CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, October 3, 2009

*sigh*

semalam itu pasti
hari ini sedang ku jalani
esok masih ku nanti

Friday, October 2, 2009

istikharah belom. jadi?

bismillahirrahmanirrahim... sudah lama x bermonolog. hoho.. dan juga bercerita. hmm.. sebenarnye de benda yang mengganggu fikiran aku. betol ke aku nak tukar rumate ni.. yela kan.. istikharah nye belom. jadi x pasti pe yg aku buat ni betol ke x. sesungguhnya untuk tngglkan fayizah sendirian, sy sngt takut dan sedih.

hari tu, lepas exam physic, ku layan muvi. tgh syok layan cite yokito na kimata, ttba satu alunan lagu kedengaran dr fon aku. mesej rupanya.

" piah, tukar rumate nak x?"
"nak!!!!!", aku menjawab tanpa berfikir panjang. seronok betol rasenya waktu tu. yaish!
terus saje ku khabarkan pd fayizah. em, die menerima tapi wajahnya sugul. aku x layan sangat pon tapi ku tau die sedih. biarla die dengan perasaan die. n act she's crying. rite aftr she performd d prayer. aku masih lagi diam. tanpa banyak bicara. yang pasal tu aku xleh tolong la.. sori..

niat d hati bukan xnk bersama tapi ade keperluanku yg perlu aku penuhi. sungguh fayizah. sy syg awk sngt2. sy nak jaga awak supaya awak jadi muslimah solehah. saya nak selalu berada d samping awak time awak sedih, bagi semangat untuk awak. mengajar awak erti hidup sebenarnya. bantu awak cari diri sendiri. sesungguhnya saya takut kalo saya dah x serumate dengan awak, xde sape nak jaga awak. saya sayang awak sebagai saudara saya. dan saat ni, saya rase nak peluk awak je wlaupon awak de d sisi saya, tapi bukan sedang membaca entri saya. air mata pon dah bergenang tapi saya elak awak nampak. entahla. hati terasa berat. padahal semuanya dah konpem.

next sem aku akan serumate dengan rumate masa sem 1. xde mslh pon dgn die. saliha pon ok saje. sesungguhnya diri aku ni masih lagi bnyk kekurangan, kelemahan, dan saya juga kadang2 perlu sum1 untuk bgtau sumthng. x semestinya aku boleh nasihat orang, aku dah cukup baik. terasa hina benar diri ini. pujian sebenarnya umpama ejekan bagiku. ya Allah, diri ini yang berdosa. kerdil sungguh. banyak sungguh rasenya tanggujawab aku. banyak. x terhitung. haiz. afiah, mampu ke ko pikul semua ni?? nanti d persoalkan, nak jawab ape?? haiz. sesungguhnya saya takut. saya perlu kekuatan dariNya. hanya padaMu ku pinta, ku pohon, semoga Engkau sentiasa dekat denganku.. amin...

tadi menghabiskan masa dengan fayizah. kami ke mid. bayangkan la.. aku tido 2 jam je, tapi jalan2 sepanjang hari. gile r... tapi ku sanggupkan juga demi fayizah tersayang. x sanggup tengok die kecewa. saya tido pukul 6.30, bangun pukul 8. erk.. buat pe?? buat bnda merepek. ni la jadinye kalo dah habis exam. tengok muvi saje kejenya. ku tengok cite geng n vampire vs worewolf muvi. lin janji pukul 8 dengan madam, tapi d sebabkan kelewatan aku dgn saliha, jadi la 8.30.. mdm dah pergi dewan nk jaga exam. katanya jumpa pukul 12.15 kat bilik die. aku teruskan la langkah ke library. pulangkan buku yang dah overdue. ngee~ padahal sy x brape bukak pon buku 2. lol~ rm4 kot dendanya. hahaha. padan muka! lewat lagi! tp x pernah serik pinjam buku. hahaha.. ku tnye kak long, bile nak datang ambik barang.. she said diz evng. haiz. nak jmpa mdm tghri, kak long nk dtg petang, bile masa nak kluar, nak kemas barang nih?? haiz. pening2. ku tersepit d antara 2 ruang masa. argh! ! ttba dayah lak salah aku nak balik sama ngan die.. padahal pagi tadi aku dah jelaskan aku xleh ikot die. ku turutkan je salah faham die tu. nak jaga hati die. xpela. katanya, " piah, pukul 10.30 tnggu kat bawah". masa tu aku kat lib lagi. haiz. ok. aku pon pakaian dah elok, x kena tukar, jadi aku terus balik bilik, ambik barang pe yang patut, siap2 nak kluar dgn dayah n yana. yana lak, time dlm bas, entah cmne tertinggal purse lak. adeh.. die patah balik. tinggal aku berdua je ngan dayah. sebenarnya niat aku kluar nk beli tiket balik. baru je lepas beli tiket, aku dapat tau mdm nak jmpa pkul 11.45. time tu dah pukul 11.10. erk?? sempat ke smpi??

x sempat buat pape, aku terus je balik. tapi kali ni bersendirian. dayah stay saje d kl central, tggu yana. die ckp die hantarkan aku smpi tempat tnggu bas. dlm2 kami berjalan, aku ck kat dayah, " dayah, ko jgn pegang tangan aku tau. ko buat bodoh je. aku kena berdikari! nnti nak lintas jalan sorg2". die pon ckp ok je. dlm perjalanan tmpt tggu bas, die m'duga aku. tiba2 cakap. "piah, kite lintas kat cni" aku terkejut. cepat saje aku hulurkan tangan untuk dayah sambut. aiseh!! die mendugaku! die xnk smbut tangan aku. mase tu jugak aku perasan, asal nak lintas jalan je, msti aku pimpin tangan sesape. i mean tgn kwn aku la. xkan la orang asing. diri aku terkesima. dayah tersenyum, ketawa. bile smpi ke jalan 1 lg, die suruh lintas dkt tmpt yg aku x biase. b' argue la dengan die kat c2. last2 aku mengalah. padahal kan.. tempat melintas tu sebenarnya ikut line yang betol.. tempat melintas betol. sepatutnye aku x perlu takut la. hahahha. dah nak wat cmne. mmg fobia. hahaha. pdhal xde sbb munasabah pon nk fobia. haiz. afiah ni, mcm2. lol~ saya rase sangat ganjil jalan sorang2, dan aku hanya mmpu tersenyum sbb bangga dengan diri sndri. sy berdikari! syg dayah!! naik bas.. ok.. smpi lg 1 saat nak lintas jalan. depan uia. waa.. sy sorang je turun tapi sangkaku salah. de mamat bangla turun sama. i thought he's foreigner, so i speak english with him. " u r uia's student?" " no, i'm not." " owh? then where're u heading 2?" " to seksyen 17." "owh... act i'm afraid to cross diz road"( muka sipu2 malu.. dah besar pon xtau nak lintas jalan. adeh.) die balas" em, act diz road is really dangerous. it's hard to cross it from here. they should put smthng here" aku sokong." yeah. smthng like crossbridge. (ngee~ pale hotak ko. ko dh besar pon ngade2 cam dak kecik. haiz.) jadi selamat la kami melintas jalan. aku ckp thanks, he replied c u. ngee~ die heroku tadi. hahaha. saya terpaksa menahan muka malu tegor die untuk lintas jalan. kalo cmtu, senang kan orang nak ambik kesempatan ke atas aku?? *fikir bukan2*

aku smpi pukul 12.05 kot. terus berlari dengan laju tnpa fikirkan aku yg pakai jubah dan kesihatan diri. belasah je! tapi ok pe. aku pakai seluar kat dalam, aku nak selak pon xpe r. hahaha. tapi xde sape tengok pon. erk.. mungkin de tapi aku rase biase2 je. hoho.. sy xleh kontrol ayu2 nih sebab dari kecik brutal. lol~ setel pnye setel, makan nasi, pukul 2 siap. penat weh... mata ngantuk gile tapi bdn x penat. gile ah... x tahan ni... fayizah dah bersemangat time tu. aku xde r mntk excuse. die tnye larat x, ku jawab larat je.. *jgn kecikkan hati orang. lagipon 2 pertama kali die keluar sndri ke kl. jadi aku xnk hampakan die. we're having good time 2getha. gile seronok. kami pergi ke exhibition sony. de la game yg ntah pape kan.. aku ajak die main.. die main r.. dapt baju free, kipas free, beg free, tgkp gambar2 sengal sama kat c2.. seronok!!

pengalamn dengan die.. sngt la seronok! huhu.. harap2 sem depan dpt kluar lagi dengan die. em, gtg. kemas barang x habis lagi. hehehe.. dah seharian keje berjalan je. babai~

10 cara membina motivasi diri

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.



4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

insan bergelar sahabat

perjalanan hidup kita ni mustahil tidak ditemani dengan sahabat atau teman atau kawan......
tapi apa sebenarnya niat kita bersahabat???
cuba tanya diri anda....mungkin anda tidak mahu keseorangan...ya!!mungkin itu salah satu darinya....

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

Alangkah manisnya hidup dalam dunia ini bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah
dan sanggup berkorban demi sahabat yang lain.....

salam ukhwah..

buta mata tidak bermakna buta hati.

"Marhaban biman 'atabani rabbi," demikian ucapan Nabi Muhammad s.a.w. setiap kali baginda bertemu orang itu.

Ucapan demikian khusus kepadanya sahaja dan tidak baginda lakukan demikian pada para sahabat.

Ucapan "selamat datang untuk orang yang olehnya aku mendapat teguran ALLAH," terjadi satu peristiwa yang berlaku ketika Nabi masih berada di Mekah dan dakwah Islam baginda menerima gangguan terus-menerus. Nabi Muhammad s.a.w. sedang melakukan dakwah kepada beberapa tokoh-tokoh Quraisy agar mereka memeluk Islam di antaranya adalah Abu Jahal dan Atabah bin Rabi`ah; pemuka golongan Musyrik.

Tiba-tiba datang seorang buta bernama Ibnu Ummi Maktum. Ia mendekati orang ramai yang berada di situ lalu berkata kepada Nabi:

"Ajarkan padaku ,ya Rasulullah apa yang diajarkan Allah kepada engkau."

Nabi tidak mengindahkannya. Rupanya baginda lebih mengharapkan tokoh-tokoh Quraisy itu dahulu sehingga tidak memberi perhatian kepada si buta tersebut. Kerana jika mereka masuk Islam, tentu ramai yang lain akan mengikutnya,demikian yang terfikirkan oleh Nabi ketika itu.

Sikap baginda itu tidak dibenarkan Allah. Allah s.a.w. dengan segera menegur kepada Nabi dengan menurunkan ayat dan menghendaki Nabi merubah sikap baginda.

"(Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana orang buta datang kepadanya. Barangkali, siapa tahu, beliau ingin membersihkan jiwanya. Atau ingin mendapat pelajaran bermanfaat (untuk dirinya). Adapun orang yang merasa dirinya kaya itu, engkau datang menghadapinya.Tidak ada (celaan) pada engkau bila beliau tidak membersihkan jiwanya. Orang yang datang pada engkau dengan kesanggupan usahanya,sedang beliau takut pada Allah, maka engkau tidak mempedulikannya. Sekali-kali tidak(begitu hendaknya)! Sesungguhnya (ajaran-ajaran Allah) itu adalah suatu peringatan."


Demikian ayat teguran Allah kepada Nabi yang di sebut dalam al-Quran, surah Abasa. Ayat ini telah menyedarkan Nabi dan baginda bertemu akan si buta itu dan Nabi s.a.w. ucapkan "marhaban biman atabani rabbi".

Padanya juga baginda ajarkan agama Islam seperti para sahabat yang lainnya. Pada suatu hari Jibrail datang mengunjungi Rasulullah s.a.w. ,sedangkan Ibnu Ummi Maktum berada dekat baginda.

"Sejak bila engkau tidak melihat," demikian ditanyakan padanya.

"Sejak saya masih kecil," jawabnya.

Lalu disampaikan kepadanya Hadits Qudsy. "

Bila Aku (ALLAH) ambil apa yang dimuliakan dari hamba-KU,gantinya nanti ialah Syurga (kalau beliau sabar)."

Di waktu lain pula ketika baginda hendak ke medan perang, Ibnu Ummi Maktum diangkat baginda sebagai Gabenor Tentera Madinah.

Semasa dalam pimpinannya itu, ketika solat Jumaat beliau sendiri yang membaca khutbah. Demikianlah beliau mendapat penghargaan dan Allah sudah menghargainya. Namun demikian Ibnu Ummi Maktum sedar akan dirinya dan beliau tidak lupa daratan atau menyombong diri. Sewaktu beliau berkhutbah jumaat, beliau tidak mahu menaiki mimbar yang selalu dipakai Nabi. Cukup dgn beliau berdiri di samping mimbar itu. Tetapi kerjanya sebagai muazzin adalah yang paling disukainya.

Nabi mempunyai muazzin yang lain iaitu Bilal. Kerana itu, Baginda telah memberi ketentuan waktu masing-masing.

"Bilal azan di waktu malam,maka makan dan minumlah kamu(untuk puasa) sehingga tiba giliran Ibnu Ummi Maktum (azan subuh)," perintah Nabi kepada kedua mereka.

Teguran Allah kepada Nabi sewajarnya menjadi peringatan kita bahawa orang cacat,miskin, atau orang kecil sekalipun jangan diabaikan kerana mungkin mereka juga kuat beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka sedia berkorban pada agama Islam. Sesungguhnya kejadian ini dijadikan teladan yang baik hendaknya bagi kita umat Nabi Muhammad s.a.w.

keutamaan membaca dan mengkaji al-quran

1. “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.”
(Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Al-Bukhari dalam shahihnya)

2. Diriwayatkan daripada Aisyah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda:

Terjemahan: “Orang yang membaca Al-Qur’an sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an, tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar), dia akan mendapat dua pahala.” (Riwayat Bukhari dan

Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

3. Diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy’aru ra, katanya: Rasulullah saw bersabda:

Terjemahan: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah Utrujjah yang baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti raihanah yang baunya harum sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti hanzhalah yang tidak berbau sedang rasanya pahit.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

4. Diriwayatkan dari Umar bin Al-Kattab ra, bahwa Nabi saw bersabda:

Terjemahan: “Sesunggunya Allah swt mengangkat darjat beberapa golongan manusia dengan kalam ini dan merendahkan darjat golongan lainnya.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

5. Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah saw bersabda:

Terjemahan: “Bacalah Al-Qur’an karena dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.”
(Riwayat Muslim)

6. Diriwayatkan dari pada Ibnu Umar ra, dari pada Nabi saw Baginda Bersabda:

Terjemahan: “Tidak bisa iri hati, kecuali kepada dua seperti orang: yaitu orang lelaki yang diberi Allah swt pengetahuan tentang Al-Qur’an dan diamalkannya sepanjang malam dan siang; dan orang lelaki yang dianugerahi Allah swt harta, kemudian dia menafkahkannya sepanjang malam dan siang.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Telah saya sebut pula dari Abdullah bin Mas’ud ra dengan lafaz:

Terjemahan: “Tidak bisa iri hati, kecuali kepada dua macam orang: yaitu orang lelaki yang dianugerahi Allah swt harta, kemudian dia membelanjakannya dalam keperluan yang benar. Dan orang lelaki yang dianugerahi Allah swt hikmah (Ilmu), kemudian dia memutuskan perkara dengannya dan mengajarkannya.”

7. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud ra, katanya: Rasulullah saw bersabda:

Terjemahan: “Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”

(Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)

8. Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri ra daripada NabI saw Baginda bersabda, Allah berfirman:

Terjemahan: “Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur’an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebiak-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnya adalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.
(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan)

9. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, katanya: Rasulullah saw bersabda:

Terjemahan: “Sesungguhnya orang yang tidak terdapat dalam rongga badannya sesuatu dari Al-Qur’an adalah seperti rumah yang roboh.”
(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan sahih)

10. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amrin Ibnul Ash ra dari pada Nabi saw bersabda:

Terjemahan: “Dikatakan kepada pembaca Al-Qur’an, bacalah dan naiklah serta bacalah dengan tartil seperti engkau membacanya di dunia karena kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”
(Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’I, Tirmidzi berkata, hadits hasan sahaih)

11. Diriwayatkan dari Mu’adz bin Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda:

Terjemahan: “Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.”
(Riwayat Abu Dawud)

12. Ad-Darimi meriwayatkan dengan isnadnya dari Abdullah bin mas’ud daripada Nabi saw:

Terjemahan: “Bacalah Al-Qur’an karena Allah tidak menyiksa hati yang menghayati Al-Qur’an. Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini adalah jamuan Allah, maka siapa yang masuk di dalamnya, dia pun aman. Dan siapa mencintai Al- Qur’an, maka berilah kabar gembira.”

13. Diriwayatkan daripada Abdul Humaidi Al-Hamani, katanya: “Aku bertanya kepada Sufyan Ath-Thauri, manakah yang lebih engkau sukai, orang yang berperang atau orang yang membaca Al-Qur’an?” Sufyan menjawab : “Membaca Al-Qur’an. Karena Nabi saw bersabda. ‘Orang yang terbaik di antara
kamu adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.”





KELEBIHAN ORANG YANG MEMBACA AL-QUR’AN

1. Ibnu Mas’ud Al-Anshari Al-Badri ra meriwayatkan dari Nabi saw, sabdanya:

Terjemahan: “Orang yang paling berhak menjadi imam dari suatu kaum adalah orang yang terpandai membaca Kitab Allah diantara mereka. Jika mereka sama taraf dari segi bacaan, maka yang lebih mengetahuai tentang sunnah.”
(Riwayat Muslim)

2. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas raa, katanya “adalah para pembaca Al- Qur’an hadir di majlis Umar ra bermusyawarah dengannya, terdiri dari orang tua dan pemuda.”
(Riwayat Bukhari dalah shahihnya)

Ingatlah bahwa madzhab yang shahih dan terpilih yang diambilkan para ulama ialah bahwa membaca Al-Qur’an adalah lebih utama dari membaca Tasbih dan tahlil serta zikir-zikir lainnya. Banyak dalil kuat yang mendukung hal itu, Wallahua’lam.


*adapted from iluvislam.com

HATIKU SEBESAR CAWAN

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

BERJAYA ATAU GAGAL PILIHAN SENDIRI!

Di antara hikmah kita dijadikan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini ialah bila kita diberikan akal untuk berfikir kemudian mengemudi akal kita dengan cara yang terbaik dan bila baik pelayaran akal kita maka kita akan berlabuh dengan mulia di pelabuhan abadi nanti. Namun, kadangkalanya kita sering menjadi seorang pelayar yang gagal, sudah berputus asa dan harapan, biarkan sahaja bahtera karam atau berlabuh di pulau sepi. Akhirnya pelayar kapal kalah dengan ciptaanNya yang bernama ombak dan ribut. Tiada akal dan tiada otak. Bagi pelayar yang berjaya melabuhkan kapalnya pula merupakan wira samudera, bijak dan hebat megawal keadaan serta perkasa membunuh 'TAKUT'. Kini pelayar yang berjaya sudah tiba di pelabuhan. Kemana destinasinya? Itulah hikmah manusia, dijadikan untuk benar-benar manjadi “Manusia yang Manusia”.

LUMRAH TRADISI DAN TRANSFORMASI

Menjadi seorang yang berjaya dan disegani bukanlah bermula dengan mudah dan senang, tidak seperti menyebut huruf A hingga ke Z. Rintangan dan dugaannya susah; perlu menghadapi dan dihadapi. Itu lumrah keadaan, bukan ciptaan mahupun rekaan. Bila mahu melaksanakan sesuatu yang baru, pasti ada yang memberontak; si TRADISI pasti bertindak menghalang si TRANSFORMASI untuk terus melaksanakan cita-cita. Akhirnya 1001 pertembungan akan berlaku. Siapa salah, siapa benar? Sekiranya dibincang dan dibahaskan, akhirnya pasti juga wujud “Khilaf”, akhirnya kedua-dua itu terkapai-kapai mencari titik yang tidak bertanda. TRADISI itu adatnya. Kena berpegang dan teguh berdiri. TRANSFORMASI itu pengubah adat. Perlu berkembang dan harus berjalan.

KALAU MAHU SEMUA BOLEH

Jika kita mahukan sesuatu luar biasa, apa yang kita akan buat? “Aku akan buat dan usaha sampai dapat!”, “Mestilah nak buat.. seronoknya!”. Angan-angan sudah mengatasi segalanya. Dibuai angan-angan kemudian diulit mimpi-mimpi indah dan kesudahannya sehingga kini masih lagi di KAKI AKAR. Berangan dan terus bermimpi-mimpi. KITA pasti bukan yang asyik berangan-angan dan bermimpi-mimpi, begitu juga saya. Kalau mahu semua boleh, kalau nak tiada yang mustahil dengan izin Allah. Ini kata-kata Abang Qobin (Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, Belia Melayu Islam yang pertama sampai di Everest , dan Belia Malaysia mengelilingi dunia dengan hanya berbasikal) pada saya setahun yang lalu dan ini juga maksud kata-kata Pasangan Muslim Pertama Asia dari Brunei Darussalam yang mengelilingi dunia dengan kereta pacuan 4 roda (Puan hayati dan Encik Harun). Mereka merupakan diantara insan yang cukup bertuah dengan diri mereka kerana mereka dapat apa yang mereka mahu. Tiada tuah yang mendekati mereka, kerana mereka sendiri yang mencari tuah, itu istimewanya kerana mereka bukan pelayar yang berputus asa dan apa yang mereka tahu ialah “Kalau mahu semua boleh!”. Mereka Berjaya kerana mereka berpegang pada prinsip dan misi. Mereka juga berjaya kerana mereka mahu menjadi yang terbaik. Misi yang mulia akhirnya menjadikan mereka insan yang disegani. Mereka juga manusia seperti saya dan anda. Siapa tahu, kita bakal menjadi seperti mereka?

HAKIKAT MATI

Alia masih setia berada di sisi kubur ibubapanya,Abang dan kakaknya pulang awal pagi itu. Setiap pagi raya dia dan adik-beradiknya yang lain sudah menjadi kebiasaan untuk melawat pusara kedua ibu bapanya. Bukan tidak selalu melawat pusara ibubapanya,tetapi hari ini dia berasa perasaan yang cukup berlainan. Dia terlalu rindu pada kedua ibubapanya,terlalu rindu sehinggakan dirinya merintih pada Illahi.

“Ya Allah,aku rindu pada ibu dan ayahku.Terlalu rindu ya Allah.Sehingga hari ini aku tak kuat untuk menghadapi kenyataan ini.Aku hamba yang lemah ya Allah.Bantulah aku,hiburkan lah aku ya Allah” Rintih Alia.Air mata laju mengalir di pipinya.

Hatinya cukup pilu ketika itu. Dia mahukan dakapan mesra dan hangat dari kedua ibu bapanya. Dia rindu dengan ungkapan sayang dari kedua ibubapanya. Dia rindu pada pujukan ibunya dikala dia sedih. Dia rindu kata-kata semangat dari ayahnya,ketika dia berputus asa dalam kehidupan. Alia rindu segala-galanya.

Tiba-tiba dirinya didakap abangya yang dari tadi memerhatikannya dari jauh. Abangnya memeluk dengan penuh perasaan. Nizam mengusap-usap kepala adiknya itu. Dia tidak mahu menangis,dia mesti tabah. Dia abang,dia mesti menunjukkan ketabahannya agar adiknya dapat menjadikannya sebagai teladan. Nizam melepaskan dakapannya,dia memanggil nama Alia.

“Alia …” Alia memandang abangnya. Panggilan abangnya persis suara ayah. Air matanya masih mengalir,namun dia cuba tabah.

“Jangan menangis dik,tangisan tidak dapat memberi apa-apa kepada ayah dan ibu. Di alam barzakh sana,ayah dan ibu hanya perlukan doa darimu dik. Jangan kau lupa pesan nabi dik.:
Ada 3 perkara yang akan menjadi manfaat kepada si mati;ilmu yang dimanfaatkan,harta yang digunakan pada jalan Allah dan doa dari anak yang soleh.

