CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, May 31, 2010

lifeline4gaza

bismillahirrahmanirrahim... assalamu'alaikum. marilah kita sama2 memanjatkan doa kepadaNya supaya ahli konvoi misi talian hayat untuk gaza selamat. bersama ini, aku sertakan link untuk ke web lifeline4gaza untuk mengetahui berita terkini. setakat ini, melalui tontonan berita siaran astro awani jam 6 tadi, seramai 16 orang maut dan 60 orang cedera. talian telefon satelit serta sebarang alat perhubungan turut tidak berfungsi. 6 buah kapal di katakan turut ditawan. bersamalah kita ramai2 buat solat hajat mohon bantuan dari Allah. takbir!!


http://www.lifeline4gaza.org/

ada apa dengan minda??


perkara2 yang menumpulkan minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

selamat beramal..... ..

......dan yang paling penting dibawah ini........

sengaja lewatkan solat .
Allah tidak suka .
Kalau tertidur lain cerita

adoiii!!!

bismillahirrahmanirrahim
assalamu'alaikum
ape kisahnya ber'adoi' ni?? ha... tengahari semalam, nak di jadikan cerita, aku terjatuh masa turun tangga belakang. aku pun xtau macamana aku boleh jatuh. tau2 dah jatuh. aduhai.. memang sakit gile r. terus aku menangis kat situ. x dapat di gambarkan betapa sakitnya. dah jatuh tu, terus xleh jalan. terpaksa la aku mengensot ke ruang tengah. aduhai.. nangis memang x henti2. kaki pun dah mula bengkak. dah macam apa dah jadinya. kak nurul tuam dengan ais, kasi kurang bengkak. masa kena tu dalam pukul 12 tengahari. abang ngoh kol ayah, x dapat. terpaksa la tunggu sampai pukul 2.. dah siap2, dalam pukul 3, nak pegi umah tukang urut, tapi malangnya kami x jumpa rumah dia. abang ngah decide ke hospital, aku ikut je. sampai kat hospital, terpaksa naik kerusi roda, sebab memang kaki kiri xleh jalan. tunggu punya tunggu, masuk bilik doc, die kasi prescription ubat, balik. time tu dah dekat pukul 5, semua orang nak balik. kaki pun kena balut sendiri, die kasi bandage je. balik tu, aku terus tidur. sebenarnya dah 3 hari aku demam. tapi bukan secara berterusan la. kejap2 je demam, pastu kebah. sebab penat, tertido. sedar pun bila dengar suara mak angkat aku. die cakap entah kenapa rase nak datang jumpa aku.. rupa2nya aku x sihat... malam tu pegi umah tukang urut. ummi suruh cuba jalan. gile sakit r. sampai nangis2 aku. adik pun kesian tengok aku. die sayang aku la tu. hehe=). aku suruh ape2 pun xde die merungut macam time aku sihat. aku jalan turun tangga pun lambat gile.. macam siput. xpun lagi lambat. adoii... sampai kat rumah tukang urut, terpaksa di papah dah. terus xleh jalan. masa die urut tu, sakit la jugak. ade part sampai kaki kanan aku terketar-ketar. mak cik tukang urut tu cakap, ade elemen asing menumpang kat tempat sakit tu. ade satu tempat die tekan, sakit macam kena cucuk. sakit tajam. bukan sakit macam biasa. ade masa dia urut kat tempat sakit tu, aku nangis kuat gile, 1 badan terketar-ketar. masalahnya bukan aku buat tapi jadi sendiri. aku jadi nak nangis, suara pun sebenarnya dah mula nak lain tapi mak cik tu stop. abang aku tengok sama r. aku cite r kat die semua2 yang aku pernah alami. dulu aku pernah kena masuk. jadi mak cik tu cakap die nak menumpang la tu kebetulan aku sakit. siyes berat gile kaki aku before pegi mengurut tu. sakitnya bukan d whole kaki tapi bahagian hujung dekat dengan tumit belakang n buku lali je. lepas mengurut tu, alhamdulillah, dah bolen jalan sikit2. semalam tido, aku tersedar banyak kali. dengar bunyi atas bumbung macam orang berjalan. macam2 gak la dengar tapi aku buat bodo je. sambung tido lagi bagus. ade sekali aku tersedar ummi sentuh dahi aku. yang aku takutnya, kalo2 aku nampak lagi la. selama ni, aku banyak kali la nampak tapi semuanya berbentuk kabus. xdela dalam rupa yang menyeramkan. lagi2 umah aku ade tiang seri. orang cakap benda tu suka duduk kat situ. huih. seram je. tapi kami x kisah pun. masa aku duduk sorang kat rumah malam2 pun pernah ade orang panggil nama aku. terus aku pergi umah jiran lepas tu. sebenarnya memang ummi suruh pergi tido rumah jiran tapi aku yang degil, bukan de pape pon kalo dok sorang2. nah, akhir sekali, ke sana jugak aku. hehe.. nak kata aku x takut, takut jugak. tapi aku selalu selamba badak je selama ni. x pernah nak rasa cuak kalo basuh baju pukul 3 sorang2 kat bilik air asrama. tido sorang2 kat bilik pon x kisah kalo rumate balik. haiz. berani sangat pun x boleh jugak kan?? hmm... entahla. sekarang ni dah boleh jalan sikit2. tapi aku rase macam kaki kiri aku belok sikit. adeh.... kedudukan sendi x betul. malam ni xtau la nak gi mengurut lagi x. tengok la mcmna.
p/s: adakah aku di tolak sebenarnya??? persoalan tanpa jawapan...

