Bismillahirrahmaanirrahim.
Tujuan entri dikarang pada kali ini adalah untuk memenuhi syarat pertandingan menulis ulasan novel 'Saya Tunggu Awak' yang ditulis oleh Bonda Nor :)
Siapa Bonda Nor
Sebelum saya menulis ulasan saya mengenai novel tersebut dengan lebih lanjut, elok sekiranya terlebih dahulu saya ceritakan bagaimana saya terjebak mengenali Bonda Nor. Perkenalan mudah hanya bermula di laman sosial Facebook. Saya tidak mengenali Bonda Nor secara peribadi mahupun berkenalan di dunia nyata tetapi ada sesuatu yang menarik tentang beliau yang membuatkan saya menekan butang "Add Friend" pada laman sosial Facebook beliau. Penulisan dan perkongsian beliau di Facebook banyak memberi input kepada saya sebagai seorang anak, bakal guru, bakal isteri, bakal ibu dan sudah pasti sebagai seorang hamba Allah yang masih bertatih mengharungi kehidupan di dunia ini. Setelah lama 'berkawan' dengan beliau di Facebook, tahulah saya bahawa Bonda Nor juga merupakan pengasas dan penulis buku Belajar Membaca Kaedah Ekspres-i :)
Maklumat Tentang Novel
Judul : Saya Tunggu Awak
Penulis : Bonda Nor
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Harga : RM24
Jumlah M/S : 640
Apa Yang Menarik Perhatian Saya Untuk Beli Novel Saya Tunggu Awak
Sejujurnya, terdapat dua perkara atau elemen yang membuatkan hati saya membuak-buak ingin mendapatkan novel ini.
1) Ustazah Isfadiah dan Puan Intan Zarina Mohd Yasin(editor) beberapa kali menitiskan airmata membaca novel ini bahkan penulis sendiri menangis teresak-esak tatkala menaip beberapa bab dalam novel ini. Teruja kan?
2) Petikan-petikan daripada novel yang dipaparkan di Facebook Bonda Nor untuk tujuan promosi yang begitu menggamit hati untuk mendapatkan novel tersebut bagi mengetahui keseluruhan cerita.
2) Petikan-petikan daripada novel yang dipaparkan di Facebook Bonda Nor untuk tujuan promosi yang begitu menggamit hati untuk mendapatkan novel tersebut bagi mengetahui keseluruhan cerita.
Nah, sangat mengujakan! Tambahan pula Bonda Nor membuat promosi iaitu beli dua buah novel dengan harga RM50 sahaja terus daripada beliau beserta dengan kad comel yang mendapat tempat di mata kasar mahupun mata hati saya.
Terus saya war-warkan di semua "Group" atau "Page" IPG Kampus Pendidikan Islam serta sibuk bertanyakan kepada rakan-rakan IPG melalui SMS sekiranya mereka mahu turut sama membeli novel tersebut. Akhirnya, bukan seorang sahaja yang ingin membelinya, bahkan sehingga tiga orang yang mahu berkongsi membeli bersama saya! Alhamdulillah.
Sekiranya ada sahabat yang bertanya apa yang best tentang novel tersebut, saya akan katakan dengan penuh teruja dan mahu beliau juga merasakan keterujaan itu, "editor dan Ustazah Isfadiah menangis bila baca novel tersebut. Bonda Nor, penulis buku pun ada menangis semasa mengarang novel"

Bila Dah Dapat Novel
Saya sangat sayang akan kesemua buku yang saya beli hasil daripada duit saya sendiri. Kesemuanya akan saya balut terlebih dahulu sebelum membacanya. Biarpun tiada kesempatan untuk menelaah buku, saya pasti akan membalutnya terlebih dahulu.
Saya terima novel Saya Tunggu Awak semasa minggu ulangkaji untuk peperiksaan akhir semester. Saya masih ingat lagi semasa saya respon kepada Bonda Nor, saya mahu mula membacanya selepas peperiksaan berakhir. Apa yang jadi?
Sebaik sahaja saya dapat sahaja, mula saya buka untuk membaca. Eh, kemana janjinya? Hehehe. Tidak boleh tunggu lagi. Novel dah ada di tangan, takkan mahu tunggu kan? Saya membuat keputusan dengan meneliti kesediaan saya untuk menghadapi peperiksaan. Akhirnya, saya rasa pembacaan novel ini tidak menjejaskan persediaan saya kerana saya membahagikan masa untuk membaca novel ini kira-kira 1-2jam sahaja sehari :) Akhirnya dalam masa tiga hari sahaja, saya sudah selesai membacanya :)
Mahu tahu keterujaan saya lagi? Saya baca novel ini tanpa membalutnya terlebih dahulu! Setelah selesai membacanya, saya promosikan pula kepada rakan-rakan yang lain. Saya yang beria mahu mereka membacanya. Ada beberapa rakan Facebook IPG yang ingin membeli novel daripada saya; mereka baru perasan post saya tentang novel ini. Saya menyarankan mereka sama ada beli secara dalam talian atau dapatkan di kedai buku. Bahkan saya juga menawarkan perkhidmatan pinjaman kepada mereka! Saya begitu teruja! Oh perkhidmatan pinjaman tersebut percuma ya :).

Setelah pulang ke kampung barulah saya membalutnya dengan kemas ^_^
Biar sudah komot dan comot tetapi saya tetap puas hati sebab ramai yang dapat 'sesuatu' daripada novel tersebut. Wah, gembiranya saya!
Biar sudah komot dan comot tetapi saya tetap puas hati sebab ramai yang dapat 'sesuatu' daripada novel tersebut. Wah, gembiranya saya!
Jadi mari dengar pula apa ulasan saya setelah membaca Novel Saya Tunggu Awak ini :)
Ulasan Novel
Bismillahirrahmaanirrahim.
Alhamdulillah, Saya telah selesai membaca novel Saya Tunggu Awak setebal
640 mukasurat. Mudah sebenarnya bagi seseorang yang suka membaca novel
menghabiskan novel setebal itu tetapi lain pula dengannya novel Saya Tunggu
Awak. Novel ini dibaca secara berperingkat: baca, hadam dan muhasabah; lalu
disambung baca lagi. Novel tarbiah ini benar-benar menyentuh jiwa perempuan
saya. Watak Ustazah Hanna menjadi tunjang kepada keseluruhan besar penceritaan
novel ini. Saya pasti Ustazah Hanna bukan sahaja berjaya membuatkan saya kagum
dengan peribadi beliau, malah memberi inspirasi kepada kami para wanita di
dunia realiti untuk sama-sama mencontohi akhlak beliau.
Kebiasaan novel-novel menghidangkan jalan cerita yang
membuat para pembaca terbuai-buai dengan kebahagiaan pasangan yang berkahwin,
namun lain pula dengan kisah rumahtangga Ustazah Hanna. Novel ini memaparkan realiti
sebenar yang mungkin berlaku dan sedang berlaku dalam rumahtangga pasangan yang
sudah berkahwin. Keadaan di mana suami lepas tangan membantu isteri menguruskan
rumahtangga, soal pengurusan kewangan dan bagaimana menyantuni isteri atau
suami dengan sebaik mungkin. Pendidikan atau tarbiah mengendalikan sebuah
rumahtangga yang dibina ada diselitkan dalam novel ini.
Salah satu aspek yang menarik perhatian saya mengenai novel
Saya Tunggu Awak adalah pada setiap akhir bab, penulis meletakkan potongan
maksud ayat Al-Quran, hadis-hadis serta kata-kata motivasi yang membina dan
mampu membuatkan pembaca berhenti sejenak untuk merenung ke dalam diri sebelum
meneruskan pembacaan bab-bab yang lain. Syabas buat penulis!
Di akhir pembacaan, saya sudah berazam untuk menjadi sebaik
Ustazah Hanna malah menjadi lebih baik, insyaAllah. Airmata yang tumpah tatkala
membaca novel ini saya kira tidak sia-sia. Membacanya apatah lagi bukanlah
perkara yang sia-sia. Akhir kalam, semoga ramai yang mendapat manfaat daripada
pembacaan novel Saya Tunggu Awak dan bagi yang masih belum mendapatkannya, apa
tunggu lagi. Dapatkannya sekarang!
Allahu’alam.
2 comments:
As salam. Perkongsian yang sangat menarik. Saya kongsikan di http://kenapaberblog.blogspot.com/2013/12/alhamdulillah-ulas-dan-menang-saya.html
Tqvm
Wassalam
notie ms
Wa'alaikumussalam.
Terima kasih, puan. Tahniah kerana terpilih sebagai salah seorang pemenang peraduan :)
Saya sedang membaca ulasan daripada puan :)
Post a Comment