CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Thursday, September 26, 2013

C.I.N.T.A

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah. masih kekal menulis di sini. :)

wah wah wah. tajuk sudah cukup untuk menggambarkan isinya.

ada beberapa hari yang lepas, sahabat sebilik saya ada bertanya, "Kakak percaya pada cinta dengan orang yang kita tak kenal?"

saya membalas bersahaja, "Ya, percaya."

"Bagaimana kita nak berkahwin dengan orang yang kita tidak kenal?"

Balas saya, " konsep tidak kenal perlu diperbetulkan terlebih dahulu. definisi bagaimanakah yang kita maksudkan apabila kita kata tidak kenal dia. dan ada caranya untuk kita kenal seseorang tu. bukanlah sehingga perlu berpasangan sebelum nikah sehingga menampakkan hubungan tersebut seperti sudah sah. boleh gunakan orang tengah, bertanyakan pada rakan-rakan dia dan sebagainya."

kami membincangkan masalah berpasangan dalam kampus kami sendiri. tidak tegar melihat pasangan-pasangan yang sentiasa berjumpa di perpustakaan dan menampakkan hubungan mereka kepada umum tanpa rasa malu walaupun masing-masing punya niat untuk bernikah, insyaAllah.

"perlu ke kapel ni?"

pada saya, bergantung kepada individu tersebut. mereka yang punya pengalaman seperti saya dan dia pasti punya jawapan yang sendiri. kami tahu mana yang terbaik untuk diri kami, mana hala tuju kami, insyaAllah.

________________________________________________________________________________

pagi tadi pergi ke Jabatan Matematik untuk mengambil projektor. ada Eseorang pensyarah lelaki dan seorang pensyarah perempuan. masuk sahaja ke dalam bilik, pensyarah perempuan tersebut terus bertanya,

 "Awak orang mana?"

"Kelantan"

"Kelantan kat mana?"

"Tanah Merah"

"dah ada kawan?"

(ketawa sendirian tak jawab soalan)

"saya serius ni ada kawan ke belum?"

"belum."

pensyarah lelaki bertanya, "kenapa? untuk anak angkat ke?"

"student yang rapat dengan saya. bekas pelajar di sini juga dahulu. saya tanya dia dah ada teman tapi mesra ke belum, jawabnya belum. dia minta saya carikan. tapi nak orang Kelantan."

"awak boleh tak ni? nanti saya beritahu dia."

"errr ikutlah puan" malu tahap gaban. serba salah.

"nanti jumpa saya ya"

"baik puan."

beredar. senyum sorang-sorang tahan malu. ish.

haaaa kan dah terkena. takpe, mari cuba dahulu kan? ;)

:) semoga Allah redha dan permudahkan. Ameen.

*maaf adik-adik. doa kamu supaya kakak dapat orang Johor semacam tidak termakbul. :P

*ehhh tak payah nak berangan sangat. sambung pemantauan jawatankuasa BEBAS 2013 ye Afiah.


_____________________________________________________________________________

semalam big boss saje bagitau keputusan ujian personaliti dia. katanya 98% betul. maka mengada-ngadalah daku nak buat jugak. kena jawab dalam 40 soalan dan tengok jawapannya. Seems true :P

"The Giver You strive to maintain harmony in relationships, and you usually succeed. Articulate and enthusiastic, you are good at making personal connections. Sometimes you idealize relationships too much - and end up being let down. You find the most energy and comfort in social situations ... where you shine. In love, you are very protective and supporting. However, you do need to "feel special" - and it's quite easy for you to get jealous. At work, you are a natural leader. You can help people discover their greatest potential. You would make a good writer, human resources director, or psychologist. How you see yourself: Trusting, idealistic, and expressive When other people don't get you, they see you as: Bossy, inappropriate, and loud"



Part cinta tu memang 100% betul.

pendek kata semua betul. keh3.

semasa sesi pengenalan diri di dalam kelas pernah seorang pensyarah menyuruh saya memasuki satu organisasi dan menjadi sebahagian daripada pimpinan organsisasi tersebut. wah baru je perkenalkan diri dan dia dah nampak dah potensi diri kita.

kebetulan pula seorang pensyarah menawarkan peluang untuk menulis sebuah buku bersama beliau.

semoga ini adalah yang terbaik, insyaAllah.

semoga Allah mudahkan, Ameen.

semoga diri ini tidak pernah jemu untuk sentiasa membaiki diri ke arah yang lebih baik.

the brand new me, insyaAllah!


No comments: