kekallah bersama kami. jangan kau pergi tinggalkan kami. kami semua sayangkan kau tapi entah kenapa sepanjang musim perayaan tu kami bagaikan terleka sedikit. maafkan kami kerana membuatkan kau rasa terasing di saat kau perlukan kami. dan sekarang, kami semua sibuk untuk dekat dengan kau tapi kau pula makin jauh dari kami. sungguh. kami doa supaya permohonan kau tidak diterima. maafkan kami tapi kami rasa itulah yang terbaik untuk kau. kami sayang kau. sayang amat. bersamalah dengan kami menempuhi onak dan duri dalam menjalani jalan yang lurus lagi benar. bersamalah dengan kami. bersamalah dengan kami. kelak, kau bahagia. bahagia hakiki akan kau jumpa setelah lama kau cari. jangan. jangan tinggalkan. jangan..... buka pintu hati kau. kuatkan semangat. cuba nilai mana yang terbaik. jangan terburu-buru buat keputusan.
kami semua sayang kau. percayalah.
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago
No comments:
Post a Comment