Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, akhirnya ada juga kesempatan untuk berkongsi sedikit coretan di sini. semenjak dua menjak ni, atau lebih tulus dikatakan, entah berapa lama sudah saya tidak berziarah ke sini. kalau ada pun, hanya untuk membaca entri-entri sudah yang mampu membuatkan diri ini tersenyum tatkala membacanya :)
Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah menjalani kursus birotatanegara di kem cinta alam kalimat, sungai siput, perak selama 5 hari 4 malam. Alhamdulillah, saya mendapat banyak ilmu sewaktu menjalani kursus tersebut walaupun pada awalnya saya merasakan program tersebut tidak lain tidak bukan hanya propaganda parti politik yang tertentu untuk 'membasuh' fikiran kami supaya menyokong mereka. hal itu saya ketepikan, dan saya lebih bersikap terbuka dalam penerimaan ilmu yang disampaikan, dan lebih peka terhadap kesahihan apa-apa yang disampaikan serta memastikan apa yang saya terima adalah dari sumber yang betul. lapangkan dada anda, bentangkan hamparan minda anda sebelum mula menjalani kursus ini agar kita tidak terlalu pasif dan bersikap negatif di sepanjang kursus tersebut. apa-apa pun, yang baik kita jadikan pengajaran, yang buruk kita jadikan sempadan. kita dah boleh nilai sendiri kan? :)
untuk menjalani program latihan dalam kumpulan, saya telah ditempatkan dalam kumpulan 7. cara pemilihan ahli kumpulan adalah berdasarkan tempat kedudukan sewaktu di dalam dewan. kami dikehendaki mengira dari nombor 1 hingga 8 dan seterusnya berkumpul bersama-sama pada satu tempat mengikut nombor yang kita sebut. Alhamdulillah, pengaturan Allah sungguh sempurna. saya ditempatkan bersama mereka yang dari pengajian agama dan bahasa arab :) bahkan ahli kumpulan saya terdiri daripada mereka-mereka yang 'arif. Alhamdulillah. walaupun kumpulan kami terdiri daripada tiga orang perempuan dan 5 orang lelaki, kami berjaya bersatu dan bekerjasama sebagai satu kumpulan dengan jayanya.
sewaktu saya mula-mula masuk dalam kumpulan tersebut, saya berasa agak kekok kerana kesemuanya tidak saya kenali dengan rapat. hanya sekadar tahu namanya sahaja, tidak lebih dari itu. tugasan pertama yang perlu kami laksanakan setelah pembahagian kumpulan tersebut ialah melukis panji kumpulan, menamakan kumpulan serta mencipta satu sorakan semangat bagi kumpulan. Alhamdulillah, sekali lagi saya rasa bertuah kerana ada dalam kalangan kami yang mempunyai kemahiran dalam melukis. Subhanallah... kagum saya dengan beliau. kreatif sungguh. panji yang dilukis menjadi lambang kepada kumpulan kami dan mempunyai maksud yang tersirat. saya tidak mengambil sebarang gambar di sepanjang kursus tersebut, termasuklah gambar panji kumpulan kami serta gambar bersama ahli kumpulan. nama keris setiawan diberi memberi makna keris sebagai alat yang digunakan pleh pejuang-pejuang tanahair pada zaman dahulu manakala setiawan membawa makna setia, setia pada agama, bangsa, negara. maka keris setiawan apabila digabungkan membawa makna perjuangan yang berterusan hasil daripada perasaan taat setia yang ada pada diri kami. sorak semangat kumpulan pula dicipta hasil kreativiti husaini dan hafizuddin :)
sesi kedua latihan dalam kumpulan ialah sesi suaikenal antara kami. mashaAllah... sungguh! orang kata, tak kenal maka tak cinta. Subhanallah... indahnya mengenali peribadi seseorang itu. terasa kepelbagaian yang wujud di sekeliling saya. sesungguhnya sesi tersebut membantu saya mengenali ahli-ahli kumpulan secara dengan lebih mendalam. saya bangga dengan anda semua kerana tiada perasaan segan silu dalam memperkenalkan diri :) anda buat saya kagum dengan peribadi kamu semua :)
