CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Tuesday, May 24, 2011

Hello Blog!

Bismillah...

Alhamdulillah... saya masih lagi di sini. owh. feeling awkward. heh. dah lama tak menulis di sini. lihat sahaja tarikh entri terakhir ditulis.


malam ni entah kenapa secara tiba-tiba saya mendapat inspirasi untuk mula menulis kembali, so this entry would be just a simple hello to you guys. :grin:

ada sesuatu yang bermain di fikiran saya pada tika ini. secara jelasnya, satu nama. baru sebentar tadi saya baca satu perkongsian rakan di facebook. perkongsian tersebut sungguh mengujakan dan saya turut mengiakan notakaki penulisnya: Jangan couple sebelum kahwin. Tak best.

bukan perihal tak best yang hendak saya tekankan di sini tapi ia lebih kepada keredhaan yang kita cari. mana mungkin nak bina sebuah masjid yang kukuh lagi indah berseri, menggunakan tapak atau asas yang tidak kukuh atau yang telah dicemari dengan unsur-unsur yang lain. saya sedang berupaya berjihad melawan rasa suka di hati, perasaan yang setelah sekian lama menjauh dari hati ini. walaupun sebelum ini memang pernah couple=_=". ah itu waktu dulu kan? ya. manusia harus berubah. berubah ke arah kebaikan, bukan ke arah yang sebaliknya. lantas tidak perlu lagi mengungkit kisah lama bukan? yang lama jangan dikenang, tapi harus dijadikan pengajaran penting dalam kehidupan. saya mengharapkan yang terbaik untuk diri saya. kau boleh Afiah!


Nota 1: rasa aman bila baca entri-entri yang lepas

Nota 2: soalan Matematik 1 tadi susah lalu saya tidak hiraukan dan terus sahaja mulakan langkah mengulangkaji subjek Matematik 2 ^^

No comments: