CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, September 8, 2013

Fasa Kedua Kehidupan

Bismillahirrahmaanirrahim.

*krik krik

Alhamdulillah, finally. tiba masa untuk menulis juga walaupun masih ada tugasan yang belum disiapkan.

Ohhh tadi di FB ada ternampak rakan satu batch cakap menulis blog adalah pekerjaan yang membazirkan masa. pada saya, paling kurang ada manfaatnya, tidak mengapa.

jadi, kenapa tiba-tiba mahu menulis ni?

hmm. hmmm. kalau di FB semua orang baca status kita. dan kita pun taknak semakkan newsfeed  orang lain. jadi di sinilah alternatifnya.


sebenarnya tadi terkejut juga bila cari link blog ni, tetiba pulak dia autolink ke ww2.mahesajenar.com. ingat dah kena hack ke apa. terus tukar semua password. huk3. taktau la kalau belum pulih lagi tapi atleast dapat cover balik menulis di sini.

umur dah 23 tahun. adik-adik selalu doa dapat orang Johor. dan mereka doa juga supaya kahwin awal. aduhaiii...

semalam pun ada yang bertanyakan siapa nama BF. aduhaiii macamana nak bagitau nama sebab memang takde tuannya ;)

tadi saje buka akaun FB yang lama jalan-jalan tengok mana yang patut. lalu terpandanglah satu nama ni.... bekas BF masa cinta monyet. wah wah wah... dia dah bertunang. dan insyaAllah tahun depan kawen.

*huuuuu. cemburu ke?

eh tidak... sebab tu sekarang  bercakap mengenai fasa kehidupan.

sekarang ni dalam fasa dewasa. fasa belum berkahwin. fasa masih belajar.

seterusnya nanti akan berganjak ke fasa-fasa lain dalam kehidupan. bila kita lihat kehidupan orang lain, barulah nak tersedar fasa dalam kehidupan sendiri. kawan-kawan ramai yang dah kahwin, ada anak sendiri. tapi itu bukan point utamanya.

yang paling utama adalah bagaimana persiapan diri untuk menghadapi fasa kematian kelak.

petang suka-suka tengok-tengok malam dah dijemput Allah.

Allahuakbar. selalu juga terleka dengan perkara-perkara dunia ni.

semoga Allah pelihara kita semua. semoga Allah memberi kebaikan di setiap perkara kebaikan yang kita lakukan, insyaAllah.

............... Astaghfirullah al-adzim...

No comments: