoo.com. Waktu talian d buka, hari minggu dari jam 0800 ke 1200.


2) Takut dengan langkah pertama?? Boleh pilih langkah ni.. jangan riso.. kontek kak long d talian 01*-******* untuk sesi temuduga. Sebarang keputusan masih lagi d tentukan oleh En Ab Rahman dan Pn Eshah..


3) X berani bersemuka dengan kak long?? Xpe… boleh Kontek abang ih… prepare la ape yang patut ye. Kang kena baca doa qunut x lepas, malu lak nanti.


Soalan bocor: ujian amali jadi imam solat berjemaah

Boleh x kalo cakap rase menyampah sangat ngan orang yang nak2 kenal ni?? anda, kalo rase nak mengurat,pergi cari orang lain. Saya xde masa untuk anda. Banyak lagi perkara berfaedah yang saya boleh buat selain layan anda. Kalo rasa nak berkenalan sangat, minta izin dengan ayah ngan ummi dulu. Kalo rasa nak main2, baik x payah berkenalan. Buang masa je. Lagipun saya dak kecik lagi=). Masih d bawah jagaan ummi ngan ayah, d bawah jagaan kakak2 dan abang2=). Sebarang masalah sila rujuk mereka. Harap maklum ye.

Thursday, December 24, 2009

lelaki idaman. kih3..

Bismillahirrahmanirrahim...
Apa khabar anda yang berkunjung ke laman blog ni?? Sihat? Ceria? Alhamdulillah... sentiasalah hiasi hari2 anda dengan senyuman yang tak lekang d wajah.. tahukah anda, kita menggunakan otot muka lebih banyak untuk berkerut berbanding untuk senyum. Ha... sebab tu la kalo selalu masam, cepat tua. Hehehehe... x percaya?? kalo macam ni, kena buat eksperimen sendiri la jawabnya=)

Selalu dengar x pasal wanita idaman?? Mesti pernah kan.. selalu pun... tapi, pernah ke dengar pasal lelaki idaman?? Pernah gak?? Hohoho... xpe2. Hari ni kita kupas sikit pasal lelaki idaman... lelaki2 d luar sana, siap sedia! Lol~ kah3..

Lelaki idaman wanita... ciri2nya ialah: buta,bisu, bakhil dan papa. Erk?? Ini ciri2nya?? Jap2. X habis lagi. Jom kita semak kenapa ciri2 yang tersebut jadi pilihan mereka.

BUTA,
Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara maksiat dan lagha
Matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah.

Ha.. bukan sebarang buta tapi “buta”. Masih ade lagi ke lelaki yang “buta” ni?? Aku yakin, masih ade tapi x ramai.. bertuahlah wanita2 yang memiliki lelaki2 yang “buta” ni. Semoga rahmat Allah bersama kita.
Ciri seterusnya?

BISU,
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Lidahnya tidak pernah lekang membaca Al-Quran
Dia petah membangkang kemungkaran
Lantang menyuarakan kebenaran.

Aku percaya, lebih ramai lelaki yang “bisu” dari “buta”. Tapi kebanyakan lelaki yang aku jumpa, xde kedua-duanya. Hohoho.. kita doakan kita dan mereka berada dalam lindunganNya... InsyaAllah.. jom semak ciri yang berikutnya.

BAKHIL DAN PAPA
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh di nikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah dalam member nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAAILAAHAILLALLAH kembali megah d muka bumi.

Ciri yang ketiga ni.. ciri yang paling susah untuk aku jumpa kat sorang lelaki. hoho... adakah?? Sape kata xde... aku pernah jumpa. Dan aku respek r lelaki tu. Bila aku tengok sorang dak laki ni menjaga diri dia, dengan sendirinya timbul rasa untuk aku menolong dia menjaga diri dia. Macamana?? Dengan menjaga pergaulan dengan dia. Xdenya aku terhegeh2 bergelak ketawa dengan dia. Aku x senyum pun kat die. Cakap suara tegas. Dan yang pasti, bercakap bila perlu sahaja. Dengan x semenanya aku menjaga diri aku gak time 2. Hoho.. aku lak,siyes, xde ciri2 wanita idaman lelaki. aku sempoi je.. nak kata terlalu menjaga, x jugak. Biase2 je. Sekadar memenuhi ketetapan agama sahaja. Rilek2 sudah.. bukan dunia pun yang aku kejar. Akhirat sana yang utama. Tapi aku x menolak yang dunia jambatan akhirat. Segala perbuatan, percakapan kita d ambil kira. Aku mendoakan diri sendiri dan semua kaum muslimah mendapat keampunan dan keredhaanNya.. carilah peluang untuk mendekatkan diri kepadaNya selagi nyawa d kandung badan. Ingat, tidak d janjikan esok bagimu. Kalau kita x berusaha untuk beramal hari ni, ape la yang akan kita jawab bila d tanya kat akhirat nanti. Biarlah tidak cantik d mata penduduk bumi tetapi nama kita menjadi perbualan penduduk langit. Semoga masih ada waktu untuk kita. Amiin...


Kata2 penyair Iqbal: “semua peristiwa asalnya kerana pandangan. Kebanyakan manusia masuk neraka kerana dosa kecil. Permulaannya adalah pandangan, kemudian berbalas senyum lantas diturut oleh salam, kemudian tergerak berbicara lalu berjanji dan akhirnya sesudah itu mereka bertemu”

Renung2kan dan selamat membaiki diri masing2. Wassalam..

monolog: kosong atau berisi?

bismillahirahmanirrahim..

*setelah membaca semula satu entri dalam blog aku ni, aku cam x percaya je yang entri tu aku yang tulis. huhu...


hari ni, entah kenapa, aku nak berbicara pasal lelaki. mungkin sebab sejak kebelakangan ni, ade je cite pasal dak laki yang aku dengar. salahkah aku kalo menghukum semua lelaki sama?? ya. saya tau saya salah. sebab aku percaya masih ada lelaki yang baik. tapi kebanyakannya hanya nampak baik dari luaran. dalam hati mereka, hanya Allah yang tahu. Maaflah kalo anda berada dalam golongan lelaki yang membuatkan saya menyampah.


ya. semua orang menginginkan pasangan yang sempurna, sempurna dari segi agama terutamanya. tapi, pernahkah kita menilai diri kita sendiri?? layakkah kita mendapat pasangan sebaik dia?? harap maklum, saya tidak menolak soal jodoh dan ketentuanNya di sini.


jika anda berilmu, beramallah dengan ilmu itu sebaiknya dan tolonglah jangan jadi talam dua muka. kita nasihat orang tapi kita sendiri yang buat jahat dalam pada waktu yang sama. kita kata orang teruk tapi kita x sedar yang sebenarnya kita yang teruk. x reti nak bersyukur dengan diri sendiri, g kutuk orang lain lak. dapat dosa free2.


jangan perlekehkan orang lain. ingat diri dah perfect, mula r nak komen orang sana sini. awak kena ingat, x semua manusia d lahirkan ke dalam situasi yang sama dengan anda. belajarlah untuk hormat orang lain supaya kita pun d hormati orang.


semuanya hanyalah peringatan kepada diri sendiri dan kepada hati2 yang terasa.fikir2kanlah. sebarang komen, teguran, amatlah d alu2kan

lain ke sama??

bismillahirrahmanirrahim..
agak lama penulis x menulis. hahhaa.. ayat skema. bajet penulis r aku ni. wakakaka. saya kemalasan dan ke'bz'an sebenarnya untuk menulis. kebanyakan tulisan, d muatkan sahaja dalam buku yang sedia ada untuk aku meluahkan ape saje.
perasan x saya hutang anda cite pasal gathering?? hahhaha... malas seh nk cite!! baca jela blog nedd... hahahha.. nt aku ade mood nak cite, aku cite=).
lalala~ masa gathering tu, ade la orang tegur.. x cam aku...*saya kurang d kenali ok. hahahha. x kisah la.*persoalan yang timbul: aku nampak lain dari gambar. dan gambar2 aku gak berbeza antara saru sama lain. apakah?? hahhaa... lain ke?? ramai gak yang cakap camtu. jom semak.

lalala~ entah la. bergantung pada mata yang melihat. hohoho.

kisah kami=)


perbualan berlaku semasa melihat gambar kawen kak long

1)adik: ummi, muka ummi maso kecik dulu gano??


ummi: come supo adik la.

kak yah: =)



2)ummi: muka kak long bulat. muka adik bujur. comey la nati kawen.

adik:=)(senyum malu2 kucing)


kak yah: speechless.(cemburukah?? dalamhati:adik baru 12taon. aku yang besar nih???)

Sunday, December 13, 2009

entah.

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah... kita masih lagi d beri peluang untuk bernafas d muka bumi Allah ni sehingga saat ni. sape tau, kalo 5 saat lagi, kita dah xde ke.. kematian itu satu kepastian. dan kita x dapat nak jangka bila roh kita akan meninggalkan jasad terbaring kaku nanti. jadi, d dalam setiap gerak geri kita, tutur kata semua, hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan mati... peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 sekalian.. sebelum penulis melangkah lebih jauh ke medan penulisan yang x profesional, dengan rasa berbesar hati penulis nak tanya... apa khabar kita hari ni?? dan yang paling penting, apa khabar iman kita?? cukup ke makanannya?? ha... fikir2kanlah ye. bercakap pasal kesihatan ni... hmm... penulis pun x berapa sihat sebenarnya. tapi alhamdulillah.. masih d beri peluang untuk mendekatkan diri padaNya. kalo dah sakit ni, rase cam x bermaya langsung. hilang satu nikmat besar. masa kita sihat, semua kita boleh buat tapi bile dah sakit, alahai... alamatnya terbaring jela.. sementara kita sihat ni, meh kita ramai2 beramal sebanyak yang termampu. ingat, mati x mengenal usia, x mengenal miskin kaya. jangan bertangguh untuk buat kebaikan. lalalala~ afiah dah jauh meraban entah ke mana~

sebenarnya: kat uia ni, masa mula2 kita mendaftar, dalam minggu taaruf, d adakan ujian fardhu ain, english, arabic dan computer1..
  • ujian fardhu ain: menentukan sama ada masuk kelas fardhu ain/study circle.
  • ept(english placement test): untuk tentukan korang english level brape, x pun exempted terus
  • apt(arabic placement test): sama macam english, untuk tentukan korang lulus atau x arab. x lulus, masuk la kelas bahasa arab(aku tergolong sama)
  • last but not least, com1. ha.. ni pun nak tentukan korg kena ambik x subjek com1. alhamdulillah, aku lepas=). dah keje aku godek2 laptop je time cuti spm dulu. wakakkaa.
ha.. seram x seram uia ni.. banyak nor die nye ujian. bayangkan r.. korang dah setahun tggl english, alih2 daftar seminggu, terus kena buat esei. mau biol kepala. k2. tinggal pasal tu, konklusi dari ujian2 tadi, aku masuk la kelas fardhu ain...

selalunya orang tanya: " ko fardhu ain??"( mereka ni keliru. saya bukan budak skolah agama) tapi.. aku tetap dengan selambanya jawab "ya,fardhu ain". jangan pernah kita berasa malu dengan apa yang kita x tahu. kita kena bangga sebab kita mengaku yang kita xtau. dan sebenarnya aku lebih beruntung masuk kelas fardhu ain daripada kadang2 kemalasan menghadiri usrah. hoho.. adeh. meraban lagi.

k2. ape yang aku nak tekankan kat cni adalah bacaan al-quran... ehem2.. hari ni ade baca al-quran x?? yang seronok mengadap laptop ni.. kalamullah dah mengadap ke?? haiz. ni la zaman sekarang. buat perkara lain boleh tapi baca al-quran x sempat lak. ishk3. tu bab baca, bab bacaan lak mcmn?? ikut tajwid yang betul x?? makhraj huruf betul x?? masalah lagi... ustaz cakap, kalo kita baca tanpa tajwid dan sebutan yang betul, silap2, solat kita x sah. bahkan, kalo kita mengimamkan orang lain, lagi la susah. solat tu boleh jatuh hukumnya tidak sah. maka terbatallah solat tadi... pentingnya kita sebagai generasi muda terus mengangkat martabat bacaan suci Al-Quran. jangan biar luput dek zaman. kaum adam yang bakal jadi pemimpin keluarga, amatlah d gesa mempelajari bacaan Al-Quran yang betul. kaum hawa juga x ketinggalan kerana anda jualah yang akan mendidik putera dan puteri anda nanti. jangan kita perlekeh2kan dan mengambil mudah soal ini. jangan tunggu umur dah meningkat baru nak mula baiki kesalahan kita baca Al-Quran. ingat, mati x kenal sesiapa, di mana dan bila. fikir2kanlah~


catitan: entri d atas bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri jugak.
catitan: Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menghadapi fitnah dari mereka. hazihi fitnatun kabir!! Allahuakbar!
catitan:kesedihan mencengkam. uhuk2~

Saturday, December 12, 2009

ujian satu cabaran.

bismillahirrahmanirrahim...

kita semak surat khabar hari ini: tragedi pengantin baru. trimas nedd sebab khabarkan aku pasal berita ni. yes. sesiapa yang membaca berita ni, pasti terselit rasa simpati dan sedih terhadap nasib yang menimpa si pengantin perempuan. yes nedd. dia kuat. kenapa kita kata dia kuat?? kerana.. Allah xkan uji seseorang tu kalo bukan dengan apa yang mampu dia tanggung. Subhanallah... Maha Suci Allah.. lagi Maha Mengetahui..

janganlah sesekali kita cepat melatah sekiranya d uji dengan ujian yang agak berat. jangan cepat mengalah. jangan cepat putus asa. mari kita sama2 renungkan terjemahan surah Alam Nasyrah(Melapangkan).


Dengan menebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?(1)
dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,(2)
yang memberatkan punggungmu?(3)
dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.(4)
karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan(5)
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.(6)
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh(urusan) yang lain,(7)
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.(8)

sesungguhnya Allah telah melapangkan bagi tiap2 kita akan suatu kesempitan. jangan sesekali kita mengeluh lemah, pintalah padaNya. pintalah padaNya. janganlah pernah putus harapan daripadaNya. Dia adalah sebaik2 tempat meminta pertolongan.

inginku mengingatkan hati2 kita semua, hati yang mudah berbolak balik, bahawa Allah itu Maha Adil. Maha Bijaksana. Marilah kita sama2 beristighfar menginsafi diri yang lalai ini. wassalam...

sombong??

bismillahirrahmanirrahim...

hmm.. orang kata saya sombong?? sombongkah saya sebenarnya??

soalan yang wajar di tujukan pada anda.

"x salahkan kita sombong dengan dak lelaki yang xde kaitan dengan kita kan??"

saya pasti ada yang menjawab ya d luar sana. trimas2.

Tuesday, December 8, 2009

gathering kami=)

bismillahirrahmanirrahim...
lupa sahaja aku untuk aku postkan d sini.
kami( akhmal, nedd, ejat dan penulis) bakal b'gathering kat Berjaya Times Square aka TS pada 15hb Disember ni.. jadi tunggu la post pasal gathering kami yep! lalalala~
dengan izin Allah, dan d permudahkanNya, dapatlah kami jumpa nnti.. InsyaAllah...

p/s: ku dengar gathering famili ceria pun bakal d adakan pada hari tersebut gak. hohoho~

temuduga: wajib untuk semua.

TEMUDUGA TERTUTUP
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
*Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
*Anda tidak perlu bawa pingat.
*Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
*Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,hensem atau berbadan tegap atau seksi.
*Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia kan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud:
Sabda Rasullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu"

"Jika mayat itu seorang muslim,maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala,maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk."

"Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan,maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk."

"Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri,maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.Maka malaikat berkata kepadanya:

"Duduklah kamu.Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?"