Alia mengesat air matanya,kemudian dia mengalihkan pandagannya ke pusara ayah dan ibunya. Dia anak bongsu daripada 6 adik-beradik. Setiap kali cuti semester dia tidak akan sabat-sabar untuk pulang ke rumah. Namun seminggu sebelum kedua ibu bapanya meninggal,ayahnya sering bercerita tentang mati setiap kali selesai solat berjamaah. Memang rutin setiap kali selesai solat,ayahnya pasti akan memberi sedikit tazkirah untuk keluarga,namun hari itu berlainan sedikit.

“Hidup ini tidak akan kekal Alia,setiap manusia akan menghadapi kematian. Allah dah berjanji akan perkara ini sejak nabi telah diutuskan lagi. Kata Allah:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.[1]

Namun Allah itu maha penyayang Alia. Allah itu sentiasa mahu membahagiakan hamba-Nya yang taat. Orang yang taat kepada-Nya,Allah akan berikan ganjaran Syurga dan tidak akan sesekali bau dan merasai kehangatan api neraka. Kata Allah:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung[2]

Suara ayah masih terngiang-ngiang di kotak mindanya,air mata Alia mengalir semula,dia rindukan nasihat-nasihat ayah. Nizam mengesat air mata Alia,dia tidak mahu adiknya terus berada dalam kesedihan.

“Masing-masing telah ditentukan ajalnya dik. kata Allah:

“masing-masing ajal itu telah ditetapkan”[3]

Dan Ajal itu sendiri tidak akan menunggu kita, kalau masa itu sudah tiba untuk kita kembali kepada Allah pasti kita akan mati dik. Ingat tak apa yang ayah bacakan untuk kita masa tu.” Tanya Abangnya kepada Alia. Alia menganguk kepala tanda dia masih lagi mengingati pesanan ayah. Dia terkesan dengan kata-kata abangya. Persis seperti ayah,kata Alia dalam hati.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya[4]. Itulah yang ayah bacakan untuk kita selama ini, tidak pernah ayah lupa untuk titipkan pada kita dik,” sambung Nizam pada Alia perlahan.

Alia menganguk perlahan, sambil membetulkan cermin matanya.

“Along macam ayah” Alia memeluk abangnya,Nizam membalasnya .Nizam tahu adiknya sudah boleh mula untuk menerima kenyataan ini.

“Erm..ok,kita balik rumah jom.Nanti yang lain-lain risau pula kita lambat balik.Hari pun macam nak hujan je ni.”Ajak Nizam untuk berangkat pulang pada adiknya.





“Along tak tidur lagi ke?”Sapa Alia pada Nizam.

“Eh adik,belum lagi,saja nak ambik angin kat luar ni.Adik tu,naper tak tido lagi?” Soal Nizam sementara tanganya memegang album gambar keluarga.

Sebagai seorang insan yang punyai perasaan,dia juga tak boleh lari dengan perasaan rindu pada kedua ibubapanya. Sepatutnya,malam ini dia akan berkumpul satu keluarga di halaman luar ini. Masing-masing akan menceritakan perihal masing-masing,ada yang lucu dan ada yang sedih. Itulah waktu yang paling membahagiakan dia sekeluarga. Namun kini ia tinggal kenangan,kenangan yang dia akan ingat selama-lamanya.

Alia mendekati Alongnya kemudian duduk di sebelahnya. Dia memegang tangan along kemudian dia dekatkan di dadanya. Alia selalu lakukan hal itu pada ibunya ketika masih hidup.

“Along,adik nak tanya boleh tak? Soal Alia.

“Apa dia dik?” Alia melepaskan tanggan alongnya.Dia seolah-olah mengumpul kekuatan.Kekuatan untuk menyuarakan soalan dia pada Nizam.

“Kita tahu ke bila,dan di mana kita akan mati along?” Soal Alia semangat,dari dulu dia mahu menanyakan hal itu. Baru sekarang dia mempunyai peluang untuk bertanya. Nizam hanya senyum dan kemudian dia meletakkan album tadi di atas meja. Nizam merenung anak mata adik kesayangannya. Betapa sayangnya dia pada Alia,dia sanggup pertaruhkan nyawa demi Alia.

“Tak boleh dik…Kita tak mampu untuk mengetahui hal itu.Itu rahsia Allah dik,Dia-lah yang akan menentukannya.Hamba tidak ada kuasa untuk menentukan.Kan Allah dah kata:

Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal[5].

“Kita hanya perlu bersedia untuk hari itu adik. Tak usah adik fikirkan dimana,bila dan bagaimana adik akan mati,tetapi cukuplah ia sebagai peringatan untuk adik. Kerana mengingat mati adalah satu penawar[6].Allah juga kata:

(Allah)Mewafatkan seseorang apabila sudah sampai masa matinya[7]

Nizam mengakhiri kata-katanya sambil dia menepuk-nepuk belakang tangan Alia. Alia mengangguk perlahan tanda dia berpuas hati dan faham apa yang dikatakan Alongnya. Dia memeluk alongnya untuk kesekian kali. Sambil air matanya terus deras mengalir,fitrah seorang wanita yang mudah tersentuh. Alia sedar,walaupun kedua orang tuanya sudah pergi meninggalkanya. Namun dia masih beruntung; kerana adik-beradiknya masih setia disisi,setia mendengar luahan,aduan dan sedia untuk memberikan dia kasih sayang. Akhirnya air mata Alia berhenti,Alia lena di bahu Alongnya…

“Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku saja. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan”[8].

ukhwah fillah selamanya..

'Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain untuk ikut program lagi. Saya nak…’ Aduni mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak dia ucapkan kepada murabbinya. Namun, dia benar-benar merasakan dia tidak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.

Fikiran Aduni menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Aduni akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu ‘bekerja’ sekarang kerana tarbiyah. Tapi saat ini, keindahan ukhwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman se halaqah sudah mula memudar. Aduni merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tidak tahu mengapa.

Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya. Namun ketika dia mahu meluahkannya kepada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya membuatkan Aduni sukar untuk mengucapkannya. ‘Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita’, begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah yang terkubu di dalam hati.


Fenomena di atas bukanlah sesuatu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta keguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah. ‘Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun’. Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika jatuhnya aktivis dakwah ini, ia bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama. Kisah Aduni adalah satu contoh.

Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada sebarang masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak setanding dengan teman-teman halaqahnya.

Kuncinya di sini adalah dengan berterus-terang. Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan baiknya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walau sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian. Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad’unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.

Lihat sahaja kisah keterbukaan Kaab bin Malik semasa perang Tabuk kepada Rasulullah saw. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah saw sambil berkata, "Wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allahswt akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu…” Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kita semua akan erti keterbukaan,berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad’u berterus terang akan kesalahannya, maka akan legalah hati walaupun mungkin ianya memalukan.

Di saat itulah motivasi rohani daripada murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk membantu dan mengembalikannya semula kepada langkah yang sudah ditinggalkan. Eratkan kembali ukhwah. Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang individu dalam tarbiyah adalah ukhwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah apabila kita rasakan sewaktu berprogram atau pertemuan rutin seperti menjadi kering tanpa makna. Kosong!

Perkara sebegini haruslah diatasi.Sesibuk manapun kita dengan aktiviti yang dilakukan, hak-hak ukhwah harus tetap kita berikan. Berwajah ceria ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh merasakan sifat empati terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah.

Andai kesemua hak-hak ukhwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk gugurnya sahabat-sahabat kita di atas jalan dakwah ini, insyaAllah. Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya bermula dari tarbiyah

ibu mithali, isteri sejati

wah! tajuk kita kali ni, agak sensitif ye=). hehe.. em.. bukan mahu berbicara pasal ni, tapi sekadar memberi peringatan kepada anda dan diri saya juga kerana mungkin suatu hari nnti kita juga akan menjadi seorang isteri dan ibu. jom kita semak! Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati? Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini. Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni.


Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti:-
* Berdoa memohon keredhaan Allah.
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga.
* Membersihkan hati dan pemikiran.
* Membina kebahagiaan secara proaktif.
* Mendidik diri sendiri.
* Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan
al-mawaddah(kasih sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihani).
* Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumahtangga.
* Membina rumah tangga berasaskan al-Mu’asyarah bil makruf
(pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
* Pembangunan fizikal dan kesihatan.
* Muhasabah diri.

Oleh itu, di manakah diri kita. Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS! Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!!

Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:-
1) Positif terhadap perubahan.
2) Positif terhadap diri sendiri.
3) Positif terhadap kepimpinan.
4) Positif terhadap masalah.
5) Positif terhadap orang lain.
6) Positif terhadap keadaan emosi.
7) Positif terhadap idea kreatif.
8) Positif terhadap membuat keputusan.
9) Positif terhadap qada’ dan qadar.

Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Antaranya ialah :-
- Analisis diri daripada pandangan anak.
- Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi.
- Bercakap benar.
- Kotakan kata-kata.
- Didik anak mengenai kemahiran sosial.
- Gunakan masa jitu untuk mengajar.
- Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga.
- Gunakan belaian positif lebih daripada negatif.
- Padam rekod negatif dalam pemikiran anak.
- Melatih anak berfikir.
- Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman.
- Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga.
- Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus.
- Hidupkan sunnah dalam rumah tangga.
- Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah.
- Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-
*Pendidik keluarga.
*Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga.
*Penasihat.
*Doktor dan jururawat.
*Mendisiplinkan anak-anak.
*Kawan atau sahabat.
*Penyelesai masalah.
*Merangsang perkembangan mental anak-anak.
*Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak.
*Model pada anak-anak.
*Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat.
*Mengawal ekonomi rumah tangga.
*Menjaga harta suami dan keluarga.

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu :-
1) Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri.
2) Tidak ‘berebut kuasa’ dengan anak-anak.
3) Memahami teknik memuji dan mengkritik anak.
4) Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak.
5) Mendidik anak berdikari.
6) Mempunyai nilai diri tinggi.
7) Bersedia meminta maaf daripada anak-anak.
8) Bertindak secara jamaah.
9) Mengorbankan kepentingan peribadi.
10) Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan.
11) Meneroka dan merangsang potensi anak.
12) Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
13) Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.


Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlulah mendalami ilmu keisterian. Oleh itu, berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.

19 hadis nabi mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat
penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.






5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang
yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki
yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

paradise


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

*adapted from iluvislam.com

air kosong, penawar segala penyakit

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


subhanallah... kekuasaan Allah ade depan mata kita.. pernahkah kita terfikir pasal smue ni??

warkah buat hawa=)

hawa,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah buat kedua ibu bapamu
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yg meringankan beban suamimu
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar merperjuang ad-din Allah.

hawa,
andai engkau belum berkahwin, jgn kau risau jodohmu.
ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik
jgn d mulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati
maka lahirnya senyuman, maka tercetusnya salam dan sekaligus d susuli dgn pertemuan yg membenarkan nafsu kejahatan menguasai diri

hawa,
lelaki yg baik tidak melihat paras rupa, lelaki yg soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki tetapi lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yg penting peranan agamanya.
lelaki yg baik juga tidak menginginkan pertemuan dgn wanita yg bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kpd syaitan untuk menggodanya. lelaki yg warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dlm sebuah perhubungan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

oleh itu hawa,
jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
andai di takdirkan tiada cinta drpd Adam untukmu, cukuplah hnya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hnya cinta drpd kedua ibu bapamu yg memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yg membahagiakan dirimu.

hawa,
cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta drpd insan yg juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaaan Allah. cintailah keluargamu kerana kau x akan jumpa cinta yg bahagia selain dr cinta keluarga dan cinta Allah.


janganlah sesekali tangan yg menggoncang dunia juga yg turut menggoncang iman~

insan bergelar hawa..

apabila kamu berkawan dengan lelaki,

ingatlah ada dua pilihan terbentang

yang pertama, kamu jadi seperti kelapa.

mudah d peroleh, d parut, d perah, dan d ambil santannya, lepas tu hampasnya d buang.

yang kedua, kamu menjadi sebutir mutiara,

berada d dasar lautan

tersimpan rapi

d lindungi kulit.

bukan senang nak melihat, apa lagi nak mendapatkannya.

hanya org yang bertuah berusaha menyelami dasar lautan

dapat memperolehnya.

harganya mahal sekali dan ia akan tersimpan selamanya.

jadi, kamu pilihlah sama ada hendak menjadi kelapa ataupun mutira.

d sebalik santan, mnjadi penyedap makanan,d perah segala kenikmatan, dgn mudah jatuh menjadi titisan dan akhirnya habis kari d makan.

pulut panggang sisa habis d telan dan santan hilang x jadi ingatan.

yg terasa hnya kelazatan kari dan pulut panggang

org x kenang jasa santan.

mutiara, tertanam d dasar yg paling dalam

sukar andai mengharap jadi perhatian kerana d lapisi kulit keras yg menghadang

namun kiranya d temui insan, akan menjadi permata hiasan

terletak tinggi d cncn idaman atau d leher nan jinjang atau d lengan menawan

makin lama mutiara tertanam, makin tinggi nilaian.


tentukan mana pilihanmu..

wahai jiwa yang tidur...

Wahai jiwa-jiwa yang tidur… Bangkitlah!
Bangkitlah dari lamunan dan igauan di siang hari
Akibat kekenyangan nafsu diri
Dan maksiat yang melingkari
Serta angan-anganmu yang tak tau berhenti
Apakah mata hatimu sudah tertutup
Atau pekak menjadi tuli
Umat Islam diganasi
Siang dan malam tanpa henti!

Bumi yang panas ini sekali lagi menjadi saksi
Kekejaman Yahudi Zionis
Mencabut nyawa Syeikh kami
Ahmad Yassin dan Abdul Aziz Rantissi
Kau tembak mereka bukan dengan peluru biasa
Namun dengan pelancar yang bertubi-tubi
Dari jenama Amerika
Bergegar tujuh petala langit
Akibat kezaliman kamu yang tidak terperi

Namun, langkah perjuangan tetap diteruskan
Biar kami semua tumbang satu persatu
Namun, aqidah kami tetap kukuh
Bagai Bukit Jabal Nur yang memancar cahaya Ilahi
Umat ini akan terus bangun
Akan ada 1000 lagi seperti Syeikh Ahmad Yassin dan Abdul Aziz Rantissi
Yang pernah berkata dari nurani suci
“ Aku mahu mati sebagai syuhada dari mati akibat kanser dan darah tinggi ”
Yang akan terus memimpin tangan-tangan umat
Demi membela tanah suci ini

Al-Quds bukan amanah mereka sahaja
Namun, juga milik kita
Yang mesti dipertahankan
Dengan apa sahaja cara
Hatta tergadai tubuh binasa

lelaki dan aurat wanita

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.


1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)

wallahua'lam


oleh: Bekas Budak UKM

* adapted from iluvislam.com