dan pada sesi-sesi seterusnya, hubungan antara kami menjadi mesra. tiada lagi rasa kekok dan sebagainya, semuanya demi menyelesaikan tugasan yang diberi. teringat pula saya pada satu tugasan yang memerlukan kami menyanyikan satu lagu patriotik yang telah dipilih dan perlu dipersembahkan pada malam penutup latihan dalam kumpulan. kumpulan saya agak pasif dalam hal-hal nyanyian dan ada yang tidak mahu mengambil bahagian. saya agak terkilan sedikit kerana apa yang saya fikir, bukan propaganda mereka yang harus kita fikirkan, tetapi penglibatan kita dalam acara tersebut, namun akhirnya kami telah bersetuju menyanyikan lagu Keranamu Malaysia :). sekali lagi.. saya rasa agak kelakar dengan kumpulan kami. pada ketika majoriti kumpulan-kumpulan lain memakai baju kurung dan kemeja yang terdiri daripada warna hitam dan putih, kami dengan selamba memakai baju sukan dan berseluar trek serta berkasut sukan. ketika orang lain sibuk berlatih gaya itu dan ini, kami pula pening memikirkan gaya, itu tak kena, ini tak kena. :) tapi akhirnya, cadangan dari akmal diterima. dengan tangan dicekak ke pinggang, kaki dihayunkan kiri dan kanan, kami bakal menyanyikan lagu tersebut. ketika semua kumpulan lain masuk dari pintu bahagian kanan untuk membuat persembahan, kami terus-terusan bangun dari duduk dan menuju ke bahagian hadapan dewan tanpa keluar dewan terlebih dahulu. sungguh kelakar :). sebaik sahaja berdiri di depan, semua kaku. akmal pula melulu sahaja menyanyi lagu Keranamu Malaysia tanpa memberi arahan kepada kami. akhirnya, dengan gaya selamba dan spontan, Atikah memperkenalkan kumpulan kami. memang kelakar :). saya tak henti-henti ketawa. lagu sampai hilang entah ke mana sebab sibuk senyum panjang sampai ke telinga :). tapi.. malangnya bagi kami, apabila kami semua terlupa lagu bagi rangkap ke-empat. semuanya diam. dan senyum sahaja pandang diri masing-masing. apa yang menyedihkan kami, tiba-tiba sahaja juruacara majlis menamatkan persembahan kami. wuwuwuwuwu~~~~~ malu... tahu gelak sahaja la. huhu~~~ walau apa pun, saya merasakan kami sudah buat yang terbaik :) thumbs up guys! korang memang sempoi :)
pada hari-hari yang berikutnya, mereka mula menyapa saya dengan panggilan kak dan tidak segan-segan menegur saya^^. nah, kalau kita tak kenal peribadi seseorang tu, kita akan macam-macam sangka buruk pada dia. dia itulah, dia inilah. bila dah kenal hati budi walaupun hanya sedikit sahaja, sudah cukup untuk mewujudkan kemesraan antara kami. tambahan pula saya merupakan seorang yang peramah dan senang bergaul. apa yang buat saya makin terkejut ialah tak pernah-pernah seorang muslimin ini, dan dia antara orang yang saya kagumi, menegur saya dengan sapaan mesra menggunakan panggilan kak dengan senyum simpulnya. wah, naik segan saya! saya pula yang malu. semasa dalam perjalanan balik sempat pula dia ucap selamat jalan. walhal sebelum ini tak pernah pula. mungkin ini kerana dia baru tahu status saya sebagai seorang kakak :) tiba-tiba rasa diri dah tua :p. tehehe...
tak kurang juga di sana, ada muslimin yang menegur saya sebagai ganas. erk? erk... adakah kerana saya mengheret dan mengangkat beg tolak dengan gaya pantas dan efisen lantas saya dilabel ganas? ya ya mungkin nampak pelik sebab selalunya perempuan ni nak angkat beg pun tak larat. maaf, saya memang dah biasa angkat barang yang berat. bila dah jadi kebiasaan, tiada masalah la kan. tak perlulah nak minta tolong jejaka-jejaka sekalian ;). maaf juga sebab saya tak suka berpura-pura. apa yang anda nampak adalah diri saya :) tapi kalau dalam satu hari kenal, dan dalam waktu yang singkat, anda akan lihat saya sebagai seorang yang pendiam dan tahu senyum sahaja :) tehehe...
banyak sudah bual bicara di sini. harussss berhenti sahaja. esok nak teruskan ke majlis menyambut menantu bagi pihak kak nurul. sehingga saya berkongsi cerita yang lain pula. Assalamu'alaikum.
jaga diri, jaga iman dan jaga amal anda :)
sayang semuanya XOXO.
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago
No comments:
Post a Comment