"Maka berkata mayat itu:Tinggalkan aku sebentar,aku hendak sembahyang.Maka berkata malaikat:

"Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.

"Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:

"Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu:

"Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat InsyaAllah.Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga,maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.
"Maka bertambahlah gembira mayat itu.Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.

" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung
kaki)!!??

Monday, December 7, 2009

solat berjemaah, jom!!!

Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah.. tergerak gak hati aku untuk menaip entri kali ni. Apa motifnya aku menulis kali ni?? Mungkin sekadar saje2. Apa2 pun, x kisah la ape motifnya. Kepada sape2 yang xske post2 aku, sila menjarakkan diri anda dari blog ini. Terima kasih.

Hari demi hari, aku makin banyak berfikir. Banyak sangat perkara2 d sekeliling aku menyedarkan aku dari kealpaan. Alhamdulillah, tu tandanya Allah masih sayangkan aku.

Alhamdulillah.. aku nak panjatkan rasa syukur kerana d lahirkan dalam family aku yang sekarang ni. Bukan semua family orang lain sama dengan family kita, jadi bersyukurlah kita anak2 d kurniakan ibu bapa yang bertanggungjawab dan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia. Alhamdulillah.

Ape yang aku bebelkan ni?? aku pun x pasti. Ngee~ ok. Aku nak ajak korang berfikir jap. Relaks2 kan minda… korang perasan x dengan fenomena umat islam sekarang ni?? errr… sebetulnya banyak fenemona sebenarnya. Huhuhu~ untuk lebih spesifik, sikap umat islam dalam mengambil mudah hal solat berjemaah. Ha… aku ingat lagi, zaman muda2 dulu, sekolah asrama katakan… memang konpem kena g surau solat jemaah. Tu pun kadang2 ade gak ponteng. Ngee~ dak nakal katakan.. tu yang wajib, nak xnak memang kena pergi, tapi bile dah lepas zaman persekolahan ni, sape lagi yang suruh2 kita pergi surau solat berjemaah?? Kalo bukan kehendak diri sendiri, jangan harap… betol kan?? Sape yang terasa tu… semak2 la diri ye. Si penulis pun kadang2 x terkecuali. Hohoho..

Kenapa lak si penulis timbulkan soal solat berjemaah ni?? ha.. kerana kekuatan islam tu terletak pada kekuatan perpaduan ummatnya. Ada satu nukilan mengatakan “pernah seorang penguasa yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku, yakni apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat”*Ala… perpaduan kan de kat mana2…* ok..camni la… korang ingat x yang masa kita sama2 buat demonstrasi membantah keganasan Israel?? Fuh…. Ramai nor orang. Semua bersemangat. Pergh!! Semuanya bukan main, semangat bencikan tentera zionis tahap gaban semuanya membara dalam hati. Tapi… saat tu je orang ramai.. bila waktu solat subuh, ke mana hilangnya orang2 ramai tadi?? Hanya beberapa baris jemaah je memenuhi masjid. Ke mana hilangnya semangat membara tadi?? Kalo setakat cakap kosong je, baik x payah. Cakap mestilah d susuli dengan tindakan… baru betol. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah maka seakan-akan die telah solat separuh malam. Dan barangsiapa solat subuh berjemaah (atau dengan solat Isya’ seperti yang tertera dalam hadis Abu daud dan al-Tirmizi) maka seakan-akan die telah melaksanakan solat malam semalam penuh”(riwayat Muslim). Solat subuh berjemaah di jadikan pengukur d kalangan orang yang serius dan tidak serius dalam ibadatnya.
Selain tu, cuba kita renung2kan gak. Nak ajak korang imbas kembali korang berhari raya. X kira la raya aidiladha mahupun aidilfitri. Mesti best kan?? Pakai baju baru… makanan sedap2… pastu dapat duit raya.. (besar pun dapat lagi ye?? Ngee~) mesti sekarang ni dalam fikiran korang terimbau kembali ke saat tu… jap2. Pause jap. Agak2 korang la, dalam gambaran korang tu, korang de perasan x korang pergi solat subuh berjemaah...?? agak2 ade x?? ke bangun subuh pun dah subuh gajah ni?? ha… senario zaman sekarang. Waktu nak solat sunat hari raya aidiladha, yakni waktunya jam 0830, bukan main ramai orang. Perkarangan masjid yang lengang tetiba x muat nak parkir kereta sampai terpaksa parkir jauh, jalan kaki. Fuyoohhhh… ramai nor orangnye! Semua muka berseri2. Bukan setakat parkir, nak solat pun terpaksa berhimpit2. X muat. Sampai terpaksa tempatkan khemah extra. Tapi.. subuh tadi.. ade beberapa baris jemaah je. Erk… mana yang lainnya? Ha… ni la lagi satu yang peliknya tentang orang kita. Yang sunat d besar2kan, yang wajib d ringan2kan. Pelik2. Aku sarankan korang dengar nasyid bertajuk “aku hairan, aku pelik” nyanyian kumpulan Mawaddah. Ishk2..

Fikri2kanlah ye. Ampun maaf di pinta andai tulisan aku de menyakitkan hati sesape. Yang salah, tegurlah ye. Yang baik tu sama2 kita buat pedoman. Jangan cakap belakang, tegur je aku depan2. Dari korang dapat dosa, baik sama2 tolong aku improvekan diri aku. Wallahu’lam bissawab…

cakapdalamhati: pinjam buku banyak2 tapi bacanya tidak. Afiah, what’s wrong with u?? where’s d habit of liking to read books?? Where has it gone?? Afiah, wake up from your daydream. You’ve to spend some of your time by doing beneficial thing. D one that gives advantages to u. do d things dat u like dear. I noe u love books. Plez.. don’t strain urself.

Nota: antara buku2 yang di pinjam.(aku baca semua, tapi x habiskan. Ade yang baca part2 best je.huhuhu)
• Sakaratul Maut: Bersediakah Anda Menghadapinya by Dr ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
• Being Happy! : A Handbook To Greater Confidence and Security by Andrew Matthews
• Get A Better Night’s Sleep by Prof Ian Oswald and Dr Kirstine Adam( pinjam sebab nak tau cara nak dapatkan tidur yang berkualiti, walaupun tidur sekejap.*kualiti ke mcm tu??* apa2pon, Buku ni bagus.
• Eat That Frog! : 21 Great Ways to Stop Procrastinating and Get More Done in Less Time by Brian Tracy
• Celebration Calligraphy by Ruth booth( aku ske design kad. So blaja banyak dari buku ni)

maaf.

to: si sengal

mesej: ye. sori. tadi aku sangat terkesan bila ko tuduh aku camtu. yela2 pak cik. aku x sepatutnya marah tadi. emosi x terkawal. mau aku terkejut macam kena karen tadi. sori yep. kena husnuzon dengan ko. jaga diri bai.

orang kelantan dan bomoh2??: mistikkah kami??

bismillahirrahmanirrahim... yes. saya menulis di sini lagi. ape yang membuatkan aku terpanggil untuk menulis lagi?? saya nak menjelaskan beberapa perkara. yes. saya orang kelantan. apa peliknya dengan orang kelantan??
kata orang johor.." orang kelantan ni selalu guna bomoh2"
ishk3... tuan puan sekalian... kat mane2 pon, ade je khidmat bomoh ni... x semestinya kat kelantan je ok. dan hanya orang yang x beriman je sanggup guna khidmat bomoh2 ni... dan bagi yang anggap orang lain nak guna khidmat bomoh ni.. kite panggil ape plak ye??semangat x ske negeri2 ni memang ade kat mane2. even si penulis ni pun ade xske orang dari negeri tertentu. tapi tahukah anda?? sebenarnya diri kita la menentukan camne kita. bukan negeri kita. jadi penulis harap sikap2 perkauman dan buruk sangka ni xde dalam diri kita. wassalam...

Sunday, December 6, 2009

sila jauh. ikut arahan ya. tq.

hati tidak keruan.
sengal.sengal.sengal.
sangat tidak suka.

"boleh x ko lenyap je??"

bile anda sangat bajet dan perasan, boleh bawak diri anda jauh dari saya.
kewujudan anda hanya untuk menyempitkan lagi salur pernafasan saya dan seterusnya mencuri bekalan-bekalan oksigen yang berada berhampiran dengan saya.


jangan muncul dalam hidup saya lagi.
sila bergembira sahaja dengan hidup anda.
jangan kaitkan saya dengan anda lagi.
anda ialah bosan.
diam. fullstop.

warkah buat Mak...



Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

ketika hati terleka


KETIKA HATI TERLEKA
LALAI DENGAN HAL KEDUNIAAN
SEDETIK ITU JUALAH RASA KESALAN MENDATANG
MENGGARAP KEMBALI SEKEPING HATI
SUNGGUH BUTUH PEGANGAN ERAT

KELAM MELIPUTI ATMOSFERA
DAN DI SITU
HATI KECIL MERINTIH SENDIRI
MEMOHON KEAMPUNANNYA
KEKHILAFAN LALU
SAYU. SEPI.

Saturday, December 5, 2009

xde motif. x payah baca.

sangat2 terasa kehilangan sesuatu. uhuk2. (ih, nak balik..)..

don noe how to describe it. urgh! saya sedih.

ummi, boleh x nak balik cuti midsem ni?? soalan yang pasti xkan d utarakan sebab ummi dah cakap x payah balik. uhuk2.

adik, kak nurul, kak yah nak balik... jumpa adik ngan kak nurul...
hari tu kak yah balik kejap je.. uhuk2. sedih. nak peluk korang!!

homsik kah?? tidak. tidak. saya bukan homsik. saya rindukan keluarga saya. saya nak peluk mereka semua. buang tebiat ye afiah?? x pernah2 peluk abang2 tiba2 nak peluk dieorang lak. saya takut. saya nak kami semua selamat. saya nak kami semua bertanggungjawab ke atas satu sama lain.

Ya Allah, Engkau peliharalah keluargaku, kaum kerabatku agar kami semua berada dalam jagaanMu. bersama rahmatMu.

ih... sesungguhnya apa yang kau usahakan tu betol tapi kita x boleh tinggalkan dunia. sesungguhnya dunia jambatan akhirat...

siyes. rasa nak nangis. biarlah post ni xde motif.
saya memerlukan anda semua. uhuk2. terasa kosong. kosong dalam sepi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

alhamdulillah... afiah x lama dalam melayani rasa sedihnya. dia bangkit semula.

afiah sayang, kenapa perlu sedih2?
kan anda ada Dia.. Dia la Maha Mendengar akan rintihan hamba2Nya.
keep moving forward afiah!!
your day is juz waiting for u dear=).
lalalala~
crazier, crazier, crazier.
life like this.
duh!

pesanan untukmu hawa

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam,
kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup,
tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam,
kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.
Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam
bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat , maruah kita terpelihara,
kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya,
kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia,
sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang
soleh solehah,
kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan
dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.
Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu.
Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu,
kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban
suamimu,
andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan??
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka.
Tetapi hawa,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya.
Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya ?? dan aku benci mendengarnya??

Al-Quran:Harta Utama

bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah... berkesempatan aku post entri ni. sama2 kita hayati tulisan d bawah ini. semoga tiap2 hati yang membaca, mendapat rahmatNya... amiin3x...

Manusia macam kita...
Memang pandai bercakap,
Menyalahkan orang lain,
Mengutuk orang lain,
Perlekeh orang lain,
Merendahkan orang lain.

Orang macam kita...
Di mana-mana pun ada,
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain,
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri,
Tengok pada diri sendiri dahulu!

Jangan...
Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berceramah sana sini, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca!

Kenapa tak baca..?
Tak sempat..?
Busy..?
Tak faham..?
Tak reti..?
Malas..?

Dapat surat dari pejabat tanah..
Dalam bahasa melayu kamu boleh baca!
Dapat surat lawyer dalam bahasa inggeris kamu boleh baca!
Dapat surat daripada Allah dalam bahasa Arab kamu tak boleh baca!!
Apa nak jadi?

Rugi rugi rugi

Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan! hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu ke sana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
Hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

astaghfirullahal'adzim... dalam kita sibuk dengan urusan dunia, selalu sahaja kita lupa akan harta kita nan satu: Al-Quran. inginku di sini mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 semua. sama2 kita perbanyakkan bacaan Al-Quran. sesungguhnya d sisi Al-Quran itu penawar untuk kita. sama2 kita istighfar d kala terleka. sama2 kita ingatkan antara 1 sama lain d kala ada antara kita terleka. sama2 kita pegang sahabat2 kita agar semuanya berada dalam kesejahteraan.

nota untuk teman2:
aku manusia biasa. macam kamu gak. tapi dalam biasa pasti ada yang membezakan kan? kita semua biasa tapi iman dan amal lah yang membezakan kita semua. dalam sehari-hari aku, pasti ada surut naiknya iman d dada. semalam aku menangis keinsafan, hari ini aku ketawa tanpa sedar. tanpa peringatan dari orang2 sekeliling, aku juga mampu terus tersungkur. kita hidup untuk menyokong antara satu sama lain. tambah2 lagi dari segi agama. kita bersaudara. jangan bersahabat untuk dunia sahaja, tetapi bersahabatlah sama demi mencari akhirat yakni nasihatilah kawan2 selagi termampu. aku mengingatkan diri sendiri jua. seandainya aku leka, terus hanyut dengan perkara2 yang melalaikan, aku pinta pada kamu, untuk menyedarkan aku kembali. wassalam..

sedetik.

kelmarin
aku jengahkan diri ke ruang itu
kosong
terus sahaja tergumam bisu

semalam
aku hadirkan diri seketika
cahaya malap memenuhi
wajah menggaris senyum sumbing

hari ini
setiap detik berlagu tenang
sinar mentari menyelubungi
dan aku
mata bersinar pengharapan di hias indah seulas bibir merah merekah
manis dalam tawar.

again. akhmal.

bismillahirrahmanirrahim...
seriously, i'm shocked!!
hoho~
glad to read diz akhmal.

this poem is dedicated by akhmal to me and nedd. isn't he sweet?? hahahhaha..;P
it can be denied. still. lolo~
nedd, sy xleh kompromi bile anda melabel die sebagai sweet. (nada cemburu dan dengki)

let's check out what he had wrote



I don't have to worry anymore, cause you will be by my side when I cry

You always smile at me
I am blessed because you always shine before me
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

These plenty happiness that I felt at this moment
All the friends that I have here, you the best present
I am blessed because you always be by our side
Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength (change to strength)
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
All of your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Always always always my Best Friend

Tuesday, December 1, 2009

hello by evanescene. a dedication from akhmal. lol~

playground school bell rings again
rain clouds come to play again
has no one told you she's not breathing?
hello i'm your mind giving you someone to talk to
hello
if i smile and don't believe
soon i know i'll wake from this dream
don't try to fix me i'm not broken
hello i'm the lie living for you so you can hide
don't cry
suddenly i know i'm not sleeping
hello i'm still here
all that's left of yesterday

Monday, November 30, 2009

apakah engkau seorang pejuang?

Engkau ingin berjuang,

Tapi mengapa tidak mampu menerima cabaran&ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi mengapa rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi apabila menjadi pemikul agak membebankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi kurang menjaga kesihatan
Engkau ingin berjuang,
Tapi masa tidak sanggup kau luangkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi kerenah sahabat engkau tidak tahan
Engkau ingin berjuang,
Tapi pengurusan diri lintang pukang
Engkau ingin berjuang,
Tapi amalan tidak ditingkatkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi disiplin diri engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Tapi kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tapi adab muamalah engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Ibu bapa engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Kekasaran dan kekerasan yg engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Tapi Iman dan taqwa engkau lupakan.
Engkau katakan engkau ingin berjuang,
Tapi apakah yang sebenarnya hendak engkau perjuangkan.