Sunday, May 30, 2010

i care ok!

jantungku berdegup kencang. kaki tangan mula terasa sejuk. bagaikan aku dapat mendengar degupan jantung yang tidak normal. di tambah dengan kelajuan kipas menambahkan lagi perasaan sejukku. kaku. entah kenapa. entah kenapa. persoalan ditujukan pada diri sendiri. kepada sesiapa yang bisa menjawab. na, kau baru rasa sakit kan? sedangkan aku, luka 2 tahun dulu masih terasa. aduh. kenapa sukar benar untuk aku meluahkan semuanya pergi? entah kenapa tiap kali aku lihat foto itu, mata mula berkaca-kaca. menanti derai manik2 jernih sahaja. sudah lama aku pendamkan mungkin. sudah lama tidak ku luahkan pada sesiapa kerana aku mahu mereka semua tahu yang aku seorang yang tabah. tidak mudah kalah dan putus asa apatah lagi kerana seorang lelaki. ejat, walaupun kau sentiasa melihatku tabah, ketahuilah jat, aku kadang2 rase lemah. tapi aku sentiasa ingat pesanan ko dulu. "don't let ur emotion take over u afiah!" kata2 keramat darimu ku pegang. malah, dari aimi sendiri, "if u love sum1, juz let him go. if he's urs, he'll come back to u" siyes bermakna. tapi alhamdulillah, aku sentiasa mengharapkan cinta Illahi yang paling utama. aku pernah terbaca dlm iluvislam, "a women's heart should be so lost in God, that a man needs to seek Him in order to find her" MashaAllah.. sungguh mulia wanita tersebut. dan aku, insyaAllah, akan berusaha menjga hatiku sebaik mungkin. afiah, awak sayang diri awak kan? jangan biarkan sape2 lukakan awak lagi. awak pun kena jaga la diri awak. biar cinta yang hakiki menjadi milik awak. berusaha!

p/s: teringat peserta2 program imam muda. sejuk hati tengok semuanya. agak2 la kan, nak x ummi pilih yang mana-mana buat calon menantu dia? hehe=) kalo ikut tuan punya badan... pilih azhar boleh? hahahaha... menggatal!! dush!!! dah xde keje lain!

segan!! XP

adoii!!! segannya aku... haiya.. rasa macam xnak kontek dieorang dah. aduhai... jauhnya beza aku dengan dia tapi kenapa dia masih memihak pada aku? haiz. kalo d kira, sapelah aku berbanding die. adoi... siyes segan gile!!!!!!! malunya nak mesej die lagi. aiyak!!! xnak mesej die dah! aku ni pon satu, xde rasa malu ke masih kebudak-budakan depan dia?? siyes la die mungkin matured lagi dari aku. aku faham la kenapa budak tu pilih dia. maknanya dieorang ni secocok la.. sama2 kuat pegangan agama, sama2 menjaga... wah.. tumpang gembira la aku untuk dieorang. nampaknya, aku xleh dahla sengal2 dengan dak tu. mungkin die x cemburu tapi.. aku rase mesti ada jugak sikitnya.. tapi kan, kenapa dia pon beria-ia jugak ye perihal aku? adoi... pening gak bila fikir. kalo aku pun ada pasangan, lain la kalo nak sengal2 dengan budak tu, x kisah la dan aku rase die pon betol2 x kisah tapi.... sekarang ni.. mungkin elok kalo aku menjauhkan diri dari budak tu. haiz. segan betol dengan dia. dengan air muka yang bersih, terpancar seri, berselindung d sebalik hijab yang menepati syara', raut wajah yang lembut je apatah lagi tutur kata dan tingkah laku. haiz. kalo nak di bandingkan dengan aku, jauh benor. tapi pelik la bila dia menyebelahi aku. apa yang lebihnya aku dari dia? aku rase xde papepon. hmm.. entahla. semoga semuanya baik2 belaka di antara kami.

Thursday, May 20, 2010

saya nak jadi cikgu!

bismillahirahmanirrahim.. lamanya x update blog ni. ok. x nak cakap panjang berjela, cuma nak mintak korang doakan aku untuk temuduga kplspm di ipgm kota bharu selasa ni, yakni 25hb Mei 2010. alhamdulillah, aku dapat jugak tempat untuk temuduga biarpun panggilan yang kedua. ku harapkan sokongan dari semua....

kepada semua yang menyokong, tqsm! walaupun kita hanya bersua di alam maya, tetapi ukhwah itu tetap ada. salam sayang dari jauh. assalamu'alaikum=)