CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Tuesday, September 6, 2011

Jauh Dari Sarawak Nun!

Bismillah...

Alhamdulillah... akhirnya sempat jugak la singgah sini. desperate kottt taktau nak luah kat mana. tambah pula hp sony buat hal. charging tak masuk. aduh. nak dengar alunan zikir dan bacaan al-quran dari situ pun tak boleh. tinggal la hp nokia yang hanya ada video nuha, lagu aishiteru, lagu kalau berpacaran, lagu aril dan beberapa lagu yang memang bukan taste aku. maklumlah itu dulu hp kak nurul. tapi syok jugak layan lagu aishiteru. haha.

yehau~ apa kono la dari sarawakkk niii....



haaa... itulah dia! kek lapis sarawak! hehe... itu pun dah rongak kena makan :) lalalala~ sedap! yang kuning tu cheese. dia lapis dengan biskut. memang marvelous wa cakap luu... tapi takleh makan banyak. kena makan sikit-sikit dan dalam jangka masa yang lama supaya tak muak. huuu.. baik bebenor jejaka dari Sarawak tu bawak sampai 5 hingga 6 jenis. Alhamdulillah.. rezeki kami sekelas. eh eh asal macam aku dapat banyak je??

alkisahnya begini.... masa kat kelas tu, aku takde mood. dia sibuk la passing kek ke sana ke mari. dia ingatkan aku puasa sebab aku tak ambik pun kek tu. orang takde mood nak makan, bagi la apa pun, memang la taknak. nak balik tu sibuk dia nak kasi kek suruh bawak balik tapi waktu tu aku nak cepat pi library, tak sempat-sempat nak ambik. petang tu mesej la dia menyatakan kemaafan sebab tak makan kek yang dia kasi. itupun setelah mendapat nasihat dari pakar merangkap kakak tersayang, kak qilah. takut dia kecil hati je.. alih-alih dia cakap nak hantar kat blok. adoiiii! apa jadahnya... segan la pulak saya... nanti orang kata mengada-ngada pulak. yela... tadi kat kelas poyo gile takde mood nak makan sekarang nah! orang nak hantar kat hostel segala bagai. aduh... lepas berdolak-dalik dengan dia, akhirnya dia nak datang hantar jugak. mulanya ingatkan tak payah la aku pergi ambil dengan dia sebab sambil-sambil dia nak kasi kat kawan aku jugak, merangkap rakan sekelas, boleh la kawan aku tu ambil terus. nak dijadikan cerita, kawan aku tu pulak baru bangun tido, malas nak turun sebab dia tinggal kat tingkat empat. memang dah takdir aku jumpa dia kot, aku jugak la yang kena menapak keluar ambil kek dari dia.

sampai-sampai dia dengan rumate dia. dia bawak motor. kawan dia pegang kek. rezeki aku lagii... dapat la yang ni pulak :)


oke tanda harga pun tak buang lagi. yang iniiii... no komen. haha. rezeki la tu :) Alhamdulillah... dari Sarawak jugak ke? tak tahu laaaa... (aku google itu pun dari Sri Aman, Sarawak. fuyoh!)

tetibe memang segan gile. huuu~~~ kawan cakap kalau jodoh, nak buat macamana. hahahaha. oke yang itu sengal. dah, babai. Assalamu'alaikum.

No comments: