CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Friday, September 24, 2010

berubah. baik dan buruk.

bismillahirrahmanirrahim...

percaya atau tidak, saya sedang mencuri masa. oh2. kesuntukan masa tapi masih sempat meluangkan masa di sini. mungkin banyak perkara yang nak aku luahkan. oh. barangkali. mungkin. kita lihat sahaja.

ya. aku sekarang berada di ipg kpi. bahagia. alhamdulillah. namun sejak aku menjejakkan kaki di sini, aku baru sedar yang aku dah berubah. banyak yang berubah. dan aku seakan-akan menyesali akan beberapa perubahan itu. *sigh

ya. aku masih lagi aku yang dulu tapi... seperti aku katakan tadi, banyak yang dah berubah. dari sahabat yang sentiasa ambil kisah dengan masalah kawan-kawan, aku jadi seorang yang pentingkan diri sendiri. hanya masalah sendiri yang di fikirkan. ok. bukan masalah sebenarnya tetapi lebih menjurus kepada tanggungjawab aku. assignment. datangnya tanpa henti, menyesakkan diri ini. ya. saya telah memilih jalan ini dan tidak ada sesalan mahupun sedikit di dalam diri ini tapi apa pula tanggapan mereka kepada kesibukanku? bukan kata lupa pada mereka tapi... kerja yang menimbun, dan amat sukar dimengertikan membuatkan aku terfokus hanya padanya. sungguh. tiada niat dalam diri ini untuk abaikan sesiapa tapi itulah aku. telefon yang ada sekarang hanyalah untuk urusan yang penting sahaja. mau borak? maaf. tiada masa. sedih. sedih amat. ini baru hubungan sesama manusia. kalau denganNya pon aku bersikap begini, entah apalah yang dapat aku katakan. Alhamdulillah, masih terjaga namun aku rindu padaNya. rindu untuk sentiasa dekat denganNya dalam setiap masa. rindu untuk bernafas dalam namaNya dalam setiap saat. maksud aku di sini, aku rindu untuk sentiasa mengingatiNya dalam setiap detik jarum jam berubah. malu. tapi terpaksa mengaku. adakala hati ini lalai dari mengingatiNya. kadang-kadang kerja di jadikan alasan untuk tidak berlama-lama denganNya. sujud akhir pula makin pendek. apakah ini afiah? jangan kau tinggalkan mereka dan Dia hanya kerana urusanmu yang tidak seberapa. sedih. rasa mahu menangis. mengenangkan sikap yang sudah berubah. bagaikan tiada tempat untuk mereka dalam kotak ingatanku. haish. sedih. sedih. semoga aku tidak alpa dan lalai dari menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya. *T_T

entah kenapa banyak sungguh peristiwa yang mengusik hati aku. dengan peristiwa itu dan ini, fikiran aku makin celaru. banyak yang perlu difikirkan. bagaikan masa 24jam sehari itu tidak cukup. Ya Allah, hinanya aku. masih mahu mengeluh. *T_T

hanya padaNya ku berharap, meminta pertolongan. mengharapkan ditiup kekuatan ke dalam diri ini untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. semoga kau cekal afiah. dan semoga mereka semua begitu. walaupun diriku tidak hadir dalam segala hal hidupmu, ketahuilah. Dia ada. Dia ada untuk kamu. jangan sesekali hal yang kecil kau anggap masalah besar. dan di tekankan di sini janganlah di sebabkan soal hati antara sesama manusia membuatkan kau terleka dan hanyut. ingat. kau ada Dia. kita semua ada Dia. aku sayang kau. Dia juga sayang kau. kami semua sayang kau.

semoga kita semua masih menjaga keimanan masing-masing. dan juga ibadat yang telah kita lakukan selama ini. istikomahlah. janganlah kerana hal keduniaan yang x seberapa ini, kita lupa menjalankan tanggungjawab yang menuntut kita untuk menunaikannya.

cinta sesama manusia tidak ke mana, tetapi cinta padaNya membawa ke syurga. cintailah Ilahi. insyaAllah, bahagia hakiki akan kita temui. insyaAllah.

yang baik di jadikan teladan, yang buruk di jadikan sempadan.

Wallahu'alam.

Assalamu'alaikum.

Nur Afiah Binti Ab Rahman
D 101, IPIS

mood: keliru, celaru, rasa nak makan budu. hehe.. juz kidding. menghilangkan tekanan sahaja.^^_

No